Puaka Nek Na. Dikeluarkan oleh P.K Pictures Jun 2024

Persembahan Cerita Pendek oleh Kumpulan Periuk Kera P.K Pictures (Kumpulan 10)
Kursus & Kod : MPU 3182 Falsafah dan Isu Semasa (G01)
Tema Video: Falsafah Etika dan Peradaban
Tajuk Cerita: Puaka Nek Na
Tajuk: Etika Menghormati Adat Resam & Kepercayaan Lokal: Pentingnya Kesedaran Budaya dalam Masyarakat
Konsep Video: Menampilkan beberapa orang pelajar yang berlainan latar belakang dan berasal dari negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah mengadakan aktiviti percutian bersama di sebuah kampung di Daerah Padawan sempena cuti semester.
Pendahuluan:
Penghargaan terhadap adat resam dan kepercayaan tempatan memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan dan keharmonian. Namun, sering kali, terdapat kekurangan kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan etika menghormati adat resam dan kepercayaan tempatan. Oleh itu, video ini bertujuan untuk menyelidik implikasi kekurangan ini dalam masyarakat serta menekaqnkan pentingnya kesedaran budaya untuk memupuk rasa hormat dan toleransi.
Skop Video:
1. Pengenalan Adat Resam Tempatan: Memaparkan video yang menunjukkan reka bentuk rumah panjang, jambatan buluh tradisional dan makanan tradisional yang dimasak menggunakan bahan semula jadi.
2. Mengenai Kepentingan Budaya: Watak para pelajar yang tidak mengendahkan nasihat Nek Na dan sakanya yang akhirnya menyoroti kesan negatif kepada mereka sendiri akibat memiliki sifat kurangnya penghargaan terhadap adat resam dan kepercayaan tempatan.
Kesimpulan:
Memaparkan kesan yang lebih jelas akibat kurangnya penghargaan tentang kepentingan etika menghormati adat resam dan kepercayaan tempatan.
Dikreditkan Kepada Lagu latar:
Rapler -Nading Rhapsody, Sabak Pulai
Wyker - Taboh Bidayuh, Rejang Beuh
Sakura Band - Polaroid

Пікірлер

    Келесі