Lontong Kuah Lodeh Istimewa Hari Raya

Kali ni jom kita masak kuah lodeh yang biasa dipadankan bersama lontong atau nasi impit. Setiap kali raya, hidangan ni antara yang wajib dihidangkan. Walaupun kuah lodeh ni bukan makanan tradisi tempat asal Che Nom, tapi dah jadi menu favourite sejak dulu lagi.
Resepi ni CN dapat dari pembantu yang berasal dari Indonesia, resepi keluarganya. Memang sedap kerana ada satu bahan tambahan yg buatkan kuah lodeh ni lebih pekat dan menarik rasanya. Memang kena lah dengan selera. Sesiapa yang suka makan di pagi raya, boleh cuba masa sendiri. Tak susah pun.
Mula-mula kita sediakan bahan-bahan untuk dimasukkan dalam kuah lodeh dan juga bahan-bahan kisar untuk tumisan.
Rasa berlemak dari santan, rasa pedas dari 3 jenis cili, lengkap dengan sayur-sayur, tempe dan tauhu, rasa manis udang memang cukup untuk buatkan kita makan tak cukup sepinggan.
//Bahasa Melayu
---------------------------------
Bahan-bahan kisar halus:
3 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1-2 ketul kunyit hidup
1 inci halia
1 biji tomato
1-2 biji cili merah
4-5 tangkai cili padi
2 tangkai cili kering
3 biji buah keras
1 sudu besar udang kering
sedikit air
Bahan-bahan untuk goreng:
2 keping tempe
4 ketul tauhu
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Bahan-bahan lain:
3-4 sudu besar minyak masak
1 batang serai
1 inci lengkuas
1-2 helai daun bay (lupa letak kat video)
1 batang lobak merah
1 biji kecil sengkuang
sedikit air
4 batang kacang panjang
1 keping fucuk
suun
3 - 4 cawan santan cair (atau lebih jika suka)
kubis
garam secukup rasa
1 mangkuk santan pekat
10-15 ekor udang
1/3 sudu kecil gula
nasi impit
sambal ikan bilis
telur rebus
ikan bilis goreng
//English
-----------------------------------
Fine grind ingredients:
3 shallots
3-4 cloves garlic
1-2 pieces fresh turmeric
1 inch ginger
1 tomato
1-2 red chillies
4-5 stalks of birds eye chili
2 stalks dried chillies
3 candlenuts
1 tablespoon dried shrimp
some water
Ingredients for frying:
1 piece tempeh
4 pieces tofu or bean curd
a little bit of salt
a little turmeric powder
Other ingredients:
3-4 tablespoons of cooking oil
1 stalk lemongrass
1 inch galangal
1-2 bay leaves (forgot ti include in video)
1 carrot
1 small sweet turnip
some water
4 long beans
1 piece bean curd sheet
glass noodles
3 - 4 cups light milk (or more if desired)
cabbage
salt to taste
1 bowl thick coconut milk
10-15 shrimp
1/3 teaspoon sugar
compressed rice
spicy anchovies (sambal)
boiled eggs
fried anchovies
Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: bit.ly/CheNomFacebook

Пікірлер: 549

  • @KNisaKA
    @KNisaKA3 жыл бұрын

    Selalu confuse explanation santan cair/pekat and kotak. Nnt try explain lg detail please.

  • @adamshariffx
    @adamshariffx3 жыл бұрын

    petua mak saya, jgn campurkan tempe dan tauhu dlm kuah lodeh. nanti kuah lodeh cepat basi. buat je sebagai side dish. nk mkn baru letak.. baru letak kuah lodeh

  • @makeeat3292
    @makeeat32923 жыл бұрын

    Saya sorang je ke yg tak ready lagi raya ni??!

  • @Msbabyl0n
    @Msbabyl0n3 жыл бұрын

    Suami kate tahun ni x payah la susah2 buat lodeh, makan menu lain.. Tp bile tengok video ni, "aku x peduli! Nak buat lodeh jugak raya ni. Raya kedua pun takpe asalkan nak buat jugak, buat makan sorang pun jadi laa" 🤤

  • @user-nd3iu8jy7r
    @user-nd3iu8jy7r Жыл бұрын

    Resepi ni untuk berapa orang makan ya?

  • @nursyahirah6285
    @nursyahirah6285

    Kuah lontong ni rsa sdap letak lengkuas hlia atau tidak ya.. Sb sy tgk resipi lain2 ada yg x letak lengkuas hlia?

