RETROSPEKTIF : 'Timeless Temiar' (1956)

#LensaFINAS #RetrospektifSinema #TimelessTemiar(1956)
Bersempena sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2020 yang disambut pada 27 Oktober yang lalu, FINAS terus melestarikan program 'Retrospektif' melalui tayangan eksklusif filem dokumentari klasik bersejarah negara, 'Timeless Temiar' (1956) ataupun Kaum Temiar Asali terbitan Malayan Film Unit.
Diarahkan oleh tokoh dokumentari negara, Allahyarham Mohd Zain Hussain yang merakam dan mendokumentasi lanskap sosio budaya suku orang Asli Temiar di Perak dengan pembikinan dan penyampaian bentuk, struktur dan konteks dokumentari bukan konvensional, filem ini juga mencipta impak apabila ketika itu menembusi pasaran antarabangsa apabila terpilih untuk diedarkan oleh Metro-Goldwyn-Mayer selain tayangan di pawagam luar negara. Ia juga berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuklah Filem Terbaik (Non Dramatic) di 3rd Asia Pacific Film Festival di Hong Kong, Diploma of Merit di 10th Edinburgh International Film Festival UK, Diploma (Special Mention) di 7th International Exhibition of the Documentary and Short Film, Itali dan penghargaan di 6th Melbourne Film Festival, Australia.
Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio
filem ‘Timeless Temiar' (1956) ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment
Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di
/ finasmalays. .
● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.
● Tayangan Filem 'Timeless Temiar' (1956) ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**
● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**
Ayuh tonton filem bersejarah ini secara eksklusif di slot 'Retrospektif' saluran KZread FINAS Malaysia pada malam ini 30 Oktober 2020 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di / finasmalaysiamy

Пікірлер: 61

  • @miesmart7093
    @miesmart7093Ай бұрын

    Terima kasih FINAS kerana berkongsi khazanah negara yang tidak ternilai ini.

  • @qaiysrosla
    @qaiysrosla2 жыл бұрын

    Dokumentari ini berstatuskan fossil penting yang sarat melempah-lempah dengan ilmiah, khususnya kepada Kaum Asli Temiar dan umumnya kepada sejarah alam semulajadi serta budaya di Malaysia. Syabas dan tahniah kepada usaha pihak Finas yang melakukan proses restorasi Filem dokumentari agong karya Lagenda Dokumentari Malaysia Allahyarham Mohd.Zain Hussain yang telah tersimpan hampir 75 tahun dalam arkib Finas. Jutaan tabik hormat serta pujian kepada semua crew filem yang telah bersusah payah masuk ke dalam hutan belentara untuk satu tempoh yang lama pada tahun 50an (zaman Semenanjung Tanah Melayu) dengan membawa beban peralatan rakaman yang berat. Sekalong tahniah kepada Mendiang C.G Wong yang berkesanggupan menaiki rakit buluh untuk mendapatkan sudut rakaman hebat gelora arus deras Sungai Tembeling. Dokumentari Karya Agong Semenanjung Tanah Melayu/Malaysia.

  • @user-ui9rh9nk2e
    @user-ui9rh9nk2e7 ай бұрын

    Bangsaku masih berpegang pada adatResam.,, cuma ada segelintir sebilangan kecil BbNu yg xpernah rasa apa yg telah kami rasakan.,,🎉 tetap bersemangat.,,,

  • @sewnice9752
    @sewnice97528 ай бұрын

    Alhamdulillah skrg,ramai org temiar pun dah beragama Islam.. dtg sini lepas tgk adik amir menang the chosen one...

  • @suarimi590
    @suarimi5903 жыл бұрын

    Terbaik TQ Finas mengingatkan kita semua memori silam ternyata terbaik bila dikenang kembali

  • @orangaslikita6457
    @orangaslikita64573 жыл бұрын

    Ini yang aku cari ada lagi ke filam2 macam ni aku suka tengok sejarah orang saya yang kat Kelantan tu pun ada

  • @wazeer5361
    @wazeer53615 ай бұрын

    Ada juga lipatan sejarah semenanjung tanah melayu yang didokumentasikan dapat juga kami generasi baru menyaksikan kehidupan seharian kaum temiar menjalani kehidupan mereka sikap bergotong royong, saling bekerjasama dan menghormati ketua.. hutan hijau, air sungai jernih dan segar serta kehidupan mergastua.. pengangkutan darat dan air seperti rakit buloh dan gajah sungguh hebat dan menarik suasana di zaman itu.. ini adalah suatu simpanan khazanah yang sangat berharga untuk tatapan dan pembelajaran untuk semua.

  • @d.n.aiditketumpki7354

    @d.n.aiditketumpki7354

    4 ай бұрын

    Sekarang ada lagi gak budaya itu ☝️☝️

  • @AyieAno
    @AyieAno8 ай бұрын

    Terbaik lh ade sejarah org asal mcm ni...

