Temubual bersama Nai Dinamik

Suatu temubual santai telah dibuat oleh Iswardy Morni bersama seorang artis Malaysia yang popular dalam tahun 1990-an, iaitu vokalis dari kumpulan Dinamik.
James Junai anak Juki atau lebih dikenali sebagai Nai, merupakan vokalis kumpulan rock 90-an dari negeri Pahang, Dinamik yang terkenal dengan lagu-lagu hitnya iaitu Antara Gadis, Dilema Rindu dan Biar Putih Tulang.
Pada tahun 1992, penyanyi berketurunan Iban dari negeri Sarawak ini telah menganuti agama Islam dan menukar namanya kepada Mohd Nur Zainal Abdullah. Beliau diIslamkan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
#naidinamik #kumpulandinamik #rock #balada
Kredit - Iswardy Morni Official

Пікірлер