Kid Search "Lambaian" [Instrumental]

Музыка

Catatan oleh pencipta lagu, Chevy Amry:
"Lambaian adalah sebuah lagu penghormatan buat arwah kak Nin (Allahyarhamah Noraznin Yusuf). Lagu ini dicipta oleh Chevy Amry, manakala liriknya dipena oleh Kak Chah@Datuk Habsah Hassan. Lagu ini telah dirakamkan dengan nyanyian Dato' Hattan.
Kid Search sebak ketika membaca lirik Lambaian nukilan Kak Chah. Ia kerana setiap bait lirik itu sangat relevan dgn situasi beliau ketika itu yang sedang diuji dengan penyakit kanser isteri kesayangannya. Namun, beliau amat meminati lagu ini yang baginya kuat dari sudut melodi vokal & susunan muzik.
Lagu ini mempunyai "sentimental value'' bagi Kid Search, kerana setiap kali mendengar lagu Lambaian, Kid Search akan sebak terbayangkan arwah kak Nin. Bayangkan, dikala kesibukan Kid Search berulang-alik ke HUKM setiap hari, beliau masih sempat menyiapkan rakaman gitar lagu Lambaian. Namun, dalam beberapa jam selepas itu, beliau dikejutkan dengan berita kematian arwah kak Nin pada waktu Subuh keesokannya.
Arwah Kak Nin sempat mendengar demo lagu Lambaian beberapa hari sebelum pemergiannya. Sebagai pendokong kuat karier suaminya, Arwah dengan sendirinya tahu itu adalah petikan gitar Kid Search dan sangat menyukai lagu ini.
Pada suatu malam ketika dalam kesedihan merindukan Kak Nin, Kid Search secara spontan (dengan mata terpejam) telah merakamkan versi instrumental Lambaian. Note note yg terhasil itu adalah ikhlas dari jiwanya. Ramai yg tersentuh dan menangis ketika mendengar versi instrumental Lambaian versi Live di Rooftop Campbell ketika sesi soundcheck 10 June 2022: • Search Rockin' on Roof...
Ini membuktikan bahawa Kid Search adalah gitaris yang penuh jiwa, ikhlas dalam berkarya. Kita semua dapat merasai penyampaiannya, pabila setiap solo2 Kid Search seolah-olah ada cerita yang ingin disampaikan olehnya."
Sama2 kita mendoakan semoga arwah Kak Nin sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah."
Title: Lambaian (Instrumental)
Artist: Kid SEARCH
Producer: Chevy Amry
Arranger: Firdaus Mahmud
Mixing: Zairi Ariffin
Mastering: CL Toh
Venue: RoofTop Campbell Shopping Complex, Kuala Lumpur
Videographer: Risy & Abas (Photoclique Studio), Basri
Editor: Feisal Kassim

Пікірлер: 628

  • @chevyamryproduction
    @chevyamryproduction2 жыл бұрын

    Jutaan terima kasih utk abg Lanknob, abg Kid, Along Exist dan semua pendengar.. inshaallah akan ada instrumental baru menyusul.. sama2 kita doakan moga abg Kid sekeluarga terus kuat,murah rezeki & bahagia dunia akhirat. Aminnn.. Al Fatihah utk arwah kak Nin ❤️❤️❤️

  • @mrumia

    @mrumia

    2 жыл бұрын

    ❤❤❤❤❤❤

  • @muzzmuzz1482

    @muzzmuzz1482

    2 жыл бұрын

    "...akan ada instrumentl baru akan menyusul..." ini yang kita nak dengar.

  • @guitarmawa5265

    @guitarmawa5265

    2 жыл бұрын

    Sama2x ...semoga Allah SWT permudahkan urusan hambanya bahagia dunia akhirat terus kuat dan teguh tabah menghadapi ujian buat abg kid murah rezeki amin amin amin ya Rabbal Alamin...x sabar tunggu next konsert dan solo instrumental mcm lambaian ni..sedap trasa sampai ke hati ❤️❤️❤️❤️❤️❤️🤟🎊🎊 search forever

  • @guitarmawa5265

    @guitarmawa5265

    2 жыл бұрын

    Al-Fatihah buat Allahyarhamah isteri abg kid..

  • @lanknob

    @lanknob

    2 жыл бұрын

    Allahuma ameen. Mmg terbaik la lagu ni, baik Yang version vokal Dato Hattan mahupun instrumental ni. A good song akan selalu end up good. Semoga terus success bro

  • @afrinfatini2872
    @afrinfatini28722 жыл бұрын

    salam bro kid sy meminati bro kid bukan sbb bro kid pandai main gitar tp sbb akhlak bro kid..bersahaja, santai, lemah lembut, dan baik

  • @putraandikamohdakmalfauzi9348
    @putraandikamohdakmalfauzi93482 жыл бұрын

    Tak pasti berapa kali dah aku ulang lagu ni dlm sehari sejak 1st day video ni kluaq... Dan setiap kali tu laa ayaq mata aku kluaq... Menipulah klu sapa yg dgq lagu ni tak rasa apa yg Abg Kid nak smpaikan...

  • @rojak1402

    @rojak1402

    Жыл бұрын

    Aku tak pun

  • @NTV11182
    @NTV111822 жыл бұрын

    "Pada suatu malam ketika dalam kesedihan merindukan Kak Nin (Noraznin), Kid secara spontan (dengan mata terpejam) merakamkan versi instrumental Lambaian. "Note-note yang terhasil itu adalah ikhlas dari jiwanya.

  • @Wakakagaban
    @Wakakagaban2 жыл бұрын

    Solo yg simple dan ade soul di situ.. Itu la pemuzik yg asli... Muzik yg dihasilkan mmg ade seni

  • @Den_Adendra
    @Den_Adendra2 жыл бұрын

    Gitaris yang memainkan solo gitar dengan penjiwaan sangat lah jarang dan sulit di temui. Salah satunya Abang Kid. Menyayat hati, mengiris haru, tersentuh, meresap dalam kalbu yang dalam. 🙏🙏 Salam dari Indonesia.. The Best Search..!!!

  • @nadzapires
    @nadzapires2 жыл бұрын

    Abang kid ni dah macam mozart gitarist kat Malaysia. Harap ada album solo instrumental dari abang Kid n abang Din. Kadang2 layan instrumental lagi best daripada ada penyanyi. Moga dipermudahkan.

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    Indeed... Aminnn

  • @adnanharis6394

    @adnanharis6394

    2 жыл бұрын

    Sepatutnya dah ada satu kompilasi gitar solo sebagai masterpiece dari Hamzah Mohd Taib aka Kidd

  • @fairuzismail9759
    @fairuzismail97592 жыл бұрын

    Menitik air mata ..saya pun kehilangan isteri akibat kanser. Begitulah rintihan seorg suami spt instrumental lambaian ni..😢

  • @Nocturnesince

    @Nocturnesince

    2 жыл бұрын

    Bertabah sahabat...semua tu dah tertulis dlm takdir yg ditentukanNya...hikmahnya mungkin satu hari nanti Akan Allah perjelaskan pada kita

  • @rahamitv5959

    @rahamitv5959

    2 жыл бұрын

    Salam takziah bro .

  • @danganum8665

    @danganum8665

    2 жыл бұрын

    Salam takziah.wlupn x blm lgi rsa khlngan.rsa pedih sgt kan shbt.byk kn bdoa n bsabar.Insha Allah

  • @juslahudinbuhari5892
    @juslahudinbuhