Menjejak Stesen Keretapi Jalan Sultan - Asas Laluan LRT Ampang Line. (Sultan Street Railway Station)

Siri Menjejak Tapak Stesen Keretapi Yang Telah Hilang Di Kuala Lumpur (Siri Ketiga)
Stesen Keretapi Jalan Sultan (Sultan Street Station) Kuala Lumpur yang pernah digunakan dari tahun 1893 sehingga awal 1970an. Pada asalnya digunakan sebagai perhentian pertama untuk laluan Kuala Lumpur - Pudu - Salak South - Sungai Besi. Dari jajaran inilah, laluan keretapi Kuala Lumpur ke pekan Ampang melalui stesen Pudu dibina.
Selepas landasan di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock) ditutup, ianya menjadi Sultan Street Branch. Apabila Stesen Jalan Sultan pula ditutup, laluan Pudu ke Ampang dipanggil Ampang Branch. Laluan bersejarah Ampang Branch ini adalah asas kepada laluan Sistem Transit Aliran Ringan atau STAR LRT (1996 - 2005) dan kemudiannya dipanggil LRT Ampang Line pada hari ini.
Tontoni kisah sejarah Stesen Jalan Sultan yang menjadi asas laluan LRT Ampang Line
Sila sokong channel ini dengan Subscribe, Like dan Share. Ianya PERCUMA! Terima kasih
Anda juga boleh sokong Admin dengan sedikit sumbangan melalui link berikut:
www.buymeacoffee.com/JenutTN
/ jenuttn
----------------------------------------------------------------------------------
Blog
jenut.blogspot.com/2021/07/st...
Like & Follow Facebook Channel
/ jenut-tn-channel-10141...
#ampangline #ktmb #kualalumpur #ampang #pudu #cheras #sunwayvelocity #maluri #tourismmalaysia #tourismselangor
Rujukan :
zkeretapi.blogspot.com/2011/1...
www.internationalsteam.co.uk/...
www.flickr.com/photos/tramfan...
/ 3359825644074911
Penafian :
Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan dari bahan bacaan melalui laman web seperti dinyatakan seperti di "Rujukan Tambahan" diatas, penghargaan di dalam Video serta pencarian melalui Google Maps serta lawatan secara fizikal beberapa kali ketika menjejaki Stesen Jalan Sultan.
Jenut TN tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian, kehilangan atau kerosakan (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan video ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.
------------------------------------------------------------------------------------------
Song: Luke Bergs - Tropical Soul
Music by Luke Bergs:
KZread: bit.ly/3ozy6uk
Spotify: spoti.fi/37O7TkS
Soundcloud: bit.ly/37JG9hB
Facebook: bit.ly/2JOvnhT
Instragram: bit.ly/2JKGqsy
Tropical Soul by Luke Bergs is licensed under a Creative Commons License Music supported by #BackgroundMusicWithoutLimitations
-------------------------------------------------------------------------------------------

Пікірлер: 104

  • @ahmadsuhaimichedin
    @ahmadsuhaimichedin2 жыл бұрын

    Terbaik. Content ini. Teruskan lagi.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton dan sokongan

  • @stevenpneh
    @stevenpneh Жыл бұрын

    thank you for this great documentary. Those steam trains are in service till the early 70s

  • @JenutTN

    @JenutTN

    Жыл бұрын

    Thank you for watching

  • @ganasonnadason4438
    @ganasonnadason44386 ай бұрын

    Yes, a memorial to the old Sultan Street Station is a good idea!

  • @JenutTN

    @JenutTN

    6 ай бұрын

    Thank you for watching

  • @seanmusicianinklang2411
    @seanmusicianinklang24113 жыл бұрын

    RIBUAN TERIMA KASIH!!! Saya amat menghargai dokumentasi macam ini. Saya sendiri pernah mengkayuh basikal nak cari semua tapak-tapak yang hilang ini dan cuba nak lukis laluan landasan yang sudah tiada di KL. Tiada orang boleh tolong, yang tua pun sudah banyak dah meninggal dunia! 😭Tolong keep it up!!!

