Penanam durian wajib tahu..!! Fungsi racun kulat dan serangga ini

#durian #musangking #racunkulat #teknikbusut #d197 #d200 #racunserangga
Racun kulat mujarab keluaran bayer
untuk kawalan penyakit
Biasanya pada musim hujan pokok akan menerima pelbagai jenis penyakit, keadaan yang lembab ini mengundang penyakit kulat iaitu hawar daun di mana kebiasaanya serangan ini berlaku pada bahagian pucuk daun muda, kesannya ialah daun yang muda mulai gugur pada bahagian pucuk dan boleh mengakibatkan pokok mati. Langkah untuk menyelamatkannya adalah dengan mencari racun kulat untuk mengawal penyakit hawar daun ini.
Ada juga yang mengalami masalah penyakit kanker batang. Penyakit ini perlu dirawat dengan menggunakan racun kulat yang dibancuhkan dengan air. Bancuhan tersebut perlu disapukan pada bahagian batang yang diserang dengan kekerapan dua kali dalam sebulan. Sebelum sapukan racun kulat tersebut, bahagian batang yang dijangkiti itu perlu dikikis dan dirawat terlebih dahulu. Bancuhan racun kulat yang anda dapatkan di nursery yang berdekatan, pastikan bancuhan yang anda lakukan itu mengikut kadar yang telah ditetapkan pada label supaya dapat mengawal dan mengelakkan dari penyakit berjangkit. Jika ada pokok durian anda yang mengalami penyakit ini dengan kritikal, pokok tersebut perlu dimusnahkan secepat yang mungkin dengan tujuan mengelakkan penyakit berjangkit dengan pokok bersebelahan. Apabila musim berbuah telah tiba, pastikan anda tidak membiarkan buah yang rosak dan pecah berhampirang dengan pokok durian anda.
Mengapa perlu lakukan seperti berikut? Dengan tujuan untuk mengelakkan buah yang rosak dan pecah tersebut menjadi tempat pembiakan kulat dan serangga.
Ada ranting yang telah mati? Ada ranting yang mengalami masalah serangan serangga? Apa yang anda perlu lakukan? Langkah yang terbaik adalah anda perlu membuat aktiviti pemangkasan dahan atau ranting yang telah mati tersebut. Begitu juga dengan dahan atau ranting yang mengalami masalah serangan serangga, sebelum ianya merebak sehingga ke tahap kritikal, lebih baik kita melakukan aktiviti pemangkasan pada dahan tersebut.
Ini sahaja serba sedikit perkongsian cara penjagaan pokok durian yang bermula daripada anak pokok sehingga dewasa.
Salah satu benda yang anda kena ambil serius semasa durian membesar adalah kawalan serangga perosak. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa musuh durian. Antaranya:
1. Kumbang Pemakan daun (Apogonia dan Adoretus ssp) menyebabkan daun berlubang-lubang. Antara racun serangga yang digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos.
2. Kumbang Pengorek batang (Synanthedon sp) dan (Platypus Cupulatus) menyerang bahagian kulit yang biasanya ada dijangkiti oleh penyakit kenker batang ( Phytophthora palmivora ). Antara racun serangga yang digunakan racun dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Prevathon + endure.
3. Koya (Pseudococcus sp) iaitu sejenis serangga halus berwarna putih yang gemar melekat pada buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yang digunakan seperti Dimethoate, white oil & Malathion.
4. Teritip (Phenacaspis sp) iaitu serangga halus berwarna perang yang gemar melekat pada daun, buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yang digunakan seperti Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Dimethoate, white oil, abemectin & Malathion. Disyorkan untuk menyeburkan cuka kayu terlebih dahulu supaya dapat melembutkan cekerang teritip tersebut.
5. Anai-anai dan Merong (Coptotermes Curvignatus) iaitu sejenis semut yang suka menyerang pokok berpenyakit. Antara racun semut yang digunakan seperti Fipronill & Chlorpyrifos.
6. Cacing Nomatode menyebabkan akar rosak. Tanda-tandamya iaitu terdapat bintil pada akar. Rawatan dengan Carbufuran.
Racun kulat.
Kulat Phomopsis. Kelihatan bintik-bintik hitam kecil yang disebut pycnidia di sekitar luka. Jika tidak dirawat bintik kecil ini akan membesar menjadi perang keputihan atau coklat terang dengan saiz berukuran 1 mm dan dengan sempadan nekrotik berwarna coklat gelap dan lingkari oleh halo kekuningan.Racun yang disyorkan untuk merawat penyakit ini adalah Carbendazim dan benomyl
Kulat Antraknos (Colletotrichum zibethinus). Kelihatan daun hangus dan berpusar, memanjang ke sisi dan menyebabkan daun menjadi warna gelap pudar. Sebahagian besar gejala berlaku di hujung daun kerana ia berkumpul di dalam tanah dan merebaknya spora bermula pada daun bawah berhampiran tanah.Solusi, gunakan racun Antracol 70% Wp dan Difenoconazole
Kulat Hawar Daun (rhizoctonia solani). Bermula dengan bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan dan keliling daun berwarna perang keunguan. Bagi mengawal penyakit ini anda perlu sembur dengan racun Manconzeb manakala untuk merawat gunakan racun Monceren dan Thiram.. Rawatan perlu selang seli semburan. Tempoh kurang sebulan mengambil masa untuk menghapuskan spora-spora ini. Setelah lebih kurang sebulan rawatan racun diatas,semburlah dengan kitosan atau CytoAuxins untuk fasa pemulihan.

