TIPS DAPUR KECIL KELIHATAN BESAR

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

8 Tips Dapur Kecil Kelihatan Luas
Bukan semua orang mempunyai ruang dapur yang luas. Lebih-lebih lagi yang tinggal dia perumahan jenis flat. Walaupun dapur yang besar dan luas menjadi idaman, realitinya ramai antara kita mempunyai dapur kecil yang terasa sempit dan sesak. Tetapi ada banyak cara untuk membuatkan dapur anda kelihatan besar tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew hendak kongsikan 8 tips untuk menjadikan dapur kecil kelihatan luas dan kemas.
Ruang kecil susah untuk buat deco, betul ke? Bagi anda yang tertanya-tanya macam mana hendak nampakkan dapur lebih luas, pastikan anda tonton video Uncle Andrew sampai habis.
Apa yang membuatkan dapur kecil kelihatan lebih luas?
Pertama, gunakan warna putih atau cerah
Warna gelap dalam ruang kecil boleh membuatkan sesuatu ruang kelihatan sesak dan sempit. Gunakan warna putih atau terang pada kedua-dua dinding dan kabinet anda untuk memantulkan cahaya di sekeliling dapur anda dan menjadikannya lebih besar. Tambahan lagi, dapur bewarna putih merupakan trend sepanjang zaman.
Sekiranya anda mahu gabungkan warna lain bersama warna putih pastikan gabungan warna tersebut tidak terlalu banyak sehingga nampak serabut.
Kedua, gunakan rak simpanan jenis terbuka
Anda boleh fikirkan untuk menggunakan rak jenis terbuka pada dinding dapur anda. Ini dapat membuatkan dapur kelihatan lebih luas dan terbuka. Selain itu, ia juga dapat memudahkan anda mencapai barang yang perlu.
Tetapi ia juga ada kekurangan, dimana rak anda akan senang terdedah pada habuk, dan perlu dicuci dengan kerap.
Ketiga, pintu kaca
Menggantikan pintu kabinet dengan pintu kaca akan menambah kedalaman visual ke dapur anda dan membuatkan dapur anda kelihatan lebih luas.
Kabinet pintu kaca ini praktikal jika anda menyimpan barang didalam kabinet dengan tersusun dan kemas. Jika tidak ia akan kelihatan tidak kemas dan serabut.
Keempat, penggunaan cermin
Menggunakan backsplash daripada cermin membuatkan ruang dapur anda nampak lebih luas. Permukaan berkilat boleh memantulkan cahaya dan menjadikan ruangan terasa lebih luas.
Kelima, cahaya semula jadi
Cahaya semula jadi yang memancar masuk ke dalam dapur kecil anda, menjadikannya kelihatan lebih luas. Elakkan letak atau sangkut barang dapur pada tingkap kerana ia akan menghalang cahaya daripada masuk ke ruang dapur.
Keenam, simpan barang atau peralatan yang jarang digunakan
Barang yang jarang digunakan boleh disimpan ke satu ruangan khas, bagi mengelakkan dapur anda penuh dengan barang dan nampak serabut.
Susun peralatan dapur anda secara praktikal supaya nampak teratur dan senang dicapai.
Ketujuh, pasang lampu pada bawah kabinet
Jangan lupa untuk menggunakan pencahayaan di dapur anda untuk menjadikannya lebih besar.
Dengan memasang lampu pada bawah kabinet dapat ia dapat membuatkan ruangan anda lebih luas. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu anda melihat dengan lebih jelas semasa penyediaan makanan.
Kelapan, lantai dapur
Ramai tuan rumah tidak sedar, pemilihan material lantai dapur memberikan kesan menyeluruh terhadap ruangan dapur. Jika anda ingin dapur anda kelihatan luas, pastikan anda mengunakan jubin yang besar beserta warna yang cerah.
Anda sudah ada idea untuk deko dapur kecil anda supaya ruang dapur anda nampak lebih luas dan selesa? Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Пікірлер: 53

  • @arcmal91
    @arcmal91 Жыл бұрын

    Uncle Andrew boleh tak buat video macam mana nak buat bar counter yang sesuai

  • @bazookapenaka9253
    @bazookapenaka9253 Жыл бұрын

    Terbaik 👍👍👍

  • @user-ux3qo6rb6n
    @user-ux3qo6rb6n8 ай бұрын

    Terbaik

  • @rizalbackup5420
    @rizalbackup54204 ай бұрын

    terbaik tip dr uncle Andrew.

  • @syofnieritalink
    @syofnieritalink8 ай бұрын

    Terima kasih Uncle, penjelasan yang sangat bermanfaat

  • @amrizuhit4181
    @amrizuhit4181 Жыл бұрын

    Uncle boleh bagi tips macam mana nak buat kitchen galley dengan gabungan kabinet 4G dan milamine lebih menarik

  • @munirahalwani6643
    @munirahalwani6643 Жыл бұрын

    Uncle boleh share tips kabinet yg sesuai untuk dapur bentuk i @ memanjang?

