Mula-Mula Saya Nak Je Sound Rider Tu

Terima kasih semua rider yang memudahkan hidup kitorang (kecuali yang langgar lampu isyarat dan bawak bahaya).
Boleh dapatkan sarung tangan untuk rider di sini shope.ee/4AKRDPH0Bk
#ainawafi_abkadir #moraliti

Пікірлер: 197

  • @amirulajwat6440
    @amirulajwat64402 жыл бұрын

    Kami sebagai rider teramatlah bersyukur kalau dapat cust yg mind set dia mcm ni.. tak memikirkan diri sendiri sahaja.. murah hati pula bagi tips lagii.. semoga akak ni murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. 🤲. Mungkin penat agaknya.. and last order untuk rider tu.. mcm saya pagi buat keje courier. Balik keje terus sambung buat food delivery.. mmg penat badan. Kalau dapat tips mmg terus tadah tangan baca doa 😂😂

  • @callmeajiq8677
    @callmeajiq86772 жыл бұрын

    Saya rider foodpanda , 10 ringgit itu amatlah besar nilai nya . Kalau batch 4 nak hantar dari klcc sampai ke chow baru RM 4.xx , kalau batch 1 mungkin RM 7 , dan jauh perlu dihantar untuk dapat bayaran 7 ringgit tu . Tips 10 ringgit yang akak bagi amat lah besar nilai nya bagi seorang rider . Walaupon 50sen , rider amat lah hargai . Jadi rider baru faham nilai 50sen , jika ditambah dalam setiap order terasa nilai nya kak .

  • @muhammaddanialbindauddania2777
    @muhammaddanialbindauddania27772 жыл бұрын

    Memang bagus nasihat dan cerita akak ni, sentiasa berfikiran positif dan fikir dalam perspektif pandangan yg lain sebelum ambil apa² tindakan.😄

  • @zairulrezza3257
    @zairulrezza32572 жыл бұрын

    Saya pon rider grabfood dah 3 tahun , simple je , kau ikut je arahan apa yang grab tetap kan , atau customer bagitahu , contoh kalau cust suruh letak kat lobby kau amik gmbar dan kau send kat dia . Kalau cust suruh naik kene tgok jugak keadaan , ada yang condo yang tak boleh naik , ada condo yang boleh naik . So kau hantar je la apa susah lif ada kan , lain la lif rosak kan . Pernah je pengalaman ada lif rosak , tapi nak kene hantar tingkat 10 . Sy call cust ckp baik2 , sy boleh naik smpai tingkat 5 sahaja . Alhamdulillah semoga kita dipermudahkan urusan. Bnyak lagi pengalaman smjak jadi rider ni . Semua ni atas diri kita je , kita yang pilih nak kerja mcm ni . So buat je laa

  • @mohazazu2027
    @mohazazu20272 жыл бұрын

    Dulu masa tinggal kat apartment free access, rider Grab or Panda naik sampai atas, saya wajibkan diri saya bagi tips paling kurang RM5 sebab naik tangga tingkat 4 kan. Tapi apartment sekarang naik lif kena guna access card, so saya dah minta jumpa kat lobi je. Tengok map siap-siap dorg kat mana. Make sure saya akan sampai lobi sebelum abang rider sampai. Orang dah mudahkan kerja kita, kita mudahkan kerja orang. Berbagi rezeki takkan miskin.

  • @mrtears3085

    @mrtears3085

    2 жыл бұрын

    Saya pon buat perkara yg sama. Kebetulan rumah saya pon tingkat 4. Ada sekalibtu saya bg tips sampai RM10 sbb rider melayu hantar juadah berbuka kami sekeluarga. Rezeki dia rider kedua yg pickup order selepas rider pertama cancel sbb saya bg detail minta tolong hantar ke atas.

  • @zakk4018
    @zakk40182 жыл бұрын

    Sebagai rider grab, rm3 pun mmng dh banyak dan sangat ii bersyukur sbb ad customer yg faham😌

  • @privacy7588
    @privacy75882 жыл бұрын

    Saya sebagai rider grabfood yang dah 3 tahun kerja, kebanyakkan rider mintak customer ambil makanan kat guard sebab diorang malas(KEBANYAKKAN NYA LAH) dan kepada geng rider ku semua, kita kena ingat satu je, bayaran yang kita dapat tu hendaklah di serve sampai ke tangan pelanggan melainkan kalau mcm tempat yang kita takleh naik atau customer sendiri yang request tinggalkan kat lobby dan sebagai nya. Saya tahu semua rider kejar order, penat kerja. Tapi hantar makanan sampai naik ke atas rumah, office customer tu jugak termasuk dalam service charge kita. Sekadar teguran sesama rider. Dan kepada customer yang macam akak dalam video ni, bab tips tu, rm10 tu boleh cover duit minyak setengah hari atau sehari bekerja tu kak. Banyakkkk dan confirm rider yg akak bagi tips tu happy gila. Even customer bagi rm2(sebab tak pernah dapat tips rm1 by online maybe minimum rm2 kot) pun kami dah happy tersangat sangat nya.

