No video

TRAINING LESEN B BHG 2 & 3 FULL

Salam semua.
Sekadar berkongsi video latihan untuk test JPJ bahagian 2 & 3 B Full.
Latihan & Ujian B full
BAHAGIAN 2
Litar ada 6 elemen
1. Titi
2. Kon
3. Brek Kecemasan
4. Jalan tidak rata
5. Pusingan 8
6. Selekoh tajam
******
🚨Titi - masa 7s lebih.
Mula jalan isyarat kanan.
Lepas titi kena berhenti.
Tgk garisan mana yg kena berhenti. Lepas tu jalan buat kon.
Jangan terlepas garisan.
🚨 Kon - Kena lalui 5 kon
Jangan skip.
Masa latihan cikgu motor akan letak 7 kon. SEBAB masa latihan campur dgn moto kecik B2. Jadi cikgu yg ajar motor akan suruh skip kon tu jadi 5.
Masa buat ni kaki jangan jatuh pijak tanah.
⛔ Masa ujian JPJ akan letak 5 kon.
Jadi jangan skip 🙏
🚨 Brek Kecemasan
Masa kelajuan 6s.
Gear 2/3
Jangan brek kuat sangat.
Biasa² ajer.
Janji berhenti dalam petak.
🚨 Jalan tidak rata.
Langgar ajer.
Jgn slow sangat.
Nanti kaki jatuh.
🚨 Pusingan 8
Ikut pusingan yg betul.
Masuk kanan
Isyarat jgn lupa.
Jgn buat kurang atau lebih pusingan.
1½ pusingan shj.
Jangan jatuh kaki.
🚨 Selekoh tajam
Jangan jatuh kaki
BAHAGIAN 3 - JALANRAYA
Tips:
- Ikut je laluan yang diajar semasa latihan
- Pastikan buat CITO & berhenti di tanda isyarat
- Pastikan berada di lorong yang betul
- Signal jangan lupa
Nota: Sebelum ujian JPJ nanti kena buat Rutin Pemeriksaan Motorsikal (RPM) & Rutin Sebelum Menunggang (RSM).
RPM
- sebut nama & tarikh tamat tempoh lesen L
- cukai jalan & tarikh tamat tempoh
- tools / peralatan dalam keadaan baik & mencukupi
- bateri dalam keadaan baik
- cover fuel tank dalam keadaan baik & minyak petrol mencukupi
- cermin sisi kiri & kanan dalam keadaan baik, tidak retak & tidak pecah
- lampu hadapan & signal dalam keadaan baik, tidak retak & tidak pecah
- no plate depan XXX 1234 belakang cukup bilangan, jelas dan boleh dibaca
- tayar hadapan; bunga, angin dan fizikal dalam keadaan baik
- minyak enjin mencukupi pada paras maksima
- lampu belakang & signal alam keadaan baik, tidak retak & tidak pecah
- no plate belakang XXX 1234 cukup bilangan, jelas dan boleh dibaca
- tayar hadapan; bunga, angin dan fizikal dalam keadaan baik
- rantai motor tidak terlalu tegang / kendur
Sekian RPM……terima kasih tuan
RSM
- naik motor & start enjin
- cermin sisi
- lampu hadapan & belakang
- Lampu signal kiri kanan (depan belakang)
- cengkaman brake depan & belakang
- hon kena bunyi
Sekian RSM…..terima kasih tuan
- TAMAT -
Diharapkan semua lulus dengan cemerlang.
Semoga berjaya!!

Пікірлер: 7

  • @hazirahmatisa1292
    @hazirahmatisa1292 Жыл бұрын

    Ni kat nilai ni...

  • @sir_fateh
    @sir_fateh2 жыл бұрын

    brp duit ni buat b full

  • @genofise69

    @genofise69

    2 жыл бұрын

    Kalau dah ade B2 600

  • @jasonstanmal4157
    @jasonstanmal41572 жыл бұрын

    Kt kone tu ade foul skit

  • @genofise69

    @genofise69

    2 жыл бұрын

    Yg lepas no 8 tu ke

  • @ml2422

    @ml2422

    2 жыл бұрын

    Litat driving school Kat mana ni bang ?

  • @genofise69

    @genofise69

    2 жыл бұрын

    @@ml2422 unisex driving nilai