  • @afiifayoi2217
    @afiifayoi221710 ай бұрын

    Tq uncle, nak tanya kalau dapur jenis straight nampak ruang tamu macam mana nak bagi cantik dan luas dapur? Idea saya letak table bar tu sahaja untuk pemisah antara dapur

  • @Jjongraa
    @Jjongraa8 ай бұрын

    Yeee!!! Terima Kasih Uncle!!!

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    8 ай бұрын

    Sama sama😊

  • @hidupkeranaallahtaala9679
    @hidupkeranaallahtaala9679 Жыл бұрын

    Dapur saiz 10x5 (masih kosong) sesuai tak buat table top L ,full height kabinet, dan island kitchen??

  • @emilymilly2090
    @emilymilly2090 Жыл бұрын

    Terbaik uncle Andrew.. Mantap

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Terima kasih banyak ²

  • @nisahassim5212
    @nisahassim52125 ай бұрын

    Terbaik🎉

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    5 ай бұрын

    Terima kasih

  • @chibiusagi8457
    @chibiusagi8457 Жыл бұрын

    Tq uncle ... Good perkongsian, ❤

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    You are welcome 😊

  • @AzraiAziz-ul9vf
    @AzraiAziz-ul9vf Жыл бұрын

    Terbaik uncle

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Terima kasih 🙏

  • @rahmanimuhaili1529
    @rahmanimuhaili1529 Жыл бұрын

    Terima Kasih perkongsian idea

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Sama sama

  • @villagegamers7319
    @villagegamers7319 Жыл бұрын

    kan bagus kalau ada wasap uncle andrew,banyak benda nak tanya..

  • @esoffierazali1365
    @esoffierazali1365 Жыл бұрын

    Tq uncle....

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    You are most welcome

  • @norhusnamohdghazali7612
    @norhusnamohdghazali7612 Жыл бұрын

    Tq uncle Andrew

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    You are welcome 😊

  • @ujichasip6130
    @ujichasip6130 Жыл бұрын

    Terima kasih. En.Andrew

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Sama sama😁

  • @izahziz3955
    @izahziz3955 Жыл бұрын

    Trimakasih atas perkongsian

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Sama sama😁

  • @gilbertgiang5410
    @gilbertgiang541011 ай бұрын

    Tip untuk ruang tamu sempit jadi luas ....

  • @emmadio6521
    @emmadio6521 Жыл бұрын

    Terima kasih uncle Andrew dengan infonya

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

  • @jijiejijie2500
    @jijiejijie2500 Жыл бұрын

    Sgt suka semua video uncle andrew dari sini saya banyak dapat ilmu tentang deco rumah

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Terima kasih banyak ²

  • @shorinyshoriny2121
    @shorinyshoriny212110 ай бұрын

    Tq Uncle Andrew.kak dapat tips yg berguna.utk ruang dapur.

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    10 ай бұрын

    You are welcome 😊

  • @zabidahyaacob9493
    @zabidahyaacob9493 Жыл бұрын

    saya inginkan dapor yg paling minimslis

  • @mudismail
    @mudismail Жыл бұрын

    👍

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Terima kasih banyak ²

  • @audreyngelambai1611
    @audreyngelambai1611 Жыл бұрын

    uncle boleh bagi tips untuk dapur basah tapi rumah concept open space. how mininum bau2 supaya tidak menganggu dekat Living room

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Cooker hood yang mempunyai kuasa sedutan tinggi diperlukan semasa memasak.

  • @shorinyshoriny2121
    @shorinyshoriny212110 ай бұрын

    Boleh ke uncle bagi tips untuk ruang tengah dapur nampak kemas tersusun.nampak luas jugak.untuk ruang tamu juga kak nak tips nampak luas kemas tersusun.apa warna yg sesuai

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    10 ай бұрын

    😊

  • @proudmommy5867
    @proudmommy5867 Жыл бұрын

    👍🏽

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    🙏

  • @proudmommy5867

    @proudmommy5867

    Жыл бұрын

    @@UncleAndrew1111 Hi, I’m ur new subscriber👌🏽

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Thank you very much 🙏

  • @zabidahyaacob9493
    @zabidahyaacob9493 Жыл бұрын

    bagaimana cara utk saya dpt khidmat nasihat bg dapor saya..juga kecil

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Cik boleh WA 0129837577

  • @zaimed4901
    @zaimed4901 Жыл бұрын

    Tajok

  • @syahmiesapawi4387
    @syahmiesapawi4387 Жыл бұрын

    Uncle andrew berapa jarak betul antara sink dan dapur gas ye?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    kzread.info/dash/bejne/l4uhqdCTk5PSgZs.html

Келесі