LANTAI SPC BERMASALAH BETUL KE?

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

LANTAI SPC BERMASALAH? BETUL KE?
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Dalam video kali ini Uncle Andrew akan membahaskan beberapa masalah umum yang mungkin terjadi pada lantai SPC dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
Pertama, masalah levelling
Pemasangan lantai SPC disarankan pada lantai yang rata. Lantai yang bergerutu, retak atau pecah akan menimbulkan masalah kerana permukaan lantainya yang tidak rata.
Jadi apa penyelesaiannya?
Anda boleh tambahkan Underlayer Foam. Tapi pastikan permukaan lantai tiada masalah supaya anda tidak perlu keluarkan kos tambahan untuk membaikinya kelak. Pastikan anda ratakan dahulu permukaan lantai yang hendak dipasang SPC.
Jangan pasang SPC pada permukaan yang basah. Di awal pemasangan mungkin anda tidak nampak masalah. Boleh jadi lepas 1 ke 2 bulan anda pakai, tiba-tiba timbul kesan air, gelombang, pecah dan melengkung. Bila dibuka semula SPC, rupa-rupanya, permukaan bawah basah.
Walaupun permukaan SPC tahan air, ia tak bermakna 100% kalis air. Air dari bawah permukaan SPC, menyebabkan terjadinya kelembapan. Kelembapan ini, yang menjadi punca kotoran seperti pertumbuhan lumut atau kulat, dan akhirnya membuatkan SPC kita melengkung hingga pecah.
Elakkan juga memasang SPC pada mozek yang berisiko untuk meletop. SPC hanya menumpang diatas permukaan, jika mozek tadi meletop, naik keatas, SPC juga kan turut ikut. Ianya tidak dapat menahan mozek yang meletop tadi.
Jadi, tadi adalah antara punca-punca yang boleh membuatkan interlock antara SPC pecah, retak atau patah.
Kedua, goresan dan cacat
SPC agak manja kerana permukaannya tidak tahan tekanan, ia mudah rosak jika anda mengheret benda tajam atau berat pada permukaannya. Goresan dan cacat pada lantai SPC adalah masalah umum yang dapat disebabkan oleh benda tajam, perabot yang berat, atau benda-benda kasar. Untuk mengatasi masalah ini, Anda dapat melakukan langkah-langkah berikut:
• Gunakan alas kaki atau pelindung mebel di bawah perabot untuk menghindari goresan.
• Hindari menggeser benda-benda berat secara kasar di atas lantai.
• Pertimbangkan penggunaan karpet atau pelindung lantai di area yang sering digunakan.
Ketiga, masalah pemasangan
Pemasangan yang salah adalah salah satu masalah umum dalam pemasangan lantai SPC. Ini dapat menyebabkan lantai tidak terkunci dengan baik dan dapat bergerak seiring waktu
Oleh itu, ada perlu meninggalkan sedikit jarak semasa memasang SPC. Tetapi berapa jarak yang sesuai?
Anda boleh tinggalkan jarak antara dinding dan SPC sebanyak 5mm-8mm, bergantung pada luas ruangan. Kalau anda mempunyai ruangan yang kecil, anda boleh tinggalkan 5mm - 6mm. Tetapi kalau ruangan anda besar dan luas anda boleh tinggalkan 8mm-1cm. Kerana bila ruangan besar dan luas papan SPC yang digunakan semestinya banyak.
Kalau jarak kurang dari 8mm atau 5mm macam mana? Bila kurang, ini yang akan menyebabkan SPC mampat, dan boleh menyebabkan lantai SPC mengembang dan naik keatas kerana tiada ruang untuk bergerak dan akhirnya menjadi mampat dan pecah.
Keempat, memilih produk yang betul
Lantai SPC mempunyai ketebalan yang berbeza iaitu 4mm, 5mm dan 6.5mm.
Ketebalan 4mm, 5mm dan 6.5mm hanya ketebalan SPC sahaja. Manakala PE Foam mempunyai ketebalan 1mm dan 2mm.
Apa fungsi ketebalan ini tadi?
Ketebalan lantai SPC mepengaruhi berbagai aspek penting dalam penggunaannya dan dimana anda hendak menggunakannya.
4mm-5mm disarankan untuk anda pasang di bilik tidur dan kediaman. Manakala untuk ketebalan 6.5mm, disarankan untuk dipasang dikawasan ‘Public area’ atau kegunaan commercial.
Cara terbaik untuk menghindari atau mengatasi masalah yang Uncle Andrew ceritakan adalah dengan memastikan pemasangan dilakukan dengan betul oleh profesional yang berpengalaman.
Pastikan juga anda memilih SPC yang berkualiti. Hal ini kerana, terdapat sesetengah supplier yang menjual SPC yang tidak berkualiti dan akibatnya kita sendiri terpaksa tanggung.
Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Пікірлер: 31

  • @DrigitaRygen
    @DrigitaRygen8 ай бұрын

    Uncle Andrew, please do a video about composite tabletop like KompacPlus and Maica composite (craft paper + resin) table top.

