Trend Terkini Warna Kabinet Dapur

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

Cerah atau gelap? Warna mana yang sesuai untuk kabinet dapur anda?
Soalan yang kerap ditanya oleh tuan rumah adalah, warna apa yang sesuai dengan dapur dan tema yang mereka pilih.
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew akan kongsikan cara untuk memilih warna kabinet dapur anda. Uncle Andrew akan kongsikan juga trend terkini dan warna yang tidak pernah ketinggalan zaman pada akhir video.
Apa kelebihan kalau kita memilih warna kabinet dapur bewarna putih atau cerah?
Pertama, sepanjang zaman
Warna putih atau cerah merupakan pemilihan warna yang selamat dan kekal dalam trend sepanjang zaman berbanding kabinet yang mengikut trend semasa, kerana trend hanya akan kekal lebih kurang 3-5 tahun sahaja. Warna yang cerah masih mendapat permintaan yang tinggi dari tuan rumah sehingga sekarang.
Kedua, nampak lebih bersih dan luas
Jika dapur anda kecil dan sempit, kabinet yang bewarna cerah dan terang sangat sesuai, kerana ia membuatkan ruangan anda terasa lebih besar.
Antara kekurangan kabinet dapur warna cerah adalah:
Pertama, maintenance yang tinggi
Kabinet putih atau cerah susah untuk dijaga. Anda mungkin perlukan lebih masa untuk membersihkan kabinet anda kerana kesan kotoran seperti cap jari, percikan makan, minyak lebih mudah kelihatan berbanding warna lain.
Kedua, warna senang pudar
Dari masa ke masa, kabinet dapur putih mudah menjadi kekuningan. Memasak dan pendedahan secara langsung pada cahaya matahari, merupakan dua faktor utama yang menyebabkan warna kabinet menjadi pudar atau kekuningan.
Macam mana dengan kabinet yang bewarna gelap pula?
Antara kelebihan kabinet bewarna gelap adalah:-
Pertama, tidak perlukan maintenance yang tinggi
Kesan kotoran dan calar sukar kelihatan pada kabinet yang berwarna gelap. Masa untuk anda bersihkan dapur dapat dikurangkan kerana kesan kotoran tidak bergitu keilhatan.
Kedua, memberikan suasana mewah dan elegan
Jika anda mencari dapur yang selesa dan elegan, kabinet berwarna gelap lebih sesuai untuk anda.
Antara kekurangan nya pula adalah:-
Pertama, kabinet dapur kelihatan berat
Untuk mengatasi masalah ini, pastikan anda memilih warna yang cerah untuk hiasan dan perkakas anda bagi seimbangkan warna. Warna gelap boleh membuatkan dapur anda kelihatan kecil, jadi padankan dengan warna yang terang supaya ruangan anda tidak nampak terlalu mampat atau sempit.
Kedua, perubahan trend
Sekarang mungkin trend warna gelap, tetapi trend ini tidak berkekalan seperti warna cerah.
Jika anda tidak boleh membuat keputusan antara kabinet berwarna cerah atau gelap, gabungkan kedua-duanya. Pertimbangkan untuk menggunakan warna cerah untuk kabinet dinding anda dan warna gelap untuk kabinet bawah. Tidak digalakan sebaliknya, kerana warna yang gelap boleh membuatkan ruang nampak berat dan tidak seimbang. Sebagai altenatif, cuba gunakan warna yang gelap pada kabinet dinding dan bawah, serta warna yang cerah pada island atau sebaliknya.
Apa trend dapur terkini tahun ni?
Warna hijau merupakan trend terkini untuk warna kabinet dapur tahun 2022. Warna hijau juga merupakan warna yang memberikan suasana tenang. Manakala warna putih merupakan warna yang tidak pernah ketinggalan zaman.
Sebelum anda memilih warna kabinet dapur yang sesuai, anda perlu menitik beratkan tema dan warna dinding dapur anda. Anda juga perlu mengambil kira, warna kabinet yang lebih gelap menjadikan ruangan terasa lebih kecil, manakala warna yang lebih terang akan menjadikan ruangan terasa lebih besar.
Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Пікірлер: 32

