NEW HONDA ADV 160CC 2023 | ADV 160CC MALAYSIA | MANA PILIHAN AWAK | SHM HONDA PENGKALAN HULU PERAK

Hampir satu tahun selepas ADV 150 dilancarkan untuk pasaran Malaysia, kini tiba pula model generasi baru yang akan menggantikannya, iaitu ADV 160 dengan harga RM12,999 tidak termasuk insurans. Dua warna ditawarkan untuk skuter bergaya adventure ini, iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Vivacity Red.
Seperti yang boleh diketahui melalui namanya, naik taraf utama pada ADV 160 ini adalah pada bahagian enjin, di mana sekarang ia menggunakan unit satu silinder suntikan bahan api 156.9 cc eSP+ yang dipadankan bersama transmisi CVT untuk menghasilkan kuasa 15.8 PS pada 8,500 rpm dan 14.7 Nm tork pada 6,500 rpm. Kuasa ini adalah sama seperti Vario 160 dan Air Blade 160 yang menggunakan enjin sama.
Walaupun nampak seakan sama, semua panel badan serta casis skuter ini sebenarnya adalah baru, termasuklah panel yang memegang lampu hadapan, tepi, bawah, pelindung ekzos, penghadang angin (lebih tinggi) dan penghadang lumpur hadapan. Dengan badan yang sudah ditukar ini, ruang simpanan di bawah tempat duduk juga bertambah besar menjadi 30 liter. Lampu hadapan dan belakang LED bagaimanapun masih lagi sama seperti ADV 150.
Bahagian meter juga telah diperbaharui dengan unit LCD yang rata tanpa sebarang butang, dan di sekelilingnya tidak mempunyai pelindung plastik seperti pada ADV 150. Semua informasi dipaparkan pada skrin ini, termasuklah lampu amaran yang sebelum ini diasingkan pada ADV 150, dan di bawahnya terdapat tiga butang kawalan.
Model yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia ini, selain dilengkapi brek ABS single-channel, juga diberikan sekali dengan sistem kawalan cengkaman HSTC. Demi memberikan sedikit kepuasan kepada pengguna, sistem kawalan cengkaman ini boleh ditutup dengan menekan butang yang disediakan.
Kelengkapan lain skuter ini masih lagi sama seperti ADV 150 yang diperkenalkan kali pertama pada tahun 2019, termasuk fork teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak Showa di belakang dengan tabung gas, rim 14 inci di hadapan dengan tayar 110/80, rim 13 inci di belakang dengan tayar 130/70, sistem kunci pintar serta sistem start/stop enjin.

Пікірлер: 68

  • @syakirinshaari3034
    @syakirinshaari30347 ай бұрын

    smart dan nmpk garang oo..adv baru

  • @kaswadi87
    @kaswadi87 Жыл бұрын

    wow mantap adv 160..tahniah boss

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Terima kasih bos

  • @dzulfadli5219
    @dzulfadli5219 Жыл бұрын

    Handle nya warna hitam.. saya suka 👍

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Kalau gold tu kostom kot yek

  • @SamsungJprime-zo4zc
    @SamsungJprime-zo4zc Жыл бұрын

    Asalamualaikum.⚽⚽🎹.Cantik motor Honda ini.Saya suka dgn motor Honda krana tahan lama. Teringat dkampun dulu.Mereka suka bawa motor waktu malam krana sejuk,dingin.Motor nak letak pun mudah.Mcm nak bawa baran banyak meman susah sedkit.Krana motor roda 2.Mereka nak kesana-sini saja -sja selalu dgn motor.mudah utk letak.Mcm motor ada penutup jaran ada.Saya suka dgn motor ada penutup krana tidak kna panas dan hujan.baju hujan ke 2 nya saya suka. Mudahan ban kak yan mencari rezeki dgn berniaga dlm keadaan sihat.Itu saja.

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Wslm.... Aminnn awak suka motor honda sampai tringat kat kampung tu... Terbaik lah penangan honda hahaha

  • @mohdazmikaijo5106
    @mohdazmikaijo5106 Жыл бұрын

    Mntap🥰👍

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Mantap harga pun hehe

  • @amgurunzirrotwo8160
    @amgurunzirrotwo8160 Жыл бұрын

    Mantap jgk ni✅sub

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Ok t. Kasih dikembalikan sub itu...

  • @chongwaitan6281
    @chongwaitan6281 Жыл бұрын

    Harap lepas thn bahru cina blh trade in rs150 sy...

