No video

Kundasang Sabah CANTIK MENARIK !!!! 3H4M Family Trip |

Lokasi Kundasang ini merupakan sebuah pekan kecil di dalam Ranau, Sabah dan sering menjadi tumpuan pendaki-pendaki yang ingin memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Sekiranya anda ke Kundasang melalui jalan darat dari bandar Kota Kinabalu di mana mengambil masa lebih kurang 2 jam memandu, jangan lupa untuk singgah di beberapa tempat-tempat menarik di Kundasang Sabah yang semestinya membuatkan anda kagum dengan keindahan alam semulajadi di sini.
11 tempat-tempat menarik di Kundasang, Sabah
1. Desa Cattle Dairy Farm
Destinasi ini merupakan tempat menarik di Kundasang antara yang paling popular dan mungkin satu-satunya tarikan pelancongan sebegini di Malaysia. Ada sesetengahnya mengatakan tempat ini seperti berada di New Zealand. Kawasan berbukit yang cantik, angin yang sejuk, susu lembu yang segar dan pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau pasti membuatkan anda berasa berada seperti di luar negara.
Tarikan yang menarik di Kundasang Dairy Farm ini ialah melihat secara live penternakan lembu dan berpeluang memberi makan kepada binatang-binatang di sini. Secara umumnya, ini antara aktiviti-aktiviti menarik di sini:
memberi susu botol kepada anak lembu
memberi kambing makan rumput
lawatan sambil belajar bagaimana susu lembu segar diproses dan dibungkus
proses dan cara-cara memerah susu lembu
Kerana lokasi Desa Cattle Dairy Farm ini yang terletak di kaki Gunung Kinabalu yang cantik, sekitar sini sering menjadi pilihan para photographer sebagai tempat untuk photoshoot untuk tujuan sendiri atau wedding photoshoot.
Sebelum berangkat pulang jangan lupa untuk membeli barangan cenderahati atau produk tenusu seperti susu kotak dan aiskrim. Satu tempat menarik di Kundasang yang sesuai untuk datang bersama keluarga dan anak-anak untuk relaks-relaks dan juga menimba ilmu. Desa Cattle Dairy Farm dibuka setiap hari daripada pukul 8 am - 5 pm.
2. Taman Kinabalu (Kinabalu Park)
Kundasang dan Taman Kinabalu memang tidak dapat dipisahkan dan bukan sahaja menjadi tarikan di Kundasang malah merupakan satu tempat menarik di Sabah yang paling popular. Setiap tahun mempunyai ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara yang ingin ke kemuncak Gunung Kinabalu.
Di sini merupakan titik permulaan bagi mereka yang mendaki Gunung Kinabalu. Selain itu, kalau nak datang untuk melihat suasana sekitar pun boleh, suhu di sini memang sejuk dan kadang-kadang kalau tengahari, berkabus tebal.
Sekiranya bernasib baik, anda boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari pintu masuk Taman Kinabalu. Samada anda nak mendaki atau tidak, Taman Kinabalu sememangnya satu destinasi yang pasti tidak boleh dilepaskan kalau menuju ke Kundasang, Sabah.
3. Kundasang War Memorial
Lokasi bersejarah yang menceritakan pengorbanan askar-askar British dan Australia mempertahankan negara daripada Jepun ketika perang dunia kedua pada tahun 1945.
Di sini terdapat 4 taman/garden yang menempatkan monumen-monumen bersejarah iaitu British Garden, Austalian Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden & Pool.
Memandangkan Kundasang War Memorial ini agak terbuka, jadi disarankan untuk ke sini pada waktu pagi atau petang sedikit untuk mengelak cuaca panas di tengahari. Tiket masuk cuma RM 2 bagi mereka yang ada MyKad.
4. Kolam Air Panas Poring
Seperti namanya, Poring merupakan kawasan tadahan air panas semulajadi yang datangnya dari aliran air gunung. Banyak juga kolam-kolam yang ada di sini sesuai untuk pengunjung berendam dan di sini juga terdapat canopy walk.
Kolam-kolam di sini ada yang terbuka dan ada yang tertutup bagi mereka yang nakkan privasi. Kalau di musim cuti sekolah, destinasi ini memang tak lekang dengan kunjungan orang untuk mandi manda jadi dinasihatkan untuk datang awal untuk mengelak kesesakan.
#cutimalaysia #cutikundasang #cutisabah #kotakinabalu #kundasang #homestaykundasang
Tiket nak masuk ke kolam pun murah, cuma RM 3 dan RM 1 untuk dewasa dan kanak-kanak 7 tahun keatas.
Ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti jungle trekking di sekitar Taman Rekrasi Sapaon dan mendaki ke Bukit Kamunsu. Yang menariknya anda boleh ke sini bersama pakej yang menawarkan segala aktviti menarik yang boleh dilakukan.
Dan penginapan juga boleh dipilih samada nak tinggal di rumah panjang ataupun banglo mewah. Bagi mereka yang bercuti secara bajet, anda boleh juga memasang khemah di sini
6. Tagal Luanti Sungai Moroli (Spa ikan di Sungai Moroli)
‘Tagal’ ini merupakan dialek perkataan Khadazan Dusun yang bermaksud ‘tidak boleh memancing’. Tujuan utama ‘Tagal’ di sini ialah untuk mengekalkan kehidupan ikan di sini bagi pemuliharaan alam untuk masa depan.
Ikan Kelah atau ‘Malaysian Mahseer’ atau dikenali dikalangan orang tempatan sebagai ‘Ikan Pelian’ merupakan ikan yang akan melakukan spa ikan pada kaki anda. Ikan-ikan ini dilatih khas oleh orang kampung untuk tujuan spa ikan.
#kundasang #kundasangsabah #cuticutisabah #cuticutimalaysia #enlanbikingambaq #homestaykundasang

Пікірлер: 6