Yong Tau Foo ala Pasar Malam!

Ойын-сауық

Che Nom ni masih dalam mood rindu menu pasar malam, jadi kali ni jom kita tengok resepi untuk Yong Tau Foo berkuah hitam dan merah yang pekat dan mempunyai gabungan pelbagai rasa. Ada satu lagi jenis yang ber kuah sup..tapi Ch Nom tak kongsi lah yang sup tu. Kalau nak cerita pasal kuah, kuah merah perlu ada rasa pedas dan berlemak juga aroma dari bawang putih. Kuah hitam pula yang paling tentukan sedap tak sedap, kena ada rasa rasa manis, rasa udang dari satu bahan penting yang Che Nom akan tunjuk nanti. Dan juga gabungan perbagai bahan2 yang menggunakan soya tu betul-betul naikkan rasa sedap kuah hitam. Bila kita hidang bersama kuah merah, memang lengkap lah rasa. Boleh buat berniaga!
Anggaran 4-5 orang makan
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------
Bahan-bahan untuk kuah merah:
3-5 ulas bawang putih
7-10 tangkai cili kering
2-3 tangkai cili padi
1 biji cili merah (pilihan)
2 sudu besar kacang tanah
1 ½ sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
½ cawan air
2 sudu besar sos cili
2 cawan air
¼ kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan-bahan kuah hitam:
1 sudu besar taucu
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap karamel
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar petis udang
3 cawan air
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 keping besar gula nisan (atau anggaran 4 sudu besar gula perang)
Sedikit air rebusan udang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk kuah rebusan:
2 liter air
1 kuib pati ayam
Sedikit garam
Bahan-bahan untuk lain:
Makanan sejuk beku
Sotong rendam
Kangkung
Serbuk kacang tanah
Bijan
//English
-----------------------------------------------
Ingredients for red gravy:
3-5 cloves garlic
7-10 dried red chilli
2-3 bird's eye chilli
1 red chilli (optional)
2 tablespoons peanuts
1 ½ tablespoon plain flour
1 ½ tablespoon cornstarch
½ cup of water
2 tablespoons chilli sauce
2 cups water
¼ chicken stock cube
Salt to taste
Sugar to taste
Ingredients of black gravy:
1 tablespoon taucu
4 tablespoons sweet soy sauce
2 tablespoons caramel soy sauce
3 tablespoons oyster sauce
3 tablespoons shrimp paste sauce
3 cups of water
2 tablespoons wheat flour
2 tablespoons cornstarch
1 large piece palm sugar (or about 4 tablespoon brown sugar)
A little prawn stock
Salt to taste
Ingredients for boiled water:
2 liters of water
1 cube of chicken stock
A little bit of salt
Ingredients for others:
Frozen food
Soaked squid
Water spinach
Peanut powder
Sesame seed
Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #yongtaufoo

Пікірлер: 442

  • @VivoY-iw4kp
    @VivoY-iw4kp2 жыл бұрын

    Cik nom adalah diantara salah seorang yang ada standard dalam penyediaan makanan,menjaga aspek kebersihan dengan baik bukan saja dalam penyediaan makanan malah apa yang saya lihat beliau xpakai barang kemas atau jam tangan ketika memasak

  • @murnisyafira784

    @murnisyafira784

    2 жыл бұрын

    Editing dia pulak sy suka, sounds engineering dia ngam..

  • @VivoY-iw4kp

    @VivoY-iw4kp

    2 жыл бұрын

    @@murnisyafira784 setuju dengan anda btw food safety standards beliau adalah yang terbaik

  • @nogodexceptallahandmuhamma3377

    @nogodexceptallahandmuhamma3377

    2 жыл бұрын

    & pewarna kuku / inai

  • @hakitam6007

    @hakitam6007

    2 жыл бұрын

    Ada yg masak pakai cincin 🤢

  • @wansue2

    @wansue2

    2 жыл бұрын

    Cara che nom menghiris / memegang bahan2 masakan pun ada stail...suka tgk kemas che nom buat keje 👍