Пікірлер: 74

  • @shuibibr
    @shuibibr2 ай бұрын

    Terima kasih.

  • @maysin3599
    @maysin35993 ай бұрын

    Tq

  • @hamdani5502
    @hamdani5502 Жыл бұрын

    Mantap bg

  • @husnilkhotimahumpok206
    @husnilkhotimahumpok2062 жыл бұрын

    terbaiklah mcm ni

  • @zulliewtt
    @zulliewtt Жыл бұрын

    tq info

  • @azmppd4316
    @azmppd43162 жыл бұрын

    Salaam. Terima kasih

  • @budaxtiff6780
    @budaxtiff67802 жыл бұрын

    trbaik boss

  • @AbangSawit77
    @AbangSawit772 жыл бұрын

    Alhamdulillah terbaik info nya👍👍

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

  • @dinmj6859
    @dinmj68592 жыл бұрын

    Pertuturan lancar penuh isi.. selamat berjaya..

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Alhamdulullah.. terima kasih tuan.

  • @CikguTempur
    @CikguTempur2 жыл бұрын

    Kemahhhh....bila nk tgok projek depa ni...mantap

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Meh lah datang cikgu tempur.. leh promot sekali 😀😀

  • @jaya25channel
    @jaya25channel Жыл бұрын

    Mantap infonya tuan

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    Жыл бұрын

    Terima kasih tuan.. alhamdulillah sekiranya bermanfaat

  • @gugumorung7495
    @gugumorung74952 жыл бұрын

    Dah berkebun lbh kurang 10tahun, selama itu bykkali gagal darilah tanam pisang, sayur2an & buah2an. Tp semangat tak pernah luntur & masih berjuang.

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Semoge terus semangat dan berjaye bos

  • @bonifaceabie1120
    @bonifaceabie11202 жыл бұрын

    5 tahun akan datang anda seorang jutawan.

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Amin.. Bezar angan2 tu bos.. tidak tahu lah.. semoge dimakbulkan doa tuan dan dimurahlan rezeki selepas banyak kali gagal dlm buat kebun.

  • @AskaSputra
    @AskaSputra3 күн бұрын

    Bg boleh minta no wA ke sya nak blajar sma abang sya pemula kerja kebun durian

  • @Malaysia_balls
    @Malaysia_balls2 жыл бұрын

    Salam bang..beli mana mask industry tuyer?

  • @abunajmidanish6393
    @abunajmidanish63932 жыл бұрын

    Assalamualaikum Andak, tlog bagi link utk video buat folia sendiri

  • @thegraviolazempirechannel
    @thegraviolazempirechannel2 жыл бұрын

    Salamm tuan mask meracun tu beli dimana blh share link di description ?

  • @afghanghazzei6282
    @afghanghazzei6282 Жыл бұрын

    Assalamualaikum. Tuan racun rumpai jenis apa yg tuan guna ?

