RUMAH NORDIN AHMAD

#Channel20sen
*NOTA: RAKAMAN VIDEO INI DIBUAT SEBELUM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19
Sebuah rumah yang diberi nama 'Rumah Nordin Ahmad' telah diwujudkan di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar Selangor, adalah untuk mengenang dan menghargai bakat pelakon Melayu klasik Allahyarham Nordin Ahmad dalam industri perfileman tanah air.
Rumah kayu lama dua tingkat yang mempunyai dua bilik itu dikenali sebagai Rumah Ibu dipilih kerana dikatakan mempunyai ciri hampir sama dengan rumah asal pelakon itu.
Ia dibangunkan dengan kerjasama Kelab Filem dan Muzik Melayu dan pertubuhan Komuniti Rumah Kayu, Sungai Besar, Selangor.
Seniman Nordin Ahmad, anak kelahiran Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang, Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1929. Anak kedua daripada enam beradik ini dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana.
Difahamkan rumah asal Nordin Ahmad di Permatang Pasir itu sudah tiada lagi kerana dibeli oleh seseorang yang berminat untuk dijadikan rumah antik di tempat lain dan kini hanya tinggal tapaknya sahaja.
Komuniti di Selangor yang berbesar hati mewujudkan satu tempat sebagai mercu tanda yang boleh kita kenang siapa itu Nordin Ahmad.Kkewujudan rumah tersebut merupakan langkah tepat dalam menghargai seniman hebat seperti Nordin Ahmad.
kewujudan rumah itu secara tidak langsung dapat menaikkan serta memartabatkan kembali nama Nordin Ahmad.
Walaupun rumah ini dijadikan rumah inap desa, dan dalam usaha mendekatkan peminat dengan Nordin Ahmad pengunjung dapat bermalam atau tinggal di sini dengan kemudahan yang serba lengkap.
Ia Juga salah satu lagi produk pelancongan yang mampu menggamit orang luar datang ke desa yang terkenal dengan sawah padi dan pantai.
Menerusi kunjungan orang ramai ke Rumah Nordin Ahmad Secara tidak langsung pengunjung dapat mengenali dengan lebih dekat siapakah Seniman Nordin Ahmad itu.
Rumah ini turut dilengkapi maklumat dan potret daripada koleksi peribadi Nordin Ahmad. Terdapat kira-kira 80 koleksi gambar pelakon berkenaan yang rata-ratanya belum pernah dipertontonkan kepada umum.

Пікірлер: 667

  • @hidiralirazali1238
    @hidiralirazali12384 жыл бұрын

    Idea asal untuk menjenamakan salah sebuah rumah ibu di My Desa Stay, milik Komuniti Rumah Kayu ini hadir pada bulan Julai 2018 apabila saya dihubungi oleh pihak pemilik homestay yang berkonsepkan tokoh ini. Katanya subjek atau jenama Nordin Ahmad sangat dekat dihatinya untuk diabadikan sebagai label di salah sebuah rumah penginapan miliknya di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar, Selangor Selama sebulan saya menjalankan penyelidikan dan memilih bahan-bahan bergambar untuk dijadikan sebagai bahan pameran dan hiasan di rumah yang dinamakan sebagai Rumah Nordin Ahmad ini. Sebenarnya rumah ini bukanlah sama seperti rumah asal Nordin Ahmad yang terletak di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang, tetapi ianya sebagai salah satu bentuk simbolik untuk mengangkat dan menghargai sumbangan dan ketokohan Allahyarham Nordin Ahmad dalam dunia seni perfileman Melayu tanah air. Setelah semua proses menghiasi bahan pameran dalam rumah ini saya bersama pemilik homestay ini telah membuat temu janji bersama Datuk Rosyam Nor di pejabatnya di Setiawangsa bagi menjemput beliau sebagai perasmi Rumah Nordin Ahmad ini. Tanpa bercakap banyak, Datuk Rosyam Nor terus menyatakan kesudian untuk merasmikannya dan akhirnya tarikh 16 September 2018 telah dipilih sebagai hari majlis pelancarannya yang berlangsung secara gilang gemilang. Saya juga berjaya mendatangkan pihak keluarga Allahyarham Nordin Ahmad dari Pulau Pinang dan dua anaknya dari Singapura dalam majlis berkenaan. Untuk pengetahuan semua Rumah Nordin Ahmad ini juga telah menjadi pilihan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj untuk bersemayam selama 3 hari 3 malam dalam siri jelajah baginda ke daerah Sabak Bernam pada bulan September 2019.

  • @muhyiddinazahari5798

    @muhyiddinazahari5798

    4 жыл бұрын

    hidir ali razali usaha yang bagus tuan 👍🏻

  • @hidiralirazali1238

    @hidiralirazali1238

    4 жыл бұрын

    @@muhyiddinazahari5798 terima kasih tuan.

  • @hkma.j4022

    @hkma.j4022

    4 жыл бұрын

    Usaha yg cemerlang Tuan👍👍💪💪

  • @bung1976

    @bung1976

    4 жыл бұрын

    Sewa berapa RM satu malam? ada nombor yang boleh dihubungi untuk tempahan?

  • @kaksals6064

    @kaksals6064

    4 жыл бұрын

    Semoga dpt kberkatan ats stiap usaha tuan.bukn calang2 org yg dpt brjaya sperti tuan.

  • @izzat_izzudin7287
    @izzat_izzudin72878 ай бұрын

    Harap rumah kelahiran Nordin Ahmad dpt dibangunkan di tanah kelahirannya di Pulau Pinang bukannya di negeri lain

  • @user-xg6yk5bg6f

    @user-xg6yk5bg6f

    Ай бұрын

    Ye kampung asalnya Permatang Pasir...Sg Dua

  • @daviddava4849
    @daviddava48493 жыл бұрын

    Manalah boleh lupakan Seniman Abang Nordin Ahmad . Lakunan beliau best sekali Tak Boleh ditanding beliau mempuyai style trademark sendiri Dari segi cakap jalan dressing Lakunan Dan dia lah. Pahlawan Hang jebat di Hati saya sampai sekarang.Alfatiah 🤲🤲Minta maaf klu tersalah cakap.

  • @bungatelang8920
    @bungatelang89203 жыл бұрын

    Nordin Ahmad adalah hero Malaya yang paling saya mintai selepas P. Ramlee

  • @lolalofar69
    @lolalofar694 жыл бұрын

    Aku suka dgn lakonan arwah...arwah ni baik orangnya...manja...kalau berlakon mesti ada mengalir air mata. Suara lembut jer...semoga arwah tenang di sana...Al fatihah...

  • @kushairiroslei

    @kushairiroslei

    4 жыл бұрын

    Klu perempuan cair gn lelaki mcm nordin ahmad ni xpelik...zmn skg pelik2 yg disukanya..huhu

  • @lolalofar69

    @lolalofar69

    4 жыл бұрын

    Mata kail betul la arwah ni kalau berlakon cuba dengar suara dia lembut..manja..mesti arwah ni anak manja mak..sekarang hanya tinggal kenangan...

  • @matrock2786
    @matrock27864 жыл бұрын

    AL-FATIHAH..(Dibaca) Buat Nordin Ahmad (Allahyarham) Aamiin..

  • @abizar9312
    @abizar93124 жыл бұрын

    Saya penggemar Nordin Ahmad dari Riau Indonesia ...Nordin bintang yg berwatak ..hebat

  • @slotmenia6647
    @slotmenia66473 жыл бұрын

    bagi aku nordin ahmad ni lejen dalam jiwa aku sepatutnya dia dianugerahkan datuk atau gelaran yg sewajarnya tengok cerita “raden mas” arwah sgt hebat lakonan beliau..alfatihah buat allayarham

  • @DanielDaniel-hd5me

    @DanielDaniel-hd5me

    2 жыл бұрын

    Saya seorang India Dan amat setuju dgn Bro Slot beliau ada lah pelakon yang serba boleh .

  • @uncledan2u
    @uncledan2u2 жыл бұрын

    Nordin Ahmad adalah muka lelaki Melayu handsome.

  • @irwanofficial5669
    @irwanofficial56694 жыл бұрын

    Salam dari indonesia kalimantan Saya suka dgn semua film2 nordin ahmad dan p.ramlee ..actor best lah sepanjang sejarah..

  • @muhamadhanafisoldierside9650
    @muhamadhanafisoldierside96504 жыл бұрын

    sampai sekarang sy ingat lagi watak laksamana hang jebat yg dilakonkan oleh allahyarham nordin ahmad,watak pahlawan itu sangat2 menjadi & seperti sy melihat hang jebat sendiri,Alfatihah buat allahyarham nordin ahmad,semoga bersemadi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman,Aamiin.

  • @hidupmaju7069
    @hidupmaju7069 Жыл бұрын

    Nordin Ahmad seniman legenda. Saya salah seorang peminatnya. Bagus dan tahniah ada yang terus mengabadikan kisahnya . Semoga generasi muda akan terus mengenali beliau tokoh seniman malaya. Saya minat tgk beliau bersilat. Tangkas ye.😃😊

  • @charlesbronson1966
    @charlesbronson19662 жыл бұрын

    Ramai salah faham. Rumah ni bukan kepunyaan Nordin Ahmad tetapi dibina bersempena dgn ketokohannya dlm bidang seni dan utk memperingatinya.

  • @whitecallalily5857
    @whitecallalily58574 жыл бұрын

    Allahyarham Nordin Ahmad seorang pelakon watak hero gagah yg penyayang. Moga roh Allahyarham Nordin Ahmad ditempatkan bersama golongan beriman serta dicucuri Rahmat Allah SWT, Aamiin YaRabbal Aalamiin. Al-Fatihah💗

  • @alasr11
    @alasr114 жыл бұрын

    Lakonan arwah mantap. Menjiwai. Hidup wataknya. Tak ramai pelakon yang sehebat beliau. Bakat yang limited edition. Semoga arwah tenang di sana.

  • @hussainkassim7794
    @hussainkassim77944 жыл бұрын

    Al fatihah bt seniman allahyarham nordin Ahmad The best actor zaman tu

  • @iarinayusuff9590
    @iarinayusuff95902 жыл бұрын

    Sy peminat Nordin Ahmad ..Al fatihah untuk Allahyarham .semoga rohnya dicucuri rahmat .Sentiasa dihati sy.Aaminn.

  • @tauhidmuhd8168
    @tauhidmuhd81684 жыл бұрын

    Saya tahu dimana pusara Allahyarham Nordin Ahmad yang disemadikan di Tanah Perkuburan abadi, Singapura. Dijaga rapi. Al Fatihah

  • @aishah4992

    @aishah4992

    4 жыл бұрын

    Lh kat Singapore ke

  • @Aduhh33165

    @Aduhh33165

    4 жыл бұрын

    @@aishah4992 adik dgr info dlm vid. ini.. disemadikan di 🇸🇬...

  • @aishah4992

    @aishah4992

    4 жыл бұрын

    @@Aduhh33165 ok

  • @slanisa2529

    @slanisa2529

    4 жыл бұрын

    Aku mati hidup ingatkan kubur arwah ni kat Malaysia ni..

  • @shahsharriy6362

    @shahsharriy6362

    4 жыл бұрын

    Nordin ahmad telah menjadi warga singapura ye...

  • @razaliabdulaziz1855
    @razaliabdulaziz18553 жыл бұрын

    Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di Singapura, semasa hidup nya menetap di kampung Bedok laut singapura. ,walau bagaimana pun Allahyarham di lahirkan di Malaya( Malaysia)

  • @syukorsalleh1826

    @syukorsalleh1826

    3 жыл бұрын

    Arwah berasal dari kg pengkalan tambang,permatang pasir,parlimen Permatang pauh pulau pinang.

  • @mmmbileit9876

    @mmmbileit9876

    3 жыл бұрын

    @@syukorsalleh1826 Salam. Tapi dia dah jadi orang Singapore cuma melahirkan saja... Kan kubur nya Di singapura....

  • @husnihamid6031

    @husnihamid6031

    2 жыл бұрын

    Allahyarham ada berapa org ank?

  • @faddhiyahumaira2939
    @faddhiyahumaira29394 жыл бұрын

    Aku minat sgt dgn arwah Nordin Ahmad....lakonannye..rupa wajahnye....hensem.....berkarekter...andainye arwah masih hidup hari nie, bergandingan dgn pelokon skrg...perrgghh Rosyam Nor seiras beliau....😍

  • @sudirmanusman9250
    @sudirmanusman92503 жыл бұрын

    Saye dari Batam Melayu Indonesia saye suke semue film alyarham Nurdin Ahmad..

  • @danielneo5771

    @danielneo5771

    3 жыл бұрын

    Wow.. Tak sangka cerita klasik dari Malaysia pun sampai ke Indonesia ya....🇮🇩🇲🇾😊

  • @piscesaurora09

    @piscesaurora09

    2 жыл бұрын

    @@danielneo5771 batam tu dalam peta di bawah singapore. Dalam kepulauan riau.

  • @Hellibra

    @Hellibra

    2 жыл бұрын

    @@danielneo5771 Batam dekat jer dgn SG dan Johor yob.

