[KINI JELAS] Agong ke-17 'benteng' neutralkan perkauman? Sekilas kuasa, empayar Sultan Ibrahim

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, menggantikan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Syah dalam sistem penggiliran raja-raja Melayu yang telah diamalkan sejak 1957.
Terkenal dengan sikap lantang dalam hal ehwal negara, Sultan Ibrahim pernah memberi amaran bahawa baginda tidak akan berkompromi terhadap pihak yang menyemai isu perkauman dan kebencian di Johor.
Kekayaan dan empayar perniagaan kerabat diraja Johor, ditambah pula dengan perdebatan mengenai pengurangan dan perluasan kuasa diraja, sering menjadikan keluarga ini sebagai tajuk utama berita.
Dalam satu lagi episod Kini Jelas, kami membawakan pengenalan ringkas kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang akan menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada penghujung Januari.
Skrip: Yap Si Err
Penyampai: Camelia Nor Azlan
Editor visual: Shiyuan Khoo, Phung Yie Wen
Penerbit: Azreen Madzlan, Robin Koh

Пікірлер