Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tok Aman Bali Beach Resort Pasir Puteh Kelantan

Пікірлер: 7

  • @marduenanuar2074
    @marduenanuar207422 күн бұрын

    Support

  • @yusofhusni7808
    @yusofhusni780822 күн бұрын

    Mantap bossku.. jauh perjalanan LUAS pemandangan!! Balik nanti ikut lebuh Raya timur barat ke ? Trmksh berkongsi video nya

  • @aminhobby4972

    @aminhobby4972

    22 күн бұрын

    Tak cukup masa nak ikut lebuhraya timur barat.

  • @yusofhusni7808

    @yusofhusni7808

    22 күн бұрын

    Trmksh! Semoga Allah PERMUDAHKAN Di lain waktu

  • @husnymazlan8155
    @husnymazlan81552 күн бұрын

    Berhampiran Pantai Batu Buruk, ada simpang lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Pusat Bandaraya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (dahulunya dikenali sebagai Hospital Kuala Terengganu), Istana Maziah dan Masjid Abidin melalui Laluan Persekutuan 174 iaitu Jalan Sultan Mahmud. Diikuti belok ke kanan menuju ke Pantai Batu Buruk manakala belok ke kiri pula menuju ke Taman Tamadun Islam, Cabang Tiga, Kuala Berang dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Jalan Kamaruddin iaitu Laluan Persekutuan 3 arah utara. Minit 1:48 saat : Pintu gerbang memasuki Bandaraya Kuala Terengganu. Minit 2:00 saat : Stadium Tertutup Kuala Terengganu. Minit 2:10 saat : Hospital Kuala Terengganu (kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Nur Zahirah). Di Bandaraya Kuala Terengganu, ada simpang empat bulatan. Laluan terus menuju ke Masjid Abidin melalui Jalan Sultan Sulaiman. Diikuti belok ke kiri menuju ke Pusat Bandaraya dan Wisma Darul Iman manakala belok ke kanan pula menuju ke Istana Maziah, Pasar Payang dan Seberang Takir melalui Jalan Sultan Zainal Abidin iaitu Laluan Persekutuan 174. Selepas dari Kompleks Membeli Belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC), laluan terus menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Seberang Takir dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Minit 4:02 saat : Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Selepas dari Jambatan Angkat Kuala Terengganu, ada simpang susur keluar kiri. Susur keluar ke kiri menuju ke Seberang Takir manakala laluan terus pula menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Kompleks Sukan Gong Badak melalui Laluan Persekutuan 65, Pantai Teluk Ketapang dan Kota Bharu (Kelantan) iaitu Laluan Persekutuan 3 arah utara. Di Jalan Pantai Teluk Ketapang, ada simpang susur kiri. Laluan terus menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud melalui Laluan Persekutuan 65 dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 arah utara manakala belok ke kiri pula menuju ke Kampung Telaga Daing dan Kampung Teluk Ketapang. Di Jalan Pantai Teluk Ketapang, ada papan tanda jarak antaranya Pantai Teluk Ketapang iaitu 1 kilometer dan Jalan Tok Jambal pula iaitu 5 kilometer melalui Laluan T145. Minit 6:14 saat : Pantai Teluk Ketapang. Minit 6:40 saat : Landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Berhampiran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), ada simpang tiga bulatan. Laluan terus menuju ke Mengabang Telipot dan Pantai Batu Rakit melalui Laluan T145 manakala belok ke kiri pula menuju ke Institut Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Merang dan Permaisuri (Setiu) melalui Laluan Persekutuan 65 iaitu Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri (Setiu). Di Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri (Setiu) iaitu Laluan Persekutuan 65, ada papan tanda jarak antaranya Batu Rakit iaitu 10 kilometer, Merang iaitu 22 kilometer, Penarik iaitu 41 kilometer dan Permaisuri (Setiu) pula iaitu 53 kilometer. Berhampiran IPG (Institut Perguruan) Kampus Dato Razali di Batu Rakit, ada simpang empat lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Batu Rakit dan Merang melalui Laluan Persekutuan 65 iaitu Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri (Setiu). Diikuti belok ke kiri menuju ke Maras melalui Laluan T148 manakala belok ke kanan pula menuju ke Mengabang Telipot juga melalui Laluan T148. Minit 10:38 saat : Pantai Penarik. Di Masjid Penarik, ada simpang tiga bulatan. Laluan terus menuju ke Pantai Mangkuk manakala belok ke kiri pula menuju ke Tasek melalui Laluan T1, Kampung Raja melalui Laluan T3, Bandar Permaisuri (Setiu), Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 arah selatan dan utara. Berhampiran kawasan Kampung Raja, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Jerteh, Kuala Besut, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 84 iaitu Jalan Kampung Raja manakala belok ke kanan pula menuju Kalan Bunut dan Kampung Tok Raja melalui T152 iaitu Jalan Kalan Bunut. Selepas dari Kampung Raja, ada susur keluar kiri. Laluan terus menuju ke Semerak, Tok Bali dan Pasir Puteh (Kelantan) melalui Laluan T7 dan Jambatan Kuala Besut manakala susur keluar ke kiri pula menuju ke Kompleks Perikanan Daerah Besut (Terengganu). Minit 12:21 saat : Jambatan Kuala Besut. Di Pekan Kuala Besut, ada simpang tiga bulatan pertama. Belok ke kanan menuju ke Jeti Ke Pulau Perhentian manakala laluan terus pula menuju ke Tok Bali dan Seberang Jerteh. Di pekan yang sama, ada simpang bulatan kedua. Laluan terus menuju ke Jerteh, Kuala Terengganu dan Pasir Puteh (Kelantan) manakala belok ke kanan pula menuju ke Tok Bali, Bachok dan Kota Bharu (Kelantan). Minit 14:25 saat : Pantai Bisikan Bayu di Pasir Puteh, Kelantan. Minit 15:51 saat : Tok Aman Bali Beach Resort di Pasir Puteh, Kelantan. Setakat itu saja komen daripada saya. Sekian

  • @aminhobby4972

    @aminhobby4972

    17 сағат бұрын

    @@husnymazlan8155 terima kasih atas pencerahan yang diberi. Moga bermanfaat kepada yang menonton video ini.

  • @husnymazlan8155

    @husnymazlan8155

    17 сағат бұрын

    @@aminhobby4972 Sama-sama abang