[VLOG] Tak Sangka Bukit Broga dah Makin Susah nak hiking

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selamat datang ke video aku. Kali ni aku nak share tentang pengalaman mendaki Broga guna trek baru.
Alhamduillah pada 28 Jun 2024 kelmarin aku dengan Adam dan Arif mendaki Bukit Broga. Ok baik, kami gerak selepas subuh ke Bukit Broga. Boleh waze/google maps Bukit Broga Hills, Semenyih. Dari tempat kami mengambil masa 30 minit sahaja sebab kami dari Bangi. Oh ya, kali terakhir aku mendaki Broga pada 2012 manakala Adam pada tahun 2015/2016.
Pada waktu tu, trek nak ke Broga sangat mudah dan 'beggginer friendly', jadi dalam kepala dan expectation kami oh mudah sahaja lah nak menawan Broga kali ini.
Ternyata bila dah sampai di sana, ada Trek yang baru. Fuh, meleset expectation kami bila mendaki ikut trek yang baharu. Penuh cabaran dan dugaan. Ada turun naik, melompat dan lain-lain. Di atas kami pekena, Gulai Daging Salai dan Gulai Itik Salai. Memang Syahdu beb. Dah penat2 mendaki pekena plak makan best. Memang Terbaik.
Namun, kami tak mendaki sampai ke puncak. Kenapa ? Haaa, korang kena layan video ini.
Apa lagi guys, minta jasa baik anda semua untuk :
Like I Share I Komen I Subscribe
#nature #hiking #vlog #bukitbroga #mendakigunung #foodie

Пікірлер: 10

  • @dhaikalwarriorsdhaikalwarr5899
    @dhaikalwarriorsdhaikalwarr589918 күн бұрын

    Assalamualikum terbaik 💯 reality beri motivasi fikirkan terbuka positive doakan baik2 sahaja amin2

  • @habibthetraveller

    @habibthetraveller

    17 күн бұрын

    Waalaikumussalam, terima kasih anak muda :)

  • @user-bt5mn2ux5c
    @user-bt5mn2ux5cКүн бұрын

    Fuh luar biasa ni, power la Adam.

  • @habibthetraveller

    @habibthetraveller

    Күн бұрын

    Alhamdulillah, itu baru Broga. katanya nak menuju Kinabalu semula.

  • @okumalaysia3996
    @okumalaysia399618 күн бұрын

    FUHH JARANG TAK MANTAP

  • @habibthetraveller

    @habibthetraveller

    18 күн бұрын

    bila lagi nak repeat, misi sunrise dan peak tertangguh ni. hahaha

  • @ainmustaffa6063
    @ainmustaffa606317 күн бұрын

    Saya dak MASAT.. haha.. Bagus anak muda, ajak orang hidup sihat naik bukit ya..

  • @habibthetraveller

    @habibthetraveller

    17 күн бұрын

    Alhamdulillah, itu baru permulaan, banyak plan seterusnya kak. Arif sudah ada plan untuk aktiviti akan datang.

  • @hafizhaizal7498
    @hafizhaizal749817 күн бұрын

    Power2 kalian, arif tu budak turkey kan? Kirim salam die

  • @habibthetraveller

    @habibthetraveller

    17 күн бұрын

    Alhamdulillah, baik akan disampaikan pada arif.

Келесі