Ramli Sarip - Musafir Rindu (Lirik Video)

Ойын-сауық

Пікірлер: 634

  • @zawawibrahim
    @zawawibrahim2 жыл бұрын

    untuk pengetahuan kalian yang meminati lagu iniPERJALANAN HIDUP lagu ini ( melodi & lirik) saya ciptakan untuk pertandingan Lagu Kedamaian nasional di mana dengan izin Allah, karya ini memenangi lagu terbaik. Waktu itu, lagu ini dibawa oleh Khadijah Ibrahim dan lagunya disusun oleh sdr Manan Ngah. Namun Bang Ramli Sarip yang saya mula berkenalan pada waktu ini meminta lagu ini untuk albumnya . Semasa itu belaiu popular dengan lagu 'Bukan Kerana nama'. Beliau mendapat lampu hijau dari Khaty untuk menanyikanlagu itu dalam album Perlajanan Hidup belaiu, dan disusun oleh saudara Eddie Marzuki. Lagu ini bersama melodi & lirik merupakan anugerah YangMaha Esa sebab semuanya sempurna dalam masa setengah jam..ilhamnya datang secara mendadak kerana emosi saya pada waktu itu amat terharu dengan kehilangan anak perempuan saya yang baru lahir bernama Wan Salina. Namun saya redha dengan takdir kerana di sebalik sesuatu musibah itu ada rahmatnya. Kerana sellepas itu saya mendapat seorang cahaya mata lelaki ,dan sebulan selepas kelahiranya saya terpanggil menunaikan Haji ,yang saya lakukan dengan sendiri tanpa banyak perancangan apa -apa pun. Ameen.

  • @pensil82

    @pensil82

    2 жыл бұрын

    terima kasih tuan atas ciptaan tuan ke atas lagu (melodi & lirik) ni..saya x henti2 dengar lagu ni setiap kali buka youtube.setiap kali buka perasaan sebak tu mesti ada..dgn bahasa2 puitis dan bahasa yg punya jiwa,agak meremang perasaan setiap kali jadi halwa telinga.terima kasih tuan dan semoga Allah panjangkan hayat tuan utk terus memartabatkan bahasa melayu klasik yang kian lenyap sehari ke sehari.

  • @muktasim88

    @muktasim88

    2 жыл бұрын

    Salam tuan. Kalau saya tak salah tuan juga yang menulis lirik lagu berjudul Tari Cinta Rimba Mistikal dendangan M. Nasir, bukan ?

  • @stranger12337

    @stranger12337

    2 жыл бұрын

    Terima kasih Dr atas karya yang hebat ini. Insyallah lagu ini akan hidup sepanjang zaman

  • @madausramli2829

    @madausramli2829

    2 жыл бұрын

    terima kasih Dr..

  • @sukesukilieya3217

    @sukesukilieya3217

    2 жыл бұрын

    Thanks so much for such a lovely song. Setiap kali dgr lagu ni setiap kali tu la air mata mengalir...😢 Sgt2 menyentuh hati dan perasaan utk mereka yg pernah merasai kehilangan org tersyg. Seksanya menanggung rindu yg tak pernah padam, malah semakin hari berlalu, semakin kuat perasaan rindu ni, hanya Allah je yg tahu. Mama..org rindu sgt kat mama...😭

  • @romo69husnahusny93
    @romo69husnahusny934 жыл бұрын

    Pernah dengar Dayang cakap mak Dia suka sangat karya ni..Dayang pulak bila dapat tau Abg Ramli yg ajak dia duet..dia sangat2 terharu..wartawan tanya Abg Ramli..kenapa Dayang?..jawap Abg Ramli..Dayang satu2 nya penyanyi wanita yg ada Tone Melayu Asli yg perfect!

  • @amirulmiyoi3520

    @amirulmiyoi3520

    4 жыл бұрын

    Ade video interview ke?

  • @romo69husnahusny93

    @romo69husnahusny93

    3 жыл бұрын

    Takde..saya dengar dalam radio..Dayang mention perkara tersebut.

  • @mfikri3621

    @mfikri3621

    3 жыл бұрын

    Hemm basahh

  • @matfahmi1270

    @matfahmi1270

    3 жыл бұрын

    @@mfikri3621 Lencun

  • @TukangFx

    @TukangFx

    3 жыл бұрын

    Tone Melayu Asli Sempurna...setuju

  • @nmeazmaszulkefley3031
    @nmeazmaszulkefley30314 жыл бұрын

    Tengah PKP ni layan gak lagu ni.. sunyi sepi je malam teringat kenangan2 lama fmly dan arwah emak.

  • @nikputri9361

    @nikputri9361

    4 жыл бұрын

    terkenang arwah ayah

  • @sepisepi8802

    @sepisepi8802

    4 жыл бұрын

    Kalau di Riau..kami keno psbb.. istilah nyo..tak dapat bergerak..nak kemano-mano..di batas..lenget..lah kami.. .dengo lagu ni...terhibur jugo hati ni....