  • @ranggichanneltop5857
    @ranggichanneltop5857 Жыл бұрын

    👌

  • @zulpakarmohdzulkifly4111
    @zulpakarmohdzulkifly41112 жыл бұрын

    Assalam bro, selain komoditi durian,cuba pulak perkenal penjagaan komoditi petai papan dan petai padi. Sy ada beli benih petai padi jumbo size.Pada asal beli daun dia tskder tanda cacat tapi selepas ditanam 1 minggu sey perasan daun petai beransur botak mcm tanda kena mkn. Serangga yg dtg ziarah cuma semut hitam size besar.Semut tu merangkak laju pulak tu.Susah nak tangkap. Sey syak angkara semut hitam nilah,tak der serangga lain yg berkampung di anak pokok petai ni. Sy cdg nak spray pokok tu dgn cuka kayu atau neem oil sebab dia organic. Masalahnya sey takut baby sey tu mati pulak!!Stress bro.Pokok jumbo size tu harga rm200.Mampu beli satu jer Kalau you dlm kedudukan sey,ape you akan buat. Tq 1/10/21 den org n9 P/s sey tanam potai ni sebab bini den potai fanatik‼️

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Setakat ni saye tanam xde pula serangan serangge.. tli saye lunye kecil je.. petai ni baka bamak yg sangt heavy duty.. saye tanam musim panas tinggi satu kaki tk siram pun satu daun pun xde gugur.. kalau semut tuan boleh sembur racun regent untuk anai2.. abis satu balkoni nnti mati.. mugkin berdekatan dengan sarang die tu

  • @khairulfatah3564
    @khairulfatah35642 жыл бұрын

    Salam, boh furadan boleh x bos

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Bagi pokok kecik san baru ranam ok kot... pokok 5 bulan ke atas xde kesan mane sangt dh furadon . Saye pakai furadon 5g pun tetap kene serang

  • @wannikadha217
    @wannikadha2172 жыл бұрын

    Assalamualaikum tuan..racun kulat apa yg sesuai untk digunakan pada anak pokok yg baru ditanam beserta dgn racun serangga??

  • @mohamedfirdaus6858

    @mohamedfirdaus6858

    2 жыл бұрын

    Mancozeb/antracol+ racun serangga 505

  • @mazlanyusof1021
    @mazlanyusof10212 жыл бұрын

    as salam klu 14 liter pam berapa pokok durian blh cukup racun

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Salam Begantung pada size pokok tuan. kalau blower size pokok saye 1 tahun 7 bln dalam 20 batang lebih kurang.

  • @TARO-wb6oe
    @TARO-wb6oe2 жыл бұрын

    👍

  • @azimahali555
    @azimahali5552 жыл бұрын

    boleh ke bagi info bagaimana utk mencegah buah durian dari di serang serangga

  • @azimahali555

    @azimahali555

    2 жыл бұрын

    Buah durian saya diserang serangga hingga buah nya rosak dan berlubang

  • @apismahadi4070
    @apismahadi407025 күн бұрын

    Sembur cuka kayu berkesan tak.?

  • @ahmadfaizal4563
    @ahmadfaizal4563 Жыл бұрын

    Askm tuan pump blower model apa tu tuan? Dan brpa hrga

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    Жыл бұрын

    Salam.. tengok yg ni tuan. Ade saye terangkan Aku beli OGAWA SY660R Trolley power sprayer. Pengurusan kebun durian d’kebun andak kzread.info/dash/bejne/mIyLr8Fxn7O7mMo.html

  • @muzzammelzul8461
    @muzzammelzul84612 жыл бұрын

    Stihl model apa mist blower tu bang? Kalau matang pokok dh tinggi sesuai tk bang?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Ogawa je ni tuan. Lebih pada 10 kaki pucuk dah tak boleh.. bukan faktor blower, faktor paip air tak keluar bila corong condong ke atas

  • @muzzammelzul8461

    @muzzammelzul8461

    2 жыл бұрын

    @@DkebunAndak thank you bang

  • @suzanayahyasue9681
    @suzanayahyasue96812 жыл бұрын

    Racun kulat allite tu boleh sembur pada daun juga ke tuan?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Boleh.. ikut sukatan yg diberikan.

