Porcelain Slab

Ғылым және технология

Porselin merupakan salah satu worktop yang paling tahan lama di pasaran. Bahannya lebih kuat daripada granite dan hampir sama dengan quartz.
Porcelin slab boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak seperti marble dan juga batu semula jadi lain. Kecantikannya yang semula jadi, menjadikan dapur kita kelihatan mewah dan elegen.
Porcelin slab diperbuat daripada 100% bahan semula jadi, mentah, berasaskan tanah liat dan campuran pelbagai mineral seperti silca dan kaolinite. Oleh itu, anda boleh mengitar semula porselin slab lama anda dengan mudah walaupun setelah bertahun-tahun digunakan.
Campuran tadi dibakar pada suhu yang tinggi antara 2200 sehingga 2650 Fahrenheit. Suhu yang tinggi dapat mengahasilkan worktop yang tahan lama, tahan kesan kotoran, calar, haba, retak dan sinaran UV.
Proses pembuatan porcelain slab memerlukan peringkat tekanan yang sangat tinggi. Dimana teknologi mesin ini hanya boleh didapati di tangan pengeluar asing. Kekerasan Mohs dibahagikan kepada beberapa tahap, iaitu tahap 1-10. Setiap tahap mewakili mineral semula jadi yang berbeza. Dibawah tekanan yang tinggi, ketumpatan porcelain slab meningkat sehingga mencecah 6-7 Mohs hardness level.
Porcelin slab dapat menahan kesan calar dengan baik seperti granite dan quartz. Namun, kita masih perlu berhati-hati dengan pisau seramik yang kadang-kadang mampu mengores permukaan porselin slab kita yang cantik. Pastikan anda menggunakan papan pemotong untuk memotong sesuatu semasa penyediaan makanan.
Pigmented glazes ditambah semasa pembuatan untuk mengasilkan perbagai warna dan corak yang berbeza pada porcelain slab. Anda boleh pilih sama ada berkaca atau tidak. Glaze mengurangan rongga pada worktop dan meningkat daya ketahan serta membuat permukaannya berkilat.
Walaubagaimanapun, corak atau warna glazed porcelain hanya terdapat dipermukaan sahaja bukan keseluruhan slab. Warna dalamannya mungkin akan berbeza dan kita kan nampaknya apabila permukaannya terkelupas. Berbeza pula dengan unglazed porcelain. Warnanya meliput disetiap ketebalan worktop.
Tidak ada permukaan worktop yang 100% mampu menahan kesan kotoran, tetapi porcelain mampu menahan kesan kotoran dengan baik dan mudah untuk dijaga. Kadar penyerapan air bagi porcelain slab mampu mencecah 0.01 berbanding dengan quart 0.03. Porcelin slab tidak berpori, cecair tidak meresap ke dalam worktop. Oleh itu, kesan kotoran diatas permukaan mudah dibersihkan. Walaupun, anda tidak segaja menumpahkan minyak, kicap, sos diatas permukaan porcelain slab, kotorannya tidak akan meresap masuk. Anda hanya perlu lap sahaja kotoran tadi dengan kain bersih.
Selain itu, porcelain slab, mampu menahan kebanyakan bahan kimia dan tidak akan tergores atau meninggalkan keasan topokan dari makanan atau minuman berasid.
Untuk membersihkan kesan kotoran yang degil, bahan kimia yang agak kuat boleh digunakan dia atas permukaan worktop kerana permukaannya yang tidak berpori, ia tidak akan menyerap bahan kimia berbahaya. Walaubagaimanapun, bahan kimia yang sangat kuat dan bertoksik perlu dielakkan.
Porcelin slab dihasilkan pada suhu yang sangat tinggi sehingga ia mampu haba yang tinggi. Permukaan periuk panas tidak akan merosakkan permukaan worktop apabila diletakkan diatasnya. Tetapi, Uncle Andrew masih galakkan supaya kita meggunakan pelapik sebelum meletakkan peralatan memasak yang panas keatas table top.
Walaupun terdedah kepada cahaya matahari, permukaan porslein slab tidak akan pudar kerana sifatnya yang tahan sinaran UV. Oleh itu, ia merupakan pilihan worktop terbaik untuk indoor atau outdoor.
Porcelin slab memiliki keunikannya yang tersendiri berbanding worktop lain. Oleh kerana corak porcelain hanya sedalam kulit, kemasan tepinya lebih terhad berbanding batu semula jadi atau quartz.
Walaubagaimanapun, bahagian tepi porcelain slab dapat diketepikan dengan beberapa penampilan yang berbeza untuk mengekalkan corak yang konsisten ditepinya. Sebilangan besar memilih kemasan tepi yang lurus.
Anda mungkin fikir ketahanan porcelain slab yang tinggi memerlukan ketebalan yang melampau, tetapi sebenarnya tidak. Hakikatnya porcelain slab boleh jadi sangat ringan dan dapat memberikan tambahan pilihan pemasangan. Anda boleh memasangnya secara langsung dia atas meja yang sedia ada kerana ketebalannya yang nipis. Ini dapat mengurangkan kesukaran dan kos membuang bahan atau worktop yang lama. Kebiasaannya ketebalan porcelain slan ialah 12mm.
Kesimpulannya, seperti yang kita bincangkan, porcelain slab yang berkualiti dilengkapi dengan versatility dan kekuatan yang sangat tinggi serta pemasangan yang sangat mudah. Keunikannya dapat memenuhi citarasa anda.
Kelemahan porcelain slab seperti kesan kesan tergores atau sumbing dapat dilihat. Namun, dalam jangka masa panjang, kelebihan porcelain slab mengatasi kekurangannya dan menjadikan porselin slab antara worktop terbaik. Dengan perancangan dan penjagaan yang betul, porcelain slab pastinya menjadi pilihan bagi dapur anda yang prktikal dan moden.

