Laksa Johor sedap sangat kegemaran kami sekeluarga

Atas permitaan , hari ini kak ita kongsikan cara membuat laksa Johor. Resepi ini kak ita pernah kongsikan di blog akak masam manis dulu. Kali ni akk tujukkan video cara akak meyediakan laksa Johor yang sedap ni.
LAKSA JOHOR
Bahan-bahannya
1/2 ekor ikan parang ~ rebus asingkan isi dan tulang
Tulang di kisar jadikan stock ikan
250 udang basah ~ asingkan isi dan kulit
Kulis rebus dan kisar buat stock udang
isi kisar halus
ikan kurau masin ~ rendam dan kisar
2 sudu besar udang kering ~ rendam dan kisar
Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
1 inc halia
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
Kesemua bahan di atas di kisar halus
Sangai
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar ketumbar
Kedua-dua bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak hingga harum
Kemudian di tumbuk halus
Lain-lain bahan yang di perlukan
2 sudu besar rempah kari daging ~ ada juga yang menggunakan rempah kari ikan terpulang pada citarasa
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
1 biji santan pekat ~ atau 1/2 kotak santan* KARA
1 ikat daun kesum
1 ikat daun selasih
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2
1 batang serai ~ di titik
1 buku gula Melaka ~ sederhana besar
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
* cara masak rujuk video
SPAGHETTI
1 peket spaghetti
sedikit garam
sedikit minyak masak
air secukupnya untuk merebus
* cara masak rujuk video
Selain itu, laksa Johor juga di makan bersama ulam-ulaman
Timun ~ buang empulur tengah dan hiris halus bulat
Bawang besar ~ hiris halus bulat
Taugeh
Kacang panjang ~ hiris halus ( optional )
Daun kesum ~ mayang halus
Daun selasih ~ mayang halus
Bunga kantan ~ mayang halus
Limau kasturi
Lobak Asin ~ potong dadu kecil atau racik halus
SAMBAL BELACAN
10 ~ 15 tangkai cili padi
2 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1 keping belacan bakar ~ anggaran besar 50 sen
garam dan gula secukup rasa
Kisar atau tumbuk semua bahan hingga halus
Perahkan jus limau kasturi
Terima kasih sudi menonton
#stayathome

Пікірлер: 153

  • @madsuehoney
    @madsuehoney3 жыл бұрын

    Cinematography video masakkan ni memang best, takde suara, tenang aje macam tengok Mak masak kat rumah

  • @inanazim5131
    @inanazim51313 жыл бұрын

    Boleh ke sesiapa komen kan full resepi. Sbb x ada suara, jadi ada yg x tahu Bahan atau sukatannya

  • @faridahkhalib995
    @faridahkhalib9954 жыл бұрын

    Memang sedap.saya buat smlm untuk berbuka.8 orang makan.licin.alhamdulilah.tak muak,mungkin kerna ada ikan asin.(saya tak kisar,cuma taruh 2 keping jer).Terima kaseh kerana share resepi ni.

  • @jadim6234
    @jadim62344 жыл бұрын

    suka tgk video ni sbb step by step details.. x de background suara bebel2 mcm video yg lain.. thanks kak ita atas ilmu nya.. 😍

  • @ameeenaminsanbiasa4982
    @ameeenaminsanbiasa49824 жыл бұрын

    Sedap nye... Hebat masakan Johor Menarik potong timun...

  • @norlizaariffin4798
    @norlizaariffin47983 жыл бұрын

    Dah cuba buat guna resepi ni...mmg sedap...terima kasih

  • @nurqamer1523
    @nurqamer1523 Жыл бұрын

    Kan video yg tak banyak berckap tapi kita faham....seblom active buat video pon saya selalu mengikuti nya (Google) dgn photography yg sungguh menarik.... she's the best

  • @Salbiyyah
    @Salbiyyah Жыл бұрын

    Rajin nya, pakai ikan parang, MashaAllah, banyak tulang ...