  • @noviesondig4543
    @noviesondig4543 Жыл бұрын

    vedio masakan che nom semua jelas dan mudah di ikuti....moga che nom sihat dan peroleh pahala yang berpanjangan...aminnnn

  • @CikQQ
    @CikQQ2 жыл бұрын

    Yong tau fuu sedapnya Che Nom..selalu beli kat pasar malam..ni dah lama x makan..cepatlah berlalu Covid ni..Aamiin😊😊 Tapi tak pa lepas ni boleh cuba masak resepi Che Nom..sedapnya😋😋

  • @JeffOiKuenCooking
    @JeffOiKuenCooking2 жыл бұрын

    Looking delicious n nutrition recipe, one of my husband fav, thanks for sharing this amazing recipe 😀

  • @CheNom

    @CheNom

    2 жыл бұрын

    ☺️ Most welcome

  • @madamelyna8393
    @madamelyna83932 жыл бұрын

    Favourite. Last week beli kemain mahal. Amek 4 jenis je smpai RM26 🙄🙄. Niat nk beli sekali support business org sekali rege mcm tu rasa tak nak beli dah. Tq che nom. Boleh buat sendiri je kt rumah lepas ni. Hehe

  • @mummyshomecookfood8937
    @mummyshomecookfood89372 жыл бұрын

    Wow sedapnyaaa..craving pulak tiba2..terima kasih Che Nom!

  • @user-ji3vx6zi1t
    @user-ji3vx6zi1t2 жыл бұрын

    Ya Allah che nom..terliuq cheq baru 2 hari nak cari resepi ni. Thanks che nom❤️

  • @foodhunter2549
    @foodhunter25492 жыл бұрын

    Sedapnya yong tau fu. Lama dah rasanya tak pergi pasar malam. Terima kasih che nom boleh cuba resepi ni nanti.

  • @ferradhi96
    @ferradhi962 жыл бұрын

    Ya Allah...favourite niii rinduu nye nak makan 😍 Tq Che Nom !!!

  • @eimabookworm82
    @eimabookworm822 жыл бұрын

    Yeahh akhirnya ada jg resepi yong tau fu masukkn otak udang. Smua channel lain xda lnsung letak otak udang. Buat x jadi mcm pasar mlm. Dh lama tunggu resepi ni.Esok nk try buat. Komfom jadi sedap ni😋Tq Che Nom penuhi permintaan saya ❤️

  • @DapurSuriAti
    @DapurSuriAti2 жыл бұрын

    Saya pun rindu pasar malam.. selalu beli yong tau foo di pasar malam. Kekadang terfikir juga.. apalah yang dibuat oleh peniaga2 pasar malam semasa pandemik ini. Saya doakan mereka semua mendapat rezki yang lain.

  • @wilsonapat9509
    @wilsonapat9509 Жыл бұрын

    Semoga semua youtube resipi che nom sentiasa padu dan berinfo...saya followers che nom yg setia sebab resipi yg che nom share mmg tepat dan asli tidak tipu...teruskan che nom

  • @hajjaromar6501
    @hajjaromar65012 жыл бұрын

    omg omg. thank youu cik nom! mmg asyik terbayang yong tau fu! Allahumma barik!

  • @aidarayyan8583
    @aidarayyan85832 жыл бұрын

    Sedapnya dah lama tak makan..dulu time pasar malam selalu beli, sekarang tak dapat makan lg..tq che nom share resepi... semoga dimurahkan rezeki buat che nom ☺️

  • @nuratikahjafferi9896
    @nuratikahjafferi98962 жыл бұрын

    Terima kasih Che nom tunjuk resepi ni.mmg minat sangat menu pasar mlm ni

  • @dapurkeluargajay8250
    @dapurkeluargajay82502 жыл бұрын

    Tq for sharing this recipe. Che Nom Sangat memahami kita semua.. Rindu nak makan nie kat pasar malam..

