Rawatan Serangan Teritip Durian Musang King

#durian #musangking #racunkulat #teknikbusut #d197 #d200 #racunserangga
#pupukorganik
Assamualaikum dan salam sejahtera
Video kali ini memarkan aktiviti saya dalam mengawal serangan teritip dan koya yang menyerang pokok durian musang king dan duri hitam saya. . Kali ini saya mengesan serangan serangga teritip dan kumbang yang agak kuat pada permukaan daun dan pucuk durian saya.. ikuti penerangan dan perkongsan saya dalam video ini bagi menangani maslah tersebut. Selain itu terdapat juga masalah kulat .. Antara penyakit kulat yang biasa menyarang durian adalah seperti hawar daun,hawar pucuk, antarknos/antraknosa dan hawar seludang. Selain itu juga terdapat juga serangan kulat pada bahagian akar dan batang..
Teritip daun atau Scale Insect sejenis serangga yang menghisap cecair dibawah daun. Musim hujan penyakit ini biasa menyerang tanaman durian. Jika dibiarkan daun akan dipenuhi biji-biji yang timbul dibawah liang stomata, seterusnya kekuningan dan akhirnya gugur meninggalkan dahan-dahan pokok
Solusi segera untuk rawatan ini antaranya mengunakan white oil, selain itu boleh mengunakan Abamectin 1.8 EC. Pesticide ini adalah cecair hitam pekat yang paling handal melawan serangga selepas Imidacloprid. Aplikasi penggunaan racun serangga Abamectin ini dengan hanya semburan pada bawah daun di hujung petang. Kesannya awal kurang lebih tempoh 24Jam sudah kelihatan biji-biji dibawah daun menjadi hitam menandakan serangga ini mati kerana tindakbalas sentuhan & racun perut Abamectin.
Jika serangan serangga ini begitu kritikal, boleh selangseli dengan bahan aktif "cypermethrin + clropyrifos" laitu racun 505. Racun ini digunakan ketika hujung petang jua supaya daun tidak lecur. Sembur selang seli dengan Abamectin 2minggu sekali.
Moga membantu dan bermanfaat! 😊
Antara video2 yang pernah dikeluarkan dalam mengawal penyakit kulat adalah pada seperti di bawah untuk rujukan tuan puan.
Mengenali penyakit kulat durian dan cara rawatanya
• Mengenali penyakit kul...
Penanam durian wajib tahu..!! Fungsi racun kulat dan serangga ini
• Penanam durian wajib t...
SOP Wajip penanam durian. Cara mengenal penyakit durian dan rawatan kanker batan
• SOP Wajip penanam duri...
Biasanya pada musim hujan pokok akan menerima pelbagai jenis penyakit, keadaan yang lembab ini mengundang penyakit kulat iaitu hawar daun di mana kebiasaanya serangan ini berlaku pada bahagian pucuk daun muda, kesannya ialah daun yang muda mulai gugur pada bahagian pucuk dan boleh mengakibatkan pokok mati. Langkah untuk menyelamatkannya adalah dengan mencari racun kulat untuk mengawal penyakit hawar daun ini.
Ada juga yang mengalami masalah penyakit kanker batang. Penyakit ini perlu dirawat dengan menggunakan racun kulat yang dibancuhkan dengan air. Bancuhan tersebut perlu disapukan pada bahagian batang yang diserang dengan kekerapan dua kali dalam sebulan. Sebelum sapukan racun kulat tersebut, bahagian batang yang dijangkiti itu perlu dikikis dan dirawat terlebih dahulu. Bancuhan racun kulat yang anda dapatkan di nursery yang berdekatan, pastikan bancuhan yang anda lakukan itu mengikut kadar yang telah ditetapkan pada label supaya dapat mengawal dan mengelakkan dari penyakit berjangkit. Jika ada pokok durian anda yang mengalami penyakit ini dengan kritikal, pokok tersebut perlu dimusnahkan secepat yang mungkin dengan tujuan mengelakkan penyakit berjangkit dengan pokok bersebelahan. Apabila musim berbuah telah tiba, pastikan anda tidak membiarkan buah yang rosak dan pecah berhampirang dengan pokok durian.
Mengapa perlu lakukan seperti berikut? Dengan tujuan untuk mengelakkan buah yang rosak dan pecah tersebut menjadi tempat pembiakan kulat dan serangga.
Ada ranting yang telah mati? Ada ranting yang mengalami masalah serangan serangga? Apa yang anda perlu lakukan? Langkah yang terbaik adalah anda perlu membuat aktiviti pemangkasan dahan atau ranting yang telah mati tersebut..
Salah satu benda yang anda kena ambil serius semasa durian membesar adalah kawalan serangga perosak. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa musuh durian. Antaranya:
1. Kumbang Pemakan daun (Apogonia dan Adoretus ssp) menyebabkan daun berlubang-lubang. Antara racun serangga yang digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos.
2. Kumbang Pengorek batang (Synanthedon sp) dan (Platypus Cupulatus) menyerang bahagian kulit yang biasanya ada dijangkiti oleh penyakit kenker batang ( Phytophthora palmivora ). Antara racun serangga yang digunakan racun dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Prevathon + endure.
3. Koya (Pseudococcus sp) iaitu sejenis serangga halus berwarna putih yang gemar melekat pada buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yang digunakan seperti Dimethoate, white oil & Malathion.a