  • @himobil346
    @himobil3463 жыл бұрын

    Music jawa tu best i love it saya anak jawa😍😍😍😍 laksa Johor banjir mantap jiwa😍😍😍😍

  • @RosmawatiRose
    @RosmawatiRose4 жыл бұрын

    Rasa keeanakan laksa dengan bahan adunan rempah yg beraoma membuatkan laksa jadi lebih sedapp..!!

  • @Ezai1980
    @Ezai19802 жыл бұрын

    Sy mmg suka laksa Johor berbanding laksa lain.

  • @maisarahahmad4804
    @maisarahahmad48044 жыл бұрын

    Ni betul2 kena sabar sbb byk perkara nk buat. Klu ad pembantu cpt skt siap... Terbaik lh puan ni..

  • @yatimatjisil5382
    @yatimatjisil5382 Жыл бұрын

    Assalammualaikum puan. Terima kasih ya resepinya. Memang kegemaran laksa johor ni. Sedap.

  • @thejokerisme1978
    @thejokerisme19784 жыл бұрын

    Laksa Johor btol2 advance dr laksa negeri lain. Siap pakai mee spageti. Negara kita memang kaya resepi laksa ni kalah ramen Japan. Terbaek resepi ni sis 💪💯👍🔥

  • @tsuribaka79
    @tsuribaka794 жыл бұрын

    Sedapnyer😍😍😍 cara makan pun ikot style org johor..makan laksa pki tangan..haha👍👍👍

  • @tfqnet
    @tfqnet4 жыл бұрын

    Baru try td. Agak kompleks tp rasa yg unik. Original laksa johor style

  • @himobil346
    @himobil3464 жыл бұрын

    😍😍😍😍 nanti border bukak saya cuba masak laksa Johor..my favourite..

  • @sweetcandy6137
    @sweetcandy61374 жыл бұрын

    Alhamdulillah saya pun da cuba buat laksa johor ni buat buka puasa.. Trm kasih Puan ♥️👍

  • @farraamirashahrira8207
    @farraamirashahrira82074 жыл бұрын

    Bestnyaa cara makan dia same mcm pahang ktaorg pun makan laksa pahang guna tangan feel dia uish marvellous tau!😂😁

  • @MIMISYED78
    @MIMISYED784 жыл бұрын

    Excellent...trimkasih sudah share ilmunya.smg senantiasa sehat,dan murah rezki slalu Puan.

  • @roseeida8206
    @roseeida82064 жыл бұрын

    Sedapnya kak Ita.terima kasih utk step by step.😍

  • @mariamabdullah7030
    @mariamabdullah70303 жыл бұрын

    Memang laksa johor banyak bahan2 nya namun x jemu di makan kuahnya penuh aroma isi ikan tengiri atau kembong/dan udang airnya dan is I udang yg manis/is I ketam menambah kelazatan kuah laksa johor yang lazat

  • @dikziechestopa
    @dikziechestopa3 жыл бұрын

    My feberet food is laksa tak kira laksa timur utara atau selatan. Teruja plk tgk famili Kak Ita mkn laksa guna tgn mcm famili kami jgk!Hehe

  • @sitinuruljannah8055
    @sitinuruljannah80554 жыл бұрын

    Sedapnya.. My fevret menu ni😋❤️

  • @zainabyahya9989
    @zainabyahya99894 жыл бұрын

    Best tapi rumit proses nya - sedap nya

  • @DaporAzzal
    @DaporAzzal4 жыл бұрын

    Kitaorg orang Johor memang makan laksa johor dengan tangan...perghhh!!!!sedap nikmatnya...

  • @CTSal
    @CTSal Жыл бұрын

    Saya prefer laksa dr tepung beras. Tak pernah mkn ni...dgn spagetti..maybe stail org putih la. Thank u for sharing.🤩

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    Жыл бұрын

    Laksa johor mmg guna laksa. Pn org mana ?

  • @urbaniteurbanizer1612
    @urbaniteurbanizer16122 жыл бұрын

    Your cooking is so zen like. It has a calming effect just like Che Nom. Have become a subscriber!

