Laksa Penang power‼️ memang kena cari orang Penang jugak ‼️

Jalan - jalan ke Penang kalau tak pekena Laksa Penang memang rugi ‼️
Penang surga makanan.. ramai yang suka bertandang ke Penang kerana makanannya yang pelbagai dan mewah dari pelbagai bangsa.
Sebenarnya kak ita ni bukan peminat laksa Penang. Sudah beberapa resepi laksa Penang yang kak ita cuba sebelum ni.. masih tak dapat menambat selera.
Akhirnya .. memang kena cari resepi air tangan anak Penang jugak.
Resepi air tangan Datuk Rizalman ni memang lah.. meremang bulu roma bila kali pertama hirup kuah dia... serius sedap giler... hangpa semua peminat laksa harus cuba naa...‼️
Dah rasa yang ni memang tak ingat yang lain..
Mungkin kak ita ada tukar satu dua bahan.. tapi tak mencacatkan rasa.. memang sedap , banyak masak macam ni pun habis seperiuk tu..
Respi Datuk tu dalam sukatan yang banyak. Kak ita buat separuh dari sukatan yang Datuk bagi .. tu pun banyak dapat
Kalau family tak ramai boleh buat separuh lagi dari sukatan yang kak ita bagi ni ya ‼️
Untuk laksa berasnya kak ita buat sendiri. Laksa buat sendiri ni lebih sedap di makan. Tapi kalau malas nak buat beli je lah. Dekat JB ni tak ada jual laksa beras macam kat Penang tu.. ada yg segera dalam peket je..
untuk resepi laksa ni tak dapat banyak, cukup untuk family kecil. Boleh guna kaedah kukus atau rebus. Akak suka yang rebus , suami suka yang kukus. Ikutlah nak rebus atau nak kukus, pilih mana yang mudah.
LAKSA PENANG
10 - 15 ekor ikan kembung. Kalau kembung besar 10 ekor je.. kalau kembung batu 15 ekor ok
5 tangkai cili kering
5 keping asam
Garam
Satukan dalam periuk rebus
Air rebusan simpan
Ikan asingkan isi dengan tulang
Isi kisar
Tulang , cili, asam keping, kisar dgn air , tapis ambil air - stock ikan
Sardin 1 tin - lenyek
Bahan kisar
10 ulas Bawang merah
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi - nak pedas lebihkan
1 mangkuk cili kering
1 kuntum bunga kantan
1/2 biji nenas
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan petis
1/2 cawan air asam jawa
10 keping asam keping
4 buku kecil gula Melaka
Garam secukup rasa - garam kena lebih
1 cekak daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Empulur tengah nenas
* laksa kena lebih asam, lebih garam dan manis2 dari gula melaka atau gula merah
* cara masak rujuk video
LAKSA BERAS
500 gm tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
3/4 cwn tepung ubi
600 ml air didih - klu keras tambah air sikit lagi
* cara buat rujuk video
Boleh kukus dan boleh rebus - ikut suka
Terima kasih sudi menonton
Jangan lupa like , share dan tekan butang bell 🔔 untuk menjadi orang pertama dapat notification video terbaru

Пікірлер: 93

  • @ringkaizee301
    @ringkaizee3012 жыл бұрын

    Saya secara tak sengaja terjumpa saluran ini waktu perkenalkan masakan Malaysia yang saya cari di KZread buat perkongsian dan tatapan para kenalan di Wales. Channel ni cukup wajar mendapat pengiktiran dari FINAS dan juga Tourism Malaysia. Videografinya amatlah beridentiti, berseni, jelas, kemas dan bersih, serta bersulam dengan alunan muzik tradisional Malaysia. Jika ditambah lagi dengan suara latar pencerita ala2 Majalah 3, ahh lagi terpesona dibuatnya. Syabas buat pasukan dalam penghasilan saluran ini dan juga kandungannya sekali. Saya turut tumpang berasa bangga yang teramat sekali.

  • @asmiasmi-yz8gi
    @asmiasmi-yz8gi3 жыл бұрын

    Suka tengok video dia ...ada seni tersendiri, kenapa lah ada unlike...tk payah tengok Klau tk suka...nak hasilkan satu2 video tu bkn senang... hargailah penat lelah org lain.

