Tutorial penuh cantuman durian duri hitam di lapangan

CANTUMAN MATA TUNAS DURIAN (Durio zibethinus)
Langkah kawin mata tunas atau teknik cantuman samada di dalam polibag dan juga di lapangan
1. Kelar melintang 1/3 lilitan batang anak pokok penanti. Kopek kulit keluar daripada batang bermula dari kelaran lintang menghala kebawah menggunakan pisau cantuman.
2. Pilih mata tunas dari pokok induk durian terpilih mengikut keperluan anak benih yang hendak dihasilkan. Pastikan ambil scion dari pokok yang sihat dan mencukupi bilangannya. Kelar memanjang mata tunas memanjang kiri kekanan untuk mendapatkan matatunas (scion).
3. Mata tunas yang akan kelihatan dari disebelah dalam kulit mata tunas. Pastikan mata tunas tudak cacat atau tertinggal pada kayu ranting apabila lapisan kayu dikeluarkan dari mata tunas. Potong bahagian hujong mata tunas agar rata.
4. Letakkan mata tunas durian kepada bahagian tingkap pada pokok penanti dari langkah (1). Potong bahagian kulit tetingkap pokok penanti sedikit kebawah dari mata tunas.
5. Apabila kedudukan mata tunas sudah 'ngam' diletak pada tingkap, maka kita perlu balut dengan menggunakan pita cantuman dengan kemas. Balutan dimulakan daripada bahagian bawah ke atas dimana ini mengelakkan air mesuk jika dibalut terbalik ketika siraman dijalankan.
6. Pastikan pita cantuman tidak menutup mata tunas kerana kita mahu tunas durian tumbuh keluar kelak. Matikan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm.
7. Pita cantuman akan dibuka selepas 3-4 mingga didalam nurseri. Kalau kita dapati kulit scion menjadi hijau menunjukkan ia berjaya dan sebaliknya. Potong batang pokok penanti anggaran 15 cm dari paras cantuman selepas 7 hari. Ini akan mengurangkan pertumbuhan pucuk pada pokok penanti sebaliknya menggalakan tunas baru tumbuh pada mata tunas cantuman.
8. Pemerhatian saya di Stesyen Pertanian yang mengeluarkan beribu-ribu anak pokok durian cantuman mata tunas durian mendapati selepas 8 - 10 bulan proses cantuman, anak pokok tersebut sedia untuk ditanam diladang. Pada masa ini terdapat antara 10 -12 helai daun dengan ketinggian lebih dari 30 cm.
Diantara kelebihan teknik cantuman mata tunas adalah kerana cara ini dapat menghasilkan varieti atau klon durian yang mempunyai maklumat genetik yang sama seperti pokok induk (true- to - type seedlings). Ini berbeza dengan jika tanam terus dari biji durian yang diambil dari buah kerana bunga durian adalah heterozygous dimana biji yang ditanam tidak menyerupai induk akibat pendebungaan bersilang (cross pollination) dari beberapa varieti berlainan. Kaedah ini mampu menghasilkan anak benih klon yang berkualiti dengan cepat, kuantiti yang banyak dan mudah diuruskan dalam nurseri. Pengurusan tanaman didalam nurseri juga agak mudah kerana keseragaman pertumbuhan dan baka yang digunakan. Kini banyak nurseri swasta telah mengkomersilkan aktiviti mencantum anak benih durian varieti terpilih seperti Varieti Raja Kunyit / Musang King (D197), Varieti Bukit Merah (D24) dan banyak lagi varieti pilihan ramai.
Kredit:
M Anem
Pusat Pertanian Serdang,
Selangor, Malaysia.
(26 Muharram 1434H)

Пікірлер: 69

  • @SOCCER_CHAMPION_ASIA
    @SOCCER_CHAMPION_ASIA4 ай бұрын

    Sangat bermanfaat sekali,salam dari Kalimantan tengah, Barito Timur.ampah kota,salam sukses,saya tunggu video selanjutnya

  • @ameryusof7032
    @ameryusof70328 ай бұрын

    Terbaik lh andak.dh nampak hasil

  • @sulaimanmohddiah746
    @sulaimanmohddiah7463 ай бұрын

    Mantaplah tuan

  • @abdhamid7185
    @abdhamid71859 ай бұрын

    Alhamdulillah Terima kasih tuan atas ilmu

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    9 ай бұрын

    Sama2 tuan 😊

  • @zununbaihakky5912
    @zununbaihakky59128 ай бұрын

    Lama Tuan tak update kebun yang busut tu. Teringin nak tengok perkembangan pokok

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    8 ай бұрын

    kebun tu dah lama saya jual sebb takut menangung risiko pada masa akan datang.. kawasan tu rendah dan tengelam kalau banjir besar

  • @sschannel.
    @sschannel.7 ай бұрын

    Mantap ilmu nya

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    6 ай бұрын

    sekadar perkongsian je tuan.. bukan orang yang mahir juga.

