P Ramlee 1959 Pendekar Bujang Lapok (3)

Filem Pendekar Bujang Lapok diarahkan oleh pengarah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1959. Kisah ini bermula apabila 3 rakan baik menyaksikan sendiri tentang kehebatan Pendekar Mustar menewaskan 2 orang samseng (pekerja penambang perahu) di Penambang Sampan Sungai Kemunting. Ramlee, Sudin dan Aziz pergi mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang Sebatang.
Tujuan 3 orang bujang lapok ini ialah untuk belajar silat dengan Pendekar Mustar. Sebelum sampai ke rumah Pendekar Mustar, mereka telah bertemu dan mengekori Rosnah (kebetulan pula dia anak Pendekar Mustar) yang pulang ke rumah setelah habis mengajar (menjadi guru) di Sekolah Umum Buta Huruf di Kampung Pinang Sebatang itu.
Kerana tidak suka dengan perangai Ramlee, Sudin dan Aziz ketika mengusik dan mengekorinya sampai ke rumah, Rosnah mengadu kepada bapaknya (Pendekar Mustar) yang mereka bertiga itu menganggunya dan menuduh sebagai pencuri. Oleh yang demikian, Pendekar Mustar mencabar Ramlee, Sudin dan Aziz untuk berlawan silat. Bagaimanapun, hatinya lembut apabila mereka berjaya mematikan langkah Pendekar Mustar (dengan mengangkat dan mendukungnya) serta menyatakan hasrat kedatangan mereka untuk belajar silat.
Tindakan Pendekar Mustar itu telah membuatkan Rosnah marah. Dan bila bertemu dengan emaknya Rosnah berkata: "Bencilah bapak tu, bila jumpa orang terus bawa naik rumah". Begitu pun juga, bila emaknya bertemu dengan Ramlee, Sudin dan Aziz dia menyukai mereka juga. Sikap Rosnah menjadi masalah bukan saja kepada Pendekar Mustar tetapi juga Ramlee, Sudin dan Aziz.
Dalam pada itu, tauke sampan yang lebam-lebam di mata serta pekerja-pekerjanya yang berlagak samseng (Pendekar Mustar menganggap mereka samseng taik minyak) yang kena belasah oleh orang-orang di penambang ekoran kehandalan yang ditunjukkan oleh Pendekar Mustar, telah menyuruh tiga orang samseng mencari rumah Pendekar Mustar dan juga 3 orang Bujang Lapok.
Risaukan Ros (nama timangan Rosnah) tidak menyukai mereka berada di rumah tersebut, Ramlee, Sudin dan Aziz cuba mengambil hatinya dengan menyanyikan lagu "Maafkan Kami". Berikutan itu, hati Rosnah menjadi lembut dan mula menyukai mereka. Apabila sudah diketahui tempat Pendekar Mustar dan Bujang Lapok berada, tauke sampan datang ke rumah Pendekar Mustar membuat tuntutan ganti rugi bernilai 74 ringgit 71 sen atas kerugian dialaminya ketika berlaku pergaduhan di Penambang. Tetapi Pendekar Mustar beserta Ramlee, Sudin dan Aziz enggan membayar.
Bila Rosnah muncul, tauke sampan yang mata keranjang terpikat dengan kejelitaan Rosnah dan membuat syarat hutang boleh selesai sekiranya Pendekar Mustar mahu mengahwinkan anaknya Rosnah dengannya. Rosnah marah dan menolak. Ramlee, Sudin dan Aziz pula cuba berlagak menunjuk kehandalan bersilat walaupun mereka baru saja diajar Pendekar Mustar.
Begitupun juga gertakan Ramlee, Sudin dan Aziz berjaya juga membuatkan tauke sampan serta orang-orangnya meninggalkan rumah Pendekar Mustar. Tetapi tiba-tiba Aziz menjerit kesakitan terkena batu yang dilontar oleh salah seorang samseng yang mengenai dahinya. Tanya Pendekar Mustar: "Kenapa kau tak elak". Jawab pula Aziz: "Bagaimana saya nak elak, ilmu elak batu Pak Cik belum ajar lagi". Semua mereka ketawa.
Ketika belajar isem, apa yang dikata oleh Pendekar Mustar lain pula yang ditulis oleh Ramlee, Sudin dan Aziz. Dengan itu tahulah Pendekar Mustar yang tiga Bujang Lapok itu tidak tahu menulis dan membaca. Maka Pendekar Mustar pun memerintahkan supaya Ramlee, Sudin dan Aziz pergi belajar di sekolah buta huruf bergurukan Cikgu Rosnah.
Semasa belajar silat masing-masing cuba memikat Rosnah bagaimanapun Ros lebih menunjukkan minatnya terhadap Ramlee. Bagi meneruskan ilmunya dan menentang "cubaan", Pendekar Mustar menyuruh Aziz ke perigi buta, Sudin ke rumah kosong yang telah lama ditinggalkan dan Ramlee pula di arahkan ke kubur. Bagaimanapun masing-masing gagal menghadapi "cubaan" yang dimahukan Pendekar Mustar. Kerana belum apa-apa lagi mereka sudah cabut lari . . .
DIBINTANGI:
P. Ramlee - Ramli (juga bertindak sebagai pengarah)
Aziz Sattar - Ajis
S. Shamsuddin - Sudin
Roseyatimah - Cikgu Ros (anak Pendekar Mustar)
Aini Jasmin - Aini (Orang Gaji Pendekar Mustar)
Ibrahim Pendek - Berahim
Mustarjo - Pendekar Mustar
Momo Latif - Isteri Pendekar Mustar
Ahmad Nisfu - Tauke Sampan (serta ketua samseng)
Shariff Dol - Orang Kuat Tauke Sampan
A. Rahim - Pekerja Tauke Sampan
Kemat Hassan - Pekerja Taukeh Sampan
Ali Fiji
Ahmad C
Omar Suwita
S. Sudarmaji
Ibrahim Hassan
Ahmad Ghani
Mohd. Rafi'i
Lagu2♫
Penyanyi Latar: Saloma, P. Ramlee, Malindo Trio
Muzik, Lakon layar, skrip dan Arahan: P. Ramlee
Runut Bunyi♫
Pok Pok Pok Bujang Lapok - Malindo Trio (P. Ramlee, S. Shamsuddin & Aziz Satar)
Maafkan Kami - Malindo Trio (P. Ramlee, S. Shamsuddin & Aziz Satar)
Malam Bulan Dipagar Bintang - P. Ramlee & Saloma

