No video

Makan Tak Lalu? 🤒, Jom Kita Masak RASAM Cara Cheq Na [ ENGLISH sub]

RASAM
======
Di dalam video kali ni, Cheq Na nak share macammana nak buat RASAM. Rasam ini adalah sup berempah dari India Selatan. Ianya kaya dengan rempah ratus yang boleh menghilangkan rasa mual dan kurang berselera makan.
Ianya boleh dihirup kosong begitu saja atau dimakan bersama nasi. Rasanya yang masam, pedas dan cukup dengan rempah ratusnya membuatkan si pemakan berselera selepas menjamah rasam ini. Penyediaan rasam ni cukup mudah dan cepat disediakan.
Jom kita tengok bahan-bahan dia ...
a) 1 sudu kecil biji sawi
b) 1 sudu kecil biji halba
c) 1 sudu kecil biji ketumbar
d) 1 sudu kecil serbuk kunyit
e) 1 sudu kecil lada hitam
f) 2 sudu kecil jintan putih
g) 8 ulas bawang putih
h) 1 biji cili hijau besar
i) 3 biji cili melaka
j) 2 inci halia
k) 2 biji tomato
l) 3 tangkai cili kering
m) Daun kari
n) Serbuk Asafoetida
o) Segenggam asam jawa
p) Daun ketumbar
Jadi, untuk buat RASAM ni, Cheq Na mintak hangpa semua tengoklah video ini sampai habis. Penat Cheq Na buat video, lepas tu nak cerita dengan perkataan pulak. Susah nak gambarkan cara-cara buat RASAM ini dengan ayat. Better hangpa semua tengok video, lagi senang. Kalau hangpa suka video ni, please press LIKE dan kalau hangpa tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE.
Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa nak tengok video ni dan jumpa di video seterusnya
Segmen-Segmen Penting Dalam Video
0:00 - Intro
0:18 - Bahan-bahan untuk masak Rasam
1:04 - Cara memasak Rasam
10:38 - Cara menikmati Rasam
#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#malaysia
#rasam

Пікірлер: 127

  • @theruvelu9792
    @theruvelu97922 жыл бұрын

    Rasam sedan tamba Lada Hitam Lagi real Yummy

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ada lada hitam dalam video tu Cheq Na letak ...

  • @mnsukor
    @mnsukor2 жыл бұрын

    Rasam ni sup yang membuka selera kita...mantap

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ya betul tu. Terima kasih kerana menonton video Cheq Na 👍

  • @nereaimathimuniandy2602
    @nereaimathimuniandy26022 жыл бұрын

    Akka masak rasam memang nampak cantik ,kalau boleh says bagi resepi Ketumbar Jintan manis Jintan putih Lada hitam Kacang kuda goreng Tampa minyak tambah sedikit daun Kari Jangan tumbuh halba nanti Ia akan pahit lain semua ikut Cara Akka ok kak

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Terima kasih kerana kongsikan resepi dengan Cheq Na 👍 Lain kali, bila Cheq Na buat rasam nanti, Cheq Na cuba resepi yang dikongsikan dekat atas

  • @juzanajaafar2152
    @juzanajaafar21522 жыл бұрын

    Cheq naaa... mana nak cari serbuk ingu tu? Sya pegi kedai india dia suruh beli yg serbuk dlm peket jenama babas tu.. bulih ka cheqqq.... tp sumpah.. Best la cheq na niee.. sya enjoy dengar cheq na berletiaq... share lg resepi bnyak² noo

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    Serbuk ingu tu tak wajib, tak bubuh pun tak pa ... Owhhh ... tak boleh nak ubah dah berletiaq Cheq Na ni. Lagu ni lah sampai habis umur 😅 Cheq Na minta maaf 🙏🙏🙏 sebab lambat reply. Cheq Na dah tak aktif lebih dari 5 bulan sebab En Boss dok buat home improvements sejak lepas raya posa 🥴

  • @cikmin1746
    @cikmin17462 жыл бұрын

    First time tgk vid masak sy tergelak-gelak. Happening la cheq Na ni 👍👍👍. Tq share resepi...

