RETROSPEKTIF : SERUAN SUCHI (1965)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, FINAS mempersembahkan program Retrospektif Sinema dengan tayangan eksklusif Dokumentari klasik SERUAN SUCHI (1965) mengisahkan tentang ibadah haji yang dilaksanakan pada tahun 1965. Seramai 5 ribu jemaah haji Malaysia berangkat menunaikan ibadah haji pada tahun ini antaranya termasuklah SPB YDP Agong Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail dan Raja Permaisuri Agong. Upacara keberangkatan SPB YDPA diadakan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sambil diiringi oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Ketibaan SPB YDPA disambut meriah oleh DYMM Al-Malik Faisal Al-Saud, Raja Arab Saudi diiringi ketua perwakilan asing dan penuntut-penuntut Malaysia di Arab Saudi. SPB YDPA merupakan Raja pertama yang membuat kunjungan rasmi ke Tanah Suci sejak dari Kerajaan Melayu Melaka 500 tahun yang lalu. SPB YDPA turut diberi penghormatan dengan melangsungkan istiadat membersih Kaabah diiringi Al-Malik Faisal. Turut di rakamkan adalah rukun-rukun dan wajib haji seperti wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar, tawaf, sa’ie dan bercukur.
Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘SERUAN SUCHI (1965)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment
● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.
● Tayangan Filem 'SERUAN SUCHI (1965)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**
● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Пікірлер: 351

  • @gusalaman1119
    @gusalaman11192 жыл бұрын

    Rasa tgk org buat haji zaman dulu. Patutlah org dulu kalau pegi buat haji pasti akan merindui kerana keadaannya sama dgn zaman Nabi SAW.

  • @ahmadali-lb4gg
    @ahmadali-lb4gg2 жыл бұрын

    Almarhum sentiasa memakai pakaian baju Melayu utk majlis resmi. TQ FINAS.

  • @sitirohayubtmariokpm-guru3396
    @sitirohayubtmariokpm-guru33962 жыл бұрын

    Arwah bapa saya menunaikan haji sekitar tahun 1968-1969.. ketika itu saya belum dilahirkan. usianya ketika itu sekitar awal 40-an ketika itu. Dia pergi bersama Arwah dato & nenek saya. Saya hanya mendengar ceritanya sahaja apabila saya meningkat dewasa. Dia bertolak dari Port Swetenham kalau tak silap saya. Gigihnya org dahulu menunaikan haji. Alhamdulillah, tahun 2000... ayah saya berkesempatan menunaikan umrah dalam suasana yang sangat2 berbeza dgn suasana Makkah Madinah ketika beliau menunaikan haji. Syukur... KREDIT UNTUK FINAS ATAS PERKONGSIAN... TERBAIK...

  • @casthury12

    @casthury12

    Жыл бұрын

    Port Swetenham… dr penang tu….

  • @adnanahmad2408
    @adnanahmad24082 жыл бұрын

    Subhanallah, sungguh terharu saya & keluarga apabila terlihat arwah ayah juga berada dlm filem tersebut, berjabat salam dgn yg diPertuan Agung, semoga arwah ayah & orang2 yg kita sayangi yg telah pergi meninggalkan kita bersama-sama org yg soleh..Alfatihah..

  • @tidra4079

    @tidra4079

    2 жыл бұрын

    What do you mean by writing "Al Fatihah"?

  • @syukran_com

    @syukran_com

    Жыл бұрын

    Boleh tahu siapa arwah ayah tuan. Boleh letak minit keberapa dia bersalaman?

  • @botayh
    @botayh2 жыл бұрын

    هذه وثيقة تاريخية اكثر من رائعة تدل على وحدة الامة الاسلامية وتالف القلوب وهذا من اهم خصائص فريضة الحج والحمد لله على ذلك وفضل الله عظيم وراينا ملوكنا الذين رحلو عنا وندعو لهم بالمغفرة ونحن بالطريق سائرون الى جنات النعيم معهم ان شاء الله تعالى.

  • @matchoerun6286
    @matchoerun628610 ай бұрын

    Wow!!! How amazing this documentary video.... The video looks so informative, and it's useful for us today. Nice documentary film, a brief insight about Malaysian Hajj pilgrims of decades ago. May Almighty Allah blesses and rewards them..... Also invites us.

