Proton Wira - Full Overhaul Valvebody Wira Auto F3A21

Автокөліктер мен көлік құралдары

Assalamualaikum ... setelah sekian lama mencari masa akhirnya saya berjaya juga luangkan sedikit masa untuk hasilkan video PART 3 teknik lengkap overhaul valvebody Proton Wira 3 speed model F3A21.
Banyak dugaan semasa menghasilkan video ini antaranya file corrupt, fon jem dan sebagainya. Alhamdulillah setelah berusaha akhirnya masalah-masalah tersebut berjaya diatasi.
Baik, valvebody adalah sebuah jantung dalam gearbox automatik kerana di sini lah punca aliran bendalir dikawal untuk dihantar ke sistem klac dalam gearbox automatik.
Untuk gerbox F3A21 ini, ia tiada sistem solenoid elektronik untuk mengawal aliran bendalir hidraulik di dalam gearbox automatik yang menetukan pertukaran gear sebaiknya ia menggunakan konsep kawalan throttle secara manual melalui sambungan kabel throttle.
Bila pedal throttle ditekan rapat (butterfly terbuka luas), ini menyebabkan manual valve pada valvebody ditekan ke dalam lalu membuka laluan aliran bendalir yang besar dan bertekanan tinggi.
Aliran bertekanan tinggi ini disebabkan oleh putaran Oil pump ( juga disebabkan RPM enjin yang tinggi) akan melalui Front klac, low & reverse brake maka berlakulah pergerakan kenderaan ke hadapan. Begitulah percaturan yang berlaku dalam sistem gear Proton Wira 3 speed model F3A21.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya.
Jika video ini bermanfaat pada anda, tolong share dan subscribe channel saya ( Matt Fuyver) ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Ilmu yang dikongsi dan diamalkan boleh menjadi sumber pahala yang berpanjangan walaupun telah kita meninggal dunia. In shaa Allah
Sekian dari saya :
~Matt Fuyver / Chegu Faiz~

Пікірлер: 14

  • @UzumakiNaruto-kx6gp
    @UzumakiNaruto-kx6gpАй бұрын

    Ty guru..cukop 10x tgk video berani dh buka..

  • @user-ib6ib8fg5e
    @user-ib6ib8fg5eАй бұрын

    Ape pom terbaik pelajaran..pengalaman Sye wira 1.6 gear 4 drop gear 3 jadi x betul kejap drop..cek computer pomen bandar ckap solenoid..sye x buat..balik slow slow gear 3 lepas minyak drop ..jumpa pomen kampung org lama dia services inhibitor switch trus elok sampai kini.. Allahamdulullilah..

  • @nasir87kings36
    @nasir87kings362 ай бұрын

    Terima kasih bosku

  • @sopianismail2840
    @sopianismail2840 Жыл бұрын

    terima kaseh sifu berkongsi ilmu..semoga murah rezeki

  • @mattfuyver

    @mattfuyver

    Жыл бұрын

    alhamdulillah...smg bermanfaat

  • @MaswiraOfficialTv
    @MaswiraOfficialTv Жыл бұрын

    Wira saya gear 3 lmbat masuk.. nak kereta jalan lama.. klau awal2 pejalanan xmasuk.. klau pakai treatment jadi ok. 2/3bulan dtg pnyakit tu smula.

  • @user-ib6ib8fg5e

    @user-ib6ib8fg5e

    Ай бұрын

    Pakai oilcooler comfirm lancar minyak dan gaer..tangki minyak bawah radiator saluran sumbat tu..X cuba mane tahu..

  • @halimhafid6996
    @halimhafid69966 ай бұрын

    sy diy sndiri,,tanpa turun gearbox,bukak dr bawah..skali xbleh gostan plak bos..huhu..dh ikut smua step dh..ade yg tips bosku ?

  • @PalataoArmy

    @PalataoArmy

    5 ай бұрын

    Kt channel aro je! pun ada jwpn dia.

  • @husainiaircondperlis
    @husainiaircondperlis Жыл бұрын

    kenapa perlu servis? ada tanda2 ka nak kena buka servis?

  • @mattfuyver

    @mattfuyver

    Жыл бұрын

    Biasanya orang jarang sangat servis valve body. Dalamnya ada poppet ball yang gerak naik turun ( sbg injap laluan minyak) dan juga shaft. Boleh jadi ada kotoran yang halang pergerakan poppet ball. Selain tu, sbg rujukan apa yang ada di dalam valvebody bg yang belum pernah buka dan lihat binaan dalamnya.

  • @fznfzn918
    @fznfzn918 Жыл бұрын

    kira2 pemasangannya menggunakan lem,apakah aman...?

  • @mattfuyver

    @mattfuyver

    Жыл бұрын

    In shaa Allah ok..tapi untuk lebih berhati-hati semasa overhaul, komponen yang dibuka perlulah diletakkan di dalam bekas khas yang bersih, tangan sebaiknya pakai glove getah dan bukannya glove kapas berbulu kerana valvebody sangat sensitif pada bulu, rambut dan kotoran. Jika ada boleh buatkan saluran dalam valvebody tersumbat atau steel ball tersangkut.

  • @fznfzn918

    @fznfzn918

    Жыл бұрын

    @@mattfuyver cara mengetahui letak stel ball (pelor),bila kita bukanya tdk hati2,bgaimana......? ma'af lg proses belajar tentang matic.