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Owhhh ya ka ... tak sangka lawak Cheq Na menjadi 🤣. Sama-sama dan terima kasih kerana menonton video Cheq Na 👍

  • @unclesampisang
    @unclesampisang2 жыл бұрын

    Wow terbaiklah.Ni mesti sedap sangat ni. Lama tak kena rasam ni. Tq berkongsi menu dan cara masak.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Rasam ni memang sedap 😋 ... tambah-tambah lagi kalau lepas demam dan hilang selera makan. Terima kasih juga kerana menonton 👍

  • @roslihassan4943
    @roslihassan49432 жыл бұрын

    Dah lama tak mkn kuah Rasam.40thn lalu.nti blh try resepi Che Na.Tksih share.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Owhhh lama betoi tu 😲 ... sama-sama 👍

  • @hartinasuratan4614
    @hartinasuratan46142 жыл бұрын

    Sedapnya cik Na makan panas-panas senyum pun meleleh ni cek Na terima kasih banyak banyak perkongsian ilmu nya

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ya ... memang sedap makan rasam ni panas-panas 😋 ... sama-sama dan terima kasih kerana menonton video Cheq Na 👍

  • @norbiahmad9336
    @norbiahmad93362 жыл бұрын

    Tq Cheq Na..dengar celoteh pun dh terliuq

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Welcome ... tunggu apa lain, jom pi masak 🤣

  • @zaitihamdan9498
    @zaitihamdan9498 Жыл бұрын

    Rasam ni Saya suka sedap tau😋 nanti nak cuba masak terbaik Chef Cheq Na👏👏👏👍♥️🌹🌹🌹

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    Family Cheq Na pun suka juga ... sedap 😋 Terima kasih kerana menonton video Cheq Na 👍

  • @jalilahalias3457
    @jalilahalias3457 Жыл бұрын

    Sungguh laa, Cheq Na....kalau x berapa nk selera mkn .. eluk buat rasam ni....tkasih naa kongsi resipi ni 👍🤲

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    Ya..betul tu Sis..rasa masam2 tu buat kita ada selera sikit...sama2 Sis😍

  • @Rompelsteelskin
    @Rompelsteelskin2 жыл бұрын

    Funny slang from kedah.. Nice to watch.. Got my wife to try making this resam

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    If you live in Kedah, this sounds normal. They are all speak like me 😅 Thank you for the compliment, I hope you like this recipe as well

  • @norsenahaliismail4917
    @norsenahaliismail49172 жыл бұрын

    Salam cheq na semoga sht dan dgn resepi yg mantap sdp rasam ni

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Wa'alaikummussalam ... terima kasih di atas doa dan puji-pujian 😍

  • @puansyazs5577
    @puansyazs55772 жыл бұрын

    Cheq Na lani dok ujan 🌧 nih , elok sangat sy masak rasam , masala kentang , papadom , baru sedap makan bertambah2 lah.. 😍👍🏻

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Owh sedap tu 😋 ... masuk sangatlah combination tu. Tak tau nak cakap kalau tak menambah-nambah 😅

  • @norjava4967
    @norjava49672 жыл бұрын

    Suka laa dengar Cheq Na punya Cara cakap. 😍😍😍😍😍😍Terima kasih share resepi ni.. nanti saya Cuba. In Shaa Allah...🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟👍👍👍👍👍👍👍👍👍💐💐💐💐💐💐💐💐

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Owhhh ... terima kasih kerana suka dengar Cheq Na cakap utara 👍 ... cubalah, In Sha Allah menjadi. Senang sangat rasam ni, tapi sedap 😋

  • @DapurCT
    @DapurCT2 жыл бұрын

    Pernah makan rasam. Mmg sedap.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ya ... memang sedap rasam ni 😋

  • @resepiibuhana4352
    @resepiibuhana43522 жыл бұрын

    Rasam yg sedap

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ya ... memang rasam ni sedap 😋