  • @knowledgechannel750
    @knowledgechannel7502 жыл бұрын

    Watching from Kerala, India

  • @mohamadaiyadbinramlikpm-gu4292
    @mohamadaiyadbinramlikpm-gu42922 жыл бұрын

    Allahu, untung siapa yang ada ibu ayah sanak saudara yang terakam di dalam video ni, jadi kenangan yang bermakna, zaman ni kamera pun takde mampu nak beli, apatah lagi jenis video macam ni, terbaik FINAS mngembalikan nostalgia

  • @FinasMalaysiaMY

    @FinasMalaysiaMY

    Жыл бұрын

    😍

  • @yusoffmdsalleh
    @yusoffmdsalleh2 жыл бұрын

    saya masih ingat lagi Raja Saudi Al Malik Faisal ....baginda pernah datang lawat Malaysia pada tahun 60'an.......tapi sedih kerana baginda terkorban di tangan putera saudara nya sendiri dalam satu plot rampasan kuasa keluarga di raja Saudi di Aristana i tahun 80'an

  • @harryhariz9322

    @harryhariz9322

    2 жыл бұрын

    Bukan tahun 1980an tapi 1975

  • @omarwahab9175

    @omarwahab9175

    2 жыл бұрын

    Beliau adalah raja yg berjiwa Islam yg sebenar berbanding dgn Raja2 sebelum dan selepasnya..yg pro kpd Amerika...tp syg oleh kerana sikap yg tegas dlm agama beliau terpaksa dijatuhkan saudaranya yg lain..mgkin diatas desakan Amerika dan Yahudi.

  • @muhammadnajmi2460

    @muhammadnajmi2460

    2 жыл бұрын

    Ada cerita dia dikatakan diracun

  • @sabertornado786

    @sabertornado786

    2 жыл бұрын

    Watch 24:53 the Malaysia king was rude

  • @RoyMcAvoy

    @RoyMcAvoy

    Жыл бұрын

    ​@@sabertornado786 that's not rude, that's sunnah.

  • @fa_ezz8345
    @fa_ezz83452 жыл бұрын

    Allahu Akbar....ini pergambaran perjalanan jemaah Haji Malaysia dulu2,kualiti berwarna.Dokumentari Haji bersejarah khas utk umat Islam di Malaysia.

  • @herryeffendi6331
    @herryeffendi63312 жыл бұрын

    Ya Allah..berikan kesempatan dan kecukupan padaku dan keturunanku untuk menunaikan haji suatu masa nanti..aminnn ya rabb

  • @kabeerqwt3089

    @kabeerqwt3089

    2 жыл бұрын

    മാഷാ അല്ലാഹ്

  • @herryeffendi6331

    @herryeffendi6331

    2 жыл бұрын

    @@kabeerqwt3089 MasyAllah...bahasa apo nih??

  • @NMad-kp2bu

    @NMad-kp2bu

    2 жыл бұрын

    @@herryeffendi6331 bahasa Malayalam

  • @civic2009h

    @civic2009h

    2 ай бұрын

    Aamiin...

  • @awaishussain3129
    @awaishussain31299 ай бұрын

    Very impressive video, May Allah bless our homeland Makkah and Madina and maintain Rukun Islam. Labaik Allahum Labaik. Regards, from Pakistan

  • @zilaazmi2736
    @zilaazmi27364 ай бұрын

    Subhanallah....untung dpt tgk Cara org dulu pegi haji.

  • @izur71
    @izur712 жыл бұрын

    Mashaallah...Satu dokumentri yang mengingatkan Moyang ku berangkat ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1965 dgn kapal haji...Tapi lepas tu Dia tak balik sebab meninggal sewaktu menunaikan Haji 😢 Al-Fateha...

  • @tidra4079

    @tidra4079

    2 жыл бұрын

    What do you mean by writing "Al Fatihah"?

  • @uoz-gr1vc

    @uoz-gr1vc

    Жыл бұрын

    Innalilahiwainnalillahirojiun (Al-Fatihah) untuk arwah moyang awak yang berada di bumi mulia , semoga Allah mencucuri rahmat dan semoga rohnya bersama para-para solehin .

  • @izur71

    @izur71

    Жыл бұрын

    @@uoz-gr1vc Amin Ya Allah

  • @uoz-gr1vc

    @uoz-gr1vc

    Жыл бұрын

    @@izur71 Aamiin Allahumma Aamiin

  • @uoz-gr1vc

    @uoz-gr1vc

    Жыл бұрын

    @@tidra4079 Al-Fatihah itu ibu surah di dalam Al-Quran,dan Surah Al-Fatihah juga umat islam memberikan kepada orang yang telah meninggal dunia untuk meminta keampunan mereka ketika hidup dahulu.