Пікірлер: 49

  • @aishahraman
    @aishahramanАй бұрын

    thank you so much uncle andrew, sangat berinformasi, saya belajar byk perkara sbg pemilik rumah baru dan tidaklah mempunyai bajet yang tinggi. semoga saya dapat membuat pilihan terbaik utk keluarga dan poket saya.

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Ай бұрын

    you are welcome 🙏🏻

  • @syamimi95ful
    @syamimi95ful2 жыл бұрын

    Uncle Andrew yang mana lagi terbaik dan apa perbezaan procelin slab dan sintered stone???

  • @shafwansabri5275
    @shafwansabri52752 жыл бұрын

    teruja dengan penerangan uncle🥰 tq

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    You are most welcome

  • @putatdaun
    @putatdaun Жыл бұрын

    Tankyu uncle..bnyk info

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    You are most welcome 🙏

  • @sabrinaaziz7664
    @sabrinaaziz76642 жыл бұрын

    uncle blh suggest jenis backplash yg ada kt malaysia? sbb glass, granite n mcm mozek

  • @norafizahsamsudin6886
    @norafizahsamsudin68862 жыл бұрын

    Such a good information! Tq uncle andrew

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Terima kasih banyak ²

  • @azreeazree-gn8cz
    @azreeazree-gn8cz2 жыл бұрын

    Hi uncle.. Saya nak tanya Glaze Porcelain saiz 600x600mm brand lorenza ceramica adakah sama jugak macam yang uncle terangkan ini?

  • @farrahxiah
    @farrahxiah Жыл бұрын

    saya suka video uncle

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Terima kasih banyak ²🙏

  • @haszuannazrihaszuannazri
    @haszuannazrihaszuannazri2 ай бұрын

    Mcm sinki porcelain.. kalau nk tukar warna.. putih ke hitam.. ada ke cat yg khusus utk cat porcelain ni, uncle?

  • @jijiejijie2500
    @jijiejijie2500 Жыл бұрын

    Uncle tak faham la..banyak sangat porcelin slab,sintered stone,solid surface,tak sama ka?tak tahu nak pilih yang mana

  • @Moni_892
    @Moni_8927 ай бұрын

    Uncle....glazed atau unglazed ,yg mana lebih sesuai utk kitchen table top? sebab unglazed ada pori lebih drpd glazed kan? harga sama ka?