  • @rosmahwahid8566
    @rosmahwahid85662 жыл бұрын

    Terima kasih Che Nom,ajar buat yong tau fuu ,pasti sedap ni,nak try buat lah...♥️♥️♥️

  • @legasi3m
    @legasi3m2 жыл бұрын

    saya selalu tercari-cari resepi yong tau fuu ...😀 Alhamdulillah Pn Che Nom buat tutorial ❤❤❤ Terima kasih Pn 😊

  • @JommasukDAPUR
    @JommasukDAPUR2 жыл бұрын

    Rindu nya nak pergi pasar malam... Nasib baik resepi chenom sangat membantu .... semoga murah rezeki sihat selalu chenom,💐💙♥️

  • @salwahbtenoordin5071
    @salwahbtenoordin50712 жыл бұрын

    Salah satu resepi yg jarang org terfikir nak buat, terimakasih cik nom!😉😊

  • @ainamaisarah1915
    @ainamaisarah19152 жыл бұрын

    Yeaayy,finally,resepi yongtaufu

  • @eimabookworm82
    @eimabookworm822 жыл бұрын

    Yeahh akhirnya ada jg resepi yong tau fu masukkn otak udang. Smua channel lain xda lnsung letak otak udang. Buat x jadi. Dh lama tunggu resepi ni.Tq Che Nom penuhi permintaan saya ❤️

  • @ainamajid8083
    @ainamajid80832 жыл бұрын

    YTF kat johor ni biasanya ada sup dan kuah merah. Dulu ms bljr kat shah alam baru tahu ada YTF versi kuah hitam. And thats my fevret!! Thank u cik nom, mmg dh lama teringin nk mkn YTF ni

  • @liyanazlieya2216
    @liyanazlieya22162 жыл бұрын

    Tq cik Nom.. lama dah tunggu resepi kuah Yong Tau Fu.. lps ni buat bnyk lg ya menu-menu pasar malam👍🏻

  • @hyanghyung3763
    @hyanghyung37632 жыл бұрын

    Lama xmkn yong tau fu ni sejak covid melanda dunia so skg blh le buat sendiri since che nom kita dah share the recipe..tq che nom😘stay safe & take care ye🥰

  • @norismahjamal9563
    @norismahjamal95632 жыл бұрын

    Sy dh mcm addicted dgn Che Nom... Sy sampai tmimpi2 nk jd mcm che nom. Nk jumpa che Nom. Hari2 x pernah missed tgok video masakan che nom yg sllu beri inspirasi utk sy menyediakan mknn yg sesedap che Nom.. Semoga segala ilmu yg che nom bagi mnjadi asbab Che Nom Bahagia dunia akhirat💐💐

  • @afendiporang2708
    @afendiporang27082 жыл бұрын

    Super sekali selamat sukses terimakasih perkongsiannya delicious ada rasa udang gabungan kuah hitam lengkap rasa

  • @rogayahabdulsamad5557
    @rogayahabdulsamad55572 жыл бұрын

    Wow ni lah resepi yang ku nanti2kan tqsm my dear che nom luv forever n ever😘😘😘💛❤💚💙💜

  • @zuenishahh
    @zuenishahh2 жыл бұрын

    Tq che nom. Hat ni la duk tercari2... Hujan2 ni dapnya dpt mkn. InsyaAllah nk try buat ikut resepi ni. 👍😃

  • @lovemartin123channel6
    @lovemartin123channel62 жыл бұрын

    Wow harus Cuba menu sedap ni . Rasa nak Cuba lah 😉👍 terima kasih dengan resepi ni 😋👍

  • @shaharaliza9416
    @shaharaliza94162 жыл бұрын

    Tq Che nom for sharing the resepi. Mmg yong tau foo ni pebret saya. Saya doakan Che nom terus maju jaya.

  • @neolina253
    @neolina253 Жыл бұрын

    Resepi cik nom sy buat semua jadi n sedap sangat2.tiru je sbijik2 confirm jadi.terima kasih cik nom.syg cik nom 🥰🥰

  • @haniza7686
    @haniza76862 жыл бұрын

    inshaAllah akan buat nanti, lama dah tunggu resepi ini..tq che nom

  • @sarahfitri8481
    @sarahfitri84812 жыл бұрын

    Sedapnyaaaa. Tak sabar nak cuba! Terima kasih Che Nom.