  • @abe7667
    @abe76672 жыл бұрын

    Terima kasihhhhhhh cheqnaa

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Sama-sama 🙂🥰

  • @mayeamohd5323
    @mayeamohd53232 жыл бұрын

    Rasam memang my favourite dari kecik

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    My favourite jugak 😋

  • @fatimahismail4200
    @fatimahismail42002 жыл бұрын

    salam cheq naa..tq2 share resepi 👍

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Salam ... sama-sama 👍

  • @mailkraft6836
    @mailkraft68362 жыл бұрын

    Wow..terbaik resepi ni sahabat Terima kasi ya berbagi resepinya.. Moga kamu terus sukses lancar rezeki..aminn

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ameen Ameen Ya Rabbal A'lamin 🤲

  • @triastutik1513
    @triastutik15132 жыл бұрын

    MANTAPNYA 👍👍👍

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ya ... memang mantap 👍. Terima kasih kerana menonton

  • @MamaAyuUde
    @MamaAyuUde2 жыл бұрын

    Salam perkenalan dari saya Mama Ayu 🤗🤗 Terima kasih berkongsi resepi Rasam yang amat menyelerakan Semoga terus success Cheq Na 👍👍👍👍

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Salam perkenalan dari Cheq Na jugak 🤗🤗 Sama-sama ... Terima kasih di atas ucapan success. Semoga sis juga terus success 😍

  • @azizbasrom406
    @azizbasrom4062 жыл бұрын

    Assalamualaikum Cheq Na, lama tak mai singgah ke channel ni, first time saya makan rasam di rmh rakan sekerja berbangsa India, mmg sedap rasam ni klu badan rasa mcm nak demam kena rasam ni berpeluh badan 😁

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Wa'laikummussalam Tuan. Selalu-selalulah singgah channel Cheq Na ni. Cheq Na upload video tiap-tiap minggu la ni. Target hari Ahad malam. Bab rasam ni, memang sedap. Mudah sangat cara nak buat dia 👍

  • @cikmoonsdiary7886
    @cikmoonsdiary78862 жыл бұрын

    baru je tahu cara membuatnya...terima kasih sudi berkongsi resepinya...Salam perkenalan dari Cik Moon's

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Sama-sama 😊. Salam perkenalan dari Cheq Na juga 🤝

  • @geenaee4772
    @geenaee47722 жыл бұрын

    Hi hi Cheq Na. Aduhai I missed your video. Harap Cheq Na buat more and more video.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Hi hi friend ... yes, it has been a while. Lepas ni, Cheq Na buat more simpler videos. Terima kasih for supporting me 🥰😍

  • @Aincarren
    @Aincarren Жыл бұрын

    Tq for English subtitles

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    You are most welcome😍

  • @suyatiiskandar4187
    @suyatiiskandar41872 жыл бұрын

    Sdapnya... Tq ....

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ya ... memang sedap rasam ni 😋

  • @sharifahmohdshah9558
    @sharifahmohdshah95582 жыл бұрын

    Ok dah save n tq

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ok, terima kasih kerana menonton 😍

  • @Leek70an
    @Leek70an2 жыл бұрын

    Salam 🥰 Cheq Na Dah KONGSI petua & resipi Rasam ... Hari ini mmg tak da selera nak makan 😅 ... Insya-Allah besok boleh cuba buat Baru lah tau ini hari banyak fungsi rasam tu ... Kalau tak, dengar je la sebab Jiran di Kampung keliling semuanya Mamak & Malbari ... Hehehe ... Adalah 1-2 yang Non Muslim 👍👍👍👍👍👍 💖💖💖💖💖💖

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Wa'alaikummussalam ... Terima kasih kerana kongsi petua & resipi Rasam. Ya, betul ... rasam ni memang banyak fungsi dan sedap rasa dia 😋

  • @hasimsaadhasimsaad8594
    @hasimsaadhasimsaad85942 жыл бұрын

    Surrrr niiii🔥🔥🔥🔥

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Memang terbakor 🔥🔥🔥🔥

  • @huzlinahussain1108
    @huzlinahussain11082 жыл бұрын

    Penang mari...likat pekat melekat

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Memang likat pekat melekat, tapi Aloq Staq mari 🤣