  • @redmanpinkful

    @redmanpinkful

    2 жыл бұрын

    Rider2 yg baru kerja rider je yg buat peel bukan2 ni. Lembik dan pemalas. Dalam training dah bagitau dah SOP cmne. Orang lama boleh je ikut SOP.

  • @privacy7588

    @privacy7588

    2 жыл бұрын

    @@redmanpinkful bukan nak cakap apa la. Rider baru ni, order jauh pun tak lalu nak layan tapi nak payment trips tinggi😅

  • @rshahrul1081

    @rshahrul1081

    2 жыл бұрын

    Rider grab ok,rider fp byk yg krg ajr..ckp lbh krg ja..

  • @amipaklang5580

    @amipaklang5580

    2 жыл бұрын

    betul tu bang banyak rider partime atau rider malas nak naik

  • @muhdrafiqmohdrazean4421

    @muhdrafiqmohdrazean4421

    2 жыл бұрын

    betul tu bang dlm situasi mcm ni kebanyakkan rider malas dalam masa sama mungkin ada b2b order. Satu lg sekarang dah makin ramai rider marah-2 cust, saya pun rasa macam segan bila ada dekat situ dgn situasi mcm tu.

  • @mrlalamotovlog1930
    @mrlalamotovlog19302 жыл бұрын

    Bagus akak, terima kasih kerana berfikiran positif. Tak ramai cust yg fikir positif mcm akak. Kami as rider, banyak liku" kdg dimaki, dll, tapi redha jelah inilah kerja kami. Tq untuk akak yang bagi tips dkt saya tadi rm50, fpanda rider.

  • @huntere5port498
    @huntere5port4982 жыл бұрын

    Saya sebagai food rider, RM10 amatlah besar amaunnya. Jadi, yg mana nak gembirakan kami rider2 ni bagilah RM10 ke atas. (Melawak ja hihihi) Berapa sekalipun alhamdulillah, terima kasih

  • @peacenite
    @peacenite2 жыл бұрын

    Jika engkau mudahkan urusan org lain InsyaAllah di padang masyar nanti Allah permudahkan urusan kita

  • @ayietrc1782
    @ayietrc17822 жыл бұрын

    Aku sebagai seorg rider grabfood bgy aku x patut rider tu buat mcm tu . Sebab ikutkan prosedur dari grab " hantar makanan hingga pintu pelanggan " . 😁👍 Klw apartment tu tak boleh naik , letak kat lobby . Klw x boleh masuk , letak kat guardhouse . Tergantung management tempat tu bagi masuk atau tidak .

  • @fyzafiona4451
    @fyzafiona44512 жыл бұрын

    Aina Wafi always my reference for life. To abang grab, abang Panda abang Lala dan semua yang satu line you are the real hero! Bawa motor elok-elok okay!

  • @zainhype98
    @zainhype982 жыл бұрын

    Tak kecik RM10 bg rider. Syiling "keep the change" as foodpanda pun dah syukur. Makasih sis, walaupun saya bukan lagi rider, saya sangat memahami 👍🏻

  • @khairulnizam3758
    @khairulnizam37582 жыл бұрын

    kalau la semua pelanggan mcm ni kan Best...faham situasi kita ni rider..

  • @LessIsMore1111
    @LessIsMore11112 жыл бұрын

    Being Considerate makes human, human. ❤️ Thanks untuk semua manusia yang masih berperikemanusiaan. 💕🤗

  • @capangzgamex2852
    @capangzgamex28522 жыл бұрын

    RM10 tu sangat besar bagi kami. Saya sebagai rider GF kadang sampai bergenang air mata dapat rezeki lebih. Nak dapat 1 order pun kadang payah naw. Tak kira masa & cuaca. Saya doakan hamba2 Allah yang bermurah hati tu dilimpahkan rezeki yang berkat daripada Allah. Amin 😊

  • @ridhzuan3542
    @ridhzuan35422 жыл бұрын

    kalau ada 10 org mindset mcm ni, bersyukur sgt rider2 ni.

  • @adriantan9825
    @adriantan98252 жыл бұрын

    Tajuk: Mula-Mula Saya Nak Saja Maki Penghantar Makanan Tu Penerangan: Terima kasih semua penghantar makanan yang memudahkan hidup kami (kecuali yang langgar lampu isyarat dan bawa bahaya).