  • @suzanayahyasue9681

    @suzanayahyasue9681

    2 жыл бұрын

    @@DkebunAndak contoh 20 liter air adakah 2 gram racun kulat?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    @@suzanayahyasue9681 saye tak ingt sukatan.. .tpi racun kulat yg saye gune allite, ke antracol ke tak pernah kurang pade 30g untuk 14 liter..antracol saye letak 50g.

  • @pakleechannel9537
    @pakleechannel95372 жыл бұрын

    Bos, klu campur 3 Jenis racun kulat td dlm 1 pump blh tak

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Saye x buat.. kalau racun tu jenis tepung atau susu ia boleh dicampur.. kecuali jenis oil.. tpi oloknye berasingan. Bergilir ikut miggu.. Lebih ok berbanding sekali gus.

  • @pakleechannel9537

    @pakleechannel9537

    2 жыл бұрын

    @@DkebunAndak terima kasih bos👍

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    @@pakleechannel9537 same2 tuan.

  • @othman5053
    @othman50532 жыл бұрын

    kat mana tuan beli mask tu..tolong bagi link

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Taip je kt shoppe tuan.. industrial mask. Boleh pilih ikut kemahuan colour dan bentuk

  • @samsulbahrin7456
    @samsulbahrin74562 жыл бұрын

    Ape racun kulat yg sesuai untuk ank pokok durian yg terkena bintik daun tuan?

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Bintik.. serangan teritip.. cari racun nama abarol, enis white oil.. ataupun perawis aktif abemactin

  • @rohaizatamrirusidi3100
    @rohaizatamrirusidi31002 жыл бұрын

    Bos pucuk durian dimkn ulat mcm mna nk atasi

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Racun 505

  • @ammaryusoff2569
    @ammaryusoff25692 жыл бұрын

    Mantob masta 👍👍

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Bukan masta tuan.. 🤣

  • @jerrylundin9740
    @jerrylundin97402 жыл бұрын

    Apa jenis racun yg perlu di gunakan.dau berlubang lubang.

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Racun 505.. tu masalah kumbang dan belalang

  • @jerrylundin9740

    @jerrylundin9740

    2 жыл бұрын

    @@DkebunAndakberapa sukatan racun 505 utk pam 20 liter

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    @@jerrylundin9740 kalau saye pum 14 liter blower saye letak 40ml.. kurg x berape berkesan.

  • @jerrylundin9740

    @jerrylundin9740

    2 жыл бұрын

    Tuan apa baja yg terbaik utk pokok kelapa

  • @zakariahamid8121
    @zakariahamid8121 Жыл бұрын

    Berapa sukatan monceren untuk 1 liter air tuan

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    Жыл бұрын

    Kalau 1 liter 2/3 gram je

  • @gugu4465
    @gugu44652 жыл бұрын

    Racun serangga n racun kulat tu sekali ke atau lain2.

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Sekali. Foliar ÷r kulat+r serangga.

  • @gugu4465

    @gugu4465

    2 жыл бұрын

    @@DkebunAndak maksudnye racun yg 505 tu dh cukup ye untuk semua ke kena campur sekali yg antracol tu dlm satu pam racun

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    @@gugu4465 campur sekali. 505 tu just racun serangga

  • @ramziarahman6584
    @ramziarahman65842 жыл бұрын

    Mohon ijin tuan. Sy sering nonton chanel ni. Tpi kalau bisa jangan terlalu banyak bicara. Dan cemeranya mohon dipindah2

  • @maziankalan3974
    @maziankalan39742 жыл бұрын

    cuka kayau mcm mana tuan

  • @DkebunAndak

    @DkebunAndak

    2 жыл бұрын

    Boleh juga tpi kesan dia agak kursng.. sebb fungsi dia untuk meghalau serangga dan tidak mematikan serangga. Sangat baik untuk sayur.

  • @tunh6746
    @tunh6746 Жыл бұрын

    Kanker tu bahasa Indonesia, kita malaysia panggil kanser je bang....;)

  • @sahared9262
    @sahared92622 жыл бұрын

    Biasanya 505 ni a.i dia clorphyrifos + cypermethrin..monceren=pencycuron & antracol=propineb..sekadar pndgn bos 😁