Tribute to Rohana Jalil by Jb band

Музыка

Пікірлер: 5

  • @smd507096
    @smd50709610 ай бұрын

    Allahyarhamha Rohana berasal dari Kota Tinggi, Johor. Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, beliau sudah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas. Antara lagu popularnya termasuk Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang. Anak bongsunya, Kilafairy, 31 tahun, seorang pelakon dan penyanyi, menyifatkan peluang berada di sisi arwah ibunya sehingga penghujung hayatnya adalah tempoh yang tidak mampu dilupakan.Pengacara, pelakon dan penyanyi, Jaafar Onn, pula menganggap Rohana sebagai sahabat yang selalu mengingatkannya agar menjaga kesihatan. Jaafar, 71 tahun, berkata: “Arwah adalah saudara saya di sebelah bapa. Selain rakan industri, kami juga pernah merakamkan lagu duet bersama suatu ketika dahulu. Justeru, kehilangan arwah sangat dirasakan. Apatah lagi, saya dengan arwah sangat rapat dan rumah pun berdekatan, jadi selalu keluar makan bersama,” cerita pelakon drama bersiri, Cili Padi, ini. Menganggap Rohana sebagai pemurah, Jaafar berkata mereka pernah bersama-sama bercuti di Paris, Perancis, serta meluangkan masa makan bersama. Penyanyi, Datin Salwa Abdul Rahman, meluahkan rasa terkilan tidak sempat menunaikan permintaan Rohana untuk mendoakan kesejahteraannya ketika hari wukuf di Arafah pada 27 Jun ini. Salwa yang berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji berkata meskipun arwah sudah tiada, permintaan itu akan tetap ditunaikan supaya roh sahabat baiknya itu tenang. “Banyak pesanan arwah berikan. Antaranya, saya dapat mendoakan semoga beliau segera sembuh ketika menunaikan hari wukuf di Arafah.

  • @smd507096
    @smd50709610 ай бұрын

    Penyanyi, Ismaliza Ismail, 43 tahun, pula terkesan dengan pemergian Rohana yang sama-sama pernah mengikuti kursus menguruskan jenazah dengannya. “Semasa balik kursus pengurusan jenazah, Kak Ana berkata pusing ‘area’ sini kejap Isma, sambil tunjuk satu kawasan perkuburan. Kalau Kak Ana meninggal tanam di sini, nanti Isma datang sedekah Al-Fatihah untuk Kak Ana tau,” jelasnya dengan nada sebak. Seorang lagi juara Bintang RTM, Azharina Azhar, 38 tahun, pula menulis di Instagram: “Kak Rohana seorang ibu yang penyayang, kakak yang prihatin, selalu ada untuk menyokong kerjaya nyanyian Nina (panggilan Azharina), rajin bertanyakan khabar serta berhati mulia. Murah senyuman serta suka berjenaka. “Akan senantiasa merinduimu Kak Rohana. Semoga Allah tempatkan kakak di sisi orang beriman terang dan lapang kuburmu serta selalu dalam lindungan api neraka. Akan selalu merinduimu.” Datuk Azizul Khamis yang mengenali Allahyarhamha Rohana sejak 1980, pula terkenangkan sifat pemurah Rohana yang tidak pernah berkira, malah, tidak keberatan menghulurkan wang ketika dirinya memerlukan bantuan, suatu ketika dahulu. “Orang mungkin tidak tahu, arwah sebenarnya baik hati. Kalau perlukan duit, arwah beri pinjam dan beliau banyak menderma. Walaupun mungkin arwah suka cakap terus-terang apa yang dirasa, namun, hatinya baik,” kata Azizul.

  • @smd507096
    @smd50709610 ай бұрын

    Dara Abdul Jalil atau dikenali dengan nama pentas Rohana Jalil (18 Februari 1955 - 20 Jun 2023). Beliau juga merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang telah diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri.

  • @smd507096
    @smd50709610 ай бұрын

    Beliau juga pernah menyertai pertandingan itu di Johor Bahru sebanyak dua kali, namun kedua-duanya gagal. Pada tahun 1979, beliau telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sekali lagi. Beliau juga tidak menyangka untuk memenangi pertandingan tersebut kerana percubaannya sebelum ini menemui kegagalan.[2] Pada ketika itu, peserta solo terdiri daripada lapan orang manakala peserta berkumpulan terdiri daripada empat buah kumpulan. Beliau telah menerima piala pusingan beserta wang tunai sebanyak $2000 daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat

  • @smd507096
    @smd50709610 ай бұрын

    Ujar Rohana lagi, bila tidak sibuk dengan undangan menyanyi, dia lebih suka berjalan-jalan bersama rakan-rakan baiknya. “Sejak dulu Kak Ana memang jenis yang happy go lucky. Kalau ada masalah, Kak Ana tak suka fikir dan letak masalah itu ketepi. Bohonglah rumah tangga tak ada masalah…memang ada. Itu anak-anak saja yang tahu…biarlah rahsia. “Kalau ada masalah Kak Ana tak suka fikir. Kak Ana buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ialah masalah ini, bila kita simpan, kita susah hati. Bila kita susah hati, ia buat kita termenung dan fikir yang bukan -bukan. Itulah yang akan buat kita sakit Itu sebabnya, Kak Ana suka pergi bercuti dengan kawan-kawan dengan keizinan suami. Hinggakan suami Kak Ana yang dah pencen cemburu dengan cara hidup Kak Ana. `Untung you ada kawan pergi jalan-jalan’. Suami Kak Ana pula selalu ulang -alik menjengok kebun kami di Terengganu.

Келесі