  • @mudismail
    @mudismail Жыл бұрын

    👍

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Tqvm

  • @kittygirl_thetortie498
    @kittygirl_thetortie4984 ай бұрын

    Kunyit boleh serap dlm porcelin ke?

  • @taranyaelungkeeren8798
    @taranyaelungkeeren87983 жыл бұрын

    Uncle can you also explain about sintered stone?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    3 жыл бұрын

    Good Morning. Uncle Andrew got no deal with Sintered Stone so far. I think the link below can answer your quation.Thank you. www.caragreen.com/blog/entry/is-sintered-stone-the-same-as-porcelain-tile

  • @panoramaindah5029
    @panoramaindah50292 жыл бұрын

    Uncle cover area mana?

  • @yolandaallin663
    @yolandaallin6632 жыл бұрын

    uncle Andrew what colour is the top sale for 5g glass door kitchen cabinet??

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    white colour

  • @yolandaallin663

    @yolandaallin663

    2 жыл бұрын

    @@UncleAndrew1111 if i want to combination colour white & red is its okay for modern concept kitchen

  • @eugenefrancis8894
    @eugenefrancis88942 жыл бұрын

    Uncle Andrew, what is the price per sqft for porcelain slab?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Price about Rm300+ per foot run.

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Sorry ,late reply.

  • @eugenefrancis8894

    @eugenefrancis8894

    2 жыл бұрын

    thank you for the reply. much appreciated.

  • @drinity49
    @drinity49 Жыл бұрын

    Hi Uncle, nak tanya.. Porcelain vs quartz vs granite. Yang mana lebih murah dan mana paling mahal

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Quartz dan Granite ada yang murah dan juga sesetengah lebih tinggi harga.Antara 3 jenis material ini,harga porcelain tinggi daripada Quartz dan Granite.

  • @tiaraa.3709
    @tiaraa.3709 Жыл бұрын

    porcelian slab boleh jadikan as a backsplash tak?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Boleh

  • @clip012
    @clip012 Жыл бұрын

    What is the price range between quartz and porcelain slab? Banyak sgt kah beza harga?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Dalam 35 hingga 50 peratus.

  • @clip012

    @clip012

    Жыл бұрын

    Wah, tinggi jugak tu. Tapi nmpk berbaloi sbb process vitrification, bukan pakai resin.

  • @hazimhalim2650
    @hazimhalim26502 жыл бұрын

    Hye uncle Andrew.. porcelain slab vs quartz stone... Yang mana lebih baik? Dari segi harga yg mana lebih mahal?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Hi,Porcelain Slab lebih baik , harga Porcelain Slab jauh lebih tinggi banding dengan quartz.

  • @abyssleo3344
    @abyssleo33442 жыл бұрын

    Uncle Andrew, I'm confusing to choose which type of table top, can recommend a good one and long lasting use, and not easy to break

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Quartz pilihan untuk tahan dan harga sederhana. Porcelin Slab tahan tetapi harga sikit tinggi.

  • @abyssleo3344

    @abyssleo3344

    2 жыл бұрын

    @@UncleAndrew1111 tq uncle Andrew, skrg saya pun sudah confirm quartz stone, memang menfaat

  • @zulfadhlizainal7515
    @zulfadhlizainal75152 жыл бұрын

    Yang mana lagi mahal? Quartz stone atau porcelain slab?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Quartz stone jauh murah.

  • @zulfadhlizainal7515

    @zulfadhlizainal7515

    2 жыл бұрын

    @@UncleAndrew1111 quartz stone usually how much ya? Per ft

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    wa.me/60129837577

  • @proxycore990
    @proxycore9902 жыл бұрын

    Mana lagi mahal. Porselin atau quartz?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Porcelin Slab jauh mahal.Quartz bukan sahaja murah tetapi juga tahan lasak dan cantik digunakan.Quartz dapat sambutan yang baik di pasaran.

  • @andromeda6930
    @andromeda69303 жыл бұрын

    mcm porcelain tile ?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    3 жыл бұрын

    Selamat pagi, tile biasa dalam ukuran yang lebih kecil dan ketebalan yang nipis.Porcelain Slab direka untuk kegunaan yang lebih lasak dan size yang besar dan penampilan yang cukup cantik.

Келесі