  • @AT.ahmad21
    @AT.ahmad219 ай бұрын

    Salam andak. Ambil potongan2 rambut kt saloon, letak sekeliling pokok durian. Babi xkan kacau lagi.

  • @mohdsanoriabubakar1437
    @mohdsanoriabubakar14379 ай бұрын

    👍🏻 Terimakasih

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    9 ай бұрын

    Sama2 tuan

  • @farhanpaan3439
    @farhanpaan34399 ай бұрын

    Terbaik..lama tak dgr Berita..semoga dipermudahkan segala urusan aminnn..tunggu foliar ni🤭

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    9 ай бұрын

    Adeh.. ingat lagi pasal foliar ye..🤭🤭🤭.

  • @yoe6560
    @yoe65609 ай бұрын

    Bila dah mahir buat cantuman di lapangan..taknak dah tanam pokok kawin dlm polibeg..sebab nak jaga pokok cantuman di lapangan lebih senang

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    9 ай бұрын

    Ye tuan.. sangat betul penyataan ni

  • @payamas
    @payamas9 ай бұрын

    .. 👌👌😎

  • @nazizi4385
    @nazizi43859 ай бұрын

    98% pkk durian dkebun sy guna Kedah cantuman dladang seperti yg tuan buat, benih2 yg dbeli dlm polibeg bnyk masalah tuan, skrg rasa lega pkk mmbesar dgn baik tapi langkah2 mencegah kulat serangga tetap dlakukan

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    9 ай бұрын

    Alhamdulillah.. terbaik tuan

  • @HuntingMainanque

    @HuntingMainanque

    4 ай бұрын

    Bg klau kita cantum dr entris dari pohon ochee yg belum berbuah bagaimana?

  • @nazizi4385

    @nazizi4385

    4 ай бұрын

    @@HuntingMainanque boleh sahaja tuan janji tuan benar2 pasti yg itu pokok ocheee

  • @atam2033
    @atam20337 ай бұрын

    sempadan paya tu tuan korek parit,tanah parit tu buat batas sbelah dalam kebun.batas sbelah dalam,parit sbelah luar.spaya air tak msuk lg.

  • @mohdferdaustugiman5654
    @mohdferdaustugiman56545 ай бұрын

    Waktu yg sesuai proses camtuman

  • @hafispancurjaya2430
    @hafispancurjaya24308 ай бұрын

    Mantap BG.. Ngpe saye cobe di tempat sye tak mau hidop..

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    5 ай бұрын

    kene pokok penanti yang subur .

  • @miemitos
    @miemitos8 ай бұрын

    Salam tuan... nak tanya. Mana yg lebih baik.. buat kaki ganda dahulu kemudian di kawenkn(cantuman tunas). Atau dikawenkn dahulu kemuadian buat kaki ganda?

  • @jamalul08
    @jamalul082 ай бұрын

    tunas cantuman tu boleh ker ambil dari pokok yg belum berbuah, contohnya dari dahan atau ranting pokok yang kita pruning atau dari ranting pokok yang baru 1-2 tahun

  • @user-uu2dv4qn5i
    @user-uu2dv4qn5i5 ай бұрын

    konten vidio yang sangat bermanfaat bagi saya yans baru memulai tanam bibit durian dari biji,, saya mau tanya tuan lebih bagus mana tanam bibit durian yg suda di kawin atau tanam dari biji ?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    5 ай бұрын

    tanam dari biji di lapangan lagi bagus .. tapi susah untuk diurus

  • @azmanuzir4360
    @azmanuzir43604 ай бұрын

    Asalam tuan...kebun kat area mana

  • @akuanakdesa617
    @akuanakdesa6174 ай бұрын

    Saya mau bibit duri hitam langsung Dari tempat asal nya,

  • @azwanosman2274
    @azwanosman22745 ай бұрын

    Salam tuan.. kaki ganda tu guna pokok apa? Maaf bertanya saya baru lagi.. lagi satu pokok penantin tu apa?

  • @mrbond8181
    @mrbond818126 күн бұрын

    Kalau pokok penanti di tanam di tanah liat..sesuai ke untuk cantuman?

  • @mohdafifmaharam7112
    @mohdafifmaharam71129 ай бұрын

    Bila nk update kebun teknik busut tu tuan?😊

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    9 ай бұрын

    Yg tu dh lama letgo..

  • @benermeriahduriandistrictBMDD
    @benermeriahduriandistrictBMDD8 ай бұрын

    berapa meter jarak tanam sesama durian di kebun Andak...?

  • @akuanakdesa617
    @akuanakdesa6174 ай бұрын

    Asalamu alaikum, bang ini saya Dari Indonesia, bisa bli bibit duri hitam ga,?

  • @tabulampotciamis8326
    @tabulampotciamis83268 ай бұрын

    Orang Mano dikau,,aku kurang faham bahasomu..??

  • @MahseerJeagerOutdoorDinggo
    @MahseerJeagerOutdoorDinggo7 ай бұрын

    Asslmkm andak, bminat nk bimcang bkenaan alatan pruning electrik bgalah 4.5m kapasiti pmotongan 4cm=1.5inch

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    7 ай бұрын

    waalaikumussalam.. untuk review ke.