  • @junaidaafuan3602
    @junaidaafuan3602 Жыл бұрын

    Wo ganxie ni, Uncle Andrew. U speak good bahasa with emphasised pronounciation! 🤭

  • @litzy2689
    @litzy2689 Жыл бұрын

    rasa nak warna hijau jaaa

  • @normala6735
    @normala6735 Жыл бұрын

    👍

  • @noorliyantisaid5058
    @noorliyantisaid5058 Жыл бұрын

    Terbaikk la boss

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Terima kasih,🙏

  • @hnsconstruction772
    @hnsconstruction772 Жыл бұрын

    Carbinet puteh memmng cantek dn berseh ... Carbinet rmh saya pn warna puteh .....

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    👍👍👍

  • @lin-nq8wg
    @lin-nq8wg Жыл бұрын

    Tq uncle for beneficial sharing

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    You are most welcome 🙏

  • @muhamadaziz5443
    @muhamadaziz5443 Жыл бұрын

    Ok terima kasih kongsi warna👍🏻👍🏻👍🏻,saya nak tanya dinding rumah saya tinggi kebinet biasa 2.5mm tinggi,yang bahagian atas Cabinet nampak kosong apa perlu saya buat? Uncle Andrew tolong bagi cadangan untuk Cabinet atas nampak penuh dan jimat kos

  • @ikanemas7743
    @ikanemas7743 Жыл бұрын

    Tq uncle

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    You are most welcome 🙏

  • @clip012
    @clip012 Жыл бұрын

    Uncle ada info on tinted window film for home? Cara nak pilih tinted film, quality etc. Mungkin boleh invite speaker untuk tajuk ni.

  • @zamilahyusoff1565
    @zamilahyusoff1565 Жыл бұрын

    Great vid😊

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Thank you very much 😊

  • @bjvjg1
    @bjvjg1 Жыл бұрын

    Nak tgk design yg jarang org buat .jenis floating😄

  • @sharizasha908
    @sharizasha90811 ай бұрын

    Hi uncle Andrew...im sha ni..nk tanya..klau warna kitchen cabinet jd biru turquoise ,table top putih..dinding marble putih.. island plk biru atasnya hitam Nmpk gelap or sesuai x klau dapor sha keluasan 20x13". Sbb bru cadang nk buat ..pls ya bagi cadangan tq Sesuai x

  • @harazshi7450
    @harazshi7450 Жыл бұрын

    Salam sejahtera Uncle Andrew..untuk 4G glass warna putih ada tak risiko utk warna menjadi pudar & kekuningan dlm jangka masa lama? Saya masih ragu-ragu wpun contractor cakap warna tak kan berubah.. tq in advance🙂

  • @muhdhamniadam9770
    @muhdhamniadam9770 Жыл бұрын

    mantap uncle! boleh suggest the best/ top kitchen hood dan hoob set? kalau fotile ok ke? ada dc motor berbanding ac motor thank you uncle!

  • @clip012

    @clip012

    Жыл бұрын

    Hood kena tgk both suction power (m3/h) and static pressure (PA).

  • @cmwan4545
    @cmwan4545 Жыл бұрын

    Hi Uncle Andrew, please advise matte or gloss surface is better for the cabinet doors?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    When it comes to choosing between matte or gloss surfaces for kitchen cabinet doors, there are several factors to consider. Matte surfaces have a non-shiny, flat appearance, which can help to hide imperfections and scratches more effectively than gloss surfaces. This can be beneficial in a high-traffic area like a kitchen, where the cabinet doors may be exposed to frequent use and wear and tear. Matte surfaces also tend to be less reflective, which can be helpful in reducing glare and making the kitchen feel less harshly lit. On the other hand, gloss surfaces have a shiny, reflective appearance that can add a sense of depth and dimension to the kitchen. Gloss surfaces are generally easier to clean and maintain, as spills and stains can be wiped away more easily. However, gloss surfaces can also highlight imperfections and scratches more prominently, which can be a downside in a high-traffic area like a kitchen. Ultimately, the choice between matte or gloss surfaces for kitchen cabinet doors will depend on your personal preferences and priorities. If you prioritize durability and low maintenance, matte surfaces may be the better option. If you want to add a sense of brightness and dimension to your kitchen, gloss surfaces may be the better choice.

