Kuah Kacang Satay - Teknik Rahsia!

Тәжірибелік нұсқаулар және стиль

Resepi kuah kacang satay yang sesuai digunakan dengan pelbagai masakan lain seperti ketupat.
* SUBSCRIBE:
bit.ly/2s0yv1o
Selamat datang ke Nasser's Kitchen di Getaran. Dalam episode kali ini, saya akan kongsikan resepi untuk sos atau kuah kacang. Satu sos kegemaran ramai yang selalunya dipadankan dengan satay, ketupat atau nasi himpit dan lontong. Tanpa berlengah lagi.
Jom kita ke dapur!
Bahan utama yang kita perlukan ialah 250g kacang goreng kisar. Jika dahulu, kita perlu goreng dan kisar sendiri kacang, kini boleh dibeli dimana-mana kedai runcit atau pasaraya.
60g atau 3 sudu besar cili kisar. 4 batang serai, 2.5cm hali, 2.5cm lengkuas,20g atau 3 ulas bawang putih dan 60g atau 8 biji bawang merah kecil.
Serai perlu dititik. Manakala, bahan-bahan lain, lengkuas, halia, bawang putih dan bawang merah kecil perlu dikisar dengan 100ml air.
Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar tadi. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Kemudian tambah serai.
Bila bawang mula kelihatan kekuningan seperti ini, tambah cili kisar.
Gaulkan Rata. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga campuran menjadi pekat. Ini akan mengambil masa 8-10 minit.
Bila sudah kelihatan pekat, tambah 500ml atau 2 cawan air lagi. Masukkan kacang goreng kisar.
Bila kuah menjadi pekat semula selepas kacang menyerap air, tambah 250ml atau 1 cawan air lagi. Masukkan 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
. 4 sudu besar gula. Sukatan gula boleh diubah mengikut citarasa anda untuk kurang atau tambah. Renihkan dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Ini akan mengambil masa 15-20 minit.
Bila sudah pecah minyak, tambah 1 sudu kecil pes asam Jawa. Renihkan 10 minit lagi dan tambah 1 sudu kecil gula melaka.
Kacau! Jangan Tak Kacau!
Jika mahu boleh tambah 1/2 sudu kecil serbuk perasa. Sos atau kuah kacang sudah siap, tetapi untuk kuah yang lebih sedap, ambil 300ml kuah dan kisar dalam blender. Ini hasil selepas kita kisar, rupanya seakan peanut butter.
Masukkan kembali, sos yang telah dikisar tadi.Gaulkan supaya rata. Tambah 100ml air untuk mencairkan sedikit kuah kacang supaya dapat timbul dengan lebih mudah. Kacau dah renihkan sehingga minyak timbul ke atas seperti ini.
Kuah kacang kini siap untuk dihidangkan. Sehingga kita bertemu lagi diepisode akan datang. Selamat mencuba!

Пікірлер: 24

  • @eggads
    @eggads3 ай бұрын

    Bagusnya resipi ni. Sukatan, masa memasak semua ada. Ada pulak tip untuk blend sebahagian kuah, jadi kacang tu tak terasing dari kuah, tapi still ada rasa crunchy. Terima kasih Nasser's Kitchen!

  • @yusufftaiyyob1229
    @yusufftaiyyob12293 жыл бұрын

    Terbaik..detail sukatan bahan2..mudah nk masak

  • @nasserskitchen

    @nasserskitchen

    3 жыл бұрын

    Terima kasih dan selamat mencuba 😀

  • @zahrahahmad7672
    @zahrahahmad767223 күн бұрын

    terima kasih resepi..minta halal ye .

  • @umarkazekage
    @umarkazekage5 ай бұрын

    JazakAllah khair jazak Tuan DJ Nasser

  • @graciec2920
    @graciec29202 ай бұрын

    Looks delicious thank you for sharing will try to cook

  • @abgputikchannel9730
    @abgputikchannel97303 жыл бұрын

    Mantappp😋😋

  • @nasserskitchen

    @nasserskitchen

    3 жыл бұрын

    Terima kasih 😀

  • @aminahisa1729
    @aminahisa17293 жыл бұрын

    Assalamualaikom...terbaik chef..tqvm....elok kejadian kuahnya.....nti nak try...

  • @nasserskitchen

    @nasserskitchen

    3 жыл бұрын

    W'salam. Sama-sama dan selamat mencuba. 😀

  • @CtLynda-ct2zm
    @CtLynda-ct2zm3 ай бұрын

    Nak tnya. Boleh ke kita campurkn skli cili kering dan blend skli dgn bawang?

  • @azizahbasir96
    @azizahbasir962 жыл бұрын

    T. Kasih nasser

  • @serba_serbi
    @serba_serbi Жыл бұрын

    Resepnya nampak sedaaap...🤪💯

  • @graciec2920
    @graciec29202 ай бұрын

    Nasser do you have satay recipe

  • @sweetcandy7603
    @sweetcandy76032 жыл бұрын

    cili kisar ne..bole guna cili kering dak ?

  • @suzanazana5919
    @suzanazana59192 жыл бұрын

    terima ksh di atas resepi kuah kacang ya en nassier. saya share ya. knp tak letak santan ya?

  • @nasserskitchen

    @nasserskitchen

    2 жыл бұрын

    Sama-sama. Kuah sudah cukup lemak dari kacang dan tidak memerlukan santan. 😀

  • @june2082
    @june20822 жыл бұрын

    You do need to put peanut butter to much peanut 🤔🤔🤔🤔

  • @nasserskitchen

    @nasserskitchen

    2 жыл бұрын

    There was no peanut butter added, just half of the original peanut sauce is put into a blender and mixed back in. This makes the sauce thicker and more flavorful.

  • @NoorMaz-qb3rs

    @NoorMaz-qb3rs

    Жыл бұрын

    Owhhh..mcm tu teknik rahsia kuah satay yer.. boleh cuba ni. Terima kasih chef.

  • @user-eu2xd1dz6p
    @user-eu2xd1dz6p3 ай бұрын

    Tu memang Pinatbuttur bukan kuah kacang Di blend KALO nak kongsi resepi dengan iklas jangan tipu tipu x BAIK tau

  • @abughifari7157

    @abughifari7157

    3 ай бұрын

    Kamu cuba tonton baik² bg phm. Tgk semula minit 4:03 dia ada ajar.

Келесі