PUNCA & CARA MENGATASI KESAN KOTORAN PADA DINDING & SILING

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

TOMPOK HITAM MUNCUL DEKAT SILING DAN DINDING!
Cuba tengok dekat siling atau dinding rumah anda. Ada nampak kesan tompok-tompok hitam tak? Kalau hendak tahu tompok hitam yang anda nampak tadi adalah kulat dan boleh jadi juga kesan kotoran atau karat.
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew hendak kongsikan tentang punca kesan kotoran pada dinding dan siling kapur, serta cara mengatasinya. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
Kulat pada dinding dan siling biasanya terjadi pada persekitaran yang lembap dan juga akibat kebocoran yang menyebabkan air mengalir ke diatas siling atau ke dalam dinding terutamanya di dapur dan bilik air. Kulat boleh membiak apabila air berjaya memasuki celah bingkai tingkap, atau bumbung yang mudah bocor.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Kesan bocor akan membuatkan permukaan siling atau dinding mejadi lembap dan mengeluarkan bau yang busuk akibat pembentukan kulat dan bakteria pada dinding yang boleh membahayakan kesihatan kita.
Kulat boleh menyebabkan atau memburukkan masalah pernafasan, asma dan alahan. Bukan setakat itu sahaja, kulat juga boleh menyebabkan bersin, batuk, selesema berterusan, mata atau gatal tekak, dan kulit yang bermasalah.
Nampak tak kulat ni berbahaya, sebab itu ia perlu ditangani segera!
Bolehkah kulat ini di cegah?
Pertama, kenal pasti punca.
Dalam setengah kes, masalah kulat berpunca dari bilik air yang lembap atau kebocoran air pada bumbung dan dinding. Anda perlu mengenal pasti punca ini terlebih dahulu. Selain daripada menyelesaikannya dengan bahan kalis lembapan, anda juga mungkin memerlukan bantuan dari yang pakar.
Kedua, cat dan baiki.
Pastikan anda mengecat dengan cara yang betul. Pada lapisan pertama pastikan anda menggunakan ‘Oil Based Sealer’. Oil Based Sealer mempunyai kelekitan yang tinggi, oleh itu anda digalakkan supaya menambah sedikit pelarut, sama ada tinner ataupun turpertine bagi mengurangkan kelekitan. Dengan menggunakan lapisan ‘Oil Based Sealer’, masalah ini dapat dielakkan kerana minyak dan air tidak boleh dilarutkan sekali. Ianya akan menghalang kesan tompokan daripada tembus.
Manakala lapisan kedua dan ketiga gunakan lapisan cat muka. Lebih baik jika anda menggunakan cat muka jenis anti fungus. Terutamanya jika anda berada di kawasan pantai timur. Di dalam satu bulan pada hujung tahun, hampir setiap hari akan hujan. Jadi, kelembapan yang tinggi ini, akan menyebabkan bahagian siling atau dinding kita mudah naik kulat. Cat muka membantu elakkan kulat daripada tumbuh pada permukaan.
Ketiga, pengudaraan.
Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut. Pastikan anda periksa bahagian ventilasi udara di ruang kediaman yang menyebabkan dinding atau siling berkulat dan jangan lupa kerap membuat pemeriksaan pada bahagian-bahagian yang terdapat kebocoran untuk mengelakkan masalah ini dari terjadi sekali lagi.
Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda menyelesaikan atau mencegah masalah kulat di kediaman anda. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.
END
Terima kasih kerana menonton. Jangan lupa klik like, komen, share, dan subscribe. Pastikan anda on notification, supaya dapat update terkini, dari Uncle Andrew

Пікірлер: 38

  • @cwleon82
    @cwleon822 жыл бұрын

    Uncle andrew, kalau ada masa buat video mengenai Aluminium cabinet ya!

  • @hafiz1052
    @hafiz105210 ай бұрын

    Thank you uncle

  • @janse9443
    @janse9443 Жыл бұрын

    Hi Uncle, I binge watched all your videos. Huge thanks for your sharing. It helps us to plan our home renovation. Can I also request you to kindly share type of paints can be used including factor such as safe for kids (non toxic) and kids proof (easy wipe). Thanks!!

  • @ikanemas7743
    @ikanemas77432 жыл бұрын

    Terima kasih uncle andrew..saya banyak mendapat pelajarang dan kebaikan dari video uncle..saya doakan uncle sentiasa sihat dan membuat lebih banyak video

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Terima kasih banyak ²🙏🙏🙏

  • @katibkatib85

    @katibkatib85

    7 ай бұрын

    ​@@UncleAndrew1111.. selamat sejahtera uncle semoga sihat...nak tanya untuk membuat 3 lapisan lantai bilik air TK bagi bocor LG guna bahan apa?tq

  • @mudismail
    @mudismail2 жыл бұрын

    👍

  • @user-zd3km5eh9b
    @user-zd3km5eh9b2 ай бұрын

    Hello uncle boleh tak uncle tunjukkan cara nak hilangkan bintik hitam di dinding tandas 😊😊😊😊😊

  • @tatfazly1415
    @tatfazly14152 жыл бұрын

    Tq uncle..

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    You are most welcome

  • @azhar9274
    @azhar927411 ай бұрын

    Nippon 5170 sealer 2nd and 3rd use matex maxi white

  • @pakcuramadhan
    @pakcuramadhan2 жыл бұрын

    ty uncle

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 жыл бұрын

    Sama sama🤝

  • @hamidahibrahim5505
    @hamidahibrahim55052 жыл бұрын

    Uncle perabut rumah saya banyak kulat macam mana nak atasi nya terima kasih

  • @saifulzainal7901
    @saifulzainal7901 Жыл бұрын

    Hai uncle .maaf ye ingin bertanya..ape punca ye cat pada syiling rumah saya nampak seperti bertompok tompok..dan ada bahagian yang cat nya masih ok..np ye macam tu??ape punca nye??

