No video

"Besar Sangat Ke Kau Punya Gangster?" - Yusuf Azmi

Tergempar! Satu sidang media telah diadakan lanjutan dari isu serbuan Unit Tindakan Khas PPIM di Syarikat Pajakan Kenderaan,AGR Trade SDN BHD yang terletak di Kajang. PPIM telah dituduh menceroboh meskipun kebenarannya kami hanya membantu mangsa penipuan syarikat terbabit.
PPIM menerima aduan daripada 23 mangsa sindiket penipuan syarikat tersebut yang telah melanggar perjanjian pajakan kenderaan. Lebih 50 kenderaan disorok oleh Syarikat AGR Trade Sdn Bhd disebuah gudang sekitar Sekimat, Kajang (1500 kenderaan secara keseluruhan di lain-lain gudang).
Terdapat juga mangsa yang telahpun di senarai hitamkan oleh pihak bank ekoran daripada bayaran yang tertunggak sejak beberapa bulan lalu. Alhamdulillah, atas usaha yang bermula sejak 10 pagi oleh aktivis-aktivis PPIM dan doa daripada semua para pengguna, kesemua kenderaan yang disorok telahpun berjaya ditarik keluar dari gudang tersebut kira-kira jam 5:30 pagi pada 11 Julai yang lalu dengan kerjasama dari pihak PDRM.
Aktivis PPIM, En Yusuf Azmi turut menerima ugutan daripada pemilik Syarikat AGR Trade Sdn Bhd. Terdapat juga pemandu “tow truck” yang diugut bunuh oleh 20 orang samseng yang diupah oleh pemilik syarikat tersebut.
Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, turut menggesa supaya pihak tertentu melihat perkara ini dengan lebih serius. Ugutan juga diterima oleh aktivis dan beberapa mangsa semasa serbuan.
Ikuti laporan selanjutnya hanya di TVPPIM

Пікірлер: 1 500