  • @maznahbasir3517

    @maznahbasir3517

    2 жыл бұрын

    Sgt menarik video ni laksa dibuat sendiri ..terima kaseh ...

  • @rozmanab
    @rozmanab2 жыл бұрын

    Menonton video2 akak macam menjalani therapy menenangkan jiwa, mengembalikan nostalgia zaman silam. Muzik tradisional Melayu dan kicauan beburung serta sesekali suara burung gagak kendengaran membawa perasaan dan fikiran anak2 perantau 'pulang' seketika ke tanahair tercinta. Moga2 lebih ramai lagi yang akan menonton dan subscribe video2 kreatif akak nanti, inshaAllah. Selamat maju jaya.

  • @rabiatulmunashamsulbahar5284
    @rabiatulmunashamsulbahar52843 жыл бұрын

    Sgt bangge ngn video ni, M'sian authentic, ni bru tnjuk budaye Melayu, beginilh zaman dlu, wat keje kat dapor x kecoh2 sgt kcuali rewanglh👍👍👍👍👍💖💖💖

  • @suezan1647
    @suezan16473 жыл бұрын

    ❤👍Good quality presentation.. Suke sgt dgn background music n editing mmg class kak ita..

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    3 жыл бұрын

    Sue Zan terima kasih dik 🥰

  • @iis_iis
    @iis_iis3 жыл бұрын

    Persembahan yang cukup menarik dan cukup rasa dari kak ita. Kecur air liur tengok laksa ni. Terbaik kak ita.👍👍

  • @putriliyana7690
    @putriliyana76902 жыл бұрын

    Wow video yang mendamaikan jiwa bersama menu yang cukup tertib

  • @ainurmarizarazali4373
    @ainurmarizarazali43733 жыл бұрын

    Syg sgt kat kak ita... Tgok video2 kak ita terasa menusuk terus ke hati..😘

  • @tudungmantul327
    @tudungmantul3272 жыл бұрын

    best video classic style

  • @suarimi590
    @suarimi5903 жыл бұрын

    Begitu nemukau sekali Begitu unik sekali Masyallah hebat nya

  • @tapirudin
    @tapirudin3 жыл бұрын

    Lawa gambar dan penceritaan, teruskan puan, seronok tgk video ni mmg berseni dan ada jalan cerita dia sendiri yg menarik

  • @maznahbasir3517
    @maznahbasir35172 жыл бұрын

    Menarik sekali persembahan video ni terima kaseh...

  • @rosminiahmad8656
    @rosminiahmad865611 ай бұрын

    Really marvel she made her own laksa, kuay teow n cooks well n loves she served her husband n family all her home cooked meal. Really touched seeing this loving family care

  • @zitonismail7307
    @zitonismail73073 жыл бұрын

    askm puan Ita,syukur alhamdulillah,dpt jgk resepi asam laksa penang(resepi ni mmg pure penang ye?) puan Ita,saya ni dh 63thn,ddk di KL,saya jatuh cinta dgn laksa penang,masa saya naik ke bkt bendera, dlm thn 2001... ...mkn kt kedai atas bkt bendera tu......smpai 2 mangkuk saya mkn.......mmber2 tengok smua gelakkn saya😂😂😂........sejak hari tu smpai la hari ni,dok mncari2 resepi yg pure penang ni... ......syukur alhamdulillah,hr Jumaat yg Mulia ini,ALLAH SWT pertemukn saya dgn resepi Puan Ita ni♥♥♥tq very much Puan Ita,lps ni,wajib saya cuba, bcoz saya ni mmg hantu laksa.......... ini 1st time tengok channel Puan Ita ni♥♥♥......

  • @blackroserose5802
    @blackroserose58022 жыл бұрын

    Nice

  • @batrisyiaramli6792
    @batrisyiaramli67923 жыл бұрын

    Mai mai cari org Penang saya boleh cari kan hehehe feveret sangat laksa penang ni letak lebih otak udang dan nenas lebih dah terliur dah ni

  • @cheahhuat9007
    @cheahhuat90072 жыл бұрын

    Chef Azlita..resipe ini biasa ambil juara di Taman Julong , S'pore .yg adek aku masak..dapur bersih dan bahan bahan pun cukup dan sempurna..harap masa hadapan kamu bergitu cermelang ,tergas ,maju dan berjaya ! Video yg di rakam sungguh cantik dan terang. dekat rumah saya juga..good job dan taniah kepada Adek cantik dan kali ini ambil juara di Penang juga..harap bergitu juga..terima kasih..Dari Ftankie Cheah..

