Agong Melancarkan Misi Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Lembah Kelang

24 Disember 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli berangkat melancarkan misi bantuan kepada mangsa banjir di Lembah Kelang oleh Pasukan Bencana Istana Negara di perkarangan Istana Negara.
Pasukan Bencana Istana Negara ini ditubuhkan atas cetusan idea Seri Paduka Baginda dengan tujuan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa yang telah hilang tempat berteduh dan mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda susulan bencana banjir buruk.
Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap nasib mangsa banjir dan amat bersimpati dengan ujian serta keperitan yang ditanggung mereka dan menzahirkan harapan semoga bantuan serta sumbangan yang dihulurkan dapat mengurangkan beban mereka.
Pasukan Bencana Istana Negara ini diterajui oleh Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Zahari bin Yahya, yang juga merupakan Juruiring Tentera Udara kepada Seri Paduka Baginda.
Misi bantuan pada hari ini melibatkan empat (4) pasukan yang mana ahli-ahli adalah sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan staff Istana Negara.
Empat pasukan ini menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di empat daerah di Selangor yang paling teruk terjejas iaitu Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat.
Kira-kira 100 pegawai dan kakitangan Istana Negara tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir pada misi hari ini.
Sumbangan yang dihulurkan berbentuk barang keperluan harian seperti toiletries, pakaian, tuala, makanan kering dan air, termasuk COVID-19 kit.
Pasukan Bencana Istana Negara juga dilengkapi dengan peralatan untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka yang terjejas.

Пікірлер: 4

  • @Mrzero502
    @Mrzero5022 жыл бұрын

    Tuanku…kami rakyat skrg terlalu susah…kami perlu pengeluaran 10k KWSP…tolong kami tuanku…dgn air mata saya mempersembahkan…jasa baik tuanku ….

  • @suradisukoor7428
    @suradisukoor74282 жыл бұрын

    DAULAT TUANKU🥰🥰🥰 Raja lagi cerdik dan pantas menjaga hati Rakyat, baik gubal parlimen buang adun² yg tidak menjalan kan tugas jangan bazir duit kerajaan malah menyusah kan rakyat

  • @azizieazmi81
    @azizieazmi812 жыл бұрын

    ampun tuan ku misi 10K pada rakyat yg susah

  • @tgnorhayatitgothman4533
    @tgnorhayatitgothman45332 жыл бұрын

    Alhamdulillah🤲 Tahniah & terbaik Tuanku & misi bantuan istana negara👍👍👍

Келесі