Pasir Putih Resort, Kalumpang || Lot 12 yang strategik

Destinasi pilihan kami untuk kali ini adalah Pasir Putih Resort yang terletak di Kalumpang, Hulu Selangor. Perjalanan tidak sampai dua jam dari Kuala Lumpur. Tempat ini mendapat review yang agak banyak dari geng campers. Jadi kami pilih untuk cuba berkhemah di sini.
Secara keseluruhan, tempat ini besar. Ada 103 tapak khemah disediakan. Bezanya, dekat atau agak jauh dari sungai sahaja.
Kami bernasib baik mendapat tapak yang betul-betul tepi sungai. Jadi boleh turun depan khemah sendiri sahaja untuk mandi sungai.
Cumanya, hari pertama kami sampai, semasa sedang menikmati roti canai di pondok yang disediakan di tapak ini, tiba-tiba muncul seekor monyet alpha. Pada mulanya, monyet ini kelihatan tidak menganggu orang. Hanya duduk di satu dahan, tetapi rupanya macam taktik sahaja.
Perlahan-lahan monyet ni mula mendekati kami dan mula menunjukkan taringnya.
Kami pun, apa lagi. Kalut la bawa makanan lari dalam khemah sebab takut diserang monyet ni.
Bila kami call pihak pengurusan di sini, jawapannya, monyet ni selalunya tidak kacau orang. Agaknya kami la tidak bernasib baik. hahaha
Nak mandi sungai pun tak tenang, sebab monyet ni muncul semula semasa kami sedang mandi. Waktu tu, bau makanan dipanggang dari khemah yang ada di sini, memang kuat dan mungkin monyet ini tertarik dengan bau tersebut. Solutionnya, staff di sini datang bakar mercun bola untuk halau monyet ni.
Orang datang berkhemah makin ramai pada hari kedua. Semalam ketika kami mandi di bilik air, dah mula rasa air di tandas ini akan bermasalah. Sebabnya, bila jiran shower buka air, shower kita pun dah tak keluar air. Rupanya makin melarat isu air ni sampai pagi hari ketiga.
Kami tidak pasti adakah air memang tak ada untuk semua tandas dalam resort ini atau hanya tandas berdekatan lot kami ini sahaja yang terjejas.
Apa-apa pun kami enjoy berkhemah di sini. Sungai sangat jernih. Ada kebun buah cuma kami tak sempat nak meronda di keseluruhan resort ini.
Terima kasih staff Pasir Putih Resort yang sangat membantu serta cepat bertindak atas aduan kami.
Perkhidmatan membasuh khemah :
Atomic Resources
019 6697036 (Afiq)
/ atomicresourcescleaning
Video : Real Me 8 Pro
Editing : Shotcut
Music by KZread audio
A Long Cold - Riot
Asleep With The Sun - Unicorn Head

Пікірлер: 38

  • @wilsonk
    @wilsonk Жыл бұрын

    baru selesai kutip sampah..hujan renyailah pulak..tapi air masih jernih oh..terbaik perkongsian kawan

  • @lensakami152

    @lensakami152

    Жыл бұрын

    Wahh berada kat sana ya? Best kan sungai kat situ..terima kasih singgah sini🤗

  • @Jmjm1969
    @Jmjm19692 жыл бұрын

    Respect dengan orang yang kutip sampah tanpa berkira. Harapan kita pada si penyepah sampah biadap dengan alam semulajadi ni akan terasa biadap pada diri dan waris mereka, bila melihat sampah dia di kutipkan orang lain. Ingatlah membuang sampah merata adalah biadap. Jangan jadi biadap. Intro video ni menolong buangkan sisa sampah, terus aku subscribe and like.

