Sambal Nasi Lemak Legend | The Legendary Nasi Lemak Sambal Recipe

#recipesalamaya #sambalnasilemak #resepisambal
Assalamualaikum semua 🤗
Seperti yang kita ketahui ada berbagai resepi sambal yang dimakan bersama nasi lemak. Ada yang membuatnya cair dan disimbah diatas nasi lemak dan ada yang nampak merah menyala.
Hari ini saya ingin berkongsi cara membuat sambal nasi lemak resepi warisan keluarga saya yang telah digunakan untuk berniaga bertahun-tahun lamanya semenjak dari al-marhumah nenek hingga ke ibu saya dan ianya sungguh laris. Sambal ini mudah untuk membuatnya dan jika ingin menjadikan kelihatan kehitaman ia harus dimasak lama sedikit sehingga sambalnya pecah minyak. Boleh juga diganti gula pasir dengan gula melaka jika suka. Tahap kepedesannya juga boleh di tingkatkan dengan menambahkan jumlah cili kisar. Sambal nasi lemak legend saya ini harus bewarna merah kegelapan dan ada gabungan sedikit rasa masam dan manisnya.
Anda harus mencuba membuat sambal ini untuk menikmati kelazatannya. Memang terangkat rasanya dan pasti bertambah-tambah dimakan dengan nasi lemak pandan. Sambal ini amat versatile dan boleh dimakan dengan berbagai juadah lain yang memerlukan sambal. Ia juga boleh digunakan untuk membuat nasi goreng, mee goreng atau kway teow goreng untuk menaikkan lagi rasa.
Saya akan menunjukkan juga cara membuat Nasi Lemak Pandan Wangi di video seterusnya.
Selamat mencuba dan selamat menikmatinya!👩‍🍳👨‍🍳
Link Video : Nasi Lemak Pandan Wangi
• Nasi Lemak Pandan Wang...
Link Video : Cara Buat Cili Kering Kisar
• Cara Buat Dan Simpan C...
Terimakasih telah menonton video-video kami dan terimakasih diatas sokongan anda untuk LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE.💖
Subscribe adalah percuma. Sila tekan ikon loceng agar tidak terlepas menerima notifikasi mengenai muat naik video terbaru kami.
Jumpa anda di video kami selanjutnya!🤗
Resepi
~ Bahasa Melayu
------------------------------------
Hidangan : ½ Bekas tupperware
Bahan-bahan :
5 - 6 senduk cili kering kisar
15 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 ibu jari besar belacan
(Kisar halus kesemua bahan-bahan di atas ini)
7 sudu makan gula pasir atau secukup rasa anda
¾ sudu kecil garam atau secukup rasa anda
½ cawan jus air asam jawa
¾ cawan minyak untuk menumis
Tips :
- Jika gunakan kuali honeycomb, masak
sambal dengan menggunakan api sederhana
sahaja kerana kuali ini cepat panas.
- Pastikan selalu dikacau sambal agar tidak
hangus di bahagian bawah.
Recipe
~ English
-------------------------------------
Yield : ½ Rectangle container
Ingredients:
5 - 6 scoops of dried chilli paste
15 nos. of shallots
4 cloves of garlic
1 thumbsize shrimp paste (belacan)
(Finely grind all of the above ingredients)
7 tablespoons granulated sugar or to taste
¾ teaspoon of salt or to taste
½ cup of tamarind juice
(or 1 tablespoon of tamarind mix with 1/2 cup of water)
¾ cup of oil for stir frying
Tips :
- If you use honeycomb wok, cook the sambal
using medium heat flame as the wok can be
very hot.
- Ensure to always stir the sambal to prevent it
from being burnt at the bottom of the wok.
I will also show you how to make Nasi Lemak Pandan Wangi in another video to eat with the sambal.
Video Link : Fragrant Pandan Coconut Rice or Nasi Lemak Pandan Wangi
• Nasi Lemak Pandan Wang...
Video Link : How To Make Chilli Paste
• Cara Buat Dan Simpan C...
You are welcome to try to make the sambal and enjoy!👩‍🍳
Thank you for watching our videos and thank you again for your kind support to LIKE, SHARE and SUBSCRIBE.💖