  • @dayangsaadah4873
    @dayangsaadah48734 жыл бұрын

    Resepi terbaik!!!

  • @adibahsulaiman6842
    @adibahsulaiman68424 жыл бұрын

    Makan laksa tak guna sudu.. sweettt🥰

  • @umixnizar7335
    @umixnizar73354 жыл бұрын

    Fuhh, sedap ni 👍

  • @ZaireeyKhairuddin
    @ZaireeyKhairuddin4 жыл бұрын

    suka tengok kak masak. Sedapnya

  • @izzaidahaziz9404
    @izzaidahaziz94044 жыл бұрын

    Syoknya makan pakai tangan 😋

  • @alliyaqistina
    @alliyaqistina7 ай бұрын

    Resipi arwah atuk saya tak ada udang basah, tak ada daun2 dlm kuah laksa johor dan tak ada bunga kantan. Sedap.

  • @amensar5492
    @amensar54922 жыл бұрын

    Besttt dan hebattt

  • @eellhumsalee3765
    @eellhumsalee37654 жыл бұрын

    Lksa joho mkn pkai tangan... Peh padu bhai

  • @nurfarahzura6570
    @nurfarahzura65704 жыл бұрын

    Fav food🤭😋

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah4 жыл бұрын

    Tqvm kak ita. Siap share cara nak mengecap spaghetti lgi. Itulah bnda yg sya xpass lg. blh praktis lpas ni ❤️

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    Shikin Saerah Sama2 dik 🥰

  • @kumikohimari2685
    @kumikohimari26854 жыл бұрын

    Alamak drooling I kat cni kak Ita

  • @ridhwanzakaria287
    @ridhwanzakaria2874 жыл бұрын

    Ini baru betul recipe ori..yg masak pun orang johor pasal cara makan dgn tangan. Mantap

  • @zaiwiyahabdullah3856

    @zaiwiyahabdullah3856

    3 жыл бұрын

    Melalut ini Bukan laksa Johor kalau nak tarok daun kesum Bunga kantan serai titik dalam kuah, Ini Bukan laksa Johor, panggil sahaja laksa jangan sebut Johor, Laksa Johor asal makanan orang Istana,Resepi ini hampil dekat dua ratus tahun, Tok saya punya Tok, Yang punya resepi Isteri orang no satu dalam Istana, masakan nya sunggoh rumit, Bukan mudah makan 5-6jam untok dimasak, Bukan campak2 melegak angkat dan di hidang. Satu lagi laksa Johor xpakai minyak Dan x ditumis. Ramai sangat yang masak tapi xtahu asal usual nya.

  • @user-um4he6kd7l

    @user-um4he6kd7l

    2 жыл бұрын

    @@zaiwiyahabdullah3856 Share la resepinya....

  • @ctzaienab
    @ctzaienab4 жыл бұрын

    Sya pernah buat laksa ni ikut resepi kak ita d blog dlu.. Hasil nye memag alhamdulillah Sgt sedap.. 😊

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    sa ti Alhamdulillah terima kasih dik ☺️

  • @MikoSonya
    @MikoSonya4 жыл бұрын

    Kak Ita masak macam mak saya masak. Tengok pon dah tau sedap. Orang Johor memang makan laksa menggunakan tangan.

  • @syafiqahsazali1735
    @syafiqahsazali17354 жыл бұрын

    Terima kasih diatas perkongsian 😊

  • @mariamabdullah7030
    @mariamabdullah70303 жыл бұрын

    Campor sikit keledek manis dan sedikit tepong jagong menaikan. Kepekatan kuah yang disertakan dgn bawang goreng sawi Mason memang meletop rasanya

  • @lcputih5720
    @lcputih57204 жыл бұрын

    suka laksa johor ni..teringin sgt nak cuba sendiri buat laksa johor ni..tp bila tgk penyediaannya bahan2nya..mak aihh..luntur semangat.