Пікірлер: 29

  • @paranghafiz5569
    @paranghafiz55695 жыл бұрын

    Sy mmg peminat setia filem2 p.ramli mmg x kn bosan walaupun slalu tontonkn kn kn

  • @abumansorjaafar4562
    @abumansorjaafar45625 жыл бұрын

    peminat seumur hidup lakonan p.ramlee

  • @soyeelyel9488

    @soyeelyel9488

    Жыл бұрын

    Hadir kta SMA

  • @zulkhairiabdul850
    @zulkhairiabdul850 Жыл бұрын

    Saya pun sama juga .alfaheha buat mereka .

  • @arisomar999
    @arisomar9995 жыл бұрын

    Evergreen MaLay Film though it’s in Black & White and the images get blurr as time goes... ‎ الفاتحة utk Almarhum P. Ramlee & semua nya yg telah kembali keRahmatullah... Semoga Roh mereka bersama2 dgn Roh orang2 yg Soleh & Soleha, آمين٣... Film Yang kekal sepanjang zaman walaupun semakin ramai yg kurang ingat dgn Film ni...

  • @kuyaoon2799
    @kuyaoon27995 жыл бұрын

    film yg tak pernah bosan kita tonton....?

  • @arisomar999

    @arisomar999

    5 жыл бұрын

    Betul...

  • @kerolkhairul9119
    @kerolkhairul9119 Жыл бұрын

    Jauh berbeza dengan cerita zaman sekarang

  • @zakeyzakiah3759
    @zakeyzakiah3759 Жыл бұрын

    Memasing pegang watak tu yg paling terkesan. Tu yg Buat tidak jemu berulang -ulang tengok

  • @marselihardeni8746
    @marselihardeni8746 Жыл бұрын

    Mntap kisah film p.ramlee 😭😭😭

  • @mohdamirulfirdausawang4400
    @mohdamirulfirdausawang44005 жыл бұрын

    Sahabat dari dalam perut.. hahaha

  • @tokdalang4765
    @tokdalang47656 жыл бұрын

    Setuju banget film p ramle

  • @kidsof69
    @kidsof695 жыл бұрын

    Sambung ekor beruang..hahahaha

  • @NurulHidayah-dk6hq
    @NurulHidayah-dk6hq6 жыл бұрын

    Saya suka video ni

  • @dinharkl4210

    @dinharkl4210

    5 жыл бұрын

    FGV

  • @dinharkl4210

    @dinharkl4210

    5 жыл бұрын

    Nurul Hidayah

  • @pindipindi8062
    @pindipindi8062 Жыл бұрын

    Peminat semua filem p. Ramle

  • @zaharitan7323
    @zaharitan73232 жыл бұрын

    7

  • @bymoon9098
    @bymoon9098 Жыл бұрын

    Watching in 2022 ^_^

  • @yazidShaibi8421
    @yazidShaibi842110 ай бұрын

    ❤😂🎉😢😮😅😊

  • @mohdfazli9349
    @mohdfazli93496 жыл бұрын

    kira bulu kambing.. haha

  • @petrousbintuong8755

    @petrousbintuong8755

    Жыл бұрын

    Sambung ekor beruang. Ha ha ha

  • @user-vo5od4su3n
    @user-vo5od4su3n5 ай бұрын

    😂😂 bujang lepok

  • @prakafasela530
    @prakafasela5306 жыл бұрын

    Inilah pilm Paporit prakaf

  • @jariahmatakil464
    @jariahmatakil4643 жыл бұрын

    P noes oesa coea mnoe yri dur

  • @glassmanorangjitra
    @glassmanorangjitra Жыл бұрын

    Apa hal censored bahagian Ibrahim Pendek bercakap? Apa daaa tu pun salah kaa?

  • @shaerienashaari2840
    @shaerienashaari2840 Жыл бұрын

    sahabat baru satutahun

  • @ediutamaabdullah6192
    @ediutamaabdullah61925 жыл бұрын

    Hiii