  • @halimahabdullatiff706

    @halimahabdullatiff706

    3 жыл бұрын

    😓

  • @matjali6695

    @matjali6695

    3 жыл бұрын

    @@nikputri9361 y6hhtvg g

  • @hishamef961

    @hishamef961

    3 жыл бұрын

    Semoga arwah bonda saudara dn bonda sy ditempatkan di kalangan orang² yg beriman.

  • @ehbudakni
    @ehbudakni2 жыл бұрын

    Gembira baca komen komen disini,seperti kita berkongsi satu perasaan yang sama, perasaan merindui seseorang yang telah tiada dalam hidup kita,yang dulu pernah tersenyum dan menangis dalam meniti kehidupan bersama,kini hanya kenangan erat tersimpan dalam kotak ingatan.

  • @babitonggek
    @babitonggek3 жыл бұрын

    Menitis air mata..1 tahun 3 bulan..adik tinggalkan kami.. kemudian 2 minggu lalu..abah pula tinggalkan kami..kuat benar ujian Allah.. dengar lagu ni mesti menitis air mata.. merindui mereka.. 😔

  • @noorsyahirazainalabidin3516
    @noorsyahirazainalabidin35164 жыл бұрын

    rindu yang takkan terbalas . mak abah , terlalu rindu . semoga mak abah tenang di sana 💔😔

  • @luqmankahiri9624
    @luqmankahiri96242 жыл бұрын

    Lagu sedap jangan simpan sini letaklah dalam Spotify.

  • @HafizDlucky
    @HafizDlucky2 жыл бұрын

    ayah saya baru je pergi meninggalkan kami bulan lepas secara mengejut,pukulan yang amat berat bagi kami sekeluarga..ayah seorang yang susah nak senyum dengan anak² tp saat dia pergi dia pergi dengan senyuman,ramai orang bercerita kebaikan ayah ketika hidup..ayah tak henti² nasihatkan kami tentang amanah dan sedekah semasa hidup,dia kerja keras untuk anak²..terlalu banyak pengorbanan ayah untuk kami,semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

  • @NaddyMunif
    @NaddyMunifАй бұрын

    Al-Fatihah kepada arwah suamiku, Abdul Hadi bin Zainal Abidin. (3.2.1986 - 23.1.2023) Kehilanganmu memang tak dapat diganti... Kerana tiada yang sepertimu... 😢 Walaupun hanya dpt bersama 11 bulan usia perkahwinan kita, tapi bahagia kita bersama akan dikenang selamanya ❤️ Tenanglah awak di sana sayang. Saya sentiasa doakan kesejahteraan awak di sana. 😌

  • @gamma4014

    @gamma4014

    Ай бұрын

    Innalillahiwainnalillahirajiun

  • @malayakinitv2098
    @malayakinitv20983 жыл бұрын

    Lagu ini membuat ayahda rindukan bondamu,bondamu mninggalkn ayahda seketika..nurul ain bt abdulah jga diri mu sayang..wahai anakda sofea amalin bt syafiq afandi bila melihat komen ni maka kamu tahulah cinta kami kuat..kami akn kmbali bsatu ..

  • @hiddenizwan3730
    @hiddenizwan37304 жыл бұрын

    semoga ramli sarip dipanjangkan umur untuk terus mengingatkan kami anak2 melayu asal usul kami dengan karyanya. saya masih muda tapi sangat suka dengan bahasa melayu lama yg puitis, saya pernah terbaca karangan seseorang di media sosial, penulisan dan ayatnya menggunakan bahasa melayu lama, saya sedih dan menangis, bahasa2 tu tidak lagi digunakan zaman ini, saya teringin nak belajar, dan kekalkan sampai bila2, takkan melayu hilang di dunia

  • @syuhill_PS

    @syuhill_PS

    3 жыл бұрын

    bahasa Melayu lama lebih menusuk kalbu dan sangat puitis..

  • @irdinawafa

    @irdinawafa

    3 жыл бұрын

    betul, saya sedih tengok keindahan bahasa kita makin pudar. saya pun masih belasan tahun tapi saya sangat suka bahasa melayu klasik

  • @mohdkhuzir1969

    @mohdkhuzir1969

    3 жыл бұрын

    In shaa allah kekal kn la sampai bila2 semoga kekal hingga ke anak cucu dan cicit

  • @izahazzahrah5104

    @izahazzahrah5104

    3 жыл бұрын

    Masya Allah Terharu diri ini bila tahu masih ada lagi anak anak muda sekarang ini yang suka kan bahasa melayu klasik yang puitis ini. 😊

  • @zaiar7019

    @zaiar7019

    2 жыл бұрын

    @@izahazzahrah5104 memang pun, dengar lagu2 sekarang Tak begitu memerangsang, mungkin itu trend sekarang tapi harap2 ada anak2 muda yang berbakat yang akan menulis lirik2 lagu dengan Bahasa Melayu klasik yang begitu indah sekali.

