Sidang Media 'REBRANDING' Naelofar 2020 Dengan Wajah Baharu Bersama Neelofa

Sidang Media 'REBRANDING' Naelofar 2020 Dengan Wajah Baharu Bersama Neelofa
___________________________________________________________________________________
#gonaelofar #Naelofar #neelofa #nokomen
NAELOFAR: PENJENAMAAN SEMULA DENGAN WAJAH BAHARU
USAHAWAN dan pengacara terkenal tanah air, Neelofa ingin terus mengaut keuntungan berlipat kali ganda sehingga mencecah RM100 juta dalam perniagaan tudungnya, Neelofar.
Jelas selebriti jelita berkenaan, sasaran angka keuntungan jualan itu seiring dengan penjenamaan semula dan penampilan wajah baharu Neelofar yang kini dikenali sebagai Naelofar.
Katanya, beliau turut merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan jenama miliknya itu di Setia City Mall, Shah Alam tidak lama lagi.
“Bersesuaian dengan wajah baharu Naelofar, saya yakin ia mampu meningkatkan lagi prestasi jualan ke angka yang lebih tinggi.
“Selain itu, berdasarkan rekod jualan tahun-tahun sebelum ini, saya pasti Naelofar mampu meraih jualan RM100 juta dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut bekas pengacara program bual bicara hiburan, MeleTop itu, idea penjenamaan semula Naelofar telah mengambil masa hampir setahun sejak Mac tahun lalu.
“Sebelum ini, Naelofar hanya menjual hijab mengikut permintaan pasaran kerana kami tidak mempunyai masa langsung untuk mendengar maklum balas daripada para pelanggan.
“Justeru, kami ambil kesempatan ini untuk menilai maklum balas yang diterima oleh semua pihak dan tampil dengan imej serta nuansa jenama yang baharu,” jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Neelofa berharap supaya imej baharu jenama tersebut dapat memberi inspirasi kepada semua golongan wanita.
“Saya tujukan khas buat semua wanita di luar sana yang berani melakukan sesuatu tanpa perlu menghiraukan cakap-cakap orang lain.
“Wanita yang menggayakan Naelofar adalah wanita yang berani, berfikiran terbuka dan mampu berdiri sebaris dengan kelompok wanita lain,” kata beliau.
Bagi mereka yang berminat ingin mendapatkan rekaan tudung terbaharu Naelofar, boleh mengunjungi beberapa cawangan di pusat beli-belah Isetan KLCC, Sogo dan cawangan mercu sedia ada di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
BACA ARTIKEL
| nokomen.com/naelofar-penjenamaan-semula-dengan-wajah-baharu/
________________________________________________________________
CEKIDAUD! SHARING IS CARING GUYS
________________________________________________________________
TRISIX MEDIA 360
| #trisixmedia360
| trisixmedia360.com
Instagram | trisixmedia360
Facebook | trisixmedia360
________________________________________________________________
TRISIXTYMY.COM
| #trisixtymy
| trisixtymy.com
Instagram | trisixtymy
Facebook | trisixtymy
________________________________________________________________
NOKOMEN.COM
BERITA TERKINI HIBURAN SENSASI
| #nokomen #nokomendotcom #beritaterkinihiburansensasi #bukanpublisiticumaberkongsi
| nokomen.com
Instagram | nokomendotcom
Facebook | nokomendotcom

Пікірлер: 16

  • @NacqrisKidz
    @NacqrisKidz4 жыл бұрын

    Business plan yang bagus.. pandang jauh ke depan..

  • @machomil
    @machomil4 жыл бұрын

    Neelofa sentiasa keluarkan idea idea yang briliant! 😄

  • @Lovebellbelle
    @Lovebellbelle4 жыл бұрын

    Thanks for sharing. Wajah baru, good move, hope she will go further.

  • @EscapeTravelMy

    @EscapeTravelMy

    4 жыл бұрын

    most welcome.. yeah hopefully, amin..

  • @norahashimnorahashim421
    @norahashimnorahashim4214 жыл бұрын

    Alhamdulillah.Aamiin. Congrated.always come with the brilliant idea.

  • @BroFramestone
    @BroFramestone4 жыл бұрын

    Jauh juga pandangan si Neelofa... Bagus buat rebranding jika nak tembus pasaran antarabangsa....

  • @EscapeTravelMy

    @EscapeTravelMy

    4 жыл бұрын

    betul sangat tu

  • @norahashimnorahashim421
    @norahashimnorahashim4214 жыл бұрын

    Kawin...bila Allah kata kun ya kun...jadi lah. Apa nk kecoh2.itu hak Allah.Doa kan ajer semuga di permudah kan urusan Lofa

  • @NuhaNawawi
    @NuhaNawawi4 жыл бұрын

    Biasa rebranding ni, bagus juga untuk pengenalan dan tumbesaran portfolio jenama Neelofa dan syarikatnya. 2020 ni semuanya baharu nampaknya kan

  • @EscapeTravelMy

    @EscapeTravelMy

    4 жыл бұрын

    setuju... rebranding perlu bagi mana2 jenama yang nak berkembang jauh mengikut peredaran masa :) thanks komen di nokomen

  • @samsamsudin3400
    @samsamsudin34004 жыл бұрын

    Assalamualikm....

  • @samsamsudin3400
    @samsamsudin34004 жыл бұрын

    Assalamualikm....

  • @EscapeTravelMy

    @EscapeTravelMy

    4 жыл бұрын

    Waalaikumussalam ...

  • @samsamsudin3400

    @samsamsudin3400

    4 жыл бұрын

    @@EscapeTravelMy ini lofa bkn

  • @EscapeTravelMy

    @EscapeTravelMy

    4 жыл бұрын

    @@samsamsudin3400 ya betul.. neelofa :)

  • @samsamsudin3400

    @samsamsudin3400

    4 жыл бұрын

    @@EscapeTravelMy masyaalloh luarbiasa kpan kita nikah yg jadi gk !!!!