  • @aminamin8454
    @aminamin845410 ай бұрын

    Tq FINAS dokumen penting kehidupan suku kaum Temiar Kelantan 😊❤

  • @user-tn3yj5tn5d
    @user-tn3yj5tn5d4 ай бұрын

    Taniah atas maalumat dengan filem yg sangat baik dan jelas,,,syabass!

  • @saf6996
    @saf69964 ай бұрын

    What an amazing restoration work. Congratulations Finas. May this video serves countless generations in preserving history of the nation

  • @leasieleasie1235
    @leasieleasie12357 ай бұрын

    cantik nya kualiti videonya,di HD kan,dulu masa saya lihat video ni kabur2 sikit,kurang jelas,ape2 pon terima kasih pada yg clear kan video ni..terbaik...,!!!!

  • @RobinsonRobinson-kp2tj
    @RobinsonRobinson-kp2tj8 ай бұрын

    Ini orang asli Malaysia semnjung

  • @ahmadali-lb4gg
    @ahmadali-lb4gg2 жыл бұрын

    Tahniah Finas

  • @wafiyzainal
    @wafiyzainal3 жыл бұрын

    Traditional.💕💕

  • @deen8811
    @deen88115 ай бұрын

    Kualiti gambar terbaik.

  • @RobinsonRobinson-kp2tj
    @RobinsonRobinson-kp2tj8 ай бұрын

    Baru kerja sama orang asli Malaysia ubi kayu rebus tetap kadi makanan ku tersyng

  • @osmanjamat5906
    @osmanjamat59062 жыл бұрын

    saya belum lahir lagi.....3tahun kemudian baru lahir.....dulu gajah sebagai kemudahan pengangkutan selain rakit perahu.....skg gajah tidak lagi sebagai penghubung pengangkutan...malahan haiwan yg tidak diingini melawati perkampungan dan perkebunan,.....akan dibinasakan...

  • @RobinsonRobinson-kp2tj

    @RobinsonRobinson-kp2tj

    8 ай бұрын

    Ini orang asli d Malaysia

  • @user-fr2ui4es4u
    @user-fr2ui4es4u6 ай бұрын

    Filem diterbitkan perkampungan daerah gerik hulu perak ketua menteri asal di gerik rps. Pos kemar tajuk filem babok yul..

  • @mohamadzakiabdulrahim3201
    @mohamadzakiabdulrahim32013 жыл бұрын

    watermark logo FINAS at centre frame agak mengganggu

  • @Banom7a

    @Banom7a

    2 жыл бұрын

    barang copyrighted bang.

  • @wafiyzainal

    @wafiyzainal

    2 жыл бұрын

    Itu Hak Cipta .

  • @RosRos-fp5tb
    @RosRos-fp5tb8 ай бұрын

    Saya minta maaf semua penonton bukan marah nasihat

  • @kongamor6926
    @kongamor69264 ай бұрын

    Kat mana nie ye, area gua musang ke, kiranya dokumentari nie dirakam sblm merdeka apa2 pun terbaik finas

  • @mazdenho4418

    @mazdenho4418

    3 ай бұрын

    Ini kat perak..kg gerik

  • @owlgothic248
    @owlgothic2485 ай бұрын

    👍💯👍💯👍💯

  • @hashimibrahim4360
    @hashimibrahim436010 ай бұрын

    Temiar negeri perak

  • @comotshizuka6384

    @comotshizuka6384

    4 ай бұрын

    Ni temiar kelantan

  • @sabrisamsofficial
    @sabrisamsofficial8 ай бұрын

    Original people, DNAnya orang Melayu

  • @alfatih6723
    @alfatih67237 ай бұрын

    Awek aku org temiar aku melayu😊😊

  • @waeeeezeeeee
    @waeeeezeeeee2 жыл бұрын

    ya allah tahun arwah ayah aku dilahirkan

  • @RosRos-fp5tb
    @RosRos-fp5tb8 ай бұрын

    Jangan komen adat orang asli cuma suku kaum aje lain nanti dia sumpit tau kami jakon dia temia semai jauh bm

  • @kongamor6926

    @kongamor6926

    4 ай бұрын

    Maksud kamu apa tak faham 😂😂, jangan komen adat orang asli??? Temia semai jauh bm apa tu cuba komen bagi faham maksud kamu tu, dlm dokomentari nie difilemkan utk suku kaum temia je tak ada kena mengena dgn suku jakon

  • @mahmanisgergojiwa_87
    @mahmanisgergojiwa_877 ай бұрын

    Kt mna ..dokumentari ni dibuat ya...

