[POV REVIEW] Perodua Ativa Hybrid: Kalau inilah enjin 'future' Perodua, WOW!

Автокөліктер мен көлік құралдары

Untuk episod kali ini dalam segmen POV Review dari WapCar BM, kami bercerita mengenai Perodua Ativa Hybrid iaitu model yang Perodua khaskan untuk mengkaji cara rakyat Malaysia menggunakan kereta hybrid serta menilai penerimaan pelanggan terhadap program langganan kereta mereka yang dikenal sebagai EZ MOBi.
Kereta yang dibawa masuk (CBU) sebanyak 300 unit dari Jepun ini ditawarkan secara terpilih dan ia memerlukan bayaran pendahuluan sebanyak RM 2,150 serta bayaran bulanan sebanyak RM 500 selama 5 tahun. Kilometer dalam tempoh penggunaan pula dihadkan kepada 100,000 km. Apapun, kesemua kos ditanggung sepenuhnya oleh Perodua.
Dari segi teknikal, Perodua Ativa Hybrid menggunakan nadi hybrid jenis siri (WA-VEX) berkapasiti 1.2L NA 3-silinder yang menghasilkan 82 PS/105 Nm tetapi ia hanya berfungsi sebagai penjana kuasa untuk bateri hybrid. Roda sebenarnya hanya dipandu oleh motor elekrik yang menghasilkan 106 PS/170 Nm. Tahap penjimatan petrolnya pula didakwa mencecah 31.3 km/L (Malaysian Driving Cycle, MDC). Dengan berteknologikan hybrid, saksikan perbezaan karakter dan pemanduan Perodua Ativa Hybrid dan ketahui sama ada ini teknologi masa hadapan yang bagus dari mereka.
Bacaan lanjut: www.wapcar.my/bm/penangan-ati...
__________________________________
Intro: 00:00
Eksterior: 00:34
Interior: 02:29
Pemanduan: 05:37
Konklusi: 12:04
_________ Ikuti kami _________
Laman web: www.wapcar.my/​​​​​
Facebook: / wapcarbm
​​​​​Instagram: / wapcar.my ​
TikTok: / wapcar_zamil
/ wapcar_greg
/ wapcar_adrian
/ wapcar_seline
/ wapcarkc

Пікірлер: 27

  • @siewkee6093
    @siewkee609310 ай бұрын

    Telah tunggu lama lama😅

  • @kevineffendijohari4562
    @kevineffendijohari456210 ай бұрын

    menarik. in future kalau ada subscription plan utk tempoh yg lebih pendek sket, sy mmg berminat. bukan apa, boleh tukar2 kereta selalu lps subscription tamat. hehe.

  • @wapcarbm1084

    @wapcarbm1084

    10 ай бұрын

    Betul. Dekat luar negara banyak juga yang pakai kaedah ini.

  • @FaridSharby
    @FaridSharby9 ай бұрын

    Saya pun bawak ativa hybrid ni. Selalu pagi sebelum pergi kerja singgah kat skatepark putrajaya ni gak. So kalau nampak lambai2 la eh😂

  • @wapcarbm1084

    @wapcarbm1084

    8 ай бұрын

    terbaik tuan!

  • @eddyeffendy_
    @eddyeffendy_9 ай бұрын

    putrajaya skatepark!

  • @wapcarbm1084

    @wapcarbm1084

    8 ай бұрын

    ya betul!

  • @badman5356
    @badman535610 ай бұрын

    Macam Ativa ni pakai gearbox CVT kan, kereta ni tak boleh tekan kuat sangat secara mengejut kan sebab takut rosak gearbox. Soalan saya bila kita tekan sikit pon rasa dia pergi, adakah sama mcm kita tekan secara kuat?