Пікірлер: 29

  • @shuhalmiemi5453
    @shuhalmiemi54532 ай бұрын

    👍🏻

  • @akatsukia9695
    @akatsukia96952 ай бұрын

    Saya sarankn tuan mohon lesen snjta api utk musuh tnaman,mcm kera,ataupon blajar tahn prgkap dgn org yg mahir ,Lmbu ni iklankn tender pcuma,lmbu liar😅,pgl lori angkut

  • @azizanalbanaazizan127
    @azizanalbanaazizan127Ай бұрын

    Sayang pokok cantik... saya cadangkan tuan pasang pagar cyclone.. utk menghalang serangan lembu Dan kerbau... boleh saya tahu kebun tuan dekat mana niii... 😀😀

  • @mohdsanoriabubakar1437
    @mohdsanoriabubakar14372 ай бұрын

    semoga sembuh dan diberikan kesihatan yg baik, aamiin

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    amin..🤲🤲

  • @farhanpaan3439
    @farhanpaan34392 ай бұрын

    Semoga dipermudahkan segala urusan aminnn..

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    amin..🤲🤲🤲🤲

  • @rayyanmiqael2815
    @rayyanmiqael28152 ай бұрын

    Tahap kesabaran tuan mmg tahap dewa wpun byk kali kebun kena ranap dikerjakan lembu/kerbau....Moga kesabaran Tn dibalas dgn rezki yg melimpah ruah..InshaAllah

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    tidak juga penyabar.. hanya CUBA untuk berfikiran sebagai orang waras dan ade pendidikan yang baik dari emak ayah dan guru2..🥹

  • @TheGardener739

    @TheGardener739

    2 ай бұрын

    Kalau saya.. Lama dah lembu tu naik Lori.. 😂😂

  • @rosliibrahim5044
    @rosliibrahim50442 ай бұрын

    Saya dulu bagi tahu kat org kampong kata saya nak meracun .jadi jaga lembu masing masing takut terminum air racun lepas tu tak masuk dah lembu

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    ni bukan orang kg punya.. dari ladang felda sebelah.. walaupun kg saya ni bulan felda..

  • @user-fg1ep4xb1r

    @user-fg1ep4xb1r

    2 ай бұрын

    @@DkebunAndak ok tu selesai 2 masalah..serangga dan binatang ternakan 😂

  • @Ridzuan-cs8qx
    @Ridzuan-cs8qx2 ай бұрын

    Pagar elektrik berkesan tak tuan untuk kerbau dan lembu ni.

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    berkesan ruan.. tapi maintainen kene tiap minggu check

  • @MrKjet256
    @MrKjet2562 ай бұрын

    Patut lama tak ada post video

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    tu lah tuan.. semoga saya kuat semangat dan diberikan kesihatan kembali..🤲

  • @felikahafidah5219
    @felikahafidah52192 ай бұрын

    Kenapa tak dijaga saja tuan kebun nya. Biar lebih terawat. Saya bisa tapi saya jauh di indonesia sanak 😄

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    kurang sihat sekarang tuan..🥲

  • @felikahafidah5219

    @felikahafidah5219

    2 ай бұрын

    @@DkebunAndak semoga sihatbsihat selalu tuan. Doa kami menyertai setiap langkahmu

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    @@felikahafidah5219 amin.. semoga dirahmati selalu..❤️

  • @zulkiflimohamad6735
    @zulkiflimohamad67352 ай бұрын

    Daun kuning sebab apa tuan

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    dain kuning punca nutrisi tak dapat diserap kepada pokok.. diantara penyebab kurang air dan akar yang bermasalah.. kalau pokok saya berpunca daripada kurang air..

  • @Ridzuan-cs8qx
    @Ridzuan-cs8qx2 ай бұрын

    Sy pun kadang2 tinggal juga kebun sampai berbulan2.kerap kembung perut .jadi tidak ada tenaga.ubat apa tuan untuk hilang kembung perut tuan.

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    masalah sama dengan saya jugak tu.. saya ada gastrik kuat dan migrain jugak.. hanya jaga makan jangan bagi lewat.. kalau tuan saye tak pastu macam mana

  • @adisadikinbinmohdesa8821

    @adisadikinbinmohdesa8821

    2 ай бұрын

    Saya ada dengar2 hempedu landak ubat mujarab untuk angin di perut. Boleh cuba.

  • @adisadikinbinmohdesa8821

    @adisadikinbinmohdesa8821

    2 ай бұрын

    Tak susah nak cari landak sekarang nie dah banyak org bela Kalau betul mujarab jgn lupa war2kan ..

  • @adisadikinbinmohdesa8821

    @adisadikinbinmohdesa8821

    2 ай бұрын

    Daging landak Mujarab juga untuk sakit tulang.