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton. Mohon Subscribe, Like dan Share supaya generasi sekarang tahu dan hargai sejarah yang mulai hilang ditelan zaman

  • @charliedelta155
    @charliedelta1552 жыл бұрын

    Saya bangga menjadi sebahagian dari kakitangan STARLRT yg menggunakan laluan asal laluan Ampang ini utk projek LRT. Kini saya boleh tunjukkan kepada generasi sekarang akan sejarah laluan ini dgn jelas melalui video tuan ini. Terbaik.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton dan Tahniah kerana menjadi kakitangan STAR LRT dimana ianya adalah sebahagian dari sejarah laluan ini

  • @ahmadsuhaimichedin
    @ahmadsuhaimichedin2 жыл бұрын

    Terbaik sangat. Admi. Saya pernah lihat setesen Jalan Sultan waktu kecil dahulu. masih ingat lg hingga srkarang.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton

  • @miding749

    @miding749

    Жыл бұрын

    Lokasi stesen tu tepatnya kat tgh jln depan Hotel Ancasa Pudu kan..

  • @TheHairiRct3
    @TheHairiRct33 жыл бұрын

    Sy lahir umur 90'an, dan sy mmg tak tau laluan LRT ampang dgn sri petaling ni dibuat drpd laluan keretapi lama. Harap dbkl boleh buat satu memorial utk mengingatkan kembali laluan sejarah ini sebelum LRT dibina

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton

  • @adamfred8216
    @adamfred82163 жыл бұрын

    Wow semakin menarik perkongsian admin. Betul berasa agak sedih disepanjang laluan lama keretapi tiada tugu memorial sebagai bukti kewujudan laluan keretapi lama. Saya sebagai generasi lewat 90an bangga masih banyak peninggalan sejarah. Cuma generasi akan datang mungkin ramai yang tak akan sejarah2 lama. Terima kasih diatas semua perkongsian admin

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton, Eugene. Ada lagi bahan2 menarik yang akan dikongsikan nanti, cuma terpaksa tunggu PKP berakhir dahulu

  • @adamfred8216

    @adamfred8216

    3 жыл бұрын

    @@JenutTN Sama, dan menunggu dengan video2 yang baru. Tak sangka betul ye laluan depan kota raya tu dulu jalan keretapi

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    @@adamfred8216 Sebenarnya tak sangka dalam gambar tu boleh nampak laluan keretapi, sebab yang betul2 jelas cuma Bangunan Sultan Abdul Samad. Link asal gambar commons.m.wikimedia.org/wiki/Category:Photographs_by_G.R._Lambert_%26_Co._from_KITLV#/media/File%3AKITLV_-_105899_-_Lambert_%26_Co.%2C_G.R.__-Singapore-__Panoramic_view_of_Kuala_Lumpur_-_circa_1900.tif

  • @atoz4233
    @atoz42332 жыл бұрын

    Saya dibesarkn di KL sjk tahun '70 prnh nmpk bbrpa gerabak keretapi di sekitar bngnan Puduraya skrg (di hdpn gereja) pd sekitar tahun 70an. Ketika itu bas ke Seremban brtapak di kwsn trsbut. Saya menaiki bas Foh Hup yg brwrna hijau utk ke Srmbn. Bas trbut pun dh lama dihntikn operasinya. Itulah kenangan yg masih trpahat dlm ingatan saya mngenai stsn k'api trsbut. Setiap kli sya melalui bngnan Pudurraya ini ingatan lbh 4 dekad lalu akn sgra brmain di fikiran saya. Brgenang airmata saya bila mnghimbau kmbli kenangan lama. Terima kasih bnyk2 pd tn Admin krna upload content sbgini.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton.

  • @camaromarl

    @camaromarl

    2 жыл бұрын

    Methodist Girl School

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    @@camaromarl Dibelakang Hotel Ancasa tu Methodist Boy's School @ MBSKL

  • @MalikYusof-fr5lh

    @MalikYusof-fr5lh

    Жыл бұрын

    Waktu itu direct service Foh Hup KL S'ban memang terbaik. Sangat nostalgis.

  • @mohdnizam1991
    @mohdnizam19913 жыл бұрын

    Saya harap tuan mencari stesen kereta api yg hilang dlm peta malaysia.. Supaya anak kita tahu sejarah landasan keretapi, saya sokong usaha tuan

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Terima kasih; dan terima kasih juga kerana menonton

  • @ShahrulAyeh16

    @ShahrulAyeh16

    2 жыл бұрын

    Harap tuan dapat menjejaki laluan keretapi seremban ke port dickson yg telah lenyap. Laluan yg pernah dilalui oleh wira-wira negara seperti leftenen adnan dan sarjan hassan satu masa dulu

  • @mansurazeez2229
    @mansurazeez22292 жыл бұрын

    Satu pencerahan terbaik sejarah laluan keretapi dari Ampang ke stesyen Jalan Sultan. Terima kasih bro. 👍

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton

  • @nadhirahmohd4548
    @nadhirahmohd45483 жыл бұрын

    Laluan landasan keretapi ada sejak saya zaman kanak-kanak.Tapi bila saya dah dewasa laluan landasan keretapi dah x ada.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Di Jalan Sultan atau di Pudu atau di Ampang?

  • @foudremy1514
    @foudremy1514 Жыл бұрын

    Sedih tgk semua infrastruktur tren-tren ni dah xde. Inilah akibatnya bila negara kita dulu ikut sangat US and some part of Europe jadi car-centric society. Stesen2 yg dh xde ni kalau masih ada harini mmg boleh jadi sgt sibuk sbb berada kat tengah bandar. Laluan tren yg paling awal kat Jepun dibuka tahun 1867 masih ada sampai harini dan termasuk antara laluan paling sibuk iaitu laluan tren antara stesen Shimbashi dan Shinagawa. Stesen yg paling sibuk kat dunia hari ni, Shinjuku, dulunya cuma stesen kecil di kawasan pinggir bandar dan kawasan keliling membangun pesat lps WW2 menjadikan Shinjuku stesen yg kita kenal hari ni. Bayangkan kalau gov Jepun masa tu decide utk abolish stesen ni dan laluan tertua tu. Things would be a lot different probably in bad way

  • @JenutTN

    @JenutTN

    Жыл бұрын

    Ya, di Britain sendiri pun banyak lost railway line. Ada yang hendak digunakan semula kerana keadaan traffic yang semakin sibuk. Terima kasih kerana menonton

  • @morenoqosh9084
    @morenoqosh90843 жыл бұрын

    Tq brother. Laluan aliran Sungai Klang yg di lencongkan pun baru tau dlm video Tuan. Dlu masa kecik biasa tgk rel keretapi ni kt area Ampang, Pandan, Maluri, Pudu. Masa tu dok fikir jgk kenapa xde keretapi penumpang lalu sini walhal nmpk keretapi barang2 lalu pada masa tertentu. Tq Tuan. Sungguh nostalgic skali.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    100 tahun dahulu, Sungai Klang di KL pun masih ada buaya yang hidup. Pernah direkodkan semasa Victoria Institution masih terletak di lokasi lama (sebelah Balai Trafik Jalan Tun H S Lee). Terima kasih kerana menonton

  • @sempoi7399

    @sempoi7399

    3 жыл бұрын

    1976, ketika aku masih sangat kecil, aku pernah nampak ada keretapi lalu di bawah jambatan hang tuah (sekarang stesen lrt/monorel hang tuah) ketika aku dibawa bapa berjalan ke rumah saudara di flat loke yew.

  • @muhammaduwaismuhsinmuaz4385

    @muhammaduwaismuhsinmuaz4385

    3 жыл бұрын

    @@sempoi7399 Whoa 😲

  • @atoz4233

    @atoz4233

    2 жыл бұрын

    @@sempoi7399 masa tu awal 70an & 80an msh ada stsn Pudu. Saya tnggl di San peng flat brhmpirn stsn trsbut blh dgr hon & enjin trennya ketika itu. Skrg stsn trsbut dh brubah jd stsn LRT Pudu

  • @mansurazeez2229
    @mansurazeez2229 Жыл бұрын

    Saya masih ingat lagi laluan dari stesen Jalan Sultan semasa menaiki tren 'railcar' melalui apa yang diikenali sebagai LRT Ampang Line sekarang. Railcar tersebut melalui Pudu Ulu dimana terletaknya Tasek Cement ketika itu. Semua ini menjadi kenangan sekarang dan saya suka suasana retro zaman itu.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    Жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton

  • @batutepijalan7915
    @batutepijalan7915 Жыл бұрын

    DBKL tak boleh harap.. banyak bangunan² lama dalam kuala lumpur tak di jaga dgn baik. Tasik perdana pun seperti tak terurus.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    Жыл бұрын

