Sweet Charity - Cinta Dan Cipta || Lirik Lagu

Музыка

#xtradc #rockkapak #rockjiwang #sweetcharity
Kumpulan Sweet Charity ialah sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada awal 70an oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Lewat 70-an Gitar) Joe Salim (Gitar), Wahid Warren (Bes), dan Rahman Sarbani (Dram).
Sweet Charity banyak mengadakan jerayawara di pesta ria di seluruh Singapura dalam tahun 70-an hingga 80-an. Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura. Kebanyakan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain-lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanah air. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu. Sweet Charity menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip. Sweet Charity juga terkenal dengan jerayawara mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star.
Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama, Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charity lalu menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity, sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun, yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996, mereka telah melakukan pertemuan semula atas nama Sweet Charity dengan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Sweet Charity tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah.
#Padah
#CintaDanCipta
#Peracun
#JanganRayuKuLagi
#Terpedaya
#DalamKenangan
#AngkaraIblisDanSyaitan
#MelodiUntukIna
#JanganLajuLaju
#Kedamaian
#liriklagu
#lagusendu
#lagulawas
#erarock80an

Пікірлер: 27

  • @matnordinishak
    @matnordinishakАй бұрын

    ❤...lagu yg berkonsepkan tranformasi diri kita.. terbaik..❤❤❤....selalu dgr bila bersendirian..sekian

  • @dohc82
    @dohc8220 күн бұрын

    2024 br tau kewujudan lagu ne..huhuhuhu...umoq 42 dh...

  • @muhamadzulkiflimdzain6711
    @muhamadzulkiflimdzain67112 жыл бұрын

    Terbaik Bro... terbaik Sweet charity... rock layan terus.....

  • @EBBY-wr6he
    @EBBY-wr6heАй бұрын

    2024

  • @Amir-ch1bc
    @Amir-ch1bc2 жыл бұрын

    Lagu2 lama sentiasa terpahat di hati .....rindu zaman2 rockers....

  • @zamrijosan6921
    @zamrijosan69216 ай бұрын

    LEGEND... 2023...LAYAN

  • @jatGTP
    @jatGTPАй бұрын

    Aku baru 5 tahun masa tu

  • @ibrahimmzain4639
    @ibrahimmzain46392 жыл бұрын

    Mantap..... i like.....

  • @ibrahimmzain4639
    @ibrahimmzain46392 жыл бұрын

    Teruslah kibarkan lagu2 slow rock malaya lewat technologi saat ini.salam sahabat untuk X-TRADC,saya dari NTB sumbawa indonesia Semoga X-TRADC jaya selalu amiin....

  • @x-tradc1664

    @x-tradc1664

    2 жыл бұрын

    Aamiin.. Trima kasih atas dukungannya sodara 👍🙏

  • @azreehassan1387
    @azreehassan1387Ай бұрын

    Di sebabkan bapakufm dj abg isma aku hadir ke sini,,,lagu lma ttap trbaik,,lagu baru skrg dh mcm sampah...

  • @addin9905

    @addin9905

    Ай бұрын

    Sama bro

  • @khozho9610
    @khozho96106 ай бұрын

    Suara zaiton semeon ke ini ...mmg mantap makcik zaiton ni..❤

  • @ijan79abdullah4

    @ijan79abdullah4

    5 ай бұрын

    Aa ye

  • @user-xd3dt8ml9f

    @user-xd3dt8ml9f

    4 ай бұрын

    ​@@ijan79abdullah4zaitun ibu pelakon datuk Adi Putra😊😊

  • @kingstudioinc.2799

    @kingstudioinc.2799

    14 күн бұрын

    Zaitun kassim la...satu²nya rockers wanita yg jadi vokalis SC88.

  • @hadihadi7174
    @hadihadi71746 ай бұрын

    Hadir

  • @BANGDITE
    @BANGDITE27 күн бұрын

    🥰🥰🥰🥰🤗👍

  • @sus9bandstudioentertainmen230
    @sus9bandstudioentertainmen2308 ай бұрын

    Tudiaa, baru jumpa lagu ni, tak salah sy vocalist ni nama zaiton

  • @user-xd3dt8ml9f

    @user-xd3dt8ml9f

    4 ай бұрын

    Zaitun ibu pelakon filem datuk Adi Putra

  • @Applemie

    @Applemie

    7 күн бұрын

    Zaiton kassim penyanyi wanita album tahun 1988

  • @OrgMiskinKetawa
    @OrgMiskinKetawa Жыл бұрын

    Sape vokal nie?

  • @mohdaswad2204

    @mohdaswad2204

    Жыл бұрын

    Zaiton

  • @matdausmatali9526

    @matdausmatali9526

    9 ай бұрын

    Zai K

  • @fauzijohari8251

    @fauzijohari8251

    6 ай бұрын

    zaiton kassim

  • @user-xd3dt8ml9f

    @user-xd3dt8ml9f

    3 ай бұрын

    ​@@fauzijohari8251zaitun ibu pelakon datuk Adi Putra

  • @kingstudioinc.2799

    @kingstudioinc.2799

    14 күн бұрын

    ​@@user-xd3dt8ml9fko ni pepandai je..mak ady putra nama noor banoo khan dah meninggal pun,...main sembur suke ati je nk komen

Келесі