  • @adriantan9825

    @adriantan9825

    2 жыл бұрын

    Boleh dapatkan sarung tangan untuk penunggang motosikal di Shopee.

  • @Azmanrev
    @Azmanrev2 жыл бұрын

    Pernah marah rider (chat)... Kenapa lambat... Kedai dalam 2 3 min... Bla bla bla... Dengan nak marah keluar awal... Intai sape rider tu... Sakali akak rider. Naek tangga tingkat lima tercungap.... Terus ambik mkn xjadi marah... Makan pun tak lalu... Lepas kes tu dah xde marah marah.. Tengok rider terus positif... Hormat orang cari rezeki halal

  • @khairulhadiabdhadi5320
    @khairulhadiabdhadi53202 жыл бұрын

    Ada orang nampak rm10 untuk secawan kopi, Ada orang nampak rm10 untuk makan sehari, Semoga urusan tuan puan semua dipermudahkan .. in sha allah ..

  • @SHAH_AiZEN
    @SHAH_AiZEN2 жыл бұрын

    aku kalau oder apa2 mesti aku akan bagi tips kat rider2 tu. kebanyakan rider mesti akan bersyukur sgt2 bila kita bg tips. aku jadi happy bila tgok reaksi diorg tu. kadang aku akan oder lebih utk bg kt rider tu sekali. insyaAllah rezeki takkan sempit kalau kita selalu bersedekah. jangan tunggu kaya baru nk bersedekah, tapi bersedekahlah sampai kita kaya ☺️

  • @azj_
    @azj_2 жыл бұрын

    Kesimpulannya di sini ialah kita wajarlah berfikiran positif dan sabar seperti Kakak Aina ini, sebelum kita mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara. Kita tolong orang itu, orang itu akan tolong balik nanti, tidak kira di dunia mahupun di akhirat. Semoga kita semua sentiasa tolong sesama sendiri bagi memudahkan kehidupan orang lain. Amin.

  • @andieffendytvchannel8946

    @andieffendytvchannel8946

    2 жыл бұрын

    Ala kaka ni masuk sini kene byr tu pasal

  • @azmiomar9330
    @azmiomar93302 жыл бұрын

    Betul..Kita tak berada ditempatkan mereka.Jgn nak Marah saja..chill...1benda yg Aku selalu buat bila tgok rider grabfood ni tgh rileks Tunggu order..Aku beli Jajan..Pisang goreng..Tempe goreng kat Kedai &Aku bagi dorang..Makan dulu,sikit..tembaga utk keja..slalu sabar.kita jumpa mcm2 orang&perangai

  • @sirpablo1996
    @sirpablo19962 жыл бұрын

    terima kasih kak sebab faham kerja kiteorang ✌️👍

  • @mrkingzihan3429
    @mrkingzihan34292 жыл бұрын

    Aku suka senangkan rider sebab kadang2 tak mampu nak bagi tips 🤣 . Kadang2 rider baru otw aku fah pacak depan pagar tunggu

  • @nurasmida7012

    @nurasmida7012

    2 жыл бұрын

    samaaa😂

  • @faridhul93
    @faridhul932 жыл бұрын

    Terbaik..👍🏻👍🏻👍🏻..kadang nak cari jawapan kita mmng kena letak diri kita dekat tempat org lain jgak..supaya tahu knpe..tapi 50% jawapan tu berkemungkinan positive & negative..tapi sebaiknya bersangka baik, lebih mulia.. #RiderGrabJugak✌🏻

  • @itsjoememet
    @itsjoememet2 жыл бұрын

    Assalamualaikum. Alhamdulillah terima kasih cik sebab sudi berkongsi dan memahami situasi kami sbg food rider.

  • @aazeemyahya
    @aazeemyahya2 жыл бұрын

    Subhanallah. Moga hati ini sentiasa dapat lihat orang lain dengan kebaikan. Bak kata Jason Mraz, "Look for the good in everything."

  • @PojiepoohAbdullahPooh
    @PojiepoohAbdullahPooh2 жыл бұрын

    Bagus akak ni. Mari kita membudayakan bagi tips kat setiap rider/ delivery man yang hantar barang/ makanan mereka. Tidak2 pun sediakan air mineral sejuk2 boleh dihulurkan buat mereka hilang hau, mereka gembira kita pun bahagia..