  • @zaharahmurad3598
    @zaharahmurad3598 Жыл бұрын

    Ini paling sedap..SUP INDIA

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    Ya..betul sedap dan mudah bahan2 dia😍😋

  • @nurcahaya6140
    @nurcahaya61402 жыл бұрын

    Goreng papadom bulat tu, cabai kering india, ikan talang kering n sambal nyoq.....mkn panas2 .....pecah peluh...pehhhhh

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Yaaa ... sesuai sangat padan dengan rasam ni. Memang meletopsss 😋

  • @nurulnurul-rb7sy
    @nurulnurul-rb7sy2 жыл бұрын

    Hadir cam biase Teruskan upload hari2

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Terima kasih 👍

  • @nourih9420
    @nourih94202 жыл бұрын

    Best la dgr Cheq Na bobual! Lauk masakan plak buat saya terliur!!!!💕

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Owhhhh ... terima kasih kerana suka dengar Cheq Na celoteh 👍 ... lauk masakan tu memang sedap sedap 😋

  • @khkl2843
    @khkl2843 Жыл бұрын

    👍👍

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    👍👍

  • @ainrabaayah1988
    @ainrabaayah19882 жыл бұрын

    Syok dengaq cakap uthaqa.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    Owhhh ... tak boleh nak ubah dah slang Cheq Na ni. Lagu ni lah sampai habis umur 😅

  • @norsenahaliismail4917
    @norsenahaliismail49172 жыл бұрын

    Salam cheqna lam x muncul baguih rasam ni klau mkn dgn nasi panasx

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Salam ... ya ... lama tak muncul. Ni hasil resepi masa tak sihat 🤒 bulan lepas

  • @amnimardhiah1883
    @amnimardhiah18832 жыл бұрын

    Cheq na, serbuk asafoetida boleh gantikan dgn apa klu tak da..

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Kalau tak dak, tak bubuh langsung pun tak pa, boleh makan macam biasa ... tapi, bukannya nama Rasam kalau tak bubuh serbuk tu.

  • @bundaritachannel5492
    @bundaritachannel54922 жыл бұрын

    Sikit tu kak asam jawa sebesar penumbuk tu..besarkan lagi sebesar lutut.hehe salam kenal kawan baru.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ha ha ha ... sebesar penumbuk tu pun dah masam dah. Kena sebesar lutut, terus demam balik 🤣. Ya, salam kenal dari Cheq Na 🤝

  • @rosnininini7079
    @rosnininini70792 жыл бұрын

    Salam..terima Kasih tunjuk cara buat rasam..Mmg pembuka selera minum rasam ni ..semoga Che na sihat selalu dan dimurahkan rezeki..🌹😊

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    Wa'alaikummussalam wbt ... Sama-sama dan terima kasih kerana menonton video Cheq Na 👍

  • @zolabdul6728
    @zolabdul67282 жыл бұрын

    Salam Cheq Na, boleh boh dlm nya lauk kan. 😊

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Salam ... ya, memang boleh. Tak ada masalah 🙂

  • @muhdyusuf8744
    @muhdyusuf87442 жыл бұрын

    Buat le rasem santan kak na

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Cheq Na suka rasam yang cara lagu ni ... dapp 😋

  • @muhdyusuf8744

    @muhdyusuf8744

    2 жыл бұрын

    @@CheqNa try buat kak na lagi padu

  • @tukm7226
    @tukm72262 жыл бұрын

    Wow, Cheq Na. Kebetulan saya pun bikin rasam utk dinner hari ni... Very healthy kan 👍🏼 I like your glass cooking pot 😍

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Owhhh ... memang kebetulan betul 🙂. Memang very healthy dan sedap 😋. Glass cooking pot pun dah lama, jarang pakai but I like too

  • @alikhanmohdyuosop6005
    @alikhanmohdyuosop6005 Жыл бұрын

    Lsla nak biar pecah kepaa bulan puasa

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    Owhhh... Cheq Na tak paham 🤔

  • @siva185
    @siva1852 жыл бұрын

    Be proud of my Indian authentic food

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Yes yes ... glad I can cook like this too. My favourite 😋

  • @muzvlog35
    @muzvlog352 жыл бұрын

    Ikut kira cara nk makan rasam ni mcm mkn sup biasa ke?