  • @user-jw7rg9hf4f
    @user-jw7rg9hf4f2 ай бұрын

    Al Fatihah buat arwah mak.apak abg dan adikku..moga mereka tng di sana..Aamiin3

  • @BlackHarris-qk6rz
    @BlackHarris-qk6rz21 күн бұрын

    Sentiasa dalam kenangan dan dihati sanubari...xpernah hilang dari ingatan...sentiasa akan bersama sehingga Jannah...menitis air mata bila rindu kan Arwah MAK....Ralat bila tiada disisi semasa hayat akhirnya...sangat sakit bila rindukan orang yg tiada.... Al Fatihah buat Arwah MAK (NORMAH JAHARI)...😥😥😥😥😥

  • @hafiznadzri3979
    @hafiznadzri39793 жыл бұрын

    Lg seminggu sahabat baik aku meninggal selalu dengar lagu ini bertarikh 28.03.2021.. yaallah kau lebih menyanygi dia lagi dari kami..pergi nya sahabat susah senang bersama mengadap ilahi..termakbur juga hajat arwah mahu beri pemberian kepada anak2 tahfiz dan anak yatim selang 2 hari lagi arwah mahu d jemput.. alfatihah buat arwah muhammad taufiq bn nadzri.. tenang la diKAU di sana..💖💖💖 arwah muhammad taufiq L0ve frover.💖💖💖hmpv43

  • @CoconutGarage
    @CoconutGarage4 жыл бұрын

    Terima kasih ayah selama kau pergi aku rindu padamu. Dialah wali dia juga mencukupi. Alfatihah ayah.

  • @zainorazman1927

    @zainorazman1927

    4 жыл бұрын

    Sama la kita

  • @Inchan2
    @Inchan2Ай бұрын

    Rindu arwah atukku yg Jaga aku dri kecil...rindu sgt...takkan Ku lupa disaat bsama mu..😢semoga Allah tempatkan arwah atuk saya di kalangan org beriman...Amin

  • @cherain82
    @cherain823 жыл бұрын

    Ramai orang tak perasan lagu-lagu Ramli Sarip ni kalau mengikut Puisi Melayu Tradisional, dia dalam kategori SYAIR. Sifat utama puisi/lagu jenis ini ialah mendayu, meratib dan meluah perasaan. Secara ringkas, Syair ni boleh ditafsirkan sebagai "bercerita" dalam keadaan "mendayu". Syair tidak dinyanyikan secara berkumpulan sebaliknya hanya dinyanyikan secara solo ataupun berdua (jarang). Lagu jenis Syair yang sering dijadikan rujukkan pengkaji ialah "Syair Laila Majnun".

  • @mofb8331

    @mofb8331

    3 жыл бұрын

    Ni kite blues orang melayu

  • @mr.want_oo55

    @mr.want_oo55

    2 жыл бұрын

    Taraf thom yorke lah ni?

  • @suaelephantpen4407
    @suaelephantpen44073 жыл бұрын

    rindu nya mak ak. baru 5 hari tngglkan aku. 😢 . 11.1.2021. selamat tinggal umie. nanti anak mu menyusul .

  • @muhammadfadzhil4942

    @muhammadfadzhil4942

    3 жыл бұрын

    Salam takziah.,Semoga roh umie tenang d sana dan d tempatkan d kalangan orang2 yang beriman

  • @zarrinzack3893
    @zarrinzack38934 жыл бұрын

    Terdengar Lagu Nim Teringat Pade Arwah Isteri...Dugaan Dalam Hidup Aku Tahun 2020..Arwah Isteri Pergi Awal Tahun nim..Kami Berkahwin Bln 6 Tahun lepas 2019 Hanye 6bln jer Jodoh Kami Sebagai Suami Isteri Dia Pergi Dulu..Walaupun Hnya Sekjap Je Dpt Bersama Akan Ku Simpan Kenangan Bersama Dia Sampai Bila2..Semoga Tenang Disana Wahai IsteriKu..Al-Fatihah(Dibaca)

  • @afiqmohamad5377

    @afiqmohamad5377

    3 жыл бұрын

    Smoga kau tabah bro

  • @titiponnpratchai2702

    @titiponnpratchai2702

    3 жыл бұрын

    Innalillah....Al fatihah....