  • @oamr8013
    @oamr80132 жыл бұрын

    ذكريات الماضي الجميل رحم الله الأموات وبارك في الأحياء دمعت عيوني عندما تذكرت بساطه الماضي وصعوبة الحاضر

  • @mdsayutisalleh5807
    @mdsayutisalleh58072 жыл бұрын

    Masa ni aku berusia 5 tahun, masyallah begitu banyak perubahan persekitaran dan jemaah haji di kesempatan aku mengunjungi 2006

  • @nurdinnurdin7617
    @nurdinnurdin76172 жыл бұрын

    Allahumma Yassir Lana ziaratha Makkah wal Madinah bibarakati sayyidina Muhammadin shalallahu alaihi wasallam 🤲😭😭 ya Allah wafat kan hambamu ini di negeri Madinah Al Munawwarah dan di makam kan di pekuburan Baqi'🤲😭😭

  • @nasrulhadi8439
    @nasrulhadi84392 жыл бұрын

    اللهم صل على محمد وعلى آل محمد... الحمد لله رب العالمين... Syukur dan terharu, hubungan baik Haramain (Makkah dab Madinah) dengan Malaysia masih baik seperti ini hingga sekarang... Mudah2an kita yang belum ke sana di beri rezeki ke sana in shaa Allah... Moga Allah memberkati Haramain dan Malaysia in shaa Allah...

  • @syedzabih7422
    @syedzabih74222 жыл бұрын

    Allahu...terharu tengok tok nenek kita pegi haji msa ni...berbulan dok dlm kapal tu...dgr cite bawakla periuk belanga smpai batu lesung pn dipikul...nostalgia yg sangat bernilai...Terbaik❤

  • @yusofothman9846
    @yusofothman98462 жыл бұрын

    Tahniah Finas dh seluruh angota kerja yg mnjyakan rakamn ini, terbaik, satu buah tgn bt generasi skrg dn akan dtg, moga Allah m'bls kalian dgn kebaikan 🤲👍💚💚

  • @qadir-hn9de
    @qadir-hn9de2 ай бұрын

    Subhanallah..indahnya tanah suci dulu..yang dipertuan Agong yang berjiwa rakyat

  • @flagellum79
    @flagellum792 жыл бұрын

    Setelah Yang Dipertuan Negara Singapura Tun Yusof Ishak menunaikan fardhu haji pada tahun 1963, beliau pernah menayangkan klip filem beliau semasa berada di tanah suci kepada beberapa raja-raja Melayu. Dari situlah, terbuka hati Baginda-baginda untuk ke tanah suci.

  • @EPISTULA77

    @EPISTULA77

    2 жыл бұрын

    Kurang tepat tu. Sultan Zainal Abidin III Trengganu menunaikan haji seawal 1913. Sultan Hisamuddin Alam Shah menunaikan haji pada 1952. Ini adalah dua raja-raja Melayu yang paling awal berhaji ke Mekkah. Sultan Brunei Sir Omar Ali juga menunaikan haji sekitar 1952 kalau tak salah...Jauh lebih awal dari Yusoff Ishak

  • @shiaratolanyaniismailmunir4690
    @shiaratolanyaniismailmunir46902 жыл бұрын

    Terima Kasih. Sangat puas hati Gambar2 dan suara sangat baik . Haji saya yang pertama pada 1981, Medical Mission. Hampir 2 bulan di sana menjalankan tugas . Satu kenangan manis untuk saya.

  • @lenovotab6445

    @lenovotab6445

    2 жыл бұрын

    Pak cik setahun slps ibu bapa sy pi haji

  • @lansuyar8
    @lansuyar82 жыл бұрын

    Terimakasih Finas... Jurugambar... Walau pun dibelakang tabir hasil anda memang awesome.... Alfatihah buat mereka yg telah pergi...

  • @mieaab

    @mieaab

    2 жыл бұрын

    Jurugambar Filem Negara.. Amat berjasa

  • @datozuraidah
    @datozuraidah2 жыл бұрын

    Alhamdulillah Terima kasih FINAS 👏

  • @fatimahmohamed1339
    @fatimahmohamed13392 ай бұрын

    Terima kasih Finas atas perkongsian pergambaran di Tanah Suci era 60an.

  • @sayutiabdullah1129
    @sayutiabdullah11292 жыл бұрын

    Dari dahulu sampai sekarang negara kita Malaysia sangat dihormati saudi

  • @Salem77k

    @Salem77k

    2 жыл бұрын

    Of course we love 😍 and admire Malaysia 🇸🇦👋

  • @RoyMcAvoy

    @RoyMcAvoy

    Жыл бұрын

    Extra special kerana YDPA Raja Perlis ialah ahlul bait.

  • @sofeadanish4917

    @sofeadanish4917

    10 ай бұрын

    ​@@RoyMcAvoybetul tu

  • @mypedia5263
    @mypedia52632 жыл бұрын

    Tahniah FINAS atas hadiah Aidiladha yang begitu bermakna. Rakaman yang cukup bersejarah kerana inilah pertama kali KDYMM Yang di-Pertuan Agong menjadi tetamu rasmi Raja Arab Saudi. Dokumentasi menarik tentang suasana ibadah haji era tersebut. Setia menanti hadiah FINAS seterusnya sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

  • @abdullahbinramlinorhasliza4443
    @abdullahbinramlinorhasliza44432 жыл бұрын

    Filem ini pernah d tayangkan d kg saya d ulu Perak pd tahun 1965 oleh jabatan penerangan punya lah gembira budak budak mengekori land rover jabatan itu sampai ke pdg bola lalu sama sama tolong menegak kan kain layar masa tu saya darjah tiga

  • @hamdanabdraman6011
    @hamdanabdraman60112 жыл бұрын

    Subhanallah walhamdulillah Allah uakhbar...labbaikallah humalabbaik...