  • @bellasoshy9262

    @bellasoshy9262

    3 жыл бұрын

    Tu juga salah 1 seni n kepekaan anak johor. Nk buat ...buat betul".

  • @lmk744
    @lmk7444 жыл бұрын

    1st cooking video yang saya seronok tengok.. Tenang tanpa suara.. Step by step yang teliti.. Cantik timun tu kak nita hiris.. Teliti.. 😍😍 Ikan tu boleh ke gantikan dengan ikan lain kak nita?

  • @azwansyahzulkifli6626
    @azwansyahzulkifli66263 жыл бұрын

    allahu, terliurrr daaaa oiii haha

  • @zilazaidon688
    @zilazaidon6884 жыл бұрын

    Suka sgt laksa johor ni....

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    Ya akk pun suka laksa johor

  • @fatinnadia7444
    @fatinnadia74443 жыл бұрын

    Laksa johor, laksa fav aku tp x pnh mkn pakai tgn, x biasa mkn mknn berasas kn mee pakai tgn.mak aku org johor pon mkn pakai sudu garfu....😆

  • @afghan1799
    @afghan17994 жыл бұрын

    Best video lik

  • @marinazara4455
    @marinazara44554 жыл бұрын

    bestnya k ita..

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    Marina Abrahman 😍

  • @salinashamsudin289
    @salinashamsudin2894 жыл бұрын

    Saya juga meminati laksa johor

  • @rubiahaziz9557
    @rubiahaziz95579 ай бұрын

    👌👍🤲🙏

  • @ahmadrestu9744
    @ahmadrestu97444 жыл бұрын

    Senyap je...lagi faham kita kalau ad suara apa2 bende yg d masukkn tu

  • @user-fn2tq8eo3p
    @user-fn2tq8eo3p4 жыл бұрын

    Hi, Kak Saya sangat suka tengok kak masak dan cara kemas barang basah. Saya peminat seti Kak.

  • @mariamibrahimtahir3228
    @mariamibrahimtahir32284 жыл бұрын

    Sedapnya.. Laksa johor mmg special beza dgn Laksa penang. 🤗

  • @hafsahsamuri3868

    @hafsahsamuri3868

    4 жыл бұрын

    Looks good.. I just wish there's a written guide as u adding the ingredients into the pots... Tq for sharing this gorgeous delicious recipe...

  • @zarinahussein7497
    @zarinahussein74974 жыл бұрын

    Tqvm😍

  • @dina-vl7fp
    @dina-vl7fp4 жыл бұрын

    k.ita..first time sy tgok resepi laksa johor.nmpk sedapp. x pernh makan lg. boleh x akk letak caption pd bahan2 tu? sy bru nk belajar2 masak..ada bahan2 yg sy x kenal 🤭

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    ada akk dah letak resepi tekan show more

  • @ibuidah58
    @ibuidah584 жыл бұрын

    Nampak menyelerakan sangat laksa puan masak nie, terasa kat tekak saya nie.. Terima kasih puan.. 👍👍👍

  • @ibuidah58

    @ibuidah58

    4 жыл бұрын

    Bila2 nanti saya nak cuba juga lah..

  • @linaabubakar1756
    @linaabubakar17564 жыл бұрын

    Kak ita.. Trm ksh kongsi resepi. Sy pun suka makan laksa johor. Nanti boleh cuba resepi kak ita ni. Minta halalkan resepinya ye kak

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    Lina Abu Bakar ya dik cubalah semoga menjadi kesukaan keluarga

  • @linaabubakar1756

    @linaabubakar1756

    4 жыл бұрын

    @@AzlitaAzizMasamManis in shaa allah.. Sy mmg follow kak ita dari dulu lg. Suka baca blog kak ita.. Kagum sgt2 dgn hasil keja kak ita. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kak ita sbb tak lokek kongsi tips dan resepi

  • @adniadzraazar2008
    @adniadzraazar20084 жыл бұрын

    Sama bahan resepi abah turunkan kpd kami adik beradik...original resepi...dari orang muor

  • @wgt2092
    @wgt20922 жыл бұрын

    kenapa aku br jumpa channel ni..kene cuba resepi laksa johor ni..

