ASAM PEDAS UTARA - Rupanya Ini Cara Betul Masak Asam Pedas Cara Utara, Baru Tahu!

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

ASAM PEDAS UTARA
Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share resepi yang amat mudah, sihat dan sedap dari utara semenanjung tanah air. Rasa dia pedas-pedas, masam-masam, masin-masin ... sesuai sangat untuk yang baru lepas dari demam dan hilang selera makan. Kebiasaannya, ikan digunakan dalam penyediaan asam pedas ni, jarang sekali orang menggunakan daging dan ayam dalam asam pedas.
Untuk menyedapkan lagi asam pedas utara ni, Cheq Na menggandingkan dengan nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan. Memang sedap dan menyelerakan sangat bila dimakan bersama.
Jadi, untuk tidak membuang masa lagi, JOM kita tengok bahan-bahannya ...
a) 5-7 tangkai cili kering
b) 1 batang serai
c) 3 inci lengkuas
d) 2 inci halia
e) 3 ulas bawang putih
f) 1 biji bawang besar
g) 2 keping asam gelugor
h) Sengenggam daun kesom
i) 8 biji kacang bendi
j) 1 camca kecil garam
k) 1 camca kecil gula
l) 2 inci belacan
m) 3 ketul ikan talang
n) 2 1/2 cawan air
o) 1 camca kecil serbuk kunyit
So, itulah saja bahan-bahan untuk masak asam pedas utara. Cara nak masak, nak potong apa dulu, nak tumis ka apa ka, timing nak masuk air dan macam-macam lagi steps dia tu, kenalah tengok video sampai habis. Cheq Na tak larat nak tulis step-by-step macam mak-mak kita dulu. Zaman dah berubah, dan kita kena berubah.
Lagi satu, untuk menikmati belacan Cheq Na yang ada dalam video ni, boleh klik di link di sini
👉 shopee.com.my/cheqnastyle
dan jangan lupa, belacan Cheq Na tak dak pewarna tiruan, tak dak bahan pengawet berbahaya dan tak dak bahan asing, memang pure udang geragau yang diimport secara ekslusif dari Perlis Indra Kayangan ... SEDAPPPPP 😋
Ok, dah tengok tu, kalau rasa bermanfaat kepada ramai orang, sila-silalah SHARE video Cheq Na yang tak MUDAH ni. Akhir kata, jumpa di video yang akan datang ... In Sha Allah 🤲
Segmen-Segmen Penting Dalam Video
0:00 - Intro
0:14 - Bahan-bahan untuk masak asam pedas utara
1:36 - Cara-cara untuk masak asam pedas utara
3:39 - Hasil kejadian asam pedas utara
4:02 - Sepatah dua kata dari Cheq Na
#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#malaysia
#asampedas

Пікірлер: 40

  • @jungwoosteeheee5115
    @jungwoosteeheee51157 ай бұрын

    Ok noted semua yang dok habaq asam rebus tu. Kat tempat kami mmg panggil asam pedas.

  • @jazlanyusof8683
    @jazlanyusof868310 ай бұрын

    Tq che na..terbaikkk😊

  • @ytcgk9370
    @ytcgk93709 ай бұрын

    Sedap dan mudah disediakan...

  • @husna.j5521
    @husna.j55218 ай бұрын

    Utara:asam pedas Selatan : asam rebus Duk utaqha request nak makan asam pedas, org faham. Pindah keyel sebut asam rebus.

  • @razakismail8405
    @razakismail84058 ай бұрын

    Piii Bedengung.... Top markatop.& Istimewa Asalehe lehe😊

  • @wanrafidahwanabakar9427
    @wanrafidahwanabakar94276 ай бұрын

    Cantiknya cikna

  • @razakismail8405
    @razakismail84058 ай бұрын

    Nindiaaaa...heh...lama tak dengaq ayat tu.

  • @selmah123man4
    @selmah123man47 ай бұрын

    Asam rebus tu asam pedas tumis sedak

  • @Imah-pj1bl
    @Imah-pj1bl9 ай бұрын

    Saya suka Asam pedas rebus

  • @calamitynudex1473
    @calamitynudex14738 ай бұрын

    Tq❤

  • @minumapa-apasaja
    @minumapa-apasaja11 ай бұрын

    wah resepi nya memang enak ni kawan mantap 👍👍

  • @CheqNa

    @CheqNa

    11 ай бұрын

    Ya..betul memang enak dan ringas..terima kasih ya kawan😊

  • @jalilahalias3457
    @jalilahalias345710 ай бұрын

    Sedap nya, tara tara tu laa ja bendi nya msk keras pun ok 👍🤩

  • @CheqNa

    @CheqNa

    10 ай бұрын

    Betul tu Sis..bendi tu separuh masak pun sedap jugak😋😍

  • @dapurtokmek5269
    @dapurtokmek526911 ай бұрын

    Sedaapnya asam rebus.. 😋😋😗

  • @CheqNa

    @CheqNa

    11 ай бұрын

    Ya..betul bukan saja sedap tapi mudah dan bahan yang dimasak senang sangat nak cari😀

  • @udinkasum5024
    @udinkasum502411 ай бұрын

    Wah jadi tahu saya cara masak asam pedas yang benar-benar nikmat ya

  • @CheqNa

    @CheqNa

    11 ай бұрын

    Ya..betul benar-benar nikmat makan ikan masak asam pedas😋

  • @haneslolo7868

    @haneslolo7868

    8 ай бұрын

    nemang sedap asam pedas rebus Penang mai

  • @badboy-qz1hv
    @badboy-qz1hv11 ай бұрын

    sedapnya asam rebus...lauk ni mmg peberet saya cheq na. saya pun selalu msk lauk ni.

  • @CheqNa

    @CheqNa

    11 ай бұрын

    Sedap kannn..😋Cheq Na pun suka jugak..kekadang tu Cheq Na tukaq jenis ikan..ikan kembung..ikan pari..ikan selar kuning..sedappp😋

  • @Abennmel
    @AbennmelАй бұрын

    Asam pedas enakk.. Support hadir

  • @CheqNa

    @CheqNa

    Ай бұрын

    Apa-apa pun terima kasih kerana support Cheq Na dan bagi komen yang positif 👍

  • @mohdzolkafli6837
    @mohdzolkafli683711 ай бұрын

    Assalamuaikum Cheq Na.. Semoga Seluruh keluarga sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan Dipermudahkan segala urusan.. insyaallah esok boleh cari Ikan pari dan cuba cara Cheq Na stay😁😁 Parit Buntar Perak hadir tanda Support..

  • @CheqNa

    @CheqNa

    11 ай бұрын

    Wa'alaikummussalam..Alhamdulillah seluruh keluarga sihat walafiat..terima kasih diatas doanya..Ya betul ikan pari pun sedap kalau buat asam pedas😋..terima kasih naaaa... support Cheq Na..😀

  • @kaknoraseasyrecipe9719
    @kaknoraseasyrecipe971911 ай бұрын

    Kalau sy asam rebus nih.. apa pun nampak menyalerakan

  • @suhairesuhaime9452
    @suhairesuhaime94524 ай бұрын

    Sy org johor. Tp mak sy org belah utara. Mama selalu masak asam pedas ni mmg sedap tak terkata. Dia mcm ala² senggang. Tp best sbb ada masam² pedas², belacan². Kena dgn ilan goreng garing² dgn sambal belacan... Mmg lupa dunia bertambah❤

  • @CheqNa

    @CheqNa

    2 ай бұрын

    Ya betul tu. Memang masakan sebelah utara macam tu lah rasa dia. Pedas, masam ... sedap tak terkata. Memang lupa dunia 😋

  • @Yangharris197
    @Yangharris19710 ай бұрын

    Salam dari spura cheq na..saya dah cuba masak memang sedap...terimakasih kongsi resepi..🥰

  • @wanea3760
    @wanea376011 ай бұрын

    Kami nun jauh d johoq pnggil asam rebuih

  • @cheritakamek
    @cheritakamek11 ай бұрын

    sdapnye tngk,mak mertua saya orang perak .slalu jgk kalau balik sana mkn nie..nie dapat tngk resepi nie bolehlah nanti saya cube

  • @CheqNa

    @CheqNa

    11 ай бұрын

    Ya.. Alhamdulillah..seronoq Cheq Na dengaq...masakan ni mudah dan sedap sangat..menu sihat jugak..sesuai sangat kalau orang berpantang..atau tak selera nak makan...so lepas ni bolehlah try masak..Jom masak😍🤗

  • @akmarnita6309
    @akmarnita630911 ай бұрын

    Sedap nye ikan alang, Peghak pon mcm ni jugey Samey, lengkuaih tu optional... Nyako... 😅😅

  • @CheqNa

    @CheqNa

    11 ай бұрын

    Ya..nak bubuh atau tak nak bubuh lengkuas tu pun tak dak masalah😀...tapi kalau bubuh lagi terasa macam2 herba dalam kuah..sedapp😋

  • @rogayahadam4284
    @rogayahadam428411 ай бұрын

    Kami kate asam rebus 😮

  • @julianazainal9375
    @julianazainal93755 ай бұрын

    Bunga kantan x boh ka?

  • @NM-ob5kh
    @NM-ob5kh10 ай бұрын

    Haghu bighu ceqna oii

  • @rogayahadam4284
    @rogayahadam428411 ай бұрын

    Jangan ikan cencaru😮tq

  • @aad8513
    @aad851311 ай бұрын

    I bukan asam pedas, ni asam rebus kalau kat melaka

  • @CheqNa

    @CheqNa

    11 ай бұрын

    Ya..boleh jadi nama lain2..tapi menu yang sama kot..😀

Келесі