  • @sahada6634
    @sahada66342 жыл бұрын

    1960 കളിലെ പുരാതന മക്ക _മദീന ..നന്ദി ഫൈസൽ ..മാഷാ അല്ലാഹ്💕💕

  • @solehinshafee7302
    @solehinshafee73022 жыл бұрын

    Bestnya tengok zaman lama lama ni,.. Kalau boleh back to past nak p tngok suasana sana.

  • @civic2009h
    @civic2009h2 ай бұрын

    Terima kasih FINAS. Sangat bermakna utk generasi baru

  • @cashfull1988
    @cashfull19882 жыл бұрын

    Dokumentasi yang sangat indah dan langka. Salam dari Indonesia

  • @khalidalayubi8588
    @khalidalayubi85882 жыл бұрын

    ماشاء الله تبارك الله ---تصوير رائع وصافي وشامل لكل مواقع الحج---رحم الله الملوك الكرام فيصل وخالد و فهد وعبدالله وتحيه للشعب الماليزي الطيب الخلوق---

  • @jdd-d4181

    @jdd-d4181

    2 жыл бұрын

    -thank you-

  • @snr900
    @snr9002 жыл бұрын

    channel yg ku tunggu akhirnya wujud..teruskan..sbg sokongan sy tak akan skip iklan

  • @user-tq9yz7px5e
    @user-tq9yz7px5e2 жыл бұрын

    Subhanallah ....alhamdulillah ...

  • @lukeman_dude5338
    @lukeman_dude53382 жыл бұрын

    alhamdulillah dpt tngok cmne org dulu ii pergi haji, rse vdeo ni seolah ii cam baru dirakam je sbb quality yg jelas.. teruskan upload dokumentari ii lme FINAS 👍🏻 dan sye hrp finas xkn delete satu pon vdeo retrospektif, sbb klau dbuang, syg x dpt tngok balik dokumentari ii lme.. klau ade vdeo full pertabalan agong dulu ii, upload lah

  • @rbochannel8376
    @rbochannel83762 жыл бұрын

    Allahuakhbar..dokumentasi yg sangat bernilai...terbaik FINAS.

  • @kunaim8574
    @kunaim8574 Жыл бұрын

    Moyang saya pergi menunaikan fardu haji dua kali pada 1950 dgn tahun 1961 naik kapal laut di pulau Pinang....

  • @hj.ismailahmad3244
    @hj.ismailahmad32442 жыл бұрын

    Alhamdulillah ...masa ni aku Darjah 5...1965

  • @mohdfaisalfarish6480
    @mohdfaisalfarish64802 жыл бұрын

    Satu dokumentari yg sangat bernilai. Ada muzik latar dari filem Ahmad Albab 👍

  • @syedzabih7422

    @syedzabih7422

    2 жыл бұрын

    Toleet Ya Mahla...sya ada piring hitamnya...muzik arab yg diorgputehkan...semua lagu dlm vinyl ni dpt dgr dlm filem Ahmad Albab...rezeki sya dpt kt bazaar karat

  • @mohdfarizolabdulghani7208

    @mohdfarizolabdulghani7208

    2 жыл бұрын

    lagu oleh ron goodwin

  • @creedveins1

    @creedveins1

    2 жыл бұрын

    Filem Ahmad Albab hanya terbit tahun 1968,dokumentari ini diterbitkan awal 3 tahun klu ikut title tahun 1965

  • @syedzabih7422

    @syedzabih7422

    2 жыл бұрын

    @@creedveins1 mestila muzik tu kluar dulu...klu x...camna P.Ramlee bole guna dlm filem dia...cth lagu Turki uskudara gider iken tu di jadikan Alangkah indahnya waktu pagi dlm Ali Baba BL dh berkurun wujudnya sblm ABBL difilem dan diterbitkn

  • @creedveins1

    @creedveins1

    2 жыл бұрын

    @@syedzabih7422 ok nk tau tajuk, tadi cari Ron Goodwin, x jumpa lagu dlm dokumentari ni

  • @55121955
    @551219552 жыл бұрын

    Terbaik walaupun masa itu belum ada peralatan digital. Kualiti gambar dan bahasa pengulasan yg unggul. AlFatiha buat yg telah tiada....

  • @sitizahrahmohdsaman85
    @sitizahrahmohdsaman852 жыл бұрын

    Teri kasih Finas... dapat kita menuntunnya sesuatu yg. Amat bernilai..