  • @ooo8738
    @ooo87383 жыл бұрын

    Assalamualaikum... SubhanAllah Alhamdulillah WalaillahaillAllah Allahuakhbar

  • @kfcmalaysia5580
    @kfcmalaysia55803 жыл бұрын

    Unbelievable, even laksa mee pun boleh buat sendiri.!!! Fantastic video untuk kami yang tahu makan saja, tak tahu buat. Ha Ha.........🤣🤣

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um2 жыл бұрын

    Hai Top Chef, Azlita.. Recipe jamu paling lengkap, bagus dan istimewah, rasa paling wangi, harum dalam 20rakam video di You Tube.. Kamu step by step mengajar pelanggan - pelanggan tersebut.. Chef Singapura lihat kamu masak akan terbang balik je Singapura.. Recipe kamu buat Laksa pun lengkap sedap san harum.. Step pertama dan step ke dua, kanu akan menang setiap rakam video di You Tube ini.. Ini lah Penang Laksa yg lengkap dan Champion..Taniah yah Azlita.. Gd job ,U Are The BEST.. Kam Shia. !

  • @FrankieCheah-fk8um

    @FrankieCheah-fk8um

    2 жыл бұрын

    Saya pun hairan di rumah papan g bersih dapat kan kita saksi macam mana masak Penang Champion Laksa.. Gd try Chef Singapura.

  • @FrankieCheah-fk8um

    @FrankieCheah-fk8um

    2 жыл бұрын

    From, CEx Chef Taipei Taiwan, sekarang balik ke Negara Asal.. Penang Malaysia. !

  • @ooo8738
    @ooo87382 жыл бұрын

    Bismillah... Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat, Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa, Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan, Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas, Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha… -amin amin ya rabbal alaminn-😄

  • @lidiasaedon1346
    @lidiasaedon13463 жыл бұрын

    first time tgk video ni , ya allah rasa seronok dan tenang dan dlm video ada input tersembunyi .. mcm tanglong tu mcm bermaksud ... laksa ni asal usul dri resepi org cina juga .. dari penilaian saya la ... anyway .. saya org penang.... 🥰 again in love with your video ♥️

  • @muhdzamzuri1233
    @muhdzamzuri12333 жыл бұрын

    alhamdulillah keindahan aroma laksa penang menenangkan fikiran keasliannya.

  • @azlinazmipa9773
    @azlinazmipa97733 жыл бұрын

    nk try buat ... nampak sedap..

  • @elisuwidah773
    @elisuwidah773Ай бұрын

    trimakasih kak resepinya...

  • @bedonkampung5611
    @bedonkampung56113 жыл бұрын

    Saya masih dengan laksa kuala perlis . Kak sue dan d’adna feveret saya . Terima kasih untuk resepi . Best channel akak sbb ada alunan musik lma hehe

  • @hidayahminatmasak629
    @hidayahminatmasak6293 жыл бұрын

    Ya Allah beruntung nya suami puan.. resepi puan semua sedap2.. saya byk dah cuba..

  • @sameeracee
    @sameeracee3 жыл бұрын

    It’s like A therapy to me.. stress buster tengok vedeo kak

  • @hamidahahmad574
    @hamidahahmad5742 жыл бұрын

    Saya suka tengok video Azlita… simple penerangan dan therapeutic background “Melayu “ … terima kasih share recipe yang simple dan sedap 👍

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    2 жыл бұрын

    Alhamdulillah terima kasih puan 😍

  • @maizuraramlifamily7498
    @maizuraramlifamily74983 жыл бұрын

    Cheq Org Penang..Laksa Penang Tetap D Hati..Tq Sis Azlita Unt Resepi..Trbaek

  • @norngain5840
    @norngain58403 жыл бұрын

    Salam kak ita suka sgt tgk video resepi ni Siap boleh tgk ferry penang lagi ahaaaks......pandai kak ita santai jaaa masak laksa penang my favourite Selalu jgk buat laksa niii kat penang niii byk ikan sardin so saya selalu guna ikan utk kuahnyaa. Rajin kak ita buat laksa sendiri classss kau kak😘😘😘. Terbaik kak ita Saya selalu menunggu video2 dari kak ita mmg tak jemu 2. Syabas kak. 😍😍😍

  • @lunarmaremare3990
    @lunarmaremare39903 жыл бұрын

    With the classical music and your cook video ..very enjoyable..