  • @muhfadhilam3866

    @muhfadhilam3866

    3 жыл бұрын

    Al fatihah

  • @maniyaminibrahim6981
    @maniyaminibrahim69812 жыл бұрын

    MUSAFIR RINDU oleh Hartinah Ahmad Hujan malam menambah resah hati sepi sejak kautiada semakin hari semakin rindu biarpun badan terpisah jauh Bagai patah tak tumbuh lagi bagai hilang tidak bergantik bagai terbawa separuh diri bersama pergimu yang tak kembali bukanlah gurauan bukan sekadar mainan perasaan apa yang tersurat itu yang tersirat namun ku rela Dalam doaku kusebut namamu tenanglah dikau sayangku Aku bagai musafir lalu menyusulmu sudahlah tentu di sana kasih kekal abadi suci dan kudus janji Ilahi Nyanyian Ramli Sarip & Dayang Nur Faizah

  • @wahidhambali8992
    @wahidhambali89923 жыл бұрын

    15/1/2021.. Still dengar lagu ni dengan air mata.. Huhuu.. Mari sedekahkan al-fatihah kpd semua muslimin dan muslimat yg telah meninggal dunia.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Aamin.. Al-fatihah

  • @mohdelliyas3839
    @mohdelliyas38397 ай бұрын

    Terasa sungguh lagu diatas kepergian ibu tercinta pada 19/11/2023. Semoga Tenang Ibuku Disana, Semoga Ditempatkan Di kalangan Orang2x Yang Beriman. Selesailah Sudah Perjalanan Ibu Didunia Ini. Tinggallah Kami Mencari Syurga Abadi.

  • @norashiqinroslan7019
    @norashiqinroslan70194 жыл бұрын

    Al Fatihah kepada arwah abang ku Izam, 💔💔 Banyak kata kata yg tak dpt diungkap, maafkan adikmu. Lagu ni lagu yg keluar masa ontheway ke Pahang 7/5/2020 melihat jenazah💔💔 Al - Fatihah

  • @nathylyndianeimbongtuchunm911
    @nathylyndianeimbongtuchunm9112 жыл бұрын

    Ya Allah jagalah mak ayahku yg jauh d mata sepanjang pandemik ini ya Allah..semoga mereka baik2 sahaja 😭

  • @Azuan-jf5dz
    @Azuan-jf5dz2 жыл бұрын

    Al fatihah untuk arwah shah.aku rindu ko shah.dari kecik kite mnbesar sama2.n mase aku nikah ko sngub dtang shah..Hari terakhir ptang ahad aku lepak dgan ko shah.semua kenangan ko Dan aku Tak kan ku Lupe kan.tenang lah ko kat alam sana

  • @mamahanania2022
    @mamahanania20223 жыл бұрын

    Hari ke20 mak tinggalkan kami, tiada hari tanpa air mata sejak mak pergi.. Allah,, tempatkan mak di syurga tertinggi, kami syg mak.. rindu yg teramat😭😭😭

  • @nostalgicmada6153
    @nostalgicmada61533 жыл бұрын

    musim2 hujan ni...dgr plk tengah2 mlm...teringat pd kwn2 yg dah pergi buat selamanya...tenanglah sahabat disana

  • @faizbudaknakal3015
    @faizbudaknakal30153 жыл бұрын

    Walaupun dh masuk 2021 lagu ni tetap menjadi lagu no 1 dlm diri aku..lagu ni buat aku terkenang semua org yg pernah rapat dgn aku dulu..terbayang wajah mak dan ayah ..Walaupun diorang masih ada,itu lah satu-satu harta dunia dan akhirat yg tiada penggantinya

  • @hanifhalid5953
    @hanifhalid59533 жыл бұрын

    Lagu ni layan kat serambi rumah kampung time lepas Isyak, syahdu ni...

  • @darwishikhwan1010

    @darwishikhwan1010

    3 жыл бұрын

    Dengar lagu ramli sarip tajuk nyanyian serambi

  • @MSBM6995
    @MSBM6995 Жыл бұрын

    "Hati sepi sejak kau tiada, semakin hari semakin rindu biarpun badan terpisah jauh. Dalam doaku ku sebut nama mu, tenanglah dikau disana ABAH"😔🥲 Al-fatihah buat abahku MASRI BIN MAHAMOOD. SEMOGA SYURGA BALASAN TEMPATMU 🤲😇

  • @khairulnizam6982

    @khairulnizam6982

    Жыл бұрын

    Al-fatihah 🤲🏻

  • @mohdelliyas3839

    @mohdelliyas3839

    7 ай бұрын

    Amin Ya Rabbal Alamin mudah2xan Sahabat

  • @pakciksenyum313
    @pakciksenyum3133 жыл бұрын

    Amat menyentuh perasaan😭😭 Insan berjiwa halus sahaja yg tahu betapa hebatnya lirik lagu ini

  • @Jamal-vo7kl
    @Jamal-vo7kl3 жыл бұрын

    Aku rindu pada semua org yg pernah aku kenal yg dulu rapat sekarang dengan hala tuju masing2 😭❤️

  • @newmazz
    @newmazz3 жыл бұрын

    Masya Allah... Sedapnya lagu. Lagu tangkap nangis beb. Rockers yg ganas ni pun tersentuh dek lemah-gemalainya irama mendayu2 lagu ni. Haha dalam hati ada taman beb. Alfateha buat gitaris arwah Ajie Samin. Aameen

  • @muhamadnazrin9792
    @muhamadnazrin97927 ай бұрын

    Kalau dulu masa muda , suka dengar lagu2 yang hype , dah semakin bertambah umur ni tahla ,. Semakin suka dgar lagu2 lirik2 mcm ni

  • @nathylyndianeimbongtuchunm911
    @nathylyndianeimbongtuchunm9112 жыл бұрын

    Dh byk kali ulang lagu ni mlm ni..vokal DRS dan Dayang cukup menusuk kalbu..tembak tepat ke jantung..meremang bulu roma dgr 🤭 lagu ni seolah2 berbicara dgn kta..