  • @HabsahGhazali
    @HabsahGhazali2 жыл бұрын

    Alhamdulillah dapat lihat realiti orang malaysia menunaikan haji nailk kapal pada tahun 65.naik kapal selama 15 hari perjalanan pergi dan mengambil tempoh masa 3 bln baru balik.selesa rasanya mengerjakan kerja haji.

  • @cp.ismail

    @cp.ismail

    2 жыл бұрын

    അന്ന് എനിക്ക് 19 വയസ്സ്

  • @asrar5851
    @asrar58512 жыл бұрын

    رائع جداً رحم الله المصورين والمخرجين وكل مسلم ظهر في هذا الفيديو أو كان سبباً في وصوله إلينا حتى نعيش معهم تلك اللحظات الجميلة من الحج في ذلك الزمن البسيط لفت نظري جودة التصوير لدى الجانب الماليزي في ذلك الزمن ماشاء الله تبارك الله

  • @lenovotab6445

    @lenovotab6445

    2 жыл бұрын

    شكرا جزيلا يا استاذ على الكلام الطيب، ربما هذا التصوير بمناسبة حضور فخامة الملك الماليزي في مكة۔ وانه من ضيافة فخامة الملك فيصل مشرف الحرمين حينءذ

  • @lenovotab6445

    @lenovotab6445

    2 жыл бұрын

    هذه ترجمة من المقدمة فى الاعلى بقدر استطاعتى فيها: ان FINAS ( الهيءة المسؤلية عن الفيلم الوطنى) يقدم برنامج عرض الوثاءقي الحصري تحت الموضوع " SERUAN SUCHI" ( نداء مقدس) فى سنة ١٩٦٥م بمناسبة استقبال بيوم عيد الاضحى۔ ويعرض فيها عن اعمال مناسك الحج فى ١٩٦٥۔وفى هذه السنة حوالى خمسة الاف من الحجاج الماليزيين ومنهم صاحب الفخامة المالك الاعظم ماليزيا تونكو سيد بوترا ابن المرحوم سيد حسن جمال الليل والملكة مؤدين الحج۔ وفبل المغادرة الى مكة توجد المراسم بمطار كوالا لومبور التى حضرها رءيس الوزراء الاول تونكو عبد الرحمن للملك والملكة۔ وعندما الوصول الى مكة لقد استقبلهما صاحب الفخامة الملك فيصل استقبالا مرحا ورافقه رءيس الوكلاء الاجنبية وطلبة ماليزيا فى السعودى۔ وان صاحب الفخامة تونكو بوترا هو اول الملك الذي يقوم بزيارة رسمية الى ارض الحرم منذ سلطة الملايو ملقا السابقة حوالى ٥٠٠ عاما مرت۔ وصاحب الفخامة قد يتشرف بمراسم تنظيف الكعبة بمرافقة صاحب الفخامة ملك فيصل فى ذلك۔ ويصور ايضا فى هذه الوثاءقي عن الاركان وواجبات الحج مثل الوقوف فى العرفة والمبيت فى مزدلفة والجمرات والطواف والسعى بين الصفا والمروة والحلق

  • @Salem77k

    @Salem77k

    2 жыл бұрын

    @@lenovotab6445 شكرت لك جزيل الشكر على هذه الترجمة الممتازة 🌹🇸🇦

  • @mieaab
    @mieaab2 жыл бұрын

    Terima kasih Finas dan Filem Negara.. Mudahkan semua melihat dan faham Perjalanan Jemaah Haji. Paling penting, Apa itu Haji dalam Islam

  • @osama22222
    @osama222222 жыл бұрын

    كم احب ماليزيا وشعبها واحترم هذه البلد

  • @lenovotab6445

    @lenovotab6445

    2 жыл бұрын

    شكرا يا اخي في الاسلام۔ مع التمنيات ان تستمتع بهذا التصوير

  • @Salem77k
    @Salem77k2 жыл бұрын

    Woooooow 🤩 amazing video full of history and faith. Love and best regards from 🇸🇦👋

  • @dreamedcar
    @dreamedcar2 жыл бұрын

    Hj Suandi suka video klasik ini...Tahniah Finas...harap kongsikan lebih banyak video dalam arkib tu...usah biar ia berlapuk dan tidak ditonton rakyat diera revolusi kandungan digital....Semoga rakyat bertambah cinta Balad ini.....aameen

  • @tiptoplatifah7676
    @tiptoplatifah76762 жыл бұрын

    Subhanallah. Masih teringat saya bersama kedua ibu bapa dan kakak pergi tahun 1974 menaiki kapal ni. Walaupun berumur 5 thn masa tu tapi bila tengok kapal ni terus mengimbau kenangan semasa dlm kapal dan merasa suasana di Mekah. Alhmdulillah. Terima kasih atas video ini.