  • @danielneo5771

    @danielneo5771

    2 жыл бұрын

    @@Hellibra oh... Hehe

  • @shasha14779
    @shasha147794 жыл бұрын

    Kesian nordin ahmad usia muda dh pergi semua dh di takdir kn allah swt .ajal maut tidak kira tua atau muda. dlm perut mak kita .kita di lahirkan semua dah tertulis kita punya mati . Al fahihah kepada nordin ahmad semoga rohnya dicucuri rahmat

  • @zakariaawang9240
    @zakariaawang92402 жыл бұрын

    Dialog yg sukar dilupakan dlm Filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah".

  • @parthibanpakresamy8587
    @parthibanpakresamy85873 жыл бұрын

    Nordin Ahmad is a legend....! Mutiara yg sukar dicari ganti.

  • @abubakaratan3943
    @abubakaratan39434 жыл бұрын

    Lakonan arwah tk prnah mngecewakn. Smoga roh arwah d rahmati Allah😢

  • @andyandy1716
    @andyandy17164 жыл бұрын

    Lakonan arwah mmg hebat..Aku tengok rosham nor jew yg brlakon ade jns ckup menjiwai watak sprti arwah..

  • @norihanismail7850
    @norihanismail78504 жыл бұрын

    Sy sngat meminati aruah nordin ahmat..lakonan nye mamtap.penuh romentik dn airmata..brwajah kacak..smoga aruah tenang d sana..al fatihah

  • @NorHayati-ik2cw
    @NorHayati-ik2cw10 ай бұрын

    Saya sangat meminati arwah hebat sejati lakunannye asli ❤alfatihah

  • @zuraidahkassim1359
    @zuraidahkassim13594 жыл бұрын

    Arvvah Nordin Ahmad adalah salah satu pelakon yang berkaliber dan gentleman. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas beliau.

  • @aznilzulkipli2214
    @aznilzulkipli22143 жыл бұрын

    allahyarham ni mirip rosham noor aku tengok

  • @mohammadazharbasri9881
    @mohammadazharbasri98814 жыл бұрын

    Terkesan bila tgok filem melayu lakonan aruah Nordin Ahmad..sri mersing..filem melayu lagenda..

  • @kaksals6064
    @kaksals60644 жыл бұрын

    Sgt2 mnyentuh hati apabila org mnghargai seni Melayu. Moga mndpt kberkatan segala usaha.

  • @zitaabdullah9665
    @zitaabdullah96653 жыл бұрын

    Alfatihah d baca..semoga Allahyarham ayahanda Nordin Ahmad d ampunkn dosa2nya Dan d tmptkn arwah d tmpt paling mulia d sisiNya Aamminn YaRob...seorang lagenda yg hebat ...h.some..cerita Hang Tuah sebuah filem hebat lakonan arwah...

  • @titietuba8631
    @titietuba86312 жыл бұрын

    Semoga roh2nya di cucuri rahmat Aamiin.😭😭😭😭💖💖💖💖

  • @sallehderan

    @sallehderan

    2 жыл бұрын

    AAMIIN

  • @mrmuhdhil
    @mrmuhdhil4 жыл бұрын

    Banyak2 filem yg dia berlakon filem Hang Jebat & watak Jebat yg dia bawa paling terkesan dlm hidup aku & smpai sekarang segar di ingatan aku dialog watak yg dibawa beliau “Jangan sembah aku, aku tidak mahu di sembah dan aku bukan tuhan tp apa yg aku mahu Keadilan Keadilan Keadilan” wlau pon aku tidak lahir lg diawal penyiaran filem itu & arwah bapa ku juga sungguh minat dgn watak jebat yg dibawa oleh arwahyarham Nordin Ahmad.Bg aku bnyk2 pelakon yg bawak watak jebat dlm pelbagai siri filem Tuah, Watak jebat oleh arwah Nordin Ahmad lah yg paling terkesan jika dilihat cara,gaya lakonan & dialog yg beliau smpaikn.

  • @saifuddinsaifuddin3625

    @saifuddinsaifuddin3625

    4 жыл бұрын

    Filem HANG JEBAT adalah Filem yg mendahului zamannya, seperti juga filem filem P.Ramlee di Studio Jalan Ampas. Pd sy Nordin Ahmad berhak mendapat Best Actor Award bg watak Hang Jebat dlama filem ini. Hussain Hanif jugak patut mendapat BEST DIRECTOR AWARD UTK FILEM INI. Syabas terutama kepada Pengarah Hebat Hussain Hanif yg dilupakan oleh peminat Filem Melayu. PS saudara Hussain Hanif adalah suami kepada seniwati Fatimah Ahmad.