    Kita perlukan pengurusan atasan yang mempunyai minat dalam pemuliharaan dan pemeliharaan kedua-dua alam sekitar dan warisan sejarah

  • @miorzahidzawber5782
    @miorzahidzawber57822 жыл бұрын

    Terbaik la..dapat juga tengok kesan2 sejarah keretapi di Kuala lumpur.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih tuan kerana menonton. Tunggukan video terbaru tak lama lagi, insyaAllah

  • @Harrith-vy2co
    @Harrith-vy2co3 жыл бұрын

    Terbaik tuan, biasa tgk gambar Stesen Jln Sultan dgn Stesen Lama Ampang, kagum bagaimana tuan dpt kumpulkan gambar2 Stesen Lama Pudu dgn landasan sisian Kilang Simen dikwsn Ampang.👍❤️

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Hasil mencari bahan2 dan dapat contact "the right person". Draf skrip dari 2 muka surat jadi 6 muka surat bila dapat maklumat terbaru. Banyak juga pembetulan dibuat dalam 2 bulan kajian ni. Jika ada fakta yang bercanggah, sila beritahu yer. Terima kasih kerana menonton.

  • @Harrith-vy2co

    @Harrith-vy2co

    3 жыл бұрын

    Terbaik tuan, andai kata klau ada rezeki dan kesempatan, teringan nak tgk tuan buat kajian tentang landasan keretapi Depoh Pengagihan Simen Malayan Cement Blue Circle Group dkt Jalan Tandang, Petaling Jaya.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    @@Harrith-vy2co Mencabar tu sebab tak jumpa malumat mengenai depot tu tapi insyaAllah akan cuba diusahakan

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    @@Harrith-vy2co Lokasi di Stesen Setia Jaya, belakang Mentari Court pada hari ini. facebook.com/photo/?fbid=2052438008227852&set=pcb.4264735190231698

  • @Pengakhiran
    @Pengakhiran2 жыл бұрын

    TQ terbaik bro..menggamit memori sejarah lama.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton. InsyaAllah dalam perancangan untuk beberapa video baru sejak dah boleh rentas daerah ni. Cuma rancangan tergendala sebentar sebab drone hantar repair pulak baru2 ni

  • @relentlessforce
    @relentlessforce2 жыл бұрын

    Min ms tahun 1991 sy pernah naik ktm railbus dr stesyen pudu, (kedudukan kt bus stop area cm), lalu juga yg kilang simen kt pudu hulu( opposite eon maluri) sampai ke stesyen ampang (dkt stesyen lrt star ampang skrg) dan x silap ade lalu 3 gate crossing, 1 kt pudu 2. Area eaon maluri 3. Kt area2 spectrum ampang, dan msh ingat lagi, lalu belakang flat taman miharja, btw good job min

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih atas maklumat tambahan yang diberikan. InsyaAllah bila banyak lagi maklumat2 baru yang diterima dan terkumpul nanti, saya akan edit semula video dan update dalam page FB

  • @relentlessforce

    @relentlessforce

    2 жыл бұрын

    @@JenutTN oh ye, min cuba cerita pasal keretapi batu arang, tapak stesyen die kt kg batu arang

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    @@relentlessforce Dalam proses rakam video. Dah siap rakam dari Kuang - Kundang. Akan sambung Kundang - Batu Arang - Batang Berjuntai dalam seminggu dua ni, insyaAllah

  • @relentlessforce

    @relentlessforce

    2 жыл бұрын

    @@JenutTN kt batu arang jgn lupa pekena ns lemak bt arang,

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    @@relentlessforce Dimana kedai yang menarik tu? Sepatutnya dah boleh siapkan video Batu Arang tapi laptop pulak rosak sebab tertumpah air pada keyboard bulan lepas, masih tunggu untuk siap repair

  • @abdulmanafmohameddaud1326
    @abdulmanafmohameddaud13264 ай бұрын

    Saya amat berminat content yg amat penting dan bersejarah ini..