  • @syamsularifin1493
    @syamsularifin14932 жыл бұрын

    Kalau pakai cat sealer saja boleh ke tuan?

  • @pojiedewie4997
    @pojiedewie49976 ай бұрын

    Ceiling kapur dgn dinding batu boleh guna ke cat minyak

  • @provoyalsoustibous8403
    @provoyalsoustibous84032 жыл бұрын

    Hi Uncle Andrew. Saya ada masalah tompok2 dan juga lapisan putih pada dinding seperti debu halus. Penat saya mop dinding tapi dua tiga jam lepas tu tompok2 putih akan ada balik. Pernah lepas mop, saya tutup tingkap dan pintu tapi sama jugak sejam dua tompok putih akan ada balik. Jadi bukan debu halus dari luar masuk dalam rumah. Dalam rumah pun saya vakum setiap dua hari sekali tp debu2 tompok putih akan muncul. Adakah ini adalah kulat? Dan apakah cara mengatasinya. Terima kasih.

  • @hamizanabdrahman7561
    @hamizanabdrahman75618 ай бұрын

    Hallo uncle.. kalau syiling kapur banyak kesan air kencing tikus .. nak atasi cat macam mana.. cuba bagitahu.. kena tukar syiling atau cat apa yang sesuai

  • @sitifarahana1711
    @sitifarahana17112 ай бұрын

    Hai uncle..macam mana nak hilangkan liquit paper didinding ye

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    2 ай бұрын

    Atas jenis apa dinding.

  • @nurezzati3912
    @nurezzati3912 Жыл бұрын

    Hi Uncle, kalau bocor dr atas dan dinding kita kena repair bumbung ke? Agak costing juga ya

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Ya, kena tukang chk dulu dan cuba cari punca bocor. Harga repair depand on kerosakan dan cara kerja dijalankan.Kerja di kawasan tinggi ada risiko, sebab itu costing kadang kadang jadi agak tinggi.

  • @cklen7811
    @cklen7811 Жыл бұрын

    Hai uncle. Nak tanya lebih jelas... Boleh kah kita gunakan sealer jenis oil base dan kemudian mengunakan cat finishing jenis water base? Cat dinding saya berkulat dan setelah dikenal padti adalah berpunca dari saluran paip aircond... Paup aircond sejuk dan menghasilkan kumpulan air lalu menitis terkena dgn dinding rumah. Mohon uncle bagi pandangan? Terima kasih

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Boleh,selapas lapisan sealer minyak kering ,lapisan cat muka water base sesuai digunakan.

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Process condensation yang menyebabkan masalah air boleh diselesai dengan menggunakan bukusan lapisan penebat haba yang berwarna hitam keatas saluran paip air. Tukang aircond selalu gelar "Superlone".

  • @shuraizahs
    @shuraizahs9 ай бұрын

    Hi uncle, saya rasa rumah saya ada masalah siling bocor dari tingkat atas, merebak ke bilik air tetamu. Satu famili kerap selsema batuk yang saya rasa pelik. Boleh uncle kongsi contact yang betul untuk bantu saya? TQ

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    9 ай бұрын

    Langkah pertama upah tukang cari dan baiki tempat bocor. Perhatikan masa hujan untuk pastikan tiada lagi kebocoran berlaku. Kadang kala air bukan bocor dari atap,piping air, tangki air,water proving pada lantai bilik air juga mungkin sumber masalah. Lepas tu cari tukang Plaster Siling chk rangka structures ceiling ada dalam keadaan baik dan selamat. Repair ceiling dan selepas semua kering , Cari painter buat cat antifungas.

  • @shuraizahs

    @shuraizahs

    9 ай бұрын

    @@UncleAndrew1111 terima kasih! Saya akan cuba nanti

  • @mohdnuha9431
    @mohdnuha9431 Жыл бұрын

    Kalau siling kapur plaster jadi hitam akibat kesan asap terbakar.mcm mana cara nak hilangkan kotoran tu yaa?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Tidak dapat dihilangkan dengan sepenuhnya.Mengecat selepas tu.

  • @mohdnuha9431

    @mohdnuha9431

    Жыл бұрын

    @@UncleAndrew1111 boleh suggest tak cat yg jenis mcm mana boleh guna?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Jika tidak terlalu teruk kesan Minyak,boleh cuba cat emulsion biasa selepas kerja pembersihan.

  • @mohdnuha9431

    @mohdnuha9431

    Жыл бұрын

    @@UncleAndrew1111 kalau cat nippon paint matex CC boleh guna tak?

  • @nabilahhalimi8745
    @nabilahhalimi8745 Жыл бұрын

    Kalau kulat pada cat pintu macam mana

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Kulat terjadi pada sesuatu permukaan bermula jika kelembapan tinggi atau ada sumber air yang bocor. Cuba selesaikan masalah sumber air, banyak masalah lain akan selesai.

  • @nabilahhalimi8745

    @nabilahhalimi8745

    Жыл бұрын

    @@UncleAndrew1111 Tapi memang betul-betul tak ada masalah sumber air uncle. Pintu je yg berkulat, dinding tak ada kulat. Kalau guna cuka berkesan ke?

  • @UncleAndrew1111

    @UncleAndrew1111

    Жыл бұрын

    Material pintu yang mudah berkulat seperti MDF juga punca masalah.

Келесі