  • @nadzrikassim5808
    @nadzrikassim58082 жыл бұрын

    lagu yg menyusuk kalbu terbaru teringatkan ibu yg baru meninggalkan anak2..nya

  • @shafiqtahir4676
    @shafiqtahir46763 жыл бұрын

    tiap kali dgor lagu ni.. air mata mesti meleleh. rindu yg tiada penghujung.. alfatihah buat abah.. atok ..dorg meninggal masa aku diperantauan.. merasa la balik emergency naik bas..byk keajaiban berlaku masa nk balik kg.. tggl kenangan semua😢😢😢

  • @maslihahaha5408
    @maslihahaha54082 жыл бұрын

    dengar lagu ni teringat arwah mak saya😭 alfatihah buat mak saya.. rindu makkkk💔

  • @personperson2302
    @personperson23023 жыл бұрын

    Kau selalu pasang lagu ni.. Bila aku tengah buat kerja.. Sambil dengar kau menyanyi.. Aku rindu..🥀 @RezuanHaris..

  • @wadawander7071
    @wadawander7071 Жыл бұрын

    Saya baru kehilangan seseorang yg sangat saya sayang semalam.Hati masih sedih n terasa kehilangannya.Lagi beberapa hari nak raya ....dia pergi tanpa diduga. Tak tau kenapa saya tiba2 kesini n mendengar lagu ini.Sungguh2 menyentuh perasaan. Diampunkan segala dosanya n terima segala amalan baik nya.Semoga Allah curi rahmat keatas nya.Aamiin

  • @mohdisahitam6202
    @mohdisahitam62022 жыл бұрын

    Trbaik lh Papa Ramli dn Dayang layan lagu ni.Tringt zaman Papa dn Kathy dulu2.Nmpak nya Dayang blh layan lagu2 begini ya.Harap2 Papa dn Dayang buat lg lagu2 begini ya.Trtawan dgn vocal Papa dn Dayang, ngam betul dgn irama dn lagu2 nya.i Terasa lagu2 begini mmang mkanan bg yg benar2 brjiwa Melayu..Good luck Papa n Dayang..

  • @norsarida1973
    @norsarida19732 жыл бұрын

    bila dengar lagu ni, teringat pada arwah suami. terlalu banyak kenangan dengan arwah. rindu sangat kat dia. memang kena dengan aku musafir rindukan arwah suami. rindu pada arwah tiada berperhujungnya. semoga diri Ku tabah menghadapinya

  • @rakiahmuhamad3023
    @rakiahmuhamad302318 күн бұрын

    Alfatihah utk anaknda ku ahmad haziq ramli yg pergi pd 26.4.2024,ibu syang n rindu kamu,semoga damai disana

  • @tamstudiochannel1921
    @tamstudiochannel19213 жыл бұрын

    ya allah syahdu nya lahu ni meresap bila demgar suara paprock dato ramli sarip😭😭 dalam doaku ku sebut namau tenanglah dikau oh sayang ku😭

  • @mrfidodido3812
    @mrfidodido38124 жыл бұрын

    Klu rasa dah cukup, jiwa pula larut terbuai-buai, tunggula sekejap, nanti bergenanglah airmata, lantaran berbondong-bondong rindu yg datang membuka kelopak memori, satu persatu...

  • @sarabohari4307

    @sarabohari4307

    3 жыл бұрын

    Betul😭😭😭😭

  • @falina1105

    @falina1105

    2 жыл бұрын

    true

  • @salehudinjuhari8509
    @salehudinjuhari85093 жыл бұрын

    saya doakan kita semua dilindungi Allah swt dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita..

  • @SuperPang5
    @SuperPang57 ай бұрын

    Lagu ni membuatkan aku menitis air mata..teringatkan arwah adik aku😢. Al-Fatihah buat adik aku...

  • @damianmarley8691
    @damianmarley86914 жыл бұрын

    ku titipkan lagu ini buat sahabat yang baru pergi meninggalkan dunia sebentar tadi. Al-fatihah

  • @veronicaunyang
    @veronicaunyang Жыл бұрын

    Ya Allah, I didn't know how broke I was after so many years and went back to listening to this song 😢

  • @wanasraf4834
    @wanasraf48344 жыл бұрын

    aku masuk dengar lagu ni selepas tgk video perjalanan terakhir arwah Aji @ Fauzi Samin (gitaris utk Ramli Sarip). Semoga Allah Merahmatinya dunia akhirat.

