Bot bantuan banjir untuk Orang Asli karam di Jeram Panjang di Sungai Tembeling, Taman Negara Pahang.

Saudara Roslan Abu Kassim, Pengerusi BirdGroup Taman Negara (BGTN) merangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cawangan Kuala Tahan telah diamanahkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) cawangan Jerantut untuk menghantar bantuan makanan kepada 5 buah keluarga Orang Asli di Kampung Aur yang terletak di Kuala Terenggan di Taman Negara.
Bot yang dinaiki oleh 3 orang termasuk beliau, adik beliau (Tarmizi Abu Kassim) dan seorang Orang Asli (Belandak Bajak) telah tenggelam di Jeram Panjang pada jam 11 pagi pada 5 Januari 2022. Bot serta enjin milik MyCorps telah menjadi "total loss" tetapi Alhamdulillah team APM Kuala Tahan selamat.
Ini adalah antara cabaran yang dihadapi dalam memberikan perkhidmatan kemasyarakatan kepada golongan yang memerlukan.
Bacaan lanjut : www.nst.com.my/news/nation/20...
Lawati website kami di tamannegarapahang.com
Anda juga boleh menghantar mesej melalui applikasi WhatsApp ke www.wasap.my/60133319822/BackToNature
E-mail kami di info@tamannegarapahang.com dan/atau jenut.holidays@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Пікірлер

    Келесі