Пікірлер: 26

  • @RecipesalaMaya
    @RecipesalaMaya7 ай бұрын

    This delicious Legendary Nasi Lemak Sambal is very versatile and can be eaten with various other dishes that require sambal or as a sauce dip. The sambal can also be used to make fried rice, fried noodles or fried kway teow to enhance the flavour. You can increase the amount of blended chillies if you want it to be extra hot! You should try to make it to taste it! No regret!😋 Happy cooking! 👩‍🍳👨‍🍳

  • @secretariat1973
    @secretariat1973 Жыл бұрын

    Padu gila warna dia....

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    Жыл бұрын

    Terimakasih 🤗

  • @zuhanizaali429
    @zuhanizaali429Ай бұрын

    Suka sambal warna hitam cmni

  • @maribersamadapurhanah3696
    @maribersamadapurhanah3696 Жыл бұрын

    Sambal + ikan bilis goreng + nasi lemak..... nyum2...

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    Жыл бұрын

    Pasti yummy! Terimakasih. 🤗

  • @roselinamanap3633
    @roselinamanap36339 ай бұрын

    Syabas kerana mngetengahkan cara2 mmbuat sambal nasi lemak masa dulu2. Ini lah sebenarnya yg di namakan ibu sambal. Cili dgn bawang di masak smpai garing

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    8 ай бұрын

    Terimakasih. Silakan mencuba membuatnya ya! Enjoy cooking!🤗

  • @IskandarK
    @IskandarK Жыл бұрын

    Sedapnya hadir sokong

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    Жыл бұрын

    Terimakasih. 🤗

  • @aminzain7877
    @aminzain78772 жыл бұрын

    👍👍👍

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    2 жыл бұрын

    Thanks 🤗😍

  • @alineamru4841
    @alineamru4841 Жыл бұрын

    sunggoh inaknya

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    Жыл бұрын

    Cubalah membuat sambal ini untuk merasa keenakannya! Happy cooking! 🤗

  • @user-iz9vm3vt5z
    @user-iz9vm3vt5z9 ай бұрын

    Ijin share❤👍

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    9 ай бұрын

    Silakan. Terimakasih. 🤗

  • @doddywicaksono
    @doddywicaksono Жыл бұрын

    Terima kasih dah sharing receipt. Salam dari Jakarta

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    Жыл бұрын

    Wa'alaikumussalam. Silakan dicuba membuat sambal ini ya utk merasakan keenakannya! Happy cooking!🤗

  • @Intervention2348
    @Intervention23488 ай бұрын

    Hampir sama macam arwah mak angkat buat dulu...

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    8 ай бұрын

    Alhamdulillah.🤲 Terimakasih 🤗

  • @sofie4382
    @sofie4382 Жыл бұрын

    Cantik warna sambal .. sy mmg lama cari resepi sambal yg kering sikit mcm ni .. kalau buat mesti basah berair sikit .. kenapa ye ..

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    Жыл бұрын

    Sambal nampak basah kerana air dari cili yang dikisar belum kering lagi semasa menumisnya. Pastikan cili dimasak sehingga minyaknya terbit ke atas sambal. Teruskan mencuba. Terimakasih. 👩‍🍳🥰

  • @Nizamm1
    @Nizamm1 Жыл бұрын

    Biasa anggaran masa menumisnya berapa lama ye?

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    Жыл бұрын

    Pastikan dimasak cilinya dahulu sehingga minyaknya terbit di atas. Akhir baru masukkan garam dan gulanya. Masak lagi sehingga sambalnya menjadi hitam sedikit iaitu gulanya sudah caramelised dengan sambalnya. Kemudian boleh tutup api. Anggaran masa memasak sambal ini antara 25 - 30 minit. Selamat mencuba! Enjoy cooking! 🤗 Terimakasih 💖

  • @diyanajailani3887
    @diyanajailani38877 ай бұрын

    Brp jam masak sehingga warna jd kehitaman mcm tu?

  • @RecipesalaMaya

    @RecipesalaMaya

    7 ай бұрын

    Anggaran mengambil masa antara 25-30 minit sahaja.😊