  • @user-ni6lx2ct2n
    @user-ni6lx2ct2n2 ай бұрын

    sampai sekarang dengar lagu ni teringat arwah abah. Semoga tenang di sana,al fatihah

  • @themambanglicaso1297
    @themambanglicaso12973 жыл бұрын

    Time2 pkp ni dngr lagu ni dalam bilik sorang2 mngenangkqn orng yg di sayangi telah pergi ...jujur aq ckp airmata mengalir .menagis dye tu xde bunyi ..itu la tngisn paling sakit...alfatihah pada mereka yg tlh di jemput Illahi

  • @layelll
    @layelll Жыл бұрын

    Lagu ini sangat dekat dgn saya walau pun sudah bertahun arwah suami meninggalkan saya, namun masih rindu.. saya kehilangan separuh semangat diri hilang sahabat baik hilang segalanya tidak semudah yg disangka namun perjalanan hidup masih perlu diteruskan walau tidak lagi seperti dulu..

  • @eddyeddy3617
    @eddyeddy36173 жыл бұрын

    Alfatihah utk arwah umi😔semoga umi ditempatkan dikalangan kekasih Allah

  • @hendrisupardisukses9943
    @hendrisupardisukses9943 Жыл бұрын

    Merinding, sambil tak terasa air mata menetes

  • @muhammadarkan9608
    @muhammadarkan96083 жыл бұрын

    10 Oktober 2020 The Best Legend... Salam Anak Melayu Indo.

  • @MuhammadFirdaus-uu1fr

    @MuhammadFirdaus-uu1fr

    Жыл бұрын

    Kita anak melayu nusantara

  • @Sompet84
    @Sompet847 ай бұрын

    Alhamdulillah... Genap 13 tahun keluarga saya merasa apa yang tersurat dan tersirat dalam Takdir Allah.... Siti Khadijah Ismail dan Ismail Awang... Allahu Akbar!

  • @MohdAzmer-dz5ly
    @MohdAzmer-dz5ly21 күн бұрын

    Teringat arwah rakan sekerja saya,15 tahun menjadi partner dlm setiap tugasan...😢😢😢

  • @mohdizuwan1868
    @mohdizuwan18683 жыл бұрын

    Always miss u my lovely mother..idk hw to express my feeling, when I deeply miss u my mom. may Allah bless u always arwah ma. 😔

  • @jakkkkkk9806
    @jakkkkkk9806 Жыл бұрын

    Tgh2 layan tiba2 mengalir air mata,teringat kt arwah ayah,rindu yg tak terucap..semoga bahagia abadi ayahku,rindu sgt2...

  • @NoName-xo2ol
    @NoName-xo2ol Жыл бұрын

    Dlu jika sy oversea jauh dr ank2, bila hati rindu kt ank inilah lagu penguat semangat abah utk cri kehidupan yg lbh baik utk fmily abah.

  • @samsullin4886
    @samsullin48862 жыл бұрын

    Ke aslian lagu melayu penuh mndalam 2021 ingat arwah nenek 19tahun tlah lalu maafkan laa dosa hamba mu ni ya allah

  • @muizipoh5900
    @muizipoh59004 жыл бұрын

    Bila aku down teringat org tua ku, musafir rindu menjadi peneman. Al-fathihah

  • @muhdazam9524
    @muhdazam95243 жыл бұрын

    bederai air mata dgar lagu ni..sbb trasa rindu pada org yg tak kan kembali lagi..Al-Fatihah

  • @affiqputra9608
    @affiqputra96083 жыл бұрын

    Al fatihah buat sahabatku faizal , tenang lah dikau sana , moga ditempatkan dikalangan org beriman kebaikan kau sahabat akan ku kenang sampai bila2

  • @mohamadzuhdi7271
    @mohamadzuhdi72713 жыл бұрын

    Takleh nak kata..start ja lagu ni...macam2 kenangan melayu lalu kat kepala ni...meremang...rindu rasullullah...semakin hari semakin rindu😭..biarpun badan terpisah jauh .. rasullullah..bagai patah ..bagai hilang..tak tumbuh lagi dan .. tak berganti...dalam doaku..ku sebut nama mu... rasullullah.,😭😣😭😭😣..Allahumma...solli a'la..محمد

  • @ramadhanjh10yearsago91
    @ramadhanjh10yearsago912 жыл бұрын

    Serius lirik lagu ni bermakna ..lagu yg sgt mendalam..setiap kali mendengar akan terkenang dn berlinang airmata..eh tak boleh la buka lagu ni ..sedih amat kenang kepergian arwah shbt aku semua telah tiada dn arwah atok aku ..aku bagai musafir yg tiada siapa peduli .