  • @Skull7727
    @Skull77274 жыл бұрын

    Kita selalu sentimental ingat sejarah tp kita terlupa bahawa kita pun akan jadi sejarah di masa hadapan...dunia dan masa akan terus berpusing dan berpusing tanpa belas kasihan sampai satu waktu yg ditetapkan.

  • @echaali1248
    @echaali12484 жыл бұрын

    Sebut saja nama Allahyarham Nordin Ahmad terfikir pula pada Hang Jebat....Al Fatihah.Semoga roh nya dicucuri Rahmat Allah.

  • @norinshah1206
    @norinshah12063 жыл бұрын

    Al-Fatihah buat Nordin Ahmad ..moga roh nya tenang d sana... Amin...saya peminat setia pada Nordin Ahmad...cantik nya rumrah dan suasana nya..nyaman selesa.

  • @muttergebet9932
    @muttergebet99324 жыл бұрын

    Sgt minat arwah nie.. Hebat lakonan arwah dlu2..

  • @faaeztaslim6158
    @faaeztaslim61584 жыл бұрын

    Lakonan film Hang Jebat paling Champion 👍👍👍

  • @oppouser619
    @oppouser6193 жыл бұрын

    cantik rumah ni, penuh seni bina melayu

  • @hazwanikamal8708
    @hazwanikamal87084 жыл бұрын

    Arwah lah... Satu-satu pelakun Melayu JiWA ORANG SILAT. yang hamba minati sungguh. Arwah pendekar Melayu ibarat " DATANG TAK DI UNDANG PERGI TAK DI HALANG " AL -FATIHAH buat ARWAH.

  • @ghxf3562
    @ghxf35624 жыл бұрын

    Diantara 10 aktor2 terbaik melayu yg pernah dilahirkan dpd utara tanahair kita..

  • @gabrielmuse7879
    @gabrielmuse78794 жыл бұрын

    Nordin Ahmad hebat dgn watak Jebat dn filem sri mersing

  • @kakg2124
    @kakg21244 жыл бұрын

    Masa saya kecik2 dulu suka tengok filem lakonan Nordin Ahmad. Bebeno lakonannya. Buat kita nangis tengok ceritanya..

  • @zsalwiqoyahchannel1636
    @zsalwiqoyahchannel16362 жыл бұрын

    Suka tgok filem2 arwah nordin ahmad ni, Best.

  • @baharullahadam8033
    @baharullahadam80333 жыл бұрын

    Dagang Pak Malau dagang bertempat...dagang hamba muzafir layu.....raja yg adil akan ku sembah...raja Yang kejam...akan disangkah ...ciiiis jebat...kau derhaka....nampaknya hujan ditengah Hari...menurut langkah pendekar...rasa sudah sampai ajal ku..tuai padi antara masak...esok jangan layu22 wan..entai kami antara nampak...esok jangan rindu22wan...hebat lakonan nordin dalam menjiwai watak panglima

  • @adhas9541
    @adhas95412 жыл бұрын

    LAGENDA Seniman Tersohor : NORDIN AHMAD. LAKONAN NYA amat hebat & memukau penonton d Filem2 Klasik.. era 50-an.. - AL - FATIHAH

  • @bakribakar45
    @bakribakar454 жыл бұрын

    Tengok cerite Raden Mas........ Nordin Ahmad gaya nya mcm betol2 panglima gagah... Saya suka dgn watak die dlm filem itu.

  • @silverbells4732
    @silverbells47323 жыл бұрын

    sesebuah rumah w/pun sdh usang akan ttp kelihatan cantik jika kemas dan bersih....krn itulah kebersihan dimartabatkan separuh drpd keimanan....

  • @Abc-qi8xk
    @Abc-qi8xk3 жыл бұрын

    al Fatihah dan salam takziah buat arwah abang Nordin Ahmad semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan beramal solih amin amin amin

  • @megathalik2858

    @megathalik2858

    3 жыл бұрын

    Sepatut nya d permatang pauh , rumah kenangan itu.

  • @hafizahmohdrawi5057
    @hafizahmohdrawi50573 жыл бұрын

    Rumah seniman arwah Nordin Ahmad di Sg Besar Selangor...watak hero masa tahun 60..70an dulu....dia pelakon disukai ramai tika zaman nya...hanya rumah asal tmpt dia dilahirkan bagi tujuan pengunjung yg dtg ke Big River in Selangor....bye

  • @mimi-xf2zi
    @mimi-xf2zi2 жыл бұрын

    pelakon yang sangat terbaik

  • @poziahothman4335
    @poziahothman43354 жыл бұрын

    Semuga arwah ditempatkan digolongan hamba2mu yg beriman 😔 Al fatihah 😥

  • @sufyanbs
    @sufyanbs4 жыл бұрын

    Waktu Allahyarham di Singapura beliau tinggal di kampung Bedok, lebih tepatnya di Bedok Laut bersama-sama isterinya Salmah Ibrahim atau yang lebih dikenali dengan panggilan Salmah Black. Allahyarham memang orangnya peramah dan ceria dan beliau sering mengunjung kedai runcit Allahyarham datuk saya di kampung itu.

