SHOLLU 'ALA NURI AHMAD KARYA SYEKH UMAR AL-MUHDOR | صلوا على نور أحمد | TEKS DAN TERJEMAH NYA

INILAH QASHIDAH SHOLLU 'ALA NURI AHMAD KARYA HABIB UMAR AL-MUHDOR BIN SYEKH ABDURRAHMAN ASSEGAF
Penggubah Qosidah ini adalah sosok yang mengarang qosidah Man Ana Laulakum yang trending di Nusantara beberapa tahun terakhir khususnya Indonesia.
Beliau adalah anak lelaki Syeikh Abdurrahman As-Seggaf. Beliau seorang wali besar yang mempunyai karamah luar biasa. Karamahnya banyak diceritakan orang.
Sebahagian dari karamah beliau ialah semua harta bendanya dibiarkan begitu saja tanpa dijaga sedikitpun. Anehnya siapa saja yang mengaku perbuatannya. Setelah tiga hari ia dapatkan orang yang mencuri kalung isterinya itu mati. Waktu diperiksa ia dapatkan kalung isterinya itu berada dalam pakaian si mayat sebagaimana yang dikatakan oleh Sayid Umar.
Pernah beliau memberi kepada kawannya segantang kurma yang ditempati dalam keranjang. Setiap hari orang itu mengambilnya sekadar untuk memberi makan keluarganya. Segantang kurma itu diberi berkat oleh Allah sehingga dapat dimakan selama beberapa bulan. Melihat kejadian itu si isteri tidak tahan untuk tidak menimbangnya. Waktu ditimbang ternyata hanya segantang saja seperti yang diberikan oleh Sayid Umar Al-Mudhor. Anehnya setelah ditimbang kurma itu hanya cukup untuk beberapa hari saja. Waktu keluarga itu mengadukan kejadian itu pada Sayid Umar beliau hanya menjawab: “Jika kamu tidak timbang kurma itu, pasti akan cukup sampai setahun”.
Doa beliau sangat mujarab, banyak orang yang datang pada beliau untuk mohon doa. Ada seorang wanita yang menderita sakit kepala yang berpanjangan. Banyak doktor dan tabib yang dimintakan pertolongannya. Namun tidak satupun yang berhasil. Si wanita itu menyuruh seorang untuk memberitahukan penderitaannya itu kepada Sayid Umar Al-Muhdhor. Beliau berkunjung ke rumah wanita yang sakit kepala itu dan mendoakan baginya agar diberi sembuh. Dengan izin Allah wanita itu segera sembuh dari penyakitnya.
Ada seorang lelaki yang mengadu pada beliau bahawa ia telah kehilangan wang yang berada di dalam pundi-pundinya. Beliau berdoa kepada Allah mohon agar wang lelaki itu dikembalikan. Dengan izin Allah pundi-pundi itu dibawa kembali oleh seekor tikus yang menggondolnya.
Karamah beliau banyak sekali sehingga sukar untuk disebutkan semua. Beliau wafat di kota Tarim pada tahun 833 H dalam keadaan bersujud waktu bersolat Zohor. Beliau dimakamkan di perkuburan Zanbal.

Пікірлер: 9

  • @ajirubaidillah
    @ajirubaidillah Жыл бұрын

    Dengarkan suaranya dan hayati isinya niscaya hatimu akan bergetar merasakan cinta ❤

  • @SagribTegal123-zc6jm
    @SagribTegal123-zc6jm4 ай бұрын

    Adem sekalih hati ini

  • @indahtl
    @indahtl4 ай бұрын

    💚💚💚

  • @FahriFahri-bm6hk
    @FahriFahri-bm6hk6 ай бұрын

  • @masden8150
    @masden815011 ай бұрын

    ❤❤❤❤❤

  • @damaiindah8587
    @damaiindah8587Ай бұрын

    Bukannya karya Habib Umar bin hafids ya?

  • @ajirubaidillah

    @ajirubaidillah

    Ай бұрын

    Ini Karyanya Syeikh Umar Murder.

  • @dzakiyatulashfiya3835
    @dzakiyatulashfiya383511 ай бұрын

  • @sulistianurjanah5654
    @sulistianurjanah565411 ай бұрын

Келесі