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Wow tanam niat tu terbaik boss.. Moga berjaya

  • @azharharon1180
    @azharharon1180 Жыл бұрын

    Dah boleh pi jumpa mna2 kedai honda ni

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Terbaik hahaha

  • @mohdlazimsadikan3435
    @mohdlazimsadikan3435 Жыл бұрын

    Target sebelum 31.12.2023 nak beli satu

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    In sya Allah dapat tahniah bro moga berjaya

  • @bims3304
    @bims3304 Жыл бұрын

    Warna lagi cantik dari Indonesia punya

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Tq comment... Nanti ada jual di shopee la tu bro... Malaysia ada 2 warna saja merah dan yellow black. Putih pun cantik juga... Hehe😂

  • @BlackRedRack
    @BlackRedRack Жыл бұрын

    Seronok noh

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Ermmm seronok-seronok ja

  • @isyaharith4184
    @isyaharith4184 Жыл бұрын

    ADV 160 Dah keluar pasaran Malaysia ka?

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Ya tuan dh keluar cepat2 hehehe

  • @paktamgixxer4423
    @paktamgixxer4423 Жыл бұрын

    Salam Bro, helmet open face muat tak simpan dlm compartment tu?

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Wslm muat bro... Muat sgt

  • @jafarmatkamih9897
    @jafarmatkamih9897 Жыл бұрын

    Adv 160 kat pengkalan hulu berapa harga

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Kat sini ikut harga kilang rm12,999. 00

  • @azharharon1180

    @azharharon1180

    Жыл бұрын

    Mna geng penkalan ulu

  • @muhaiminsilat
    @muhaiminsilat Жыл бұрын

    Byk kenal kepala boss😝

  • @zainalfirdaus9423
    @zainalfirdaus9423 Жыл бұрын

    Kedai area mna tu?

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    ImpianX pengkalan hulu perak tuan... Satu lagi di gerik perak

  • @zainalfirdaus9423

    @zainalfirdaus9423

    Жыл бұрын

    @@mixyom1 okok noted...tq info

  • @oyabunpaihh4737
    @oyabunpaihh4737 Жыл бұрын

    tinggi 160 cm sesuai tak haha

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Halo my friend. Adv160 telah direndahkan sedikit seatnya dari adv150 yang tinggi. untuk merasakannya tuan badan harus mencobanya sendiri... T. Kasih hadir....

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Boleh ja... 160 lagi hemsem 😁👍🏻

  • @shahlanramli7525
    @shahlanramli7525 Жыл бұрын

    Berapa ringgit

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Kilang rm12,999

  • @zulkamalfaiz
    @zulkamalfaiz Жыл бұрын

    Honda letak harga RM12,999. Kedai mesti mark-up tu.

  • @arichannel6008

    @arichannel6008

    Жыл бұрын

    Betul

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Yala bisnes kan... Insuran todtax lagi tu 1st paty... Nak ambik cash tak mampu hehehe

  • @mamatkebab

    @mamatkebab

    Жыл бұрын

    @@mixyom1 cash pun kene markup bang 😂

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Hahaha lan kita kena gak cam na pun hahahaah😂🤣

  • @themanwithnoname2867

    @themanwithnoname2867

    Жыл бұрын

    Sampai di sabah jadi 17k

  • @ku_der870
    @ku_der870 Жыл бұрын

    Harga cash?

  • @dinabas6654

    @dinabas6654

    Жыл бұрын

    Rm13,680 area saya

  • @kevinchan3838

    @kevinchan3838

    Жыл бұрын

    @@dinabas6654 mana bro

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Saya dimaklumkan oleh tokey tu rm12, 999 harga kilang... Moto saja la tu...

  • @izzazross6027

    @izzazross6027

    Жыл бұрын

    @@dinabas6654 area mana tu? Area saya RM14,400

  • @bujangterlajak7634

    @bujangterlajak7634

    6 ай бұрын

    Aku 13299

  • @ap3xstylo81
    @ap3xstylo81 Жыл бұрын

    Still laju NVX, lawa NVX, semakin depan NVX, tahan lasak NVX dan quality engin NVX... honda makin lama makin kebelakang dan makin buruk design dan semakin mundur xde kemajuan..

  • @mixyom1

    @mixyom1

    Жыл бұрын

    Hahaha.... Bagus2 kata la xdak masalah pun minat masing2, nak bayar pun sendiri-sendiri... Lakumdinukumwaliyadeen🤪

  • @mijamshuhaimi9882

    @mijamshuhaimi9882

    Жыл бұрын

    Minat masing masing.. tak payah beria ia sangat..motor je pun... lagi satu duit masing masing