  • @lunastarr1925

    @lunastarr1925

    4 жыл бұрын

    Trm ksh berkongsi sdkt cebisan memori arwah.... Arwah tutur kata beliau sngh tersusun dan seorg ahli bahasa melayu yg tdk blh dilupakan. Zaman seniwati yg tdk ada botox... Al fathihah kpd semua seniman dan seniwati yg tlh meninggalkan kita.....

  • @eenahsalinah8221

    @eenahsalinah8221

    4 жыл бұрын

    Keluarga saya sewa dirumahnya di bedok jln gereja hinggalah smp hari pemergian nye..masa tu umur saya dlm 6 tahun..dan kami msh sewa disana hingga beberapa tahun lg.. Alfatihah utk arwah cik Nordin Ahmad dan juga ibu Salmah Ibrahim..😥

  • @chubbyjali
    @chubbyjali Жыл бұрын

    Oh…saya ingatkan rumah ni di Penang tempat lahir arwah Nordin Ahmad.

  • @deedet4034
    @deedet40344 жыл бұрын

    Suka lagu gurindam jiwa.. Alfatihah.smg berada dlm klgn beriman.amin

  • @Aduhh33165

    @Aduhh33165

    4 жыл бұрын

    Mmg baik lagu tu..mcam real kn dy nyanyi...? bkn arwah tpi R. Ismail dn Allahyarhamah Datin Rafeah Buang...

  • @ZaliHassanGC
    @ZaliHassanGC4 жыл бұрын

    Al Fatehah pada Arwah Tok Jang Din.. teringat rumah lama tok Nek (Rumah Asal Ibu Nordin Ahmad) di Kg. Kota, Pematang Pasir. Terlalu banyak nostalgia kat rumah tu masa kecik2 dulu..

  • @nursyilaothman5089

    @nursyilaothman5089

    4 жыл бұрын

    banyak sangat kenangan kat rumah lama tik nek...mana sama dengan yg baru ni...jauh sangat berbeza...🙁

  • @remrh8104

    @remrh8104

    4 жыл бұрын

    En zali ni ada sangkut paut dng arwah nordin ahmad ke...citer laa sikit apa yang menarik..

  • @ZaliHassanGC

    @ZaliHassanGC

    4 жыл бұрын

    @@remrh8104 Dengan arwah Nordin Ahmad (Tok Jang Din) saya tak ada apa kenangan cuma sejak kecik bila ada filem lama ditayangkan ibu saya akan bercerita siapa beliau hubungan dengan keluarga saya.. Arwah Ayah saya ada hubungan keluarga yg rapat dengan Nordin Ahmad.. Pernah dulu saya bersama keluarga kunjungi semasa Hari Raya Aidilfitri ke rumah Kakak, abang dan adik Nordin Ahmad dan saya buat video.. Rumah asal Ibu Nordin Ahmad bersebelahan dengan rumah tok saya di Kg. Kota, Permatang Pasir. Bawah rumah tersebut adalah tempat permainan dengan sepupu sepapat saya yg tinggal di sana dulu..

  • @taba2067

    @taba2067

    4 жыл бұрын

    @@ZaliHassanGC arwah dia ada waris tak anak dia...kmg kota di sbrg prai belah mana tu utara ke selatan

  • @ZaliHassanGC

    @ZaliHassanGC

    4 жыл бұрын

    @@taba2067 setahu saya arwah tak ada anak..anak angkat saja.. kg. kota, permatang pasir, Permatang Pauh.. berhampiran gerai Mee Udang Bawah Jambatan.

  • @ummiramli6554
    @ummiramli65544 жыл бұрын

    Suka tengok rumah kampung begini.

  • @azizahosman1244
    @azizahosman12444 жыл бұрын

    rumah arwah nordin ahmad dan arwah isteri salmah dikampong jalan greja disingapura pelakon arwah malek selamat di jalan kathi tak jauh antara satu sama lain

  • @himobil346
    @himobil3464 жыл бұрын

    Cantiknya rumah kampung penuh tradisionl i like it😍

  • @dnkasorga827
    @dnkasorga8273 жыл бұрын

    MashaALLAH Cntiknya..bole dijadikan tmpt wisata...