  • @muneermuneer3800

    @muneermuneer3800

    2 жыл бұрын

    Subhanallah

  • @osmanjailani447

    @osmanjailani447

    11 ай бұрын

    Untungnyaaaa Puan

  • @redheifer5609
    @redheifer56092 жыл бұрын

    MashaAllah 34min rsa mcam 10min. Sma2 doakan kesejahteraan keluarga raja2 Arab Saudi

  • @deekaputrakha
    @deekaputrakha2 жыл бұрын

    MasyaAllah. Video terbaik, terpegun bila tengok ...

  • @azrulnizamzahari8284
    @azrulnizamzahari82842 жыл бұрын

    Terpegun bila tgk..

  • @eldinomontero1852
    @eldinomontero18522 жыл бұрын

    MasyaAllah.....tingginya penghormatan sampai Raja Saudi menyambut kedatangan SPB Agong diairport dan juga mengiringi tawaf dam masuk Kaabah.Masa ni Negara kita sangat2 dihormati dan disanjungi oleh negara2 Arab dan negara Islam yg lain...kini hanya kenangan

  • @nasrulhadi8439

    @nasrulhadi8439

    2 жыл бұрын

    Masih lagi seperti ini sambutan kepada Raja2 kita & pembesar negara kita jika ke sana...

  • @RoyMcAvoy

    @RoyMcAvoy

    Жыл бұрын

    Lagi satu kerana YDPA Raja Perlis ialah ahlul bait.

  • @esfazil4195
    @esfazil4195 Жыл бұрын

    Kualiti dokumentari haji yg sangat baik. Alhamdulillah dapat melihat suasana bandar lama Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, saya dapat menunaikan haji tahun ini. Keadaan sudah sangat berbeza dengan hotel-hotel moden sekitar Mekah dan Madinah, jamrah tempat melontar juga sudah menjadi kompleks bertingkat yang besar. Khemah-khemah di Mina dan Arafah juga lebih tersusun.

  • @FaisolAbdullahVlog
    @FaisolAbdullahVlog2 жыл бұрын

    📽️ Alhamdulillah. dapat tengok suasana dengan keadaan dulu2... 50 tahun saja , bnyk yg berubah... macam mna 50 tahun akan datang.

  • @testpower7135
    @testpower71352 жыл бұрын

    alhamdulillah.. dapat juga aku belajar fasal ibadat haji dalam dokumentari ni. terima kasih FINAS

  • @duitjimat3620
    @duitjimat36202 жыл бұрын

    Dokumentari terbaik.Dapat juga mengimbas balik ibadah Haji masa dulu.Sungguh besar kuasamu Ya Rabbi.Banyak perbezaan aspek pembangunan fizikal Mekah dahulu dan sekarang.Terima kasih admin dokumentari Islam berlatarbelakangkan muzik latar Arabian Night - Ron Goodwin dan alunan orkestra yang terdapat dalam filem P.Ramlee - Ahmad Albab.👍👍👍

  • @yrohanayrohana8486
    @yrohanayrohana84862 жыл бұрын

    Amat terharu tengok dokumentari ni...

  • @Eelz
    @Eelz2 жыл бұрын

    Dokumentari yg sangat baik. Lima bintang.

  • @muhamadfuadabdulrahman1064
    @muhamadfuadabdulrahman10642 жыл бұрын

    Sedap suara pengulas ni.Ada lagi tak dia sekarang?

  • @kakyun2745
    @kakyun27452 жыл бұрын

    Terima kasih Finas.. Dokumentari yg sgt bersejarah... Suasana yg sgt berbeza..semoga kita akan dijemput lg mnjadi tetamuNya Aamiin..

  • @saromsam4838
    @saromsam48382 жыл бұрын

    Filem dokumentari yg terbaik... Tengok atok nenek kita pergi menunaikan hj....

  • @theplotarmoredtitan5781

    @theplotarmoredtitan5781

    2 жыл бұрын

    Atuk aku masa ni baru 23 tahun

  • @mohdfazrul38
    @mohdfazrul382 жыл бұрын

    Allahuakbar jumpa pun video nii

  • @suterabiru9164
    @suterabiru91642 жыл бұрын

    Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Raja Berjiwa Rakyat dan berhati mulia membawa RAHMAT semoga Allah memberi Syafaat Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam amiiin

  • @lenovotab6445

    @lenovotab6445

    2 жыл бұрын

    Anaknya Sultan Salahuddin juga berjiwa rakyat

  • @khairudinabdullah5519
    @khairudinabdullah55192 жыл бұрын

    Allahu, King Faisal ada. sgt bernilai

  • @jdheng
    @jdheng2 жыл бұрын

    tahniah finas, buat la lbh byk lg video-video lama mcm ni

  • @patinggi
    @patinggi2 жыл бұрын

    Great archive video. High quality and informative. Terima kasih Finas !

