KISAH MONYET YANG DEGIL | BERCERITA / MEMBACA BUKU SUKU KATA | CERITA KANAK-KANAK |

Berminat untuk dapatkan Ebook Cerita Waktu Tidur ? Tekan link di bawah : shopee.com.my/haris_mdnor
Tentang Ebook Cerita Waktu Tidur :
Saiz : 75.6 Mb
Halaman : 96 Halaman
Kelebihan :
- Mengandungi 10 Kisah haiwan yang memberi pengajaran.
-Penggunaan ilustrasi dan gambar berwarna yang menarik.
-Tulisan berwarna (Fokus Suku Kata).
- Qr Code untuk video setiap cerita disediakan diakhir pengajaran kisah.
- Berbentuk PDF dan boleh dicetak/print untuk kegunaan peribadi.
- Mudah dibawa dan dibaca dimana-mana kerana berbentuk softcopy.
~ HS KidsEdu ~
Membaca buku cerita kanak-kanak atau cerita waktu tidur iaitu Kisah Monyet Yang Degil menggunakan intonasi dan panduan suku kata. Sesuai untuk digunakan bagi anak-anak yang masih kecil, pra sekolah dan sekolah rendah tahap 1.
Skrip / Teks : KISAH MONYET YANG DEGIL
Pada suatu hari sang kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang seekor monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali.
"Tolong, tolong, aku amat lapar. Sudah beberapa hari aku tidak makan", kata monyet dengan sedih.
"Bolehkah sekiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan?” rayu monyet.
Kancil dan kura-kura amat kasihan terhadap monyet yang kelihatan sangat lapar itu.
"Baiklah monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata kancil
"Terima kasih kancil, terima kasih kura-kura”, ucap monyet dengan gembira.
Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala.
"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak monyet
"Jangan monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah kura-kura
"Betul tu monyet, pilihlah buah yang lain", sokong kancil.
"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata monyet tegas.
Tanpa mempedulikan amaran kancil dan kura-kura, monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya dengan gelojoh.
Tiba-tiba monyet menjerit, "Pedas!!! Pedas!!! air, air, mana air, pedas!!”,
Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, monyet terus berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, manakala sang kancil dan kura-kura menggeleng-gelengkan kepala mereka.
Pengajaran :
Sikap tamak dan tidak mendengar kata selalu membawa malapetaka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jangan lupa like, share dan subscribe ya... Percuma ja...
#bukucerita #ceritakanakkanak #membacacerita

Пікірлер