  • @sadariahdahalan9190
    @sadariahdahalan919010 ай бұрын

    AL FATIHAH UNTUK ARWAH NORDIN AHMAD 🤲

  • @EddykitEddykit
    @EddykitEddykit4 жыл бұрын

    Terbaik....penerangan yg mantap tentang pelakon bernama nordin ahmad...terus kn usaha terbaik anda semoga anak muda sekarang dapat memgenali pelakon2 yg terdahulu...syabas sahabat terbaikkkk.

  • @shahsharriy6362
    @shahsharriy63624 жыл бұрын

    Zaman dulu dulu artis artis berpusat disingapura...bila singapura disingkirkan dari malaysia maka ramai juga artis kita yang terus menetap disingapura dan terus menjadi rakyat singapura hingga ke sekarang...semasa singapura disingkirkan dari malaysia dulu pada 1965..periseden pertama ialah orang melayu yang asal orang perak ditaiping..bila beliau meninggal dunia pada tahun 1970 bermulalah tekanan hidup orang melayu...ramai orang melayu singapura telah berhijrah ke johor,melaka dan lain lain negeri dimalaysia..dulu melayu banyak juga disingapura tak salah sayalah sehingga 35% sekarang cuma 14% sahaja...ramai telah berhijrah kemalaysia...melayu singapura amat dihargai dari segi sejarah singapura...dari segi ekonomi,perdagangan kesenangan wang kebanyakan dipegang oleh kaum cina..ini pada pandangan saya ya....dan atas faktar sejarah....

  • @redangisland811
    @redangisland8114 жыл бұрын

    Sebak dengar dialog terakhir seniman Nordin Ahmad dlm filem seri mersing tu mcm mana dia menghayati watak tersebut betul betul meresap didalam jiwa kita yg penonton,ni,,,

  • @sidekendut5472

    @sidekendut5472

    4 жыл бұрын

    Semuga Allah rahmat buat nya.Al.fatihah.

  • @nzblimit5855
    @nzblimit58554 жыл бұрын

    Alhamdulillah Ada juga di dikenang...alfatihah

  • @nizzhoneyza9054
    @nizzhoneyza90544 жыл бұрын

    Sangat sangat minat kepada beliau.. Semoga roh beliau bersama2 dgn org2 beriman.. Idea yg Sgt bernas Dan baik.. Utk jenerasi akan dtg dpt kenali Dan ingat beliau.. Tq

  • @difanart3702
    @difanart37024 жыл бұрын

    Alhamdulillah masih ada yg meningatkan arwah Nordin Ahmad kita sama2 mendoakan buat arwah kami di singapura senang menonton filem2 arwah Al-FATIHAH

  • @mertianasuyanti1257
    @mertianasuyanti12574 жыл бұрын

    Ya allah ya robb semoga hamba2 mu diberikan kesehatan panjang umur dan rejeki agar bisa buat rumah seperti ini amin

  • @kishuinupower9163
    @kishuinupower91634 жыл бұрын

    Banyak kenangan seniman nordin ahmad...my fav

  • @kucingutan1985
    @kucingutan19854 жыл бұрын

    terbaik tuan channel 20 sen. jasa tuan sgt dihargai

  • @marsi5186
    @marsi51864 жыл бұрын

    Sangat menarik. Sekurang kurang nya Seniman tetap di ingati. Al Fateha ,Semoga Roh nya dicucuri Rahmat bersama orang2 yg beriman.

  • @norehanlong1451
    @norehanlong14514 жыл бұрын

    Saya pun sangat minat dgn lakonan arwah yg sangat baik.

  • @mamacikvlog7406
    @mamacikvlog74063 жыл бұрын

    Cantil betul rmhnya...

  • @haslawatiatib2416
    @haslawatiatib24164 жыл бұрын

    Yg tau Arwah Nordin Ahmad org Penang. Agaknya tuan rumah ni peminat arwah

  • @selamatkitan9432
    @selamatkitan94324 жыл бұрын

    Saya minat dgn lakonan arwah nordin ahmad alfateha buat arwah.

  • @sharulrizal3595
    @sharulrizal35954 жыл бұрын

    Lewatnye buh lam KZread..trbaikk

  • @abubb1132
    @abubb11322 жыл бұрын

    Pada pendapat saya pendawaian yg sesuai utk rmh tersebuat adalah pendawaian permukaan atau " surface wiring " kerana lebih menampakkan keasliannya ..Alfatehah buat almarhum Noordin Ahmad.

