APA PERBEZAAN LAMINATE, VINYL FLOORING YANG MANA SATU LEBIH SESUAI

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

Apa perbezaan Laminate, Vinyl Flooring? Yang mana satu lebih sesuai?
Lantai adalah salah satu elemen penting dalam reka bentuk dalaman rumah. Di dalam memilih kemasan lantai untuk rumah kediaman atau premis perniagaan, selain daripada tiles atau mozek, terdapat beberapa lagi pilihan jenis lantai yang terdapat di pasaran. Antara yang popular adalah lantai laminate dan vinyl.
Salam sejahtera, Uncle Andrew Sini. Hari ini Uncle Undrew hendak ceritakan Perbandingan Lantai Laminate dan Vinyl. Yang mana satu anda patut pilih? Pening kan? Jom kenali kedua-dua jenis pilihan yang ada.
Ada 3 faktor yang akan Uncle Andrew bahaskan, supaya anda dapat membuat keputusan yang bijak untuk rumah anda.
Pertama, bahan dasar
Lantai laminate diperbuat daripada serat kayu yang diproses dengan resin dan lapisan melamin. Lapisan berlamina di permukaan bersifat tahan calar dan tahan pudar apabila terkena cahaya UV. Lantai laminate adalah produk sintetik yang mampu memberi reflek sebenar kepada warna dan corak asal kayu. Terdapat tiga ketebalan lantai ini iaitu 7.5 mm, 8mm dan 12mm dan boleh diletakkan di atas lantai yang sedia ada, sama ada ia adalah jubin, konkrit atau kayu keras.
Lantai vinyl adalah sejenis kemasan lantai sintetik yang diperbuat daripada plastik atau polivinyl klorida (juga dikenali sebagai PVC). Terdapat 2 jenis vinyl yang biasa didapati dalam pasaran. Jenis WPC dan juga SPC. Vinyl WPC (Wood Plastic Composite) mengandungi komposisi termoplastik, serbuk kayu dan kalsium karbonat manakala Vinyl SPC (Stone Plastic Composite) pula seperti mana namanya mengandungi komposisi bahan seperti serbuk batu kapur natural, PVC dan stabilizer.
Kedua, cara pemasangan
Lantai laminate dipasang tanpa menggunakan gam tetapi hanya dikunci antara satu sama lain bagi mengelakkan lantai bergerak. Ia menghasilkan pegangan yang kuat dan kemas. Selain itu, dapat mengelakkan air daripada memasuki celah lantai kayu. Lantai jenis ini memerlukan penggunaan skirting sebagai kemasan dinding di bahagian tepi.
Kebanyakan lantai vinyl perlu di gam pada bahagian bawahnya. Tetapi terdapat juga lantai vinyl yang tidak perlu digam dan hanya perlu dikunci antara satu sama lain seperti lantai berlaminate. Ketebalan lantai ini di pasang rata-ratanya adalah 2mm, 3mm hingga 5mm.
Lantai ini tidak memerlukan penggunaan skirting kerana sifatnya yang fleksibel membolehkan ia dipasang terus hingga ke bahagian paling tepi dinding. Namun untuk menambahkan kemasan penggunaan skirting adalah digalakkan.
Sebahagian besar daripada lantai vinyl adalah fleksibel dan lembut, jadi ia boleh bertolak ansur dengan lantai yang mempunyai bonggol di atasnya atau curam. Walau bagaimanapun, ia adalah penting bahawa lantai asal adalah rata bagi mendapatkan efek lebih cantik dan kemas.
Ketiga, ketahan terhadap air
Oleh kerana, lantai laminate diperbuat daripada kayu keras kitar semula (Composit Wood), ia tidak tahan air. Jadi adalah tidak sesuai untuk memasang lantai laminate di tempat yang terdapat banyak kelembapan, atau terdapat turun naik yang besar dalam tahap kelembapan. Oleh itu, ia bukan terbaik terutamanya rumah yang sememangnya ada sejarah anai-anai dan permukaan lantai yang lembap.
Tidak seperti lantai laminate, lantai vinyl adalah tahan air, tetapi tidak akan tahan kalau ada banjir besar atau pembersihan yang kuat. Hal ini kerana gam tidak akan dapat tahan, dan kadang-kadang lantai vinyl dipasang pada papan lapis, jadi jika air direndam melaluinya, subfloor boleh meleding.
Seperti yang anda lihat, kedua-dua lantai laminate dan vinyl mempunyai perbezaan tersendiri. Jika dijaga dengan baik, kedua-duanya boleh menjadi pilihan kos efektif dan serba boleh untuk anda.
Apabila anda membandingkan kos lantai laminate dan vinyl, biasanya laminate adalah lebih murah kerana penyediaan lantai yang diperlukan untuk lantai vinyl meningkatkan kos keseluruhan. Walaubagaimanapun, jika rumah tersebut pernah ada sejarah anai- anai, maka lantai laminate mungkin tidak praktikal.
Pilihan antara lantai laminate dan vinyl bergantung pada pilihan peribadi, persekitaran rumah, dan bajet. Setiap jenis lantai ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri, jadi penting untuk mempertimbangkan faktor-faktor ini sebelum membuat keputusan akhir.
Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda memilih lantai yang sesuai untuk kediaman anda. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah

