[FFAM2024] [TOP20] DUA SISI - CATERFILM PRODUCTION - UiTM KAMPUS PUNCAK PERDANA

SINOPSIS:
Dua Sisi merupakan sebuah filem pendek yang mengisahkan tentang kehidupan Hani, seorang anak tunggal yang tinggal di Kuala Lumpur bersama rakannya Maya. Hasrat Hani yang mahu menolong Ibunya, Hajar yang berada di kampung Sarawak dengan menigirimkan wang apabila dia mendapat kerja di Kuala Lumpur. Akan tetapi, kehidupannya menjadi rumit apabila Hani mendapati permohonan kerjanya ditolak dan bermacam cara dibuat tapi masih belum mendapatkan pekerjaan. Disebabkan itu, Maya ingin membantunya dengan memperkenalkan Hani kepada Khairy, seorang sugardaddy dengan harapan segala masalah kewangannya akan dapat diselesaikan. Akhirnya Hani menerima wang daripada Khairy atas layanannya dan memberi sebahagian wang itu kepada Ibunya di Sarawak. Namun tanpa Hani menyedari, perbuatannya itu akan memberikan satu tamparan yang hebat buat dirinya apabila Ibunya dan Hud secara tiba-tiba datang melawat Hani di Kuala Lumpur dan mendapati Hani bersekedudukan bersama Khairy. Hati Hani turut hancur apabila mendapati bahawa Khairy sebenarnya ialah ayah kandung Hani yang telah meninggalkan Ibunya dahulu.

Пікірлер