  • @allysyaadriana8655
    @allysyaadriana86555 ай бұрын

    Lebih cantik dari filem2 melayu tahun 50 an , 60, 70 an 80 an... yg 50 n 60an d kuasai shaw bro..bagi org melayu kita gambar paling uduh. Dia kaut juta2..sekarang kaut astro lak

  • @RobinsonRobinson-kp2tj
    @RobinsonRobinson-kp2tj8 ай бұрын

    Mkn basar babi hutan punya nya sadap nya

  • @Janovial
    @Janovial5 ай бұрын

    Where did their cloth came from?

  • @falconxtm1292

    @falconxtm1292

    5 ай бұрын

    trader come with elephant in the last section of this documentary will answer your questions.

  • @gan247

    @gan247

    5 ай бұрын

    Start watching from 32:50 onwards. That part talks about the Temiar people preparing their produce to be carried down the river and into town to be sold, and they will use the money earned to buy whatever they need from the market and then hire elephants to carry them back to their home.

  • @kongamor6926

    @kongamor6926

    4 ай бұрын

    Diorg beli dekat pekan la boss, sbb diorg akan keluar jg pergi kedai, cuma ini kehidupan kg

  • @ondesfarma9560
    @ondesfarma95604 ай бұрын

    Kain batik yg dipakai perempuan cantik2 motif nya, dari mana mereka dapat yaa

  • @kongamor6926

    @kongamor6926

    4 ай бұрын

    Mereka dapat dari pekan, diorg nie bukan tak keluar langsung ke pekan beli barang, cuma dokumentari nie tunjuk adat resam di kg...sbb ada je org temiar bekerja di luar masa tahun nie...filem nie dirakamkan di gerik skrg dikenali KEMAR empangan temenggor

  • @kongamor6926

    @kongamor6926

    4 ай бұрын

    Sebab tahun 1956 nie, dh ada suku temiar bekerja di hospital orang asli di gombak, pengarah hospital masa tu Dr bolton org inggeris dan beliau melatih pelbagai suku orang asli dalam medical

  • @user-xh5pk7tt5c
    @user-xh5pk7tt5c7 ай бұрын

    Saya fikir dokumentari ini bukan diterbit oleh Finas sebab tahun seblum Merdeka hanya ada Filem Negara. Filem Negara banyak menerbitkan Dokumentari. Saya pernah ikut Filem Negara mengambil gambar Gajah liar yang ditangkap oleh Perhilitan di Terengganu dipindahkan ke Taman Negara. Saya tidak tahu betapa Finas menerbitkan Dokumentari. Saya juga tidak tahu penggambaran ini di Sungai Tembeling Pahang sbb setahu saya di Sungai Tembeling ini tidak ada Orang Temiar. Di sini cuma Orang Batiq sahaja. Tengok aliran jeram macam di Sungai Neggiri di Kelantan. Tahun 70an saya pernah menjelajah Sungai Nenggiri. Kawasan ini memang dihuni oleh Orang Kaum Temiar shj. Di Sg. Tembeling pula pernah berlakon Drama bertajuk Inspektor Polis ... (tajuk dah lupa) yg lari masuk hutan dilakonkan oleh Allahyarham Aman Syah, pelakon wanita si Normah Damanhuri.

  • @RobertPahlavi-ko4gj
    @RobertPahlavi-ko4gj4 ай бұрын

    I call on apon all American/world stockpiles to be depleted and false records deleted. #UsSupremecourt #WH #UN #BricKs

  • @irehsiunk5163
    @irehsiunk51637 ай бұрын

    Tu ertinya Melayu, China & India ialah kaum pendatang.....😂😂😂

  • @mahalnamahalkita358

    @mahalnamahalkita358

    5 ай бұрын

    Melayu pendatang dari kepulauan Melayu/Nusantara.

  • @muhamadfaizal2006

    @muhamadfaizal2006

    5 ай бұрын

    Suku anak dalam adalah penduduk asli Sumatera

  • @RuleRules-bc5bj

    @RuleRules-bc5bj

    4 ай бұрын

    ​​@@hanifmalek5054Mlyu jgk adalah pdtg !! Data dah ada migrasi Mlyu pon selepas org asli !! Harap maklum.

  • @RuleRules-bc5bj

    @RuleRules-bc5bj

    4 ай бұрын

    ​​@@hanifmalek5054Klau begitu cina India jgk bkn pdtg sbb cina India dah ada yg lama jadi pedagang beribu-ribu tahun. Tp ikutkan Mlyu jgk pdtg ok kmu adalah pdtg!! Kmi org asli org asal pertama.

  • @RuleRules-bc5bj

    @RuleRules-bc5bj

    4 ай бұрын

    ​​@@hanifmalek5054dah kantoi dah tgok data yg Mlyu tu pdtg jgk 😂😂😂. Dia cakap tanah ni tanah Mlyu rupanya tgok dari migrasi org Mlyu jauh beza dgn kedatangan org asli 😂😂 hahaha Mlyu kmu bleh berambus dari tanah air ni

  • @revolusimelayu
    @revolusimelayu2 ай бұрын

    Semua dalam video ni dah mati