  • @malisahabdmutalib6298
    @malisahabdmutalib62982 жыл бұрын

    Pemergian bapa tercinta 28/09/2021 secara mengejut. Pemergian yang beri kesan mendalam, dia seorang bapa yang baik, seorang bapa yang penyayang.. Terlalu sayang dengan bapa tapi Allah lebih menyayangi bapa. Terima kasih pak, terima kasih Allah pinjamkan seorang bapa yang baik, bertanggungjawab & penyayang.

  • @zawawibrahim
    @zawawibrahim2 жыл бұрын

    thank you Abang Ramli Sarip for singing my composition with such zest and self-internalisation (penghayatan)...You remain the best singer for this song!

  • @nazirullsafrypaijo5694

    @nazirullsafrypaijo5694

    2 жыл бұрын

    Al-Fatihah....satu kehilangan besar...

  • @julieabdrahim8008
    @julieabdrahim80083 жыл бұрын

    Sangat syahdu irama nya begitu juga dengan paduan suara Dato Ramli Syarip dan Dayang Norfaziah. Pasangan yang amat sesuai .😂

  • @hambadan5257

    @hambadan5257

    3 жыл бұрын

    🤣🤣🤣

  • @husnajagsingh7859
    @husnajagsingh78594 жыл бұрын

    Dalam doaku Ku sebut namamu Tenanglah dikau sayangku.. Aku hanya musafir lalu Menyusurmu sudahlah tentu Di sana kasih kekal abadi Suci dan kudus janji Illahi... Alfatihah kakakku tersayang. Mudahan ada jodoh kita bertemu disana nanti. Sakitnya rindu ni..

  • @BobbyDGamer
    @BobbyDGamer3 жыл бұрын

    Bila terdengar lagu ini . Aku teringat dekat arwah pakcik , saudaraku , dan juga arwah abam. Al fatihah untuk mereka bertiga.

  • @suryamy2795

    @suryamy2795

    15 күн бұрын

    😪👍

  • @Balikmata
    @Balikmata2 жыл бұрын

    Alfatihah buat arwah mak/nenek yg menjaga aku dr kecik sampai besar.. Dgr lagu nii mesti auto nangess..

  • @azmimatisa9358
    @azmimatisa9358 Жыл бұрын

    Aku MMG minat sgt lagu cmni.dengar waktu larut malam pergh!!!!!

  • @sitiaisyahhusin9318
    @sitiaisyahhusin93183 жыл бұрын

    Dgr lagu ni mesti nagis...rindu dkt mak...al-fatihah...adik rindu mak

  • @kamalnazri8793
    @kamalnazri87936 ай бұрын

    Lagu ni membawa aku teringat moyang perempuan aku..duduk dgn dia tahun 90 Masih sekolah rendah...dia lumpuh separuh badan,solat tepat waktu x pernah tinggal,ajar budak2 kg mengaji percuma,masa meninggal putih senyum je muka...Allah,sedihnya..

  • @fsgee8355
    @fsgee83553 жыл бұрын

    Alfatihah... teringat arwah ayahanda dan bonda..

  • @romanchemicalm4622
    @romanchemicalm46222 жыл бұрын

    baru tau ada lagu sesyahdu ini. salam dari tanah kalimantan

  • @matwaklu4626
    @matwaklu46263 жыл бұрын

    Lagu memang matching dengan penyanyi ditambah dengan lirik yang padu.Lagu ni sering dimainkan oleh abg isma di konti Bapakku fm.(30/10/2020 jumaat 8.56mlm)

  • @hajiadnanabdrahman7725
    @hajiadnanabdrahman7725 Жыл бұрын

    Aku baharu kehilangan ibu tercinta pada 3/3/2023... Lagu ini menyebabkan aku amat rindu ibuku . Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan roh orang-orang yg beriman.

  • @izatrahim2302

    @izatrahim2302

    11 ай бұрын

    al fatihah buat arwah

  • @jubirkhan9188
    @jubirkhan918810 ай бұрын

    Tringat bapa d sne arwah.. Alfatihah untk ABAh 😢😢😭

  • @azmainazim9731
    @azmainazim97313 жыл бұрын

    Doaku moga kt semua sihat dan selamat dr ni wabak coronovirus..Aaminn..

  • @rfqadam
    @rfqadam4 жыл бұрын

    Sahabat . Kehilangan kau memberi kesan kepada aku , kepada naha katering kepada pramusaji cikgu lin . Tak sangka Allah pinjamkan kau untuk aku berkawan sampai disini . Aku akan ingat kau aman . Melebihi seorang kawan . Al fatihah . Banyak suka dan duka kita lalui bersama . Tapi sekarang tinggal aku sendiri .