  • @kimlaroy2479
    @kimlaroy24792 жыл бұрын

    Saya bawa Grabfood part time. Saya juga pernah menjadi sebagai customer. Jadi bila tahu keadaan menjadi rider, saya lebih menghargai mereka. Saya tak mampu bagi tip tapi apa yg saya boleh buat mudahkan kerja mereka. Tapi pesanan saya kepada rider2, jika customer mahu sampai depan jugak, buat lah. kerana kita mencari rezeki halal, kalau customer boleh fikir akan tentang kesusahan kita, kita juga kena fikir untuk customer. At the end of the day kita adalah pekerja yg bekerja untuk mencari rezeki halal. Rider hormat customer, customer hormat rider.

  • @irfandaniel3328
    @irfandaniel33282 жыл бұрын

    saya wakil semua rider dalam malaysia ni dan ingin mengucapkan terima kasih banyak banyak kepada akak❤️🙏

  • @amirulanuar7579
    @amirulanuar75792 жыл бұрын

    tq kak sebab memahami kami sebagai rider🙏🏼

  • @jojieyx523
    @jojieyx5232 жыл бұрын

    Terima kasih berfikir disebaliknya kak. Semoga dimurahkan rezeki. Saya rider dan saya ada juga dalam situasi macamtu. Terima kasih bertolak ansur.

  • @nurnasyitahafifahroslan2638
    @nurnasyitahafifahroslan26382 жыл бұрын

    Teringat time study. Masa mula² pakai grab nak gi AEON. Actually driver tu offer nak hntr masuk sampai pintu mall. Tapi saya pilih utk berhentikan saya depan bas stop sahaja. Sbb saya fikir dia byk booking masuk kan hujung minggu. Dan mudahkan dia nak bergerak keluar terus tak perlu nak layan palang automatik tu. Tapi abg tu punya risau dia tunggu saya dah bergerak kwsn byk org baru dia pergi. Abg² driver grab dan abg² rider kebykkan saya jumpa Alhamdulillah bagus² belaka dan humble.

  • @amienaziz7701
    @amienaziz77012 жыл бұрын

    kami as rider, terasa teramat terharu bila dpt org bg tips, bygkan kami hantar sampai ke ulu, tp balik xde masuk order, nak kejar order lg, nk kejar target dan mase. saye amat terima kasih pd org mcm akak ni kerana memahami kami. 🥹

  • @firdaus-sd7hq
    @firdaus-sd7hq2 жыл бұрын

    Terima kasih akak❤️

  • @fikrizainal2299
    @fikrizainal22992 жыл бұрын

    Aku dapat tip 10 seronok gile rm10 tu sama dengan dua oder dekat kawasan aku terima kasih kepada yang suke memberi tip moga anda setiasa di murah kan rezeki

  • @Zard34
    @Zard342 жыл бұрын

    Saya Grabfood delivery . Majority customers yg order dgn grab semuanya baik2 . Alhamdulillahh. Respek-merespekti .

  • @naimnorris468

    @naimnorris468

    2 жыл бұрын

    Wah perkataan baharu. Respek merespekti🗿

  • @dorath2237

    @dorath2237

    2 жыл бұрын

    Haha semalam abang foodpanda buat lawak, ketawa aku, nice ah bro tu

  • @najmisahadi9809
    @najmisahadi98092 жыл бұрын

    Huwaa 😭😭 baiknyaa ...saya rider grab gakk tapi klu customer mintk tolong hntr kt atas saya okk jaa tapi klu customer tuu tipu saya memang kekadang rasa nk mrh gakk.. walaupon tips rm2 ia sgt bermakna utk gembirakn hati2 seorang rider...sgt2 bersyukur nikmat...tapi paling penting adalah tq juga kepada customer yg di luar sana yg sudi order Dan secara langsung memberikan rezeki kepada para rider😊😊

  • @xaviersierra4412
    @xaviersierra44122 жыл бұрын

    kita mudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita. Janji Allah itu pasti☝🏻

  • @legendrago94
    @legendrago942 жыл бұрын

    Allahu, dapat rm10 dah kira sangat2 beruntung dah kak, dah kira besaq dah nilai dia bagi kami yg buat grab

  • @frhn9451
    @frhn94512 жыл бұрын

    jangan lupa selawat harini ; اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد semoga kita mendapat syafaat baginda Nabi Muhammad SAW

  • @maryamfarzana8631
    @maryamfarzana86312 жыл бұрын

    Kepada adik Azem, kwn2 dia yg bace comment rider hijau ni, akak maafkan kamu, walaupun kamu suruh akak amik makanan kat lobi, akak ckp ade anak kecik, kamu cakap dah biasa dengar excuse macam tu, akak sedih n terasa. Tapi kamu hantar jugak mknn dpn pintu akak n cepat2 lari sebelum akak tunjuk bukti akak ade anak kecik. Akak kecik hati tp akak tetap bg kamu 5stars n tip sbb bulan puasa ni, akak taknak marah kamu Azem. Rider lain mmg selalunye baik2 n amanah jadi case kamu yg rare ni akak maafkan. Semoga kamu lembut hati dan hormat org lain dimurahkan rezeki.

