Team Bonding Tasik Kenyir dengan Anggun Houseboat... Sg Ikan kelah... Air terjun Lasir...

Kenangan terindah dengan aktiviti riadah bermain dengan ikan kelah di Sungai Santuari ikan kelah dan juga mandi manda di air terjun Lasir Tasik Kenyir.
Pengalaman pertama tidur di atas houseboat di bawah syarikat ANGGUN HOUSE BOAT. Semuanya lengkap di atas house boat anggun. Terdapat 10 bilik iaitu 2 bilik di bawah dan 8 bilik di atas. Ada 4 bilik yang mempunyai penghawa dingin.
Bilik riadah atau bilik tetamu mempunyai 2 penghawa dingin dan lengkap dengan set karaoke.
Ruang dapur yang besar serta mempunyai peti sejuk dan 'frozen box' untuk simpanan bahan mentah. Pelanggan boleh membuat aktiviti bbq di atas boat.
Kami semua dibawa mendaki ke Sungai Santuari Ikan Kelah dan dapat menikmati pengalaman yang baru bermain dengan ikan kelah yang manja. Walaubagaimanapun lokasi santuari ikan kelah adalah tempat larangan bagi aktiviti memancing.
Memang rasa tidak puas bermain dengan ikan kelah. Kami semua bergerak ke Air Terjun Lasir. Air terjun yang sejuk serta cantik. Walaubagaimanapun pengunjung perlu berhati-hati atas faktor ada kawasan air yang dalam. Disarankan pengunjung memakai 'life jacket' jika ingin mandi di kawasan yang dalam. Anggun house boat ada menyediakan 2 buah kayak bagi mereka yang ingin mendapatkan pengalaman berkayak.
Keesokkan harinya sebelum checkout dan pulang ke kota, kami berpeluang melawati Taman Herba Tasik Kenyir. Ada kiosk yang menjual herba-herba seperti tongkat ali hitam, kacip fatimah dan lain-lain untuk dibawa pulang sebagai ubat ubatan tradisional.
Alhamdulillah... seronok sangat dan dalam pada yang sama kami semua dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakan-rakan sekerja di pejabat. Sehingga aktiviti yang selanjutnya...
#anggunhouseboat
#hiking
#tasikkenyir
#santuariikankelah
#airterjunlasir
#waterfall
#terengganu
#airterjun
#kayak
#mandimanda
#adventure
#herbal
#tamanHerba

Пікірлер: 6

  • @travelatmalaysiawithazmils
    @travelatmalaysiawithazmils

    Beautiful place so relaxing

  • @user-jx7xm7iy8s
    @user-jx7xm7iy8s

    Brpa hari pergi

  • @matlehwakmat8792
    @matlehwakmat879221 күн бұрын

    boleh kongsi no tel nak book