  • @nadnad2043
    @nadnad20434 жыл бұрын

    Slm. Kak ita, stok ikn n udang tu dibekukn ke @ ltk peti bawah je?

  • @mirzahanimama7939
    @mirzahanimama79394 жыл бұрын

    Psal saya org johor...

  • @mardhiahfarid4998
    @mardhiahfarid49984 жыл бұрын

    Lapo lak bulan puasa nengok laksa johor ni. Hahaha

  • @iscaboundavioner8643
    @iscaboundavioner86434 жыл бұрын

    lawa plak mangkuk ayan cmtu

  • @elzahraachanel810
    @elzahraachanel8104 жыл бұрын

    Terbaik.step by step

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    norashikin wahab ☺️

  • @rashidahhelmi8065
    @rashidahhelmi80653 жыл бұрын

    Teringin nak jumpa puan

  • @idamdamin3075
    @idamdamin30753 жыл бұрын

    Masya Allah Penuh tertib Terima kasih di atas perkongsiannya resepi Laksa Johor Beberapa hari perang Laksa Johor di fb Maka saya mencari di video Terjumpa video ini sangat seronok menontonnya Moga ramai netizen menonton video ini Sama sama belajar cara masak Laksa Johor 😀

  • @connieida3079
    @connieida30794 жыл бұрын

    Bole kn klau boh lobak asin yg halus2 tu...tqvm

  • @chebachah7443
    @chebachah74434 жыл бұрын

    Untuk masak kuah..seeloknya pakai periuk tinggi....

  • @sopsopjuly
    @sopsopjuly4 жыл бұрын

    Sis, laksam please hihi.

  • @rauzatulmuna4728
    @rauzatulmuna47284 жыл бұрын

    Halo Azlita! So good to watch your videos, but some of the ingredients are not familiar for me. Could you please write it down on the screen? Thank you so much.

  • @marbick-x2u

    @marbick-x2u

    3 жыл бұрын

    Setuju

  • @nzera1474
    @nzera14744 жыл бұрын

    Assalammualaikum kak,,nk tnya memng Kene letak ke gula merah tu untuk ape..dan ikan masin kurau utnk ape

  • @noraibrahim7828
    @noraibrahim78283 жыл бұрын

    Saya bagi 2/5 sebab Step masak dah ok cuma tak ada subtitle apa ramuan segala.. Saya tak tahu pa benda yg diletak sebab sy bukan org Johor. Anyway thanks for sharing 😀

  • @nazifaismail5763
    @nazifaismail57634 жыл бұрын

    Assalamualaikum kak ita... Kak edit edit video ni guna apps apa and record pakai fon or camera? Kualiti video yg sangat bagus and resepi yg senang dan menarik 😊 tq kak ita

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    Nazifa Ismail Waalaikumussalam Record guna camera canon Edit guna apps vegas pro ☺️ terima kasih dik

  • @aziahabubakar2181
    @aziahabubakar21814 жыл бұрын

    Sedapnya kak ita

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    Aziah Abu Bakar Alhamdulillah 😋

  • @mirzahanimama7939
    @mirzahanimama79394 жыл бұрын

    Org johor mkn laksa pkai tangan je baru ump.. Kena lak smbal belcan... Pergh...

  • @ecahaishah4897
    @ecahaishah48974 жыл бұрын

    Assalamualaikum Nak tnya ini untuk serve berapa orang ya ?