  • @adhamarif6952
    @adhamarif69522 жыл бұрын

    Ya Allah terima kasih kak 🙏🙏🙏

  • @Dota-uu7ex
    @Dota-uu7ex2 жыл бұрын

    Baiknya puan ni..mengalir air mata jantan aku.. #exgrabrider

  • @salehinks9946
    @salehinks99462 жыл бұрын

    kita mudahkan urusan org, Allah mudahakn urusan kita..

  • @aidilfazli2475
    @aidilfazli24752 жыл бұрын

    Semoga murah rezeki kak 🙏🤲🏼❤️

  • @ameerjasrie1540
    @ameerjasrie15402 жыл бұрын

    thumbs up!mahmudah...

  • @NN_979
    @NN_9792 жыл бұрын

    Leceh la tu kot nk masuk kawasan rumah tu.. tu rider mintak jumpe kat guard house.. pape pon tip brpe ringgit pon tetap akan bg rider senang hati😍

  • @munirahandhaniff1938
    @munirahandhaniff19382 жыл бұрын

    Bagus. Membuka minda ramai orang

  • @cruzadosan7217
    @cruzadosan72172 жыл бұрын

    Baru tadi terjadi kat diri sendiri. Abg grab saya oku pendengaran. Rase simpati lak, da la rmah ak ni jauh dari kedai, order byk lak tu plus waktu tu hujan. Tergerak hati nak bagi tip. Then ak terpikir, bg tip ni tak perlu bnyak cukup untuk bgthu yg kite appreciate dgn usaha die.

  • @viralkansaja6568
    @viralkansaja65682 жыл бұрын

    Alhamdulillah kak... Rm10 tu teramat besar tip akak bagi rider kak...

  • @jamesfaizchannel2415
    @jamesfaizchannel24152 жыл бұрын

    Pengalaman saya sendiri sebagai seorang rider grab. Kadang2 rider bgthu mcm tu sebab nak cepat utk hantar order lain plak selain dari apa yg sis ni pikir tuulaa. Nak dapat order tak laa senang sekarang ni, di tambah lagi tambang untuk rider pun dah berkurang. Cubalah jadi seorang rider, walaupun 1 minit menunggu pelanggan, percayalah ia terasa sangat lama untuk rider. Rider2 lagi senang klau apartment tu ada sediakan meja utk drop barang. Jadi rider xperlu laa tunggu customer datang ambik by hand walaupun betul mcm sis cakap tu, as a customer mmg ada hak. Apa2 pun sis terbaik, ckap elok2 macam tu. Tips rm 10 banyak tuu bagi saya, paling banyak sy pernah dapat pun rm 5.

  • @chitto99
    @chitto992 жыл бұрын

    Sebagai rider grab, dpt tips rm10 rasa dah macam millionaire sebenarnya bg kami kak

  • @md.firdausismailelmundziri7705

    @md.firdausismailelmundziri7705

    2 жыл бұрын

    Betul...

  • @legendxgamingyt4706
    @legendxgamingyt47062 жыл бұрын

    Kami memerlukan pelanggan yang memahami mcm akak

  • @nooraribahnoorid401
    @nooraribahnoorid4012 жыл бұрын

    Fikir pasal rider ni,mmg boleh sebak sbb tahu dan faham masalah serta pengalaman pahit manis mereka.Mereka mudahkan kita maka hargailah perkhidmatan mereka.Tidak rugi buatkan mereka tersenyum bahagia dan bersyukur.Janganlah kita berkira sangat memberi mereka tips.

  • @rednaxelaeoj
    @rednaxelaeoj2 жыл бұрын

    Kalau nak tahu rider2 kurier ni lah pihak paling banyak bersabar dan mengalah. Walaupun kita sbg customer ni banyak karenah 😄

  • @dendenju
    @dendenju2 жыл бұрын

    Teebaik aina,, idola

  • @yazid1188
    @yazid11882 жыл бұрын

    Terbaik kak. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu. Sy rider jgk kak. Tq sbb memahami dan bertolak ansur. Aminnnn

  • @kucingBermisai
    @kucingBermisai2 жыл бұрын

    Tq kak 😊

  • @toastytoast3963
    @toastytoast39632 жыл бұрын

    As me... saya kalau order foodpanda atau grab saya x kesah pun kalau makanan tu lambat sampai ke lewat ke apa janji sampai pun dh cukup bagus....sebab saya pun rider food delivery cuma under 1 restoran sebab kita x thu mungkin dia bawak lebih dari 1 order atau lebih ..tu pun x kira lagi jauh perjalanan,order dah siap ke belum apa semua...jadi hargailah diaorang