  • @husneeyahzakaria7314
    @husneeyahzakaria73143 жыл бұрын

    ,saya suka tengok kakak masak best sagat.

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    3 жыл бұрын

    husneeyah zakaria 😁terima kasih dik

  • @fir7928
    @fir79283 жыл бұрын

    Mak saya dah buat laksa penang ikut resepi acik sedappp 👍🏻😋 Terima kasih

  • @sherrycooks58
    @sherrycooks583 жыл бұрын

    Cantiknya video dan presentasi content.. Salute Terima kasih bbyk atas perkongsian resepi nya

  • @nuruljannah3590
    @nuruljannah35903 жыл бұрын

    Sy sgt enjoy tgok video kak ita😁😁😁👏👏

  • @sitinanihjb2996
    @sitinanihjb2996 Жыл бұрын

    Allah sedap nya laksa penang mintak semangkuk sedang 👍🌶👍🏿👍👍🏼👍🏿🌶🌶🌶🍅🍅🍅🥒🥒🥒🥒🥬🥬🥬🧅🧅🧅🧅🧅🥣🥣

  • @baharimdshah7642
    @baharimdshah76422 жыл бұрын

    Ini baru betul laksa, org dulu 2 tak modified resipi..guna sardin ikan tuna..

  • @nurultv3536
    @nurultv35363 жыл бұрын

    sedapnye...🤤 suke dengar muzik latar...

  • @nie3956
    @nie39563 жыл бұрын

    Sedapnye. Harus cuba ni. 🧡

  • @rohaizaanai4729
    @rohaizaanai47292 жыл бұрын

    #saya suka

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah3 жыл бұрын

    Yum yum. Sedapnya laksa Kai ita ❤️❤️❤️

  • @ruzanakassim1858
    @ruzanakassim18583 жыл бұрын

    Wow.. Woww... Terbaikk

  • @hasnahhassan7773
    @hasnahhassan77733 жыл бұрын

    Tapisan lama tu wow saya suka. terkenang zaman emak ayah dulu Bunyian nyA indah

  • @sakinahkamri3472
    @sakinahkamri34723 жыл бұрын

    Bru bkesempatan nk buat ikut resepi kak ita....mmg sedap...ngam teruk kata org...asam laksa yg kebabomm....btambah2 mkn...

  • @precilabuena2900
    @precilabuena290010 ай бұрын

    Looks so yummy how I wish I can cook like that.

  • @normalaabdulrahman7011
    @normalaabdulrahman70113 жыл бұрын

    Terbaik..

  • @mohamadakhir4234
    @mohamadakhir42347 ай бұрын

    Laksa beras..wow

  • @batrisya10
    @batrisya103 жыл бұрын

    Berseninya...terbaik k.ita..tradisional muzik..susah nk buat video ni..

  • @sugunamaivilys1484
    @sugunamaivilys14843 жыл бұрын

    Thank you for removing the sardine bone. Now i know im watching a legit asam laksa video

  • @TheFuddyduddy237
    @TheFuddyduddy2373 жыл бұрын

    Sangat menenangkan.. :)

  • @designconcepto6580
    @designconcepto65803 жыл бұрын

    Terbaik kak...

  • @NoahTawakkulIsMyThing
    @NoahTawakkulIsMyThing3 жыл бұрын

    Suka sangat your channel, editing menakjubkan, kita boleh rasa Cik Azlita buat dengan penuh kasih sayang. Keep it up!! :)

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    3 жыл бұрын

    Noah & Kita - Rindu Kampung Alhamdulillah terima kasih 🥰

  • @eh6861
    @eh68613 жыл бұрын

    terbaikkk k.ita.. 😍😍😋😋

  • @mohamadmazlan151
    @mohamadmazlan1513 жыл бұрын

    Suka dengar muzik klasik mcam filem zaman dulu!