  • @mikeydluffy2268
    @mikeydluffy2268 Жыл бұрын

    Mak saya baru meninggal 22/1/2023 .. Pukul 5.06 pagi. Sakit matttt . Mcm rasa kosong hidup ni. Sbb mak kita je akan faham kita . Hanya dia je akan dengar keluhan kita tanpa jemu 🥺 ada adik beradik pon belom tentu sama mcm arwah mak. Diorg sibuk kan harta mak ayah je .. adik beradik diorg xkisah pon . Perit beb hidup aku . 😔

  • @samjil6623

    @samjil6623

    Жыл бұрын

    Sabar Bro...Ujian dtg dlm pelbagai bentuk. Dekatkan diri kpdNYA...inSyaaALLAH yg baik2 akan datang...

  • @harisjohar8959
    @harisjohar89593 жыл бұрын

    Tengah banjir ni syahduu jee dgar lagu ni sambil tgok air banjir. semoga semuanya selamat. ikut sop dan jaga diri . jangan main banjirrrr kawan kawan . aku sayang korang

  • @muhammadhafizi5135
    @muhammadhafizi51354 жыл бұрын

    lagu ni dengar betul2 hayati mmg bole menitik air mata :(

  • @zackzack4365
    @zackzack4365 Жыл бұрын

    Selepas dgr Jepp nyanyi lagu ni terus cari dn dgr terus melekat di hati kerana lirik nya melodi nya dn alunan gitar nya semoga pengkarya lagu ini semua nya dipanjang kn umur diberi kesihatan yg baik Aamiinnn...

  • @hajiadnanabdrahman7725

    @hajiadnanabdrahman7725

    Жыл бұрын

    Sama..lepas jep nyanyi.. terus cari

  • @fatimahmuhi1354
    @fatimahmuhi13543 жыл бұрын

    all the best dayang..... suka dengar lentuk patah lagu dyg. Moga terus gah dipersada seni tanahair

  • @sufiguri8254
    @sufiguri82543 жыл бұрын

    Mengharapkan lagu ni ada di spotify

  • @narulakmabinariffinmoe8896
    @narulakmabinariffinmoe88962 жыл бұрын

    abangku pergi meninggalkan aku pada 29.9.2021 terasa sangat pemergian dia... lagu ni menjadi kenangan pada aku... setiap kali mendengar air mataku akan mengalir kuar... moga ko tenang disana... dalam doaku ku sebut nama mu.....

  • @gegarvaganja3382
    @gegarvaganja3382 Жыл бұрын

    Semoga dipanjangkan usia Datuk Ramli Sarip dan Ms. Dayang Nurfaizah. Dan kami sebagai pendengar lagu-lagu Melayu berdoa agar dapat mendengar alunan secara langsung lagu Musafir Rindu ini di kaca tv atau konsert.

  • @aniz766
    @aniz7663 жыл бұрын

    Al fatihah buat arwah suamiku yg tersayang..10/4/2021 telah pulang ke rahmatullah.. Moga Syurga Tempatku mu abang. Love You

  • @mohdnorulshah9795
    @mohdnorulshah97952 жыл бұрын

    2022 hamba masih lgi mendengarkan lagu ini.. mashaallah lagu amatlah menyentuh d lubuk hati Hamba....

  • @sibleydading9971
    @sibleydading9971 Жыл бұрын

    Salam, lagu in saya didikasikan untuk P. Kayangan denga berat hati dan titian air mata terpaksa saya lepaskan kerana alam kita berbeza. Semoga kamu tenang diatas. Ciptaan terbaik tahnia buat Dr Wan Zawawi.

  • @olympussan9702
    @olympussan97024 жыл бұрын

    Allah berderai air mata kepipi saat lagu ini ku mainkan... 2020/1/27

  • @smarzkid
    @smarzkid4 ай бұрын

    Hadir lepas tengok tiktok wan chai buat gaya lagu ni

  • @sitihazarmohdyusop7479
    @sitihazarmohdyusop74792 жыл бұрын

    Terima kasih kerana menghasilkan karya karya agung. Setiap bait baris sangat sangat mendalam ertinya. Sangat menusuk kedalam jiwa.

  • @mohdfitry86
    @mohdfitry864 жыл бұрын

    Bagai patah tak tumbuh lagi Bagi hilang tidak berganti Bagai terbawa separuh diri Bersama pergimu yang tak kembali. Tenanglah abgku Asrol Akmal Md Tamis 4/7/1974 - 13/5/2020. Allah lebih menyayangimu. Allah hummagfirlahu warhamhu wa'afihi wafuanhu.

  • @mohamadshaifulibrahim4481
    @mohamadshaifulibrahim44812 жыл бұрын

    masyallah lirik lagu ni sayu je...ak br kehilangan ayahanda tercinta 9.7.2021..alfatihah.rindu tiada penghujungnye..

  • @syazkind2149
    @syazkind21494 жыл бұрын

    Rindu pada yang yelah pergi. Semoga arwah ibu ditempatkan orang yang beriman. Alfatihah

Келесі