  • @fazlinghazali1260
    @fazlinghazali12604 жыл бұрын

    ikan kurau masin tu boleh tukar dgn ikan masin yg lain x? x jmpa ikan kurau 😭😭😭

  • @zureenalot5265
    @zureenalot52654 жыл бұрын

    Bgitau la ramuan

  • @MikoSonya

    @MikoSonya

    4 жыл бұрын

    baca kat ruang diskripsi. ( description box)

  • @norhainilatiff3902
    @norhainilatiff39024 жыл бұрын

    Mee makan dgn tangan? First time ni saya tgnk

  • @harryrinaldi2812

    @harryrinaldi2812

    3 жыл бұрын

    Laksa Johor mmg makan pakai tangan

  • @norhainilatiff3902

    @norhainilatiff3902

    3 жыл бұрын

    Ooh first time saya tgnk....baru tau😄

  • @user-fn2tq8eo3p
    @user-fn2tq8eo3p4 жыл бұрын

    Setia

  • @masturahanapi287
    @masturahanapi2874 жыл бұрын

    Memang cara mkn laksa johor ni pakai tgn ye Kak Ita?

  • @anarose8963

    @anarose8963

    4 жыл бұрын

    Ye betol. Suami saya org johor. First time balik sambut raya agak pelik. Tapi lama² dah biasa mcm gi sedap plk 😆 mungkin sebab kuah nya yg pekat.

  • @zainababdaziz177
    @zainababdaziz1774 жыл бұрын

    ni baru pure johorean punye laksa.sphagetti bercap...bukan berderai..

  • @mirzahanimama7939
    @mirzahanimama79394 жыл бұрын

    You org johor ke..

  • @kartinikassim4953
    @kartinikassim49534 жыл бұрын

    Minta halalkan resepi ya

  • @norainimohamed4033
    @norainimohamed40334 жыл бұрын

    salam pn ita...... pandainya puan mengecap....potong timun klasik........ tk resepinya dan caranya......mintak halal

  • @hairienaz5380
    @hairienaz53803 жыл бұрын

    Memang aku suke tapi tak leh angkat bile gune spegetti instead of original mee laksa yg putih tu.

  • @anntyaze
    @anntyaze3 жыл бұрын

    Sukutan ingredients ini cukup utk berapa orang makan?

  • @rapiahbuang6566
    @rapiahbuang65664 жыл бұрын

    Yg mcm pes tu apa ya

  • @kamariah1732
    @kamariah17324 жыл бұрын

    Tampa suara tu bgus tapi tulislah bhan2 nya

  • @jomonz
    @jomonz3 жыл бұрын

    Salam kak, bahan² nya apa ya. Maaf saya noob bnyk tak kenal bahan² ni.

  • @TOMZfanz

    @TOMZfanz

    3 жыл бұрын

    Klu nk yg authentic go to arif eddy channel..tis utuber, not follow the original recipe..

  • @sayamaria1108
    @sayamaria11083 жыл бұрын

    Ikan masin ni bland sekali ke

  • @xara557
    @xara5574 жыл бұрын

    Apa fungsi letak ais lepas tos spageti tu kak? Xnak bg spageti melekat ke?

  • @farhanaswan9311

    @farhanaswan9311

    4 жыл бұрын

    Mungkin elak mee tu x kembang dan masih segar. Senang Masa nak alas kt kain dgn corak putaran.

  • @TOMZfanz

    @TOMZfanz

    3 жыл бұрын

    To stop cooking process

  • @zaleahali5695
    @zaleahali56953 жыл бұрын

    Kenapa x guna ikan lain

  • @kartinikassim4953
    @kartinikassim49534 жыл бұрын

    Mana resepinye, spt bende yg di sangai ketubar ke jintan ke.. dan bahan2 lain

  • @AzlitaAzizMasamManis

    @AzlitaAzizMasamManis

    4 жыл бұрын

    Kartini Kassim resepi ada di description bawah tajuk tekan show more 😅

  • @hasnahyunus7236
    @hasnahyunus72364 жыл бұрын

    Takde suara?

  • @sitizainab1956
    @sitizainab19563 жыл бұрын

    knp tak ada suara, tak tahu apa bahan2nya

  • @sarinahmohamed8144
    @sarinahmohamed81444 жыл бұрын

    ikan parang banyak tulang sis bole tukar ikan lain....tenggiri ke?