  • @farfiris
    @farfiris Жыл бұрын

    Tq che nom bg resepi kuah yong tau fu ni..terbaik n terjadi jgk yong tau fu sy buat smlm setelah sekian lama duk tangguh² nak buat 😍😆😋. Mmg sedap bethol lah! Alhamdulillah..Semoga che nom sntiasa dlm lindungan rahmat Allah swt 🤲😘

  • @DapurLula
    @DapurLula2 жыл бұрын

    Wow sedap yong taufu Che Nom. Kalau kat Sarawak menu ini juga dipanggil Rojak. Campuran yang sama adalah Sotong dan kangkung. Frozen food tu belum lagi saya jumpa kat sarawak. Campuran lain adalah Timun dan buah mangkuang kalau rojak Sarawak. Lepas ni nak juga cuba campur dengan frozen food. Thank you Che Nom sebab beri idea.

  • @takoyakipulaukambing5341
    @takoyakipulaukambing53412 жыл бұрын

    Aaaaaaaaa che nom fevret sy niiiiii..

  • @5e_nuriffahmazlan73
    @5e_nuriffahmazlan732 жыл бұрын

    Sedap ni...🤩🤩thank you che nom..

  • @voguelady0734
    @voguelady07342 жыл бұрын

    Sedapnya. Selalunya resipi Che Nom saya ikut memang menjadi❤️

  • @sharmisharmi14
    @sharmisharmi142 жыл бұрын

    Ya allah..resipi yg sekeluarga sy suka..bole la cuba..terima ksh kak che nom

  • @nikkamalianar7015
    @nikkamalianar70152 жыл бұрын

    Assalamualaikum wrt wbr. Alhamdulillah. Jazakillahu khoir Che Nom. Memang akak nantikan resepi ni.❤❤

  • @ezardiabolic1319
    @ezardiabolic13192 жыл бұрын

    Best la Ms.Che Nom. Sungguh menyelerakan sekali😋. Saya pasti akan cuba membuatnya.

  • @zalawatiyaakopzal788
    @zalawatiyaakopzal7882 жыл бұрын

    Boleh cuba ni..terima kasih sis kongsikan resepi..

  • @nurulkhairunnisa8723
    @nurulkhairunnisa87232 жыл бұрын

    Fav ni.. Tq.. Utk resepi nya che nom

  • @drlees9017
    @drlees90172 жыл бұрын

    love it.. bolehla utk buka nti craving.. tksh che nom

  • @puansyazs5577
    @puansyazs55772 жыл бұрын

    Febret Yong Taufu ni.. lama tak makan pulak, sedapnya.. 😃❤

  • @fonsekabolero2025
    @fonsekabolero20252 жыл бұрын

    yeay yang penting nak tahu bhan kuah hitam tu..sedapp sangat...timekaseh cek nom naa

  • @norhyzadaud9040
    @norhyzadaud90402 жыл бұрын

    Powerlah Che Nom...tq for sharing. Boleh buat home base business ni...

  • @norbakyahyassin9981
    @norbakyahyassin99812 жыл бұрын

    Sis dah cube buat ..Alhamdulillah ..terima kasih che nom ...sekurang2 nye kite buat hasil tgn kite ...

  • @salamfamily9593
    @salamfamily95932 жыл бұрын

    Che bom selalu boleh mengobati rasa rindu saya dengan berbagi resepi Yong to Fu dah 5 tahun saya merindukan makanan ni,rindu sangat

  • @mzainal3330
    @mzainal33302 жыл бұрын

    Terimakasih sudah share resipi yong tau foo ini.. Akhirnya rasa rindu saya dgn yong tau foo dpt terobatkan,,boleh lah buat di rumah.