  • @kckfen

    @kckfen

    10 ай бұрын

    ECVT tak sama the DCVT yang digunakan di Ativa biasa. ECVT bukan transmission sebenar. Malah boleh dikatakan kereta ini sebenarnya tidak ada transmisi

  • @datafauzan8329

    @datafauzan8329

    8 ай бұрын

    ativa hybrid ni sebenarnye tak de gear...ECVT system die...ratio 1 gear je...sbb motor letrik ni tork die instant

  • @zackzairi1002
    @zackzairi100210 ай бұрын

    Macam lori oohh lepas minyak ja blh slow😂😂

  • @wapcarbm1084

    @wapcarbm1084

    10 ай бұрын

    Sebab nak kaut tenaga dengan lebih banyak untuk mengecas bateri. Tapi boleh ditutup kalau rasa kekok

  • @ivenathikanaranthiran5812
    @ivenathikanaranthiran581210 ай бұрын

    Agaknya bila perodua nak launch ehh model ni?🤔

  • @wapcarbm1084

    @wapcarbm1084

    10 ай бұрын

    Katanya tahun depan akan keluar ciptaan pertama untuk rakyat.

  • @sitizakiah4232

    @sitizakiah4232

    10 ай бұрын

    Alaaa lambat yer😢

  • @encikmusang135
    @encikmusang1357 ай бұрын

    ohhh.. ingatkan Proton je tukar logo. Perodua pun tukar logo jgk

  • @kupangrebus3177

    @kupangrebus3177

    7 ай бұрын

    lah.... honda, toyota pun pernah tukar logo jugak. Benda ni namanya rebadging. Semua company pengeluar kereta main benda ni, tak salah pun, in fact, lagi bagus.

  • @encikmusang135

    @encikmusang135

    7 ай бұрын

    @@kupangrebus3177 bukan ape bang.. aku tengok nitizen Malaysia ni duk kutuk Proton sebab rebadging/tukar logo/copy China la ape la kan...kaw2 Proton kena. tapi model lain yg copy jugak xde masalah pun.. siap puji melambung. hahaha pelik2

  • @kupangrebus3177

    @kupangrebus3177

    7 ай бұрын

    @@encikmusang135 memang proton ramai haters🤣rebadge jepun salah, rebadge france salah, rebadge china pun salah, bikin kereta sendiri pun salah🤣dorang ingat bikin kereta dengan enjin sendiri ni murah dan senang agaknya🤣

  • @encikmusang135

    @encikmusang135

    7 ай бұрын

    @@kupangrebus3177 tu la kan.. wlaupun aku pakai myvi buruk je,tp pelik Proton kaw2 kena kutuk skrg. Bila keluar model baru s70 tu. Tp bila jenama lain siap puji melambung. Padahal brand lajn tukar logo jugak🤣

  • @Lelouch-fv9yx
    @Lelouch-fv9yx10 ай бұрын

    maaf tanya 10 saat rasa laju ka bang. pickup kaw2?

  • @wapcarbm1084

    @wapcarbm1084

    10 ай бұрын

    Untuk enjin aspirasi natural berkapasiti serendah itu, power dia melebihi jangkaan.

  • @zackzairi1002

    @zackzairi1002

    10 ай бұрын

    Jngn banding ngan supercar plak😂😂

  • @asrulz
    @asrulz10 ай бұрын

    Lebih praktikal drpd full EV ... Tak perlu charging lama2... Harga minyak pun lebih murah drpd certain DC charger punya charging rate.. dgn harga isian yg sama.. mileage hybrid boleh pergi lebih jauh drpd EV..masa pun jimat...tak perlu tunggu lama utk charging..

  • @wapcarbm1084

    @wapcarbm1084

    10 ай бұрын

    Tepat sekali. Hybrid jalan terbaik buat masa sekarang.

  • @ahmadshukri4509
    @ahmadshukri450910 ай бұрын

    Bising bunyi motor dia.tapi kalau jimat minyak xde hal la😊

  • @wapcarbm1084

    @wapcarbm1084

    10 ай бұрын

    Mula-mula memang bunyi dia mengejutkan. Tetapi kalau dah biasa, mungkin tiada masalah

Келесі