NAFSU, Siri Viu Original bersama para pelakon: Aqasha, Kamal Adli, Azira Shafinaz, Nia Atasha

VIU Original
Drama 'Nafsu'
Bermula 27 Jun 2024
Strim Di Viu
Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam (Kamal Adli) menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itu, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan.
Namun hakikatnya, Sam mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tetapi dia menolak kepercayaan itu kerana padanya ia adalah satu sumpahan.
Apabila Dina (Azira Shafinaz), bekas kekasih Sam, datang meminta pertolongan mencari adik perempuannya yang hilang, Sam terima dengan hati yang berat. Namun, pencarian itu membawa mereka bertemu dengan satu kumpulan ajaran sesat, yang diketuai oleh seorang yang jahat. Sam bakal diduga dengan perkara-perkara yang di luar jangkaan akal.
Sudahkah Anda Tonton NAFSU? Drama Seram Thriller Misteri Terbaru dari #Viu Original!
“Nafsu” ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 berjumlah 8 episod 2024. Siri Viu Original “Nafsu” ini telah memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu pada 27 Jun 2024, setiap hari Khamis.
Sebelum ini, Sein Qudsi pernah mengarah bersama untuk drama bersiri Viu seperti Hilang dan Black 2, dan kini beliau tampil sebagai pengarah utama dengan olehan skrip dari Hadi M. Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail dan Azhar Amirulhisyam.
Membawakan tema dan genre thriller & mistik, ia dibintangi oleh Aqasha, Kamal Adli, Azira Shafinaz, Nia Atasha dan Khayrisyah Kemal.

Пікірлер