Trip Kuala Terengganu - Johor Bahru

Perjalanan Kuala Terengganu - Johor Bahru melalui highway LPT 2 dan jalan Pekan - Rompin - Endau - Mersing.
Dirakam dengan Dashcam 70mai A500s Depan + Belakang. 💥 Kawan2 yg nak beli, boleh dapatkan di 70mai OFFICIAL STORE 👉
shope.ee/5fRKVVwCUy?share_cha...

Пікірлер: 8

  • @jj1m404
    @jj1m404Ай бұрын

    Dirakam dengan Dashcam 70mai A500s Depan + Belakang. 💥 Kawan2 yg nak beli, boleh dapatkan di 70mai OFFICIAL STORE 👉 shope.ee/5fRKVVwCUy?share_channel_code=1

  • @travelatmalaysiawithazmils
    @travelatmalaysiawithazmilsАй бұрын

    Nice roadtrip. Terengganu is so awesome we too planning another roadtrip there

  • @jj1m404

    @jj1m404

    Ай бұрын

    Yes it is! But skip the highway, just drive along the trunk road along the beach. The long stretch of beautiful pristine beaches makes the roadtrip really special!

  • @JafrinJChannel
    @JafrinJChannel15 күн бұрын

    trip nya hebat sekali

  • @jj1m404

    @jj1m404

    15 күн бұрын

    Terima Kasih 🙏!

  • @husnymazlan8155
    @husnymazlan81555 күн бұрын

    Selepas masuk dari Plaza Tol Kuala Nerus, ada susur masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 di Persimpangan Bertingkat Kuala Nerus. Susur laluan terus melalui di atas jejambat menuju ke Bandar Permaisuri, Setiu, Jerteh dan Kota Bharu (Kelantan) tetapi laluan berkenaan masih belum dibuka kerana kerja-kerja masih lagi dalam pembinaan iaitu LPT Fasa 3 manakala susur masuk ke kiri pula menuju ke Kuala Telemong, Kuala Berang, Dungun, Chukai (Kemaman), Kuantan dan Kuala Lumpur. Di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2, ada papan tanda jarak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah antaranya Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil iaitu 20 kilometer, Hentian Sebelah Bukit Besi iaitu 61 kilometer dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka iaitu 80 kilometer. Di lebuhraya yang sama, ada papan tanda jarak antaranya Marang iaitu 21 kilometer, Dungun iaitu 101 kilometer dan Kuala Lumpur pula iaitu 440 kilometer adalah Laluan E8 arah barat. Minit 2:35 saat : Sempadan negeri Pahang di Daerah Kuantan dan Terengganu di Daerah Kemaman di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 E8. Di Persimpangan Bertingkat Kuantan, ada susur keluar kiri. Laluan terus menuju ke Gambang, Sri Jaya, Maran, Karak dan Kuala Lumpur melalui Laluan E8 arah barat manakala susur keluar ke kiri pula menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Bandar Indera Mahkota. Selepas dari Plaza Tol Kuantan, ada simpang tiga lampu isyarat. Belok ke kanan menuju ke Sungai Lembing manakala belok ke kiri pula menuju Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Bandaraya Kuantan, Teluk Chempedak, Bandar Indera Mahkota dan Johor Bahru. Di Jalan Kuantan - Pekan iaitu Laluan Persekutuan 3 arah selatan, ada pusingan - U. Pusingan - U menuju ke Kuantan, Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu manakala laluan terus pula menuju ke Pekan dan Johor Bahru melalui Laluan Persekutuan 3 arah selatan. Minit 3:38 saat : Jambatan Sultan Abu Bakar menuju ke Pekan dan Johor Bahru melalui Laluan Persekutuan 3 arah selatan. Minit 3:55 saat : Pekan Bandar Diraja, Pahang. Di Jalan Pekan - Rompin iaitu Laluan Persekutuan 3 arah selatan, ada pusingan - U. Laluan terus menuju ke Nenasi, Rompin, Mersing dan Johor Bahru melalui Laluan Persekutuan 3 arah selatan manakala pusingan - U pula menuju ke Pekan, Kuantan dan Kuala Terengganu. Minit 7:31 saat : Jambatan Endau di sempadan negeri Pahang di Daerah Rompin dan Johor di Daerah Mersing. Minit 7:38 saat : Di Pekan Endau, Johor. Di Pekan Endau, ada simpang susur kiri. Laluan terus menuju ke Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru melalui Laluan Persekutuan 3 arah selatan manakala belok ke kiri pula ke Medan Ikan Bakar Endau. Di bandar Mersing, ada simpang tiga bulatan. Belok ke kiri menuju ke Pusat Bandar Mersing manakala belok ke kanan pula menuju ke Kota Tinggi dan Johor Bahru melalui Laluan Persekutuan 3 arah selatan. Di Kota Tinggi, ada simpang empat lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Ulu Tiram, Pasir Gudang, Johor Bahru dan Singapura melalui Jalan Pintasan Kota Tinggi iaitu Laluan Persekutuan 3 arah selatan. Diikuti belok ke kanan menuju ke Pusat Bandar Kota Tinggi Bandar Bersejarah manakala belok ke kiri pula menuju ke Pengerang, Sungai Rengit, Bandar Penawar dan Desaru melalui Laluan Persekutuan 92 iaitu Lebuhraya Pengerang. Di Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram, ada susur keluar kiri. Laluan terus menuju ke Pasir Gudang, Johor Bahru dan Singapura melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Lebuhraya Kota Tinggi - Johor Bahru arah selatan manakala susur keluar ke kiri pula menuju ke Senai, Kulai, Sungai Tiram dan Kampung Oren melalui Jalan Ulu Tiram iaitu Laluan J8. Di Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram (Lebuhraya Senai - Desaru atau SDE), ada susur masuk kiri. Laluan terus menuju ke Johor Bahru dan Singapura melalui Lebuhraya Kota Tinggi - Johor Bahru iaitu Laluan Persekutuan 3 arah selatan manakala susur masuk ke kiri pula menuju ke Senai, Kulai, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Pasir Gudang, Tuas (Singapura), Desaru, Pengerang dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Senai - Desaru (SDE) E22 dan Lebuhraya Hubungan Kedua (Second Link Expressway) E3 sebelum memasuki di Plaza Tol Ulu Tiram (SDE) E22. Minit 12:00 saat : Plaza Tol Senai (SDE) E22. Selepas dari Plaza Tol Senai (SDE) E22, ada susur masuk kiri dan kanan di Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Senai - Desaru (SDE) E22. Laluan terus menuju ke Senai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai manakala susur masuk ke kiri pula menuju ke Tuas (Singapura) dan Kuala Lumpur. Di Persimpangan Bertingkat Senai, ada susur keluar kiri. Laluan terus menuju ke Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Johor Bahru manakala susur keluar ke kiri pula menuju ke Gelang Patah, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Tuas (Singapura) dan Pontian.

  • @jj1m404

    @jj1m404

    5 күн бұрын

    Terima kasih atas info yang begitu terperinci.👍🙏

  • @husnymazlan8155

    @husnymazlan8155

    5 күн бұрын

    @@jj1m404 Sama-sama abang

Келесі