Пікірлер: 24

  • @mazlanhamzah3167
    @mazlanhamzah316710 күн бұрын

    Terima kasih dengan perkongsian Info yang dan sangat bermanfaat. 👍👍👍

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    10 күн бұрын

    @@mazlanhamzah3167 sama sama🙏🏻

  • @wantuck
    @wantuck7 ай бұрын

    thankyou for sharing uncle! i love you

  • @cwleon82
    @cwleon828 ай бұрын

    Support! boleh buat tajuk lighting pulak... led profile/ track light/magnetic

  • @kamidkamid-mg1ez
    @kamidkamid-mg1ez5 күн бұрын

    Terbaik tkasih info

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    4 күн бұрын

    @@kamidkamid-mg1ez sama sama🫡

  • @peterurui3888
    @peterurui38882 ай бұрын

    Terbaik agkol,,bagi petuah cara carah memasang spc👍👍👍🏵️🏵️

  • @aliahhanis4371
    @aliahhanis43717 ай бұрын

    Thank you uncle byk share useful tips. Blh tak share ruang laundry yg systematic - basuh, jemur, lipat, gosok

  • @azrizulkifli6316
    @azrizulkifli63168 ай бұрын

    Tq again Uncle Andrew

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    8 ай бұрын

    You are welcome 😊

  • @muhammadelmi6068
    @muhammadelmi606814 күн бұрын

    tikar getah je okay tak uncle? sebab rumah sewa. takmau guna karpet dah, gatal.

  • @jue8594
    @jue8594Ай бұрын

    Tq info yg sgt berguna sir.sgt membantu.

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    10 күн бұрын

    @@jue8594 welcome 🙏🏻

  • @kimie4791
    @kimie47914 ай бұрын

    Pemilihan sofa ada?

  • @LordPorkshire
    @LordPorkshire7 ай бұрын

    Are you going to sent be to the wood between worlds with the rings?

  • @Syzwnz_98
    @Syzwnz_988 ай бұрын

    Very helpful Uncle Andrew.... tapi jenis vynil nieh material dia tahan air... so, klau kite mopping lantai ad efect x??? Dari segi ketahanan dia?? Please share ilmu yg mana otai2👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 keep it Up! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    8 ай бұрын

    Vinyl Tak ada masalah mopping lantai harian.Sangat tahan terhadap kelembapan.Vinyl lemah jika di kenakan cahaya matahari secara terus.

  • @Syzwnz_98

    @Syzwnz_98

    8 ай бұрын

    @@UncleAndrew1111 ouhh... i See... 🇲🇾🇲🇾👍🏻👍🏻👍🏻

  • @Syzwnz_98

    @Syzwnz_98

    8 ай бұрын

    ​@@UncleAndrew1111 so, means klau utk hall Dapur sesuai x?? Sbbnye kan dapur tu tmpat mostly basah/kering... 🤔🤔🤔

  • @Roses688

    @Roses688

    8 ай бұрын

    hai uncle andrew,lari topik ..nk tanya pendapat uncle table top kena pasang tiang tak?terima kasih uncle

  • @Syzwnz_98

    @Syzwnz_98

    8 ай бұрын

    @@UncleAndrew1111 Uncle Andrew... next video: Tips memilih Kontraktor betol bkn Scammer.... 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Келесі