[FFAM2024] [TOP20] HARAM - GEMALA FILM - KPM INDERA MAHKOTA

SINOPSIS:
Filem pendek "HARAM" mengungkap kisah Adam dan Elizabeth, pasangan kekasih yang telah lama menjalinkan hubungan cinta layak pasangan-pasangan lain diluar sana. Seiring dengan masa berjalan, Ambul cabaran besar yang mengugatkan kesetiaan dan kepercayaan pasangan tersebut. Adam dan Elizabeth memiliki perbezaan agama yang menjadi jalan penghalang mereka untuk melanjutkan hubungan ke arah yang lebih serius. Adam merupakan pemuda beragama Islam manakala Elizabeth seorang wanita penganut agama Buddha. Namun, kekuatan cinta membuat mereka Adam munduk untuk memperjuangkan hubungan mereka. Sayangnya, keluarga mereka masing-masing mula mencurigai hubungan keduanya. Sikap bapa Elizabeth yang terus-menerus mempersoal perihal
kekasihnya, Adam sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan untuk Elizabeth akan hubungan cinta mereka kedepannya. Walau sekuat mana mereka cuba menyangkal fakta, semuanya pasti akan terungkap jua. Perasaan yang tumbuh disetiap harinya, tidak dapat mereka hindari, namun mereka sama-sama sedar bahawa mereka tidak dapat berbuat lebih terhadap perasaan mereka akibat jurang yang sangat besar di antara keduanya. Adam dan Elizabeth menemui goyah hubungan mereka
yang akhirnya membawa perubahan besar dalam hubungan mereka. Mereka harus berhadapan dengan tantangan untuk menjaga kesetiaan pada agama dan kepercayaan mereka. Dalam masa yang sama, juga ingin mempertahankan perasaan cinta mereka yang tulus dan dalam. Kisah ini menjadi saksi buta pengorbanan Adam dan Elizabeth mengharungi badai percintaan. Cinta memang cinta namun adakah hubungan yang berpaksikan cinta semata-mata dapat bertahan ?

Пікірлер

    Келесі