  • @lyndaraf554
    @lyndaraf5543 жыл бұрын

    Video puan mmg tbaik,respect

  • @herniejaplee3024
    @herniejaplee30242 жыл бұрын

    Kecur liur kak

  • @annaahmad3474
    @annaahmad34743 жыл бұрын

    Saya follow kak ita dr blog kak ita lg.

  • @khuzaimahcooking1169
    @khuzaimahcooking11693 жыл бұрын

    Sedap laksa penang saya 😋😋

  • @asni19601
    @asni196013 жыл бұрын

    Menyelerakan.lagu background sdp d dgr tapi mcm sdh lk.bakul rotan tapis ikan 2 beff li kt mana.cantiklh kak ita

  • @teacherzaidah
    @teacherzaidah3 жыл бұрын

    Classsss kak ita👍👍👍👍👍👍

  • @masturaaziz8757
    @masturaaziz87573 жыл бұрын

    mcm tgok lizqi hat china tu...your video is so nice and calming..

  • @JaliahSamani
    @JaliahSamani3 жыл бұрын

    Thanx sis ❤❤❤

  • @zurainijamil9280
    @zurainijamil92802 жыл бұрын

    🤗

  • @powerrangjer2001
    @powerrangjer20013 жыл бұрын

    sempoii

  • @hanielizakamarudin1937
    @hanielizakamarudin19373 жыл бұрын

    👍👍👍👍

  • @fq6967
    @fq69673 жыл бұрын

    penang hadir 😉

  • @rosekalass8054
    @rosekalass80543 жыл бұрын

    sedap kak ita.teringat kmk dengan seorang ustazah dari kelantan dia buat laksa yang.sama macam kak ita buat.sedap.sekarang dia sudah tiada lagi.dia pergi buat selama lama nya.Al fatihah buat arwah😭

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    3 жыл бұрын

    Al Fatihah 🙏

  • @meorqusyairi1367
    @meorqusyairi13673 жыл бұрын

    Adoi teringat laksa lubok

  • @sulinasulina2374
    @sulinasulina23742 жыл бұрын

    Assalamualaikum kak.. saya dari Terengganu , nak tahu apa maksudnya petis

  • @ainurmarizarazali4373
    @ainurmarizarazali43733 жыл бұрын

    Terbaikk kak ita😘

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    3 жыл бұрын

    Ainurmariza Razali terima kasih

  • @ainurmarizarazali4373

    @ainurmarizarazali4373

    3 жыл бұрын

    @@AzlitaAzizMasamManis sama2 kak ita.

  • @cikmieya935
    @cikmieya9353 жыл бұрын

    Ye la, mmg relex tgk video kak ita.. Tumpuan pd content video jd lebih fokus.

  • @maimunahabdrahman9446
    @maimunahabdrahman94463 жыл бұрын

    masaallah tabarakallah backgraund musik sgt menyentuh kalbu apa nama lagu itu ye. sgt2 murni

  • @fareedawarnaceria2136

    @fareedawarnaceria2136

    3 жыл бұрын

    muzik intrumental klasik alunan biola hamzah dolmat bertajuk 'selara'

  • @tunteja______
    @tunteja______3 жыл бұрын

    Like - 208 💜

  • @suranabdullah6888
    @suranabdullah68883 жыл бұрын

    Assalamualaikum. Nak tanya. Yang ini asam laksa nyonya kah. Selalu lemah lembut puan tunjuk cara masak. Hilang stress tgk....

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    3 жыл бұрын

    Suran Abdullah Waalaikumussalam Ya Terima kasih 😍

  • @nurasaibrahim4017
    @nurasaibrahim40176 ай бұрын

    Perlu ke letak petis dgn sardin?

  • @mohdkhir6849
    @mohdkhir68493 жыл бұрын

    Dok Penang ka

  • @husneeyahzakaria7314
    @husneeyahzakaria73143 жыл бұрын

    Kak ape petis?

  • @badmoodism

    @badmoodism

    3 жыл бұрын

    Prawn paste kalau tak silap

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    3 жыл бұрын

    husneeyah zakaria otak udang

Келесі