  • @jeremyluof8747
    @jeremyluof87472 жыл бұрын

    Satu je aku muskil dgn akak, ni. Knp comel sangat. 😌

  • @adamrusyaidi2433
    @adamrusyaidi24332 жыл бұрын

    Saya ada dua situasi. Satu sebelum puasa dan satu masa puasa. Saya baru masuk asrama, pagi2 tu lapar dia lain macam, jadi saya decided order grabfood. First time saya order kat asrama. Datang je abang rider tu, saya bayar lebih baki saya suruh simpan and then abang tu buat expression terkejut. Situasi 2 pula masa bulan puasa, minggu lalu, order grabfood utk berbuka. Sampai je abang rider tu, dia tanya "untuk berbuka ka ni?" sy jawablah ya. and then abang tu cakap dia belanja makanan tu, dia tak nak terima duit, dia terus jalan. Sy terkejut sebab satu, makanan tu bukannya murah, dua, sy jarang kena belanja, lgi2 dari stranger.

  • @mohamadyusri9080
    @mohamadyusri90802 жыл бұрын

    betul kak saya rider dapat tips rm2 pun bersyukur happy dah

  • @hafizakmal3852
    @hafizakmal38522 жыл бұрын

    Saya adalah salah seorang rider grab .. terima kasih kepada customer kerana memahami kerja ii kitorang sebagai penghantar makanan .. 😊

  • @kartuntvofficial9888
    @kartuntvofficial98882 жыл бұрын

    Terbaikkkk 🔥🔥

  • @budakecik249
    @budakecik2492 жыл бұрын

    Kepada Rider² tu, tolong juga ingat. Selalunya customer request hantar sampai depan pintu ada sebab tertentu. Kalau bagi saya semestinya sebab pakaian, kita kalau dh duduk rumah sah² pakai tak tutup aurat. Boxer etc. . Ni bila rider minta turun, kononnya nak hantar order lain lah, tak jumpa blok lah, rasa nak marah.. kena sabar.. . Grab apps nice, sebab boleh tekan tips selepas dapat order. Foodpanda dgn happy fresh kena tekan tips dulu baru proceed order. (Optional to give or not). . Tapi tu lah, dah tekan tips still ada xnak hantar smp depan pintu. Mentang² rumah kami flat murah ja.. 😭

  • @blackhotdisco5003
    @blackhotdisco50032 жыл бұрын

    Plot twist: Kawasan tu tempat ex dia, so dia risau nak masuk

  • @Diari_diaRi
    @Diari_diaRi2 жыл бұрын

    Kepada rider jln kat pasaraya kdg2 ada yg jln sehala. Tolong tgk papantanda atau arah kereta yg bergerak. Aku dah dua kali nak kena langgar dgn rider. Skrg ni terpaksa pulak tgk kiri kanan. Dlm nak mencari rezeki sila berhati2 & jaga keselamatan

  • @zullhilmi
    @zullhilmi2 жыл бұрын

    Betul kak, saya kerja pelabuhan tapi saya buat part time grab rider untuk tambah pendapatan bulanan. Saya selalu jugak dapat tips sama ada cash atau pun melalui apps grab tu. 2 ringgit ke 5 ringgit ke 10 ringgit ke. Tetap mengukir senyuman diwajah saya. Memang tak banyak benda boleh beli mungkin dimata orang lain. Dimata kami, disitulah dapat mengisi minyak, beli teh ais buat2 hilang dahaga, atau pun membantu orang2 yang lebih susah dan lebih memerlukan. Saya berkata berdasarkan fakta. Ada rider grab, panda, shoppee, lalamove kat sini? Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin tidak kira bangsa dan agama. I Love Malaysia 🥰

  • @shahkiro1346
    @shahkiro13462 жыл бұрын

    Sedar atau tak sedar, sebab wujudnya Rider ni boleh buat semua org ada sikap common sense.. Mcm akak ni ckp, bagaimna dia letak dirinya sebagai org yg mmbuat perkhidmatan utk melayan pelanggan.. Maksudnya bukan rider shj yg buat termasuk lah org2 yang kerja part time, pekerja kedai, service kedai.. Sebb kita boleh tahu cara nk develop manners antara pelanggan dan pekerja (client dan services)... Seblum ni, kita jadi pelanggan mestilah kita expect services yang baik dri pekerja, dan pekerja of course, dia mahu buat yang terbaik utk client.. Masing2 ada hak... Selagi kita dpt mudahkan mereka, mudah lah hidup kita

  • @sillaeza2
    @sillaeza22 жыл бұрын

    Setuju sis, kena bersangka baik je dengan orang. Teringat orang yang amik video driver lori kemalangan aritu. rupa2nya sakit jantung. Sedih dengan masyarakat sekarang ni

  • @Gundamrider46
    @Gundamrider462 жыл бұрын

    Pernah jugak hantar order siap bagi notification kata ibu mengandung...xboleh nak turun...bila saya sampai depan pintu ade laki yg bukak pintu dan terima order...

