JENIS HANDLE KABINET DAPUR DIPASARAN

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

JENIS HANDLE KABINET DAPUR DIPASARAN
Setiap jenis pemegang kabinet mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pemilihan handle juga dapat mempengaruhi konsep dan tema kabinet dapur anda.
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini, Uncle Andrew nak kongsikan jenis-jenis handle yang terdapat dipasaran. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
Terdapat 3 jenis handle di pasaran iaitu:
1. Knob Handle
2. Pull and Built-in Handle
3. Handleless
Pertama, Handle jenis Knob.
Knob Handle sering dipasang hanya dengan menggunakan satu skru. Ia juga boleh didapati dalam bentuk bulat atau segi empat sama. Konsep dapur bertema ‘vintage’ atau ‘English style’ lebih sesuai menggunakan jenis handle knob. Untuk handle knob warna gold sangat sesuai dipasang pada pintu kabinet jenis nyatoh gelap. Ini menaikkan lagi seri dan kelihatan lebih mewah.
Antara kelebihan handle jenis knob ini adalah:
Handle jenis knob lebih mudah untuk dipasang dan digunakan, serta ia terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan material. Knob handle dipasang bertentangan dengan ensel pintu. Handle jenis ini jugak lebih murah dibandingkan handle yang lain.
Antara kekurangannya pula:
Untuk trend masa kini, handle ni sudah kurang digunakan. Jenis handle ini juga sukar dibersihkan kerana mempunyai celahan dimana kotoran boleh berkumpul. Handle perlukan maintenance jika rosak atau tercabut.
Kedua, Handle jenis pull atau built-in.
Handle jenis pull ini juga mudah dipasang dan secara amnya memerlukan dua skru. Manakala built in handle pula diperbuat daripada aluminium, di potong mengikut saiz pintu dan akan di skru pada pintu kabinet.
Antara kelebihan handle jenis pull dan built-in ini adalah:
1. Lebih mudah dibersihkan
2. Mempunyai pelbagai variasi
3. Sesuai untuk pintu kabinet dan laci
Antara kekurangan handle jenis pull dan built-in pula adalah:
1. Anda perlu berhati-hati semasa menentukan saiz terutama sekali panjang handle tersebut.
2. Cara pemasangan lebih terperinci berbanding handle knob. Handle jenis knob anda cuma perlu mengenalpasti lokasi untuk satu skru. Tetapi untuk handle jenis pull, anda perlu melakukan leveling dan marking ditempat kita hendak memasang handle.
3. Handle jenis ini perlukan maintenance jika rosak atau tercabut
Yang terakhir, handleless handle.
Moden, kontemporari dan elegan. Handle jenis handleless merupakan salah satu trend terkini untuk kabinet dapur. Antara handle jenis handleless adalah, L&C Channel, Handle Potongan 45 Degree dan handle jenis tip-on.
Antara kelebihan handle jenis ini adalah:
1. Kurang habuk dan kotoran pada pemegang
2. Menyediakan persekitaran yang lebih selamat kerana tiada pemegang yang boleh anda langgar atau menyebabkan pakaian anda tersangkut di handle.
3. Lebih mudah untuk membuka kabinet ketika kedua tangan anda penuh jika anda memilih handleless handle jenis Tip-On.
Antara kekurangan handle jenis handleless adalah:
1. Kebanyakan handle jenis handleless lebih mahal
2. Push mechanisms boleh terbuka secara tidak segaja jika ada sesuatu yang bersandar padanya.
3. Push mechanisms tidak praktikal jika dipasang pada laci jenis soft-close.
Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu sebelum anda membuat pilihan dan tempahan kabinet dapur nanti. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Пікірлер: 2

  • @nurulintandiana8621
    @nurulintandiana86217 ай бұрын

    Hye uncle...handle ok or tak payah handle ok??

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    7 ай бұрын

    Sekarang ramai yang suka tanpa handle.