  • @JuL13_T
    @JuL13_T4 жыл бұрын

    Terima Kasih diatas inisiatif anda untuk menjejaki kisah silam pelakun-pelakun legenda Melayu. Saya akan pergi melawat tempat-tempat yang anda telah kongsikan di dalam Channal 20 sen. Saya memang minat dengan kesah-kesah lama zaman keMelayuan

  • @norman228
    @norman2282 жыл бұрын

    Saya anak menakan dua papat beliau.....salam dari bukit mertajam.

  • @ami9735

    @ami9735

    2 жыл бұрын

    Anak sapa.. Anak pak tam side ka...

  • @norman228

    @norman228

    2 жыл бұрын

    @@ami9735 anak saudara arwah pak tam sidek.

  • @ami9735

    @ami9735

    2 жыл бұрын

    @@norman228 owhhhh..... Sy org kampung situ...

  • @norman228

    @norman228

    2 жыл бұрын

    @@ami9735 saya dok bandar perda aje. Baik dengan arwah Pak Tam Sidek.....jadi macam kawan.

  • @shamliza7055

    @shamliza7055

    10 ай бұрын

    Ayh sy pun ank menakan Nordin Ahmad..ayh sy panggil kt Nordin Ahmad dgn panggilan Pak lang..adk Nordin Ahmad pnh la skali je tgok..tu pun ms budak2

  • @damakamin157
    @damakamin1574 жыл бұрын

    Rumah begini susah nak jumpa sekarang..sungguh nostalgia..Al Fatihah

  • @norazlanorsyafika3880

    @norazlanorsyafika3880

    4 жыл бұрын

    Kat sulewesi ( khusus sulawesi selatan)la klu nak jumpa rumah cam tuh (banyak sangat )

  • @ariffinyusof7507
    @ariffinyusof75074 жыл бұрын

    tahniah atas usaha murni ini.

  • @razisharif1668
    @razisharif16684 жыл бұрын

    Cantim reka bentuk rumah ni..

  • @tgkmhdtaib
    @tgkmhdtaib4 жыл бұрын

    Sejarah sangat menarik sebenarnya.. saya blm lagi lahir tapi dengan adanya kenangan2 saya boleh tengok kat youtube abe.. 👍👍

  • @kilahikal1404
    @kilahikal14044 жыл бұрын

    Hebat seniman noordin ahmad

  • @prang2887
    @prang28874 жыл бұрын

    Terbaik pembuat video ni

  • @emkaypee9904
    @emkaypee99044 жыл бұрын

    Antara hero kegemaran saya selepas p. Ramlee. Kalau ikut kampung asalnya pun banyak sawah padi.. Sesuai lah lokasinya walaupun bukan di permatang pasir bm (dekat kampung saya jugak)

  • @JunedAbdichannel
    @JunedAbdichannel4 жыл бұрын

    Rumah Nordin Ahmad Mg ber jaya

  • @bakribakar45
    @bakribakar454 жыл бұрын

    Nordin Ahmad pelakon kebangaan saya.

  • @orennobilis6299
    @orennobilis62994 жыл бұрын

    Nordin Ahmad x Latifah Omar, Pasangan sejoli filem klasik melayu. Alfatihah

  • @adimsic5430
    @adimsic54304 жыл бұрын

    Padu....

  • @aad8513
    @aad85134 жыл бұрын

    Cantik rumah ni

  • @othmanlatiff8984
    @othmanlatiff89844 жыл бұрын

    Suara latar nya bagus.jelas & tak kelam kabut👍

  • @syirapashahafiz6192
    @syirapashahafiz61922 жыл бұрын

    Sungai besar😅, kampung ku, pasal umh ni aku pulak tak tahu😅.. jarang nk masok cilok2 umh kampung org😅

  • @tialampuasa6065
    @tialampuasa60654 жыл бұрын

    Terima kasih.

  • @gagakhitam8518
    @gagakhitam85184 жыл бұрын

    Seniman yg berbakat besar..

  • @halimahlifeleisurerecipes
    @halimahlifeleisurerecipes4 жыл бұрын

    suka tengok bentuk rumah lama

  • @rusniahahmad9521
    @rusniahahmad95214 жыл бұрын

    Cantik rumahnya...

  • @abdullahdamang5945
    @abdullahdamang59454 жыл бұрын

    AL-FATIHAH....buat arwah nordin ahmad