  • @rasuldraculacrew
    @rasuldraculacrew2 жыл бұрын

    sy sbgai rider,kdg2 bkn sy xnk hantar dkt atas...sbb byk rider lps hntr je..mto lesap kak..😅..fahami la Kami tq

  • @naqibfaizal9468
    @naqibfaizal94682 жыл бұрын

    Kalau dapat tip rm10 tu dah mmg bersyukur sngt 😭 kira bnyk sngt dah tu bagi saya

  • @cumicumi6875
    @cumicumi68752 жыл бұрын

    Saya rindu nak dgr akak sound muhyidinn tempoh hari

  • @muhammadaiman2598
    @muhammadaiman25982 жыл бұрын

    bagi saya tips rm1 pun dah rasa banyak masa dapat dari customer , kadang2 tak mintak pun sebarang tips cuma inginkan doa dimurahkan rezeki dan keselamatan sahaja itu poun dah cukup

  • @zarifzalatef9673
    @zarifzalatef96732 жыл бұрын

    RM10 ringgit tu memang bilangan yang kecik, tapi nilainya lebih tinggi daripada itu bagi rider. Alhamdulillah, aku pun ok je kalau hntr makanan smpi dpn pintu rumah, walaupun baru accident kaki ni nak solat pun terpaksa duduk atas kerusi. Nak berlari & jalan pun hincut² tapi naik jelah tangga tu😂 kang kena viral pulak dlm grup rider. Yg heran dlm grup rider majority bukan rider. Ramai kaki condemn je. Pening aku, kat rumah pun nak kena hadap perangai customer dalam sosmed. Kuban² jelah

  • @imankeisuke3223
    @imankeisuke32232 жыл бұрын

    Sebagai sorg rider aku lagi suka jumpa dekat loby lift pas dekat customer. Ada masalah lain kau boleh je off balik tak payah kerja

  • @hafiszulramli816
    @hafiszulramli8162 жыл бұрын

    Akak ni comel

  • @nylalure4455
    @nylalure44552 жыл бұрын

    Kadang2 rider xnk masuk sbb jaga minta ic la lesen la...mcm2 hal...kite nak cepat keja order...deorg pon dah tau rider xpayah la beria sgt ..masuk pon kejap je...tp kebanyakan pos jaga dekat tempat sy nampak je rider deorg bukak je.. Pasal tips rider kalau dpt rm2 pon besyukur sgt ..😅😅

  • @denznoah8740
    @denznoah87402 жыл бұрын

    Pernah order grab lambat gile smpai lebih sejam mmg dh syak rider pemalas ni sbb belambak rider pemalas tak sedar diri rasa nak mengamuk dh nak memaki abg grab tu lepas tu tiba² nmpk orang ramai berkumpul kat luar rupanya abg grab tu tergesa² nak balik sbb anak² dia dh tunggu kat rumah smpai accident. Trus x jdi nak marah and tekan tips tinggi jelah mudahkan beban abg tu.

  • @nylalure4455

    @nylalure4455

    2 жыл бұрын

    Rider jarang nak hanta lewat abg ...buat apa kami nak lewat sedangkn kerja kami dibaya melalui order... Kadang2 kami sampai begaduh dgn kedai sbb order lambat siap.. kalau boleh kami nak sampai kedai makann dah siap.ambil dan terus hanta je... Kebanyakan yg lewat bukan rider tp vendo..

  • @denznoah8740

    @denznoah8740

    2 жыл бұрын

    @@nylalure4455 this case dia accident.

  • @johnson7586
    @johnson75862 жыл бұрын

    Kalau saya kak saya Hantar sampai depan Pintu.. Tu pun jarang² dapat tipped tapi abg grab tu Murah rezeki Dia Hantar kat lobby pun dapat tipped😄

  • @luqmanz97
    @luqmanz972 жыл бұрын

    tips 10 ringgit bnyk la kak..saya asyik kena customer..sruh tmbh order...kata nk masukkan dalam tips..tips x masukkan🤣.. Customer dduk hotel..mintak hantar depan pintu bilik.hotel staff x bg rider masuk...nasib badan...