  • @helmi5125
    @helmi51258 ай бұрын

    Assalamualaikum tn. Boleh ke meracun guna basta 15 dibawah Dan sekeliling kanopi pokok durian m.king Dan duri hitam. T.k

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    8 ай бұрын

    Waalaikumussalam.. boleh…ramai pekebun durian guna

  • @anip735
    @anip7358 ай бұрын

    Encik buat musim hujan boleh ke?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    8 ай бұрын

    lagi elok.. akar sihat tunas pun senang tumbuh.

  • @MuhammadRaduan
    @MuhammadRaduan9 ай бұрын

    Bg nak tanya umur berapa lebih baik kahwin durian 6 bulan dh boleh ke

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    9 ай бұрын

    Waalaikumussalam.. dah boleh asal batang pokok sihat.. dalam keadaan pokok galak berpucuk. Nak mudah hidup 2,3 minggu sebelum buat cantuman bagi baja subur dulu.

  • @masturahshamsuri5321
    @masturahshamsuri53217 ай бұрын

    Salam. Boleh ke ambil mata tunas drp pokok yg belum berbuah?Boleh ke jawap soalan saya?

  • @jamalul08

    @jamalul08

    2 ай бұрын

    saya pun tanya soalan sama tapi belum respon

  • @Aduka_Tharuna
    @Aduka_Tharuna28 күн бұрын

    berapa lama sion ( tunas )yg kita ambil boleh disimpan sebelum dibuat cantuman.Situasi saya, sion tu berada jauh dari kebun saya.

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    26 күн бұрын

    sehari disimpan dalam keadaan lembap, lagi elok dlm plastik kedap

  • @muhammadakramabuhasan9963
    @muhammadakramabuhasan99639 ай бұрын

    lepas cantuman menjadi, kena buang semua dahan penanti berperingkat ke ? maksudnya buang sikit2 sampai daun cantuman cukup matang ?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    9 ай бұрын

    Seeloknya begitu tuan.. elak batang penanti mati mengejut dan juga elak penanti buruk

  • @Aku_Insan_Pendosa
    @Aku_Insan_Pendosa5 ай бұрын

    Assalamualaikum tuan. Nk tnya boleh. ? Selain cantuman yang tuat di buat dlm video tu, cantuman ape je yg boleh buat di lapang ? Cantuman Baji boleh ke buat di lapang jugak atau baji hanya buat dlam polibeg sahaja ?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    5 ай бұрын

    Salam.. baji sesuai di polibag sahaja.. kerana ia memerlukan kawalan cahaya dan kelembapan yg tinggi.

  • @Aku_Insan_Pendosa

    @Aku_Insan_Pendosa

    5 ай бұрын

    @@DkebunAndak ow. Faham2.. Seandainya cantuman baji di polibag itu hidup atau menjadi, ambik masa paling minimum brapa bulan baru boleh di alihkan ke lapangan tuan ?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    5 ай бұрын

    @@Aku_Insan_Pendosa sebaik dia dibuka dan cantuman berjaya boleh terus ditanam bergantung pada kesuburan dan size penanti asal.

  • @kenselito9878
    @kenselito98787 ай бұрын

    Tuan..bole kh kawin tunas bru 2 dlm satu pokok penanti?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    7 ай бұрын

    boleh memang boleh tapi nanti kene tinggalkan satu jugak.. tak boleh biar hidup 2.. akan sekah bila besar.

  • @jimmy_thejiwakacawcaster7565
    @jimmy_thejiwakacawcaster75657 ай бұрын

    Salam.. boss.. klau kita kawinkan durian belanda dgn cara ni bleh x..!??

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    7 ай бұрын

    salam.. boleh tuan..

  • @jimmy_thejiwakacawcaster7565

    @jimmy_thejiwakacawcaster7565

    7 ай бұрын

    Ok cantikkk..! Terima kasih boss sudi kongsi ilmu 👍👍

  • @charloskarlos6797
    @charloskarlos67972 ай бұрын

    Salam tuan andak, wajarkah cantuman dahan ini jika hari pertama 8jam dalam plastik tu berpeluh?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 ай бұрын

    salam.. ia normal..

  • @charloskarlos6797

    @charloskarlos6797

    2 ай бұрын

    @@DkebunAndak terima kasih tuan

  • @max88ken
    @max88ken5 ай бұрын

    Jarak tanaman brpa bang?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    5 ай бұрын

    saya punya ni 30x30

  • @carollyncheeyen
    @carollyncheeyenАй бұрын

    Semut suka buat lubang kat parafilm cantuman, encik sembur ubat serangga x

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    Ай бұрын

    saye tak jadi masalah sangt.. kalau kawasan yg agak berumput dan berpokok memang ade.. nak selesai masalah tu tuan kene sembur regent kat pangkal pokok. pupus lah semut2 tu

  • @carollyncheeyen

    @carollyncheeyen

    Ай бұрын

    @@DkebunAndak Terima kasih atas reply encik