  • @ahmedaimann0012
    @ahmedaimann00122 жыл бұрын

    Ahh, dah berbulan xmakan Yong Tau Fu nie, terliur ya...😍😍😍🤤🤤🤤

  • @saniahgantang7154
    @saniahgantang71542 ай бұрын

    Sy suka ikut resepi che nom.. insyaallah pasti Jadi..terima kasih che nom

  • @zalehatahir8352
    @zalehatahir83522 жыл бұрын

    Sedapnya Cik Nom….. trm ksh kongsi resepi….👍👍👍

  • @rashidahhajimatsaad2935
    @rashidahhajimatsaad29352 жыл бұрын

    Assalamu'alaikum Che Nom. Terima kasih kongsi ilmu menyediakan yong tau fu. Kesukaan keluarga saya. Boleh cuba buat.

  • @saripahmohamed5605
    @saripahmohamed56052 жыл бұрын

    Terima kasih atas resipinya elok tengah terliur nak makan yong tau foo tiba-tiba keluar notification macam tahu-tahu je

  • @saadahnasir4291
    @saadahnasir42912 жыл бұрын

    Wiw..sodap...buleh try buat..ni..terbaik lah che nom..

  • @mazza.rahman3130
    @mazza.rahman3130 Жыл бұрын

    Terima kasih che nom..enjoy resepi tu

  • @zura_fcmzura6583
    @zura_fcmzura65832 жыл бұрын

    tengok ni terus lapar. nk kena g cari bahan asenya ni. thank you che nom

  • @RealmeC-to7yf
    @RealmeC-to7yf2 жыл бұрын

    Sedap la che nom yong taufu terbaik.slmt maju jaya..

  • @wannurharnanimohamad8227
    @wannurharnanimohamad82272 жыл бұрын

    Wahh bestnyaaa bleh buat nnti..tq che nom ❤

  • @zainahmohdzain2622
    @zainahmohdzain26222 жыл бұрын

    Tq share resepinya Che Nom😍😍😍💖💖💖 Che Nom

  • @normahjalil2458
    @normahjalil24582 жыл бұрын

    Terima kasih cik Nom. Terbaik resepinya muga dilimpahi rezeki dan diberi kesihatan yg baik. Aamiin..

  • @syahiraismail3457
    @syahiraismail34572 жыл бұрын

    Sedapnya yong tau fuu che nom..mcm kat pasar mlm tu🤭

  • @malaykitchen
    @malaykitchen2 жыл бұрын

    menu2 pasar malam. mmg terbaik. bila la dapat pergi. 😁

  • @srsfeqah3377
    @srsfeqah33772 жыл бұрын

    Terbaik. Thank u for sharing Che Nom! 🤩

  • @mahanisaad3495
    @mahanisaad34952 жыл бұрын

    Assalammualaikum Che Nom..emm.sedap nie.!👍👍

  • @mattaleapp3107
    @mattaleapp31072 жыл бұрын

    Terbaik cik nom 👍 bersih kemas teratur yg penting sedap 😋

  • @radziyahromli7246
    @radziyahromli72462 жыл бұрын

    Sedap nya cik nom tq kongsi resepi lama dah duk caqi resepi yg mudah nak buat 👍👍😋😋

  • @masniedlamsin9618
    @masniedlamsin96182 жыл бұрын

    Fav. anak2 ni .. tq che nom for the special recipe .. tq

  • @minzycyma4931
    @minzycyma49312 жыл бұрын

    Sedapnyaa..teringat pulak selalu makan yong tau fu dekat belakang bomba area taiping tu..

  • @annisa2772
    @annisa27722 жыл бұрын

    Suka tgk che nom masak...pahtu kita masak plk😍 tq che nom sharing resepi sedap2😋😋

  • @junaidisalam8125
    @junaidisalam81252 жыл бұрын

    Omaigoddd favourite ni kalau dekat pasar wajib ni beli ni sedapnyaaaaaaa che nom thankyou che nom woww

  • @norlishariff1986
    @norlishariff19862 жыл бұрын

    Terbaikla che nom....tq sgt...x susah rupenye buat kuah dia....

  • @alan058
    @alan0582 жыл бұрын

    sedap sangat.dh lama x pergi pasar malam sejak covid ni

  • @khairulmunirmohamad4331
    @khairulmunirmohamad43312 жыл бұрын

    Terima Kasih che nom sudi share resepi ni ✨

  • @paridahispara7741
    @paridahispara77412 жыл бұрын

    terima kasih che nom🙋‍♀sharing resipe.