  • @revolutionaryart7352
    @revolutionaryart73522 жыл бұрын

    Pada pendapat saya,Tak kisahlah makanan yang saya order lambat sikit.asalkan abang grab tu sampai ke destinasi dengan selamat...😁

  • @vvs1_086
    @vvs1_0862 жыл бұрын

    Akak buat muka marah lg laa nmpak comel kak

  • @kimhyunsooent
    @kimhyunsooent2 жыл бұрын

    tapi kenyataan rider sendiri yg malas nak naik atas,pernah jadi 2 kali,alasan cakap company policy tak bagi hantar sampai ke pintu rumah,cakap covid SOP,padahal call centre mane ade keluarkan policy mcm tu,lagipun rider lain pon cakap rider jenis mcm tu mmg pemalas,satu lagi rider jenis hantar salah no rumah,jangan la bayar pakai kad atau akaun bank,kalau die salah hantar mesti lepas tangan,so kita pulak yg kena cari inisiatif macam mana nak dapatkan order tu balik,so better pay with cash 😊

  • @aidilhero4602
    @aidilhero46022 жыл бұрын

    Kak..sebagai rider,rm10 tip tu mcm dapat rm100 tau😂😂

  • @ashraffar-rayyan9869
    @ashraffar-rayyan98692 жыл бұрын

    asal x order kat McDelivery? blh order je sampai kul 11

  • @mohdazroy123
    @mohdazroy1232 жыл бұрын

    Kami rider memerlukan rmai customer yg mcm akak ni 😆👍🏻

  • @dannygooners
    @dannygooners2 жыл бұрын

    "nak marah tapi kena sabar" - Alya tiktok

  • @azimajim831
    @azimajim8312 жыл бұрын

    sebenarnya kak.... 10 ringgit tu x membantu sangat kak... jujur saya ckp... tapi dgn nilai sebesar itu ckp memberi kebahagiaan mcm buat rider tu rase dihargai sebenarnya... dan harapannya rider tu guna duit akak utk minyak motor die la bukan utk rokok atau vape die...

  • @khairul_kasmadi
    @khairul_kasmadi2 жыл бұрын

    Bestnya kalau suma customer macam ni.

  • @khairilamry1565
    @khairilamry15652 жыл бұрын

    Saya selagi mana management bagi naik saya naik, flat tingkat 5 pun hantar jugak, pernah dapat tips RM 20 dari rumah flat, hilang rasa penat, turun tangga senyum lebar...

  • @JimiThunders
    @JimiThunders2 жыл бұрын

    selain dr malas nk naik atas.. kdg2 rider dpt double or triple order..xbrani nk tinggal moto..takut mknan/parcel kena curi...

  • @fyzafiona4451

    @fyzafiona4451

    2 жыл бұрын

    Oh begitu

  • @fauzanashraf5410

    @fauzanashraf5410

    2 жыл бұрын

    betul, risiko kecurian tinggi...ada kes dah motor helmet kena sapu macamtu je

  • @JimiThunders

    @JimiThunders

    2 жыл бұрын

    @@fyzafiona4451 iye begitu ler kehidupan rider😅

  • @JimiThunders

    @JimiThunders

    2 жыл бұрын

    @@fauzanashraf5410 beg rider pn kdg2 org curi...adeh susah betol nk buat keje🤣🤣🤣

  • @jofazlee5401
    @jofazlee54012 жыл бұрын

    Sy sbgai rider hormat undang2 negara.. Tpi cuma segelintir je rider..tk semua..mcm org amik rasuah tpi tk semua..positif je

  • @irfannn11
    @irfannn112 жыл бұрын

    sy rider grab .. rm2 tips pon saya dh sonok kak .. lain feel dia

  • @parkshihomalay4240
    @parkshihomalay42402 жыл бұрын

    Sya sbgai rider grab, klau cust Kasi rm2 sklipun tips, Aku doa dia banyak2 smoga murah rezeki dia....tapi klau dh ucap terima kasih time amik makanan Tu Dari kami, lagi gembira Rasa, daripada customer Yang amik makanan tak ucap apa2, Muka masam, patah hati skjap

  • @hairilhakimi7854
    @hairilhakimi78542 жыл бұрын

    siapa je tak suka kalau customer bertimbang rasa dan memahami situasi kita . insyaAllah ada hikmahnya bila kita mudahkan pekerjaan orang lain

  • @atomentaro117
    @atomentaro1172 жыл бұрын

    Pnh la tggu vendor siap kn order dekat sejam...DPT PON 6rget je(sabar jelah)