  • @yipee44
    @yipee443 жыл бұрын

    Kalau versi Johor kuah lodeh putih masak lebih kurang mcm che nom. Cuma versi Johor tak letak buah keras, kunyit dan tomato.. bahan tumis cuma tumbuk udang kering dgn bawang. Kepedasan sikit2 je dari lada merah besar tu. Huhu. Lagi satu, tips nak kuah lodeh kalau nak tahan lama, kena goreng dulu tauhu dan tempe sampai garing. insyaAllah kuah lodeh tahan sampai esok hari. Nk sedap letak cendawan hitam yg kering tu.. sedap kenyal2 makan dgn sayur2 tu bersama ketupat. 😘 Selamat hari raya Che Nom!

  • @yasminjaafar5231
    @yasminjaafar52313 жыл бұрын

    untuk berapa orang makan ni che nom .. kalau untk 40 org makan mcm mna nk bajet

  • @desmon6781
    @desmon67813 жыл бұрын

    Ya Allah Che Nom!!!! baru pagi tadi (11 May, 2021, +-9.30am) saya search "lontong che nom" kat youtube! Ni dah petang (2.31pm) video ni terus ada kat recommendation saya!!!! Magic apakah iniiiiiiii

  • @azlynazmy419
    @azlynazmy4192 жыл бұрын

    Assalamualaikum, boleh tahu tak resepi ni utk berapa org makan?

  • @zarosminiawang4729
    @zarosminiawang4729 Жыл бұрын

    Assalam che nom..maaf nak tanya..resepi ni untuk berapa orang makan ye?

  • @manjago1070
    @manjago10703 жыл бұрын

    Bagi pendapat sy..inilah satu2xnya rancangan tutorial masakan dlm youtube paling trending no.1 di hati💖ku..klau sy tengok cara/tutorial masakan lain agak brterabur,tidak kemas cara presentation dn penampilan susun atur bahan2x yg nk dimasak..berbanding dgn penampilan yg ditunjukkan oleh Che nom ni.mmg menghiburkan dn..senang..mudahlah nk ikut..walaupun kita hanya tengok tangannya yg cantik tu je yg buat

  • @julaihajamiranjue3699
    @julaihajamiranjue36993 жыл бұрын

    Sy org johor..nie makanan tradisi keluarga sy dri kecik smpai la besar nie...rindu nsi impit n kuah lodeh mak...

  • @aiman6791
    @aiman67913 жыл бұрын

    che nom turn on community contribution, nanti boleh orang contribute subtitle english

  • @nirminaziz139
    @nirminaziz1392 жыл бұрын

    Semenjak saya ikut resipi che nom,suami dan anak2 puji masakan saya. Anak dan suami suka sangat resipi ni,alhamdulillah banyak kali buat sedap.Terima kasih che nom.

  • @ctishaan4081
    @ctishaan40813 жыл бұрын

    Baru buat sbb teringin lauk raya, kuaj lodeh dgn sambal bilis, fuhhhh suami smpi menjilat jari, resipi mantopppp

  • @damaihijau
    @damaihijau3 жыл бұрын

    ALHAMDULILLAH DAPAT RESEPI KUAH LODEH. TERIMA KASIH CHE NOM SENTIASA KONGSI RESEPI TERBAIK.

  • @hamidahmuslim2023
    @hamidahmuslim20233 жыл бұрын

    Memang sedap saya dah buat ikut resepi che nom utk hari raya..terima kaseh che nom

  • @Rohanitwin
    @Rohanitwin2 жыл бұрын

    MEMANG TERBAIK👍👍👍 RESEPI LODEH CHE NOM NI, Hari Raya baru ni bagi jiran dia kata 10 ⭐️..saya memang akan refer apa2 masakan dr resepi Che nom.... Terimakasih Che Nom atas perkongsian resepi yg sedap2... Semoga Che Nom sentiasa dlm Rahmat Allah❤️

  • @dapurmakleni
    @dapurmakleni3 жыл бұрын

    Memang terbaik ,saya dulu dekat kampung walupun tak merayakan Raya tapi emak saya selalu masak lontong dengan kuah lodeh Dan kuah Kacang...meriah betul sewaktu dikampung dulu bila Raya kawan Dan tetangga selalu bagi kuih muih Dan ketupat.

Келесі