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Terima kasih singgah, komen, like dan subscribe channel Lensa Kami :)...semoga bermanfaat ^_^

  • @outdoorcamping4.267
    @outdoorcamping4.2672 жыл бұрын

    tempat ni mmg owsem klu amik area tuahku di sini..kiranya suasana forest skit.. view menarik 👍👍👍 truskn konten..moga sukses selalu

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Tq²..ada juga tanya tuahku disini, tapi nampaknya dapat rezeki ke pasir putih ni dulu😅

  • @azharbon605
    @azharbon6052 жыл бұрын

    Sikap yg amat terpuji bila lihat kamu bersihkan alam ini...semoga kehidupan anda sekeluarga dirahmati Allah Swt

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Aamiin Ya Rabbal Alamin..terima kasih😊

  • @ZaireeyKhairuddin
    @ZaireeyKhairuddin2 жыл бұрын

    Cantik

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Betul. Cantik sungai kat sini

  • @abbygale4913
    @abbygale49132 жыл бұрын

    Saya suka org buat vdeo cmni. Xyah tjuk muka hehe..ckp je...

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Terima kasih singgah sini😊

  • @sureshm.perumal96
    @sureshm.perumal962 жыл бұрын

    👌

  • @lensakami152

    @lensakami152

    Жыл бұрын

    Thank you

  • @robiahmajid4282
    @robiahmajid42822 жыл бұрын

    Jgn lupa video ibu

  • @faroukahmad8048
    @faroukahmad80482 жыл бұрын

    Mase p tu ade ujan x .. kalau ujan air besa air paip akan kacau .. sbb air paip dari hulu sg .. munkin sumbat

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Yup petang tu hujan lebat. Mungkin tu la kot ya sebabnya.

  • @faroukahmad8048

    @faroukahmad8048

    2 жыл бұрын

    @@lensakami152 a.haa tu sbb dia

  • @_azstudio
    @_azstudio2 жыл бұрын

    ooo boleh buat fire pit atas tanah eh...die bagi ke

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Masa kami tanya fasal kayu api kat staff di sini, tak ada pula dia kata tak boleh bakar atas tanah. Lagi pula, tempat kami bakar tu kesan sedia ada dari sebelum ni :)

  • @pymaat
    @pymaat2 жыл бұрын

    Nak tanya.. lot 11 sebelah tu ok tak campsite dia? Sy dapat tapak tu untuk next camping saya...

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Seingat kami, tapak tu banyak akar. Kalau tak ada pilihan lain, kena bawa alas tidur tebal sikit la. Selamat bercamping :)

  • @azmishafiqabdrahman6388
    @azmishafiqabdrahman63882 жыл бұрын

    jauh tak tempat campsite dgn parking kereta

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Parking sebelah je tuan😊

  • @afnanzass
    @afnanzass2 жыл бұрын

    Lot 12 ni memang dapat sekali pondok ke? Kalau nak sewa tapak khemah sahaja boleh ke lot 12 ni kak?

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Masa pacak hari tu, dah confirmkan dengan staff disitu boleh guna pondok tu. Tak pasti harga yang dipamerkan di pondok adakah untuk day trip sahaja atau macam mana. Boleh confirmkan dengan pihak campsite😊

  • @fairusshaharuddin24

    @fairusshaharuddin24

    Жыл бұрын

    harga tapak yg ade pondok rm80.. manakala tapak yg tak ade pondok rm50

  • @maslinda7636
    @maslinda76362 жыл бұрын

    Sis KT tapak 12 ni flysheet saiz 3x5m muat tak?

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Rasanya akan masuk ke tapak sebelah. Kami guna hari tu 3x4m. Boleh confirm dengan owner/staff sana

  • @robiahmajid4282
    @robiahmajid42822 жыл бұрын

    Please help

  • @azmishafiq214
    @azmishafiq2142 жыл бұрын

    Mcm mana nk booking ya

  • @lensakami152

    @lensakami152

    2 жыл бұрын

    Cuba contact no ni 0192493114

  • @aintaibah9290
    @aintaibah929011 ай бұрын

    Sis..lot 12 ni harga berapa?

  • @lensakami152

    @lensakami152

    11 ай бұрын

    Dah tak ingat puan. Kami sarankan berhubung dengan campsite owner mana tau ada perubahan harga. Selamat bercamping☺️

  • @robiahmajid4282
    @robiahmajid42822 жыл бұрын

    Please help

  • @lensakami152

    @lensakami152

    Жыл бұрын

    Semoga baik2 sahaja ya ibu Robiah Majid. Terima kasih singgah

Келесі