  • @mhashimhamzah8409
    @mhashimhamzah840929 күн бұрын

    Tak payah nak irihati la bang oooii... sbb tak jd apa2 dlm kehidupan harian... maka kerjanya adalah buat komen kopi O (kosong) minum la seorang... Cerdik sangat ke abang.... Jgn nak melilau tak tentu hala... nanti sasau.. 😅😅

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    28 күн бұрын

    Terima kasih bagi comment🙏🏻,maaf jika video saya menganggu

  • @ummikalthum2316
    @ummikalthum2316 Жыл бұрын

    Uncle. Saya sebenarnya lebih suka kabinet berwarna putih utk menampakkan ruang dapur yg lebih luas..tetapi, rumah saya dibeli dgn lantai dapur berwarna gelap dan table top gelap. Saya syg nak ubah dapur kerana keadaan masih tiptop cuma warna pada saya x sesuai (mix hitam, warna kayu dan grey) Jadi soalan saya, kalau lantai dan table top sy kekalkan warna gelap cuma kabinet ditukarkan kepada putih. Adakah ia nya akan nmpk lbh ok? Saya juga ada tambahan laundry area with sinki yg mn sy mahu lantai ,table top dan kabinet berwarna putih.

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Boleh..dengan mengekalkan table top gelap tak kan menjadikan ruangan secara keseluruhan gelap.. Plus,warna hitam antara warna yang senang matching dengan mana2 warna.. Jadi,kalau kekalkan table top hitam dan tukar kabinet kepada warna putih pun akan menampakkan dapur luas,cantik dan elegen. Dan penggunaan table top warna hitam lebih mudah untuk dijaga dari penampakan segala kotoran.

  • @hfzrdz6602
    @hfzrdz6602 Жыл бұрын

    Uncle, untuk buat kabinet dapur bahagian bawah perlu ke buat base/lantai tabletop?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Masa Uncle kerja dekat Singapore, ramai Tuan rumah suka pasang 50mm tinggi base concrete , lepas itu cabinet duduk atas dia. Tujuan utama pasang concrete base adalah ia tahan air atau kelembapan tinggi. Dekat sini pula, kita lebih gemar pasang kitchen cabinets tanpa concrete base. Bagi saya tak salah kedua dua cara. Cara tanpa concrete ada advantage kita boleh fine tune leveling cabinet(ABS LEGS) kita dengan sempurna. Manakala,dengan cara concrete base, lantai basah dah keadaan kelembapan tinggi tiada masalah pada cabinet kayu. Tetapi, susah sedikit nak adjust leveling lantai. Ia bergantung kepada tukang yang buat concrete base itu. Namun sekarang ada banyak material stabil terhadap air, jadikan kita boleh dapat buat leveling cantik dan samping itu dapat menggunakan material tahan air.

  • @rosismail2325
    @rosismail2325 Жыл бұрын

    kabinet besar sedia ada saya berwarna coklat. saya bercadang nk buat kabinet baru berwarna coklat jga utk dapur basah saya utk gabungkan dengan yg sedia ada. Persoalannya, apa warna lantai dapur dan table top saya yg berukuran 16 kaki panjang agar sesuai dgn warna coklat?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    If you want to combine the new brown cabinet with the existing brown cabinet, it would be good to choose floor and tabletop colors that complement and harmonize with the brown color. Here are some options for the kitchen floor and tabletop colors: 1. Kitchen Floor: - Cream or beige-colored tiles: This will provide a clean and contrasting look against the brown cabinets. - Light brown wooden floor: This will create a sense of continuity with the cabinets, giving a warm and natural ambiance. 2. Tabletop: - Brown-patterned granite or natural stone: This will provide an elegant look and durable material. - Brown-colored laminate with wood patterns: This will give a similar appearance to wood but at a more affordable price. The final choice depends on your personal preferences and the style you want to create in your kitchen. Make sure to look at floor and tabletop color samples in person at stores or catalogs to ensure they match the brown color you desire.

  • @mudismail
    @mudismail Жыл бұрын

    👍

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Terima kasih