  • @dapurtokmak8609
    @dapurtokmak86092 жыл бұрын

    Sedapnya yong tau fu. Terliur tok mak. Tkasih resepinya che nom😋😋👍

  • @ansprintv901
    @ansprintv9012 жыл бұрын

    Che nom Sayang... Terima kasih bnyk resepi ni ... Harini sy masak yong tau fuuu 😍❤️

  • @nuzaimahmuda4645
    @nuzaimahmuda46452 жыл бұрын

    Terima kasih di atas perkongsian resipi.

  • @faridahkamaludin5019
    @faridahkamaludin50192 жыл бұрын

    Rindu psr mlm, skrg boleh msak sendiri.. Tksh Che Nom💐

  • @sharifahmohdshah9558
    @sharifahmohdshah95582 жыл бұрын

    Dah save n you are the best tq

  • @ayuarif3093
    @ayuarif30932 жыл бұрын

    Terliur.. nak cuba2.

  • @wansyamimi2728
    @wansyamimi27282 жыл бұрын

    Che nom macam tahu² mengidam nak makan yong taufu ♥️ hahahaha nak buat laa nati , thankyou Che nom 😘

  • @SitiAisyah-qu5qj
    @SitiAisyah-qu5qj Жыл бұрын

    Tq cik non da shring resepi.

  • @dalilahmustafa1422
    @dalilahmustafa14222 жыл бұрын

    Mmng sedap yong tau Foo akk meniaga dipasar mlm tapi dh pencen akk jual nasi dan kueh je. Family mmng peminat yong tau Foo. Tqvm che nom bye

  • @muhammadsafwan5304
    @muhammadsafwan53042 жыл бұрын

    Boleh try

  • @paraz1251
    @paraz12512 жыл бұрын

    saya da buat ikut resipi yang che nom ajar..hasilnya menakjubkan..terima kasih che nom.

  • @ainfarhanaahiyon9915
    @ainfarhanaahiyon99152 жыл бұрын

    Resepi yg ditunggu2.. 😍

  • @wilsonapat9509
    @wilsonapat9509 Жыл бұрын

    Saya yg tak pandi masak bila follow step by step dari video che nom...memang menjadi.

  • @surtianirania5951
    @surtianirania59513 ай бұрын

    Trima kasih che nom syeir ilmu nya sangat bermanfaat,semoga sehat slaluu🤲🏼🤲🏼💖💖💖

  • @aqilaliah8785
    @aqilaliah87852 жыл бұрын

    Sedapnya..

  • @qmtuanuzma
    @qmtuanuzma2 жыл бұрын

    Che nom ni rajin betul la. 😆

  • @anisnadirahghani4892
    @anisnadirahghani48922 жыл бұрын

    Tasty ❤️

  • @nurulashikin4633
    @nurulashikin46332 жыл бұрын

    kena cuba resepi kuah ni..sbnrnya nk kena masak kuah dan rebus bahan2 nk dimakan..sy selalunya ambik sotong dan kangkung..baru berbaloi..sbb ball2 dan sosej tu bkn premium pun sampai nk dicaj belas2 hingga puluh2 ringgit sebungkus

  • @mariamalik8448
    @mariamalik84482 жыл бұрын

    nak buat utk berbuka hari ni. kena pegi carik petis udang dulu 🤭 TQ cik nom untuk resepi sedap ni 👍🏻

  • @heartilynnskitchen7698
    @heartilynnskitchen76982 жыл бұрын

    Very delucous. My favourite dish. I alway enjoyed watch ypur videos. Thank ypy for sharing.

  • @azchannel5245
    @azchannel52452 жыл бұрын

    recipe npk simple and easy… will try and thanks for sharing ❤️

  • @idrischedin8265
    @idrischedin82652 жыл бұрын

    Tksh..resepinya..👌👌👌👍

  • @joelow6086
    @joelow60862 жыл бұрын

    Sedap. Terima kasih keatas recipe.

Келесі