  • @JenutTN

    @JenutTN

    4 ай бұрын

    Terima kasih kerana menonton

  • @aribismail
    @aribismail2 жыл бұрын

    Terima kasih tuan atas video ini. Saya tertarik nak tahu mengenai Stesen Jalan Sultan lepas terbaca asal usul LRT Ampang Line yang dibina atas landasan keretapi lama. Saya lahir 1994 dan tinggal di kawasan LRT Maluri sejak 1995, jadi memang nak tahu asal usul laluan tu. Semua persoalan saya terjawab dalam video ni. View Tasek Cement Berhad tu sangat familiar, sekarang dah jadi depot bas RapidKL Maluri. Kalau ikut laluan asal Ampang Branch ni, landasan dia sebenarnya melintasi Jalan Cheras. Ketika pembinaan LRT, baru laluan ni 'dinaikkan' dan dari situ jugalah wujudnya jejantas LRT Maluri ke Aeon Maluri.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menonton. Semoga bermanfaat kepada generasi akan datang untuk mengetahui sejarah silam

  • @faieszmasri3571
    @faieszmasri35713 жыл бұрын

    Terima kasih tuan atas informasi dan perkongsian merungkai jejak stesen keretapi yang hilang. 😃🛤️🚂🚃🚃 . Moga dipermudahkan urusan untuk siri jejak keretapi lama yang seterusnya.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Terima kasih. InsyaAllah

  • @zulfazdli6035

    @zulfazdli6035

    3 жыл бұрын

    @@JenutTN kerajaan dlu sepatutnya selepas penutupan & perobohan stesen keretapi jalan sultan ... signboard Batu stesen yg tertulis "sultan street" dikekal Kan yg terletak Di tebing Bukit gereja Tu....

  • @relentlessforce

    @relentlessforce

    2 жыл бұрын

    @@zulfazdli6035 bro ko prg dkt jalan hang hisab, dkt apartment yg ujung tu, sblh tu track lrt star, ko tgk dr angel situ ko akan nampak bekas batu bt yard stesen jln sultan

  • @Shyaiful1
    @Shyaiful1 Жыл бұрын

    @Jenut TN Bikin video sejarah laluan keretapi Batu Caves - Taman Wahyu yang kini jadi laluan KTM Komuter (Batu Caves - KL Sentral - Pulau Sebang)

  • @JenutTN

    @JenutTN

    Жыл бұрын

    insyaAllah memang ada dalam perancangan tapi tak pasti bila boleh bikin

  • @loveplane737
    @loveplane7372 жыл бұрын

    nice dude!

  • @aminuddinabdhamid1758
    @aminuddinabdhamid17582 жыл бұрын

    Kelang simen kini telah jdi depoh rapid KL maluri

  • @elviras4378
    @elviras43782 жыл бұрын

    Epics

  • @RusliWan1977
    @RusliWan19773 жыл бұрын

    Trbaik bro.. vdo cantik dan bnyk info.. the best..

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Terima kasih bro! Semoga sihat di Sweden sana

  • @RusliWan1977

    @RusliWan1977

    3 жыл бұрын

    @@JenutTN beres..

  • @sharulbahari3250
    @sharulbahari32503 жыл бұрын

    Assalamualaikum first subscribes

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Waa'laikumussalam. Terima kasih kerana menonton dan subscribe

  • @manmon9094
    @manmon9094 Жыл бұрын

    Sy perasan landasan keretapi masih wujud di belakang puduraya/pudu sentral tahun 90 an dan skrg x pasti samada masih wujud.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    Жыл бұрын

    Laluan keretapi lama tu dah jadi laluan LRT Ampang Line

  • @nazreepispa
    @nazreepispa Жыл бұрын

    menurut org lama MSM, terdapat depoh lama MSM Gula Prai berhampiran Tasek Cement Berhad di Area maluri

  • @JenutTN

    @JenutTN

    Жыл бұрын

    Ada beberapa yang saya diberitahu sebelum ni tapi bila tiada gambar, saya tak dapat nak masukkan dalam video. Terima kasih kerana menonton

  • @mohdrohaizad9838
    @mohdrohaizad98383 жыл бұрын

    Bravo la tuan. Siri akan datang,laluan keretaapi ke Batu Arang.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    InsyaAllah, tapi selepas PKP berakhir. Ada beberapa projek dalam plan untuk shooting termasuk laluan Kuang - Batu Arang - Batang Berjuntai