  • @kklum6998
    @kklum69983 ай бұрын

    Good to know. Honest facts about SPC flooring to lower down the consumers expectation and also how to pick the best types of SPC. This can allow a lot of consumer to weigh the pro and cons about using this flooring. Thank you < Uncle Andrew.

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    3 ай бұрын

    You are welcome

  • @muhammadirfaan7285
    @muhammadirfaan728528 күн бұрын

    tq uncle very helpful for references

  • @mfbi7402
    @mfbi74024 ай бұрын

    TQ uncle

  • @ydn3920
    @ydn39202 күн бұрын

    Uncle macam mana cara nak pasang spc dekat lantai yang sedikit tidak rata atau pun bergelombang

  • @nurhudalnurhudal2039
    @nurhudalnurhudal203921 күн бұрын

    Tq Uncle Andrew

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    21 күн бұрын

    Welcome

  • @azrizulkifli6316
    @azrizulkifli63168 ай бұрын

    Thanks Uncle Andrew

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    8 ай бұрын

    You are welcome 😊

  • @jackmuthu8142
    @jackmuthu814213 күн бұрын

    Mr Andrew , SPC royal series, what is Yr opinion? Tq

  • @amirahatarhim5834
    @amirahatarhim58347 ай бұрын

    Hi uncle Andrew..macam mana nak tahu ada uv protection ke x? Sbb my neighbour spc dia bertukar warna sebahagian kerana terkena cahaya matahari

  • @TheApanie
    @TheApanie8 ай бұрын

    ❤❤❤

  • @qookhoo1385
    @qookhoo13855 ай бұрын

    What brand of SPC recommended for home flooring?

  • @ishammudinibrahim2452
    @ishammudinibrahim24526 ай бұрын

    uncle sy follow uncle sudah.boleh bagi tips tak mengenai pemilihan tebal spc.

  • @ishammudinibrahim2452

    @ishammudinibrahim2452

    6 ай бұрын

    ok dapat info bila tengok video sampai abes

  • @raufalfan3227
    @raufalfan3227Ай бұрын

    spc ni boleh ke pasang diatas lantai.cement board?

  • @afiifayoi2217
    @afiifayoi22172 ай бұрын

    Uncle nak tanya, bolehkah pemasangan spc ini di lantai yang sudah berjubin?

  • @hadrizainal145
    @hadrizainal1458 ай бұрын

    Uncle boleh buat spc vs wpc vedio tak.. xberapa faham beza ny

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    8 ай бұрын

    Ok

  • @itskeisha2616
    @itskeisha26163 ай бұрын

    Yang mana lebih baik. Pasang kitchen cabinet dahulu baru spc atau pasang spc dulu baru kitchen cabinet?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    3 ай бұрын

    spc dulu

  • @WhoGamerzz
    @WhoGamerzz2 ай бұрын

    Jangan pasang spc di mozek yg ada risiko meletop... mcmana nk tau mozek akan meletop.. dah meletop baru kita tahu.. masa nk pasang spc, mcmana nk tau? Tanya mozek tu ke?

  • @BrotherAfnan

    @BrotherAfnan

    19 күн бұрын

    Mozek meletup ni jarang terjadi kat Malaysia. Selalunya mozek meletup ni terjadi kat luar negara terutamanya yang ada gempa bumi dan sebagainya. Yang ada kat sini, mozek retak atau pecah saja. Sebab kadang rumah tu dibina di atas tanah yang belum compact atau ada saliran air kat bawah.

  • @ParsidiYoyok
    @ParsidiYoyok3 ай бұрын

    Bang kalau lantai spc mlembung naik cara atasi gimana

  • @BrotherAfnan

    @BrotherAfnan

    19 күн бұрын

    Beri ruangan pada dinding sebanyak 6mm-10mm. SPC melembung sebab adanya pengembangan disebabkan haba.

  • @nordiana99
    @nordiana994 ай бұрын

    boleh tahu sebab apa mozek tu meletup ketup?

  • @ashrafabdlatif7756

    @ashrafabdlatif7756

    Ай бұрын

    Kebiasaan nya da angin semasa install tu, xrapat habis

  • @anuarramli871
    @anuarramli8712 ай бұрын

    Lantai spc saya keluar biji2 baru 2tahun…apa issue uncle…boleh claim warranty

  • @anuarramli871
    @anuarramli871Ай бұрын

    Uncle spc keluar biji2 kenapa ya

  • @BrotherAfnan

    @BrotherAfnan

    19 күн бұрын

    Macam meja yang dibuat dengan habuk kayu. Kalau kena air. Air serap, lepas tu jadi kembung dan keluar biji². SPC pun macam tu jugak.

Келесі