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Nak minum saja pun boleh, nak makan dengan nasik pun boleh. Makan macam sup tom yam saja 😋

  • @JJ-wm4gt
    @JJ-wm4gt2 жыл бұрын

    👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

  • @sitihawani775
    @sitihawani7752 жыл бұрын

    Mohon di share ya puan

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Silakan 😊. Memang Cheq Na buat untuk tontonan awam pun. Ilmu yang berguna untuk dikongsi 👍🏻

  • @huzlinahussain1108
    @huzlinahussain11082 жыл бұрын

    Serbuk asafoetida tu apa? Ada nama lain ka?

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ya ... serbuk inggu nama dia

  • @norainiabdulmajid2417
    @norainiabdulmajid24172 жыл бұрын

    Sedap hirup jap hilang selsema rasa tak sedap badan berkesan mau dak tambah nasi lagi la😁😁

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Owhhh ... sedap betul tu 😋 sampai menambah-nambah

  • @tunteja______
    @tunteja______2 жыл бұрын

    Like 11 💙💙💙

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Terima kasih sis for the support ❤️❤️❤️

  • @norfaezahbt5783
    @norfaezahbt57832 жыл бұрын

    Serbuk tu nk cari kta mna

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ada dekat kedai-kedai India. Tapi pasaraya yang besar pun ada

  • @norsiamahmood5244
    @norsiamahmood52442 жыл бұрын

    Slm. Wbkt. Amboi2 selera betoi che nah punya rasam. Saya nak tanya cek nah inggu tu kalu kita badak parpu bubuh sikit sedapkan. T. Kasih Cik Nah. Byk ilmu saya dpt masaj aka India ni Badan sihat.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Wa'alaikummussalam ... Ya, memang sedap rasam ni. Boleh tak ada masalah kalau kita nak letak parpu untuk pekatkan kuah rasam tu. Sama-sama ... ilmu memang untuk dikongsi 😍

  • @polinsisang3549
    @polinsisang35492 жыл бұрын

    Mne bk bli ?

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Boleh beli dekat kedai India atau pasaraya besar

  • @isalutefamille
    @isalutefamille27 күн бұрын

    Saya klu nak hidang rasam makan dgn nasi, saya pecah telork 2-3 biji dan tomeh darat. Klu hirup dia saja tak boh telork.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    26 күн бұрын

    Tak tau pulak Cheq Na boleh makan macam tu 🤔

  • @polinsisang3549
    @polinsisang35492 жыл бұрын

    Ape nma serbuk ?

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Serbuk inggu atau serbuk Asafoetida.

  • @fazilahputeh6325
    @fazilahputeh63252 жыл бұрын

    serbuk inggu???

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Ya betul. Serbuk inggu ni ada dijual di kedai India dan pasaraya besar

  • @shahilaal-jleilati9237
    @shahilaal-jleilati92372 жыл бұрын

    biasa rasem ni ganding dgn mkn apa sedap

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Жыл бұрын

    Makan dengan nasi putih dah ok dah ... Cheq Na minta maaf 🙏🙏🙏 sebab lambat reply. Cheq Na dah tak aktif lebih dari 5 bulan sebab En Boss dok buat home improvements sejak lepas raya posa 🥴

  • @ainibakat149

    @ainibakat149

    Жыл бұрын

    @@CheqNa kalu tak demam pun ,cheq suka mkn nasi dgn ikan goreng bila arwah msk rasam. Lagi satu,bolehkan pecah teloq sebijik dalam rasam? Ingat2 lupa lah sebab dah puluh berhijrah ke selatan tanah air. Namun makanan masa kecik2, budok2 tetap tersemai di hati . Maaf mencelah ,ya

  • @azizahsaad60
    @azizahsaad602 жыл бұрын

    Salam ersahabatankzread.info/dash/bejne/Yqxk1Nx8oaXef8Y.html

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 жыл бұрын

    Salam persahabatan juga 😊