  • @zulfazdli6035

    @zulfazdli6035

    3 жыл бұрын

    @@JenutTN berdasarkan yg abg shoot Tu yg kte kedudukan asal stesen keretapi jalan sultan berhadapan hotel ancana skrg bkn...tp sy lihat balik gambar lama stesen tersebut ...ia juga terletak sebelah dgn bangunan kedai lama yg mse itu bercat putih

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    @@zulfazdli6035 Ada 2 lokasi. Semasa jadi stesen perhentian, lokasi depan Hotel Ancasa. Bila laluan keretapi di Foch Avenue ditutup, bangunan stesen baru dibina di persimpangan Jalan Pudu/Jalan Sultan sehinggalah dirobohkan

  • @Yasin_Affandi
    @Yasin_Affandi3 жыл бұрын

    Thanks for this wonderful video.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    Thank you for watching, Yasin Affandi

  • @Yasin_Affandi

    @Yasin_Affandi

    3 жыл бұрын

    @@JenutTN 😀

  • @zulfazdli6035

    @zulfazdli6035

    3 жыл бұрын

    @@JenutTN klu laluan sungai klang yg asal dikekal Kan tanpa diluruskan..mesti kerap banjir bkn

  • @JenutTN

    @JenutTN

    3 жыл бұрын

    @@zulfazdli6035 Pembalakan besar-besaran untuk penanaman getah dan pembukaan lombong2 di Lembah Klang dikenalpasti sebagai antara punca banjir besar tahun 1926 (dan juga di kawasan lain di Semenanjung). Jadi pihak British cuba selesaikan masalah dengan meluruskan dan mendalamkan alur Sungai Klang di KL. Realitinya, semua pihak bertanggungjawab (jangan buang sampah dalam sungai, kekalkan kawasan hutan simpan, penguatkuasaan dll) esajournals.onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1002/ehs2.1248

  • @zulfazdli6035

    @zulfazdli6035

    3 жыл бұрын

    @@JenutTN mcmne la diorg buat liku sungai Tu jdi lurus.... sedang kn teknologi jentera mse Tu tak Sama mcm skrg...

  • @camaromarl
    @camaromarl2 жыл бұрын

    Mungkin British nak buat trem tapi tak boleh sebab KL dah terlalu sesak tak mcm Penang jadi depa buat keretapi

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    British sambung line yang telah dibina dari Klang ke KL

  • @haslinddamohamadsainan6952
    @haslinddamohamadsainan69522 жыл бұрын

    Meor, tak ada English subtitles ke? Aku nak suruh orang luar react.

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    InsyaAllah, nanti aku letak dan update once done

  • @cumicumi6875
    @cumicumi68752 жыл бұрын

    Oooo patutla laluan ampang tu lrt tak elevated...means bukan lrt yg sepatutnya landasan terbang...start dr ampang station ke chan sau lin tu sume atas tanah jeee landasan...tp maluri sation tu memang elevated kesejak ampang bracnh?

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    Asal dulu semuanya atas tanah tapi sejak pembinaan LRT Putra dan Star (tahun 90an dulu), ada jajaran yang dibuat elevated untuk elakkan traffic jam akibat landasan rata (road/train crossing). Contoh paling jelas ialah kalau tengok gambar2 lama Stesen Pudu, landasan atas tanah

  • @cumicumi6875

    @cumicumi6875

    2 жыл бұрын

    @@JenutTN means dkat stesen pudu yg hari ni kan sebelum ni memang atas tanahvlaye

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    @@cumicumi6875 Ya, boleh lihat dari minit 9:50 sehingga 10:15 dalam video

  • @cumicumi6875

    @cumicumi6875

    2 жыл бұрын

    Oooo paham pahsm...lepas tu nk elak crossing road maka stesen nya di elevated kan...👍👍✨...bagus admin dokumentasi... Admin lepas ni buatlah sejarah pembinaan lrt putra & lrt star dr 90an...🙏✨...mungkin ade sangkut paut lrt nike

  • @JenutTN

    @JenutTN

    2 жыл бұрын

    @@cumicumi6875 hanya laluan Ampang Line dari Ampang me Plaza Rakyat dan antara simpang Ampang di Miharja ke Salak Selatan yang berkaitan dengan jajaran asal keretapi lama. Laluan dari Salak Selatan ke Sg Besi dibina bersebelahan laluan keretapi. Yang lain semuanya laluan baru ketika pembinaan tahun 1990an dahulu