  • @rashdandan8117
    @rashdandan81172 жыл бұрын

    Terbaik finas...rare...gmbr yg cantik... alhamdulillah...semoga kita dpt ke tanah suci suatu hari nnt...semoga dipermudahkn...aamiin

  • @yusoffmdsalleh
    @yusoffmdsalleh2 жыл бұрын

    Nampak macam akrab nya hubungan Raja Malaysia dengan Raja Arab Saudi pada masa ini.....DYMM Yang Di Pertuan Agong di layan dengan penuh mesra sepanjang masa musim Haji oleh Baginda Raja Al Malik Faisal sendiri.......tidak macam sekarang Raja Saudi tidak berapa mesra seperti datuk nya ini......AlFatihah utk Raja Faisal dan DYMM Raja Perlis.

  • @ayoepabdrahman1243

    @ayoepabdrahman1243

    2 жыл бұрын

    bukan datukkekanda

  • @suhaizad123
    @suhaizad1232 жыл бұрын

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Jemputlah kami semua ke rumah Mu ini dan himpunkan kami semua di jannah bersama baginda ﷺرسول الله dan keluarga kami yg kami kasihi dgn rahmah dan kasih Mu. Ameen

  • @zfchannel3182
    @zfchannel31822 жыл бұрын

    Lejen..semoga jadi bahan arkib buat tatapan anak2 dan generasi yang akan datang.

  • @aminazli
    @aminazli2 жыл бұрын

    MasyaAllah. Terbaik. Dapat lihat Mekah dan cara orang melayu dulu dulu pergi Haji.

  • @emierdanish2002
    @emierdanish20022 жыл бұрын

    16:03 Roboh habis bangunan-bangunan area ni termasuk dekat belah Ajyad. Sekarang area-area ni dah jadi hotel pencakar langit semisal Hilton Makkkah. Rindu pulak rasanya,

  • @emierdanish2002

    @emierdanish2002

    2 жыл бұрын

    @Mutiara Naga 2 tahun lepas pergi Makkah, bangunan-bangunan lama peninggalan Uthmaniyah kebanyakkannya kat area kawasan komersial Makkah. Jauh sikit dari Al-Haram.

  • @mohdhusaini941

    @mohdhusaini941

    2 жыл бұрын

    @@emierdanish2002 bangunan Ottoman pun diruntuh Saudi benci oiiiii ottoman empayar

  • @MsMie91
    @MsMie912 жыл бұрын

    Dulu pergi haji betul2 berserah pad Allah. Kalau mati atas kapal, lautan la.jdi kuburnya.

  • @elizaabdulaziz461
    @elizaabdulaziz4612 жыл бұрын

    Terima kasih Finas 👍💐

  • @sodeen9287
    @sodeen92872 жыл бұрын

    Satu lagi Video warna tentang haji,dan kualiti video setaraf dokumentari luar negara terbaik finas.

  • @suarimi590
    @suarimi5902 жыл бұрын

    Salam Alhamdulliah terus menerus bagi sokongan padu pada Finas Terbaik untuk semua Terima kasih Jangan lupa pada film melayu lama Gelombang Dayang Suhana terbitan filem negara Terbaik untuk semua

  • @fayzzammawar3075
    @fayzzammawar30752 жыл бұрын

    Alhamdulillah....Tahniah FINAS

  • @suzanaabdulghani2223
    @suzanaabdulghani22232 жыл бұрын

    t ksih finas...masih terpelihara..selepas 56 thn..

  • @mastarsohod1746
    @mastarsohod17462 жыл бұрын

    Bestnya time tu, boleh salam2...sekarang, hmmm...coviddd

  • @yusmanyusof6794
    @yusmanyusof67942 жыл бұрын

    Salam, terima kasih finas atas perkongsian umum dokumentari istimewa ini. Sblm ini tersimpan rapi di filem negara. Harap dpt upload filem2 pendek ttg kerajinan tangan tempatan spt labu sayong, batik, ukiran tanduk d.l.l.

  • @dreamedcar

    @dreamedcar

    2 жыл бұрын

    Banyak lagi filem bernilai sejarah diarkib negara dan RTM...harap bos2 dapat arahkan anak buah supaya kongsi dengan rakyat

  • @kp-uu9uq
    @kp-uu9uq2 жыл бұрын

    Masha Allah 👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌

  • @viprsa20
    @viprsa202 жыл бұрын

    ما شاء الله تبارك الله

  • @rosdise
    @rosdise2 жыл бұрын

    Sangat nostalgia ditambah dgn instrumental yg syahdu dari Horst Wende (Sunrise) dan Ron Goodwin.

  • @user-zi1yj2mp7e
    @user-zi1yj2mp7e2 жыл бұрын

    تصوير اكثر من رايع جزاء الله من قام با التصوير خير الجزاء وتقبل الله منه ومن جميع المسلمين صالح الأعمال ورحم الله موتنا وموتاهم وجميع موتى المسلمين

  • @mohdnizam8215
    @mohdnizam82152 жыл бұрын

    Semoga ada rezeki kami sekeluarga sampai ke Tanah Suci

  • @jouanmahmoud
    @jouanmahmoud2 жыл бұрын

    Nasab mulia disambut di Haramain. Tuanku Agong ketika itu adalah AHLUL BAIT NASAB RASULULLAH S.A.W..

  • @RoyMcAvoy

    @RoyMcAvoy

    Жыл бұрын

    Betul. Al-Malik Faisal hanya mengikuti suruhan rasulullah, supaya berbuat baik dengan keturunan baginda.

  • @norasnaharshat6434
    @norasnaharshat64342 жыл бұрын

    Alhamdulillah dpat tenguk org2 dulu menunaikan haji, masa tu saya beusia 10thn. Moga saya dpat panggilan haji dimana tbg hji beri tarikh menunailan hji pada 2024 🤲

  • @zainabinuwagani8706
    @zainabinuwagani870611 ай бұрын

    Saw a post and I got directed from Instagram. MashaAllah. This truly shows how constant Islam is. I did my Hajj experience on my channel. Comparing same even without hearing malay shows authenticity f Islam... everything from rituals, recitations and duas are the same. May Allah preserve Islam for us and make us die as Muslims.

  • @Mes-ym4id
    @Mes-ym4id2 жыл бұрын

    اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

  • @geekcampmy
    @geekcampmy2 жыл бұрын

    Rare!! Thanks for this FINAS.

  • @rosaalsayed9655
    @rosaalsayed96552 жыл бұрын

    انا من المدينة و استمتعت بمشاهدة معالمها و شوارعها قبل ميلادي بهذه الجودة

  • @omarsi5398

    @omarsi5398

    2 жыл бұрын

    في الدقيقة 11:09، هذا الطريق هو الذي يؤدي إلى قباء، والمبنى الظاهر باللون الأحمر هل هو المعروف حاليا باسم (فندق رحاب الماسي)؟! هل هذا صحيح؟!

  • @mieaab

    @mieaab

    2 жыл бұрын

    باركالله في كم. من ملزيا.

  • @airulairuda4583
    @airulairuda4583 Жыл бұрын

    Betapa bersemangat nye ye org zaman dahulu...bersusah payah dengan segenap tenaga..kalau generasi sekarang lalui pengalaman ni rasa xbleh nk lawan org² dulu.

  • @zabibahzainalabidin432
    @zabibahzainalabidin4322 жыл бұрын

    Syukur dpt melihat filem ini.

  • @asbabushifa76
    @asbabushifa762 жыл бұрын

    Terima kasih Finas

  • @hassanjamaiah3183
    @hassanjamaiah31832 жыл бұрын

    Dapat tengok YM Agong 1 dan Al Malik Faisal. Alhamdulillah

  • @ruziahabdullatib6322

    @ruziahabdullatib6322

    2 жыл бұрын

    Ni bukan agong pertama tuan. Yang kedua ni...yg pertama Tuanku Abdul Rahman...yg dlm duit kertas kita tu... wallahhu'alam

  • @giantpolar

    @giantpolar

    2 жыл бұрын

    @@ruziahabdullatib6322 ini Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, YDPA ketiga. Almarhum Sultan Sir Hisamudin yang ke-2, hanya beberapa bulan saja sandang YDPA kerana mangkat pada hari yang ditetapkan untuk pertabalan.

  • @ishakichannel7069

    @ishakichannel7069

    2 жыл бұрын

    @@giantpolar yg ni raja perlis kan

  • @giantpolar

    @giantpolar

    2 жыл бұрын

    @@ishakichannel7069 betul, Raja Perlis semasa bertugas sebagai YDPA ke-3

  • @zainuzzamanabdghani7702
    @zainuzzamanabdghani77022 жыл бұрын

    Subhanallah, semoga, Allah Hu Akbar, labbaikallah hummalambaiik, semoga Allah berikan saya dan keluarga kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, agar dapat merasai kemanisan dan kenikmatan menjadi tetamu Allah yang teristimewa sepertimana Allah berikan nikmat kepada pemimpin pemimpin dan saudara seislam kita menjadi tetamu Allah seperti yang saya tonton sebenar tadi, semoga Allah terima segala amalan ibadah dan amalan kebaikan mereka dan semoga Allah ampunkan dosa dosa mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga bersama hamba Allah yang Soleh solehah dan untuk diri keluarga dan seluruh muslimin muslimat di dunia ini.aamiin ya Rabbal Alamin.

  • @abdulhalim5015
    @abdulhalim50152 жыл бұрын

    Betapa akrab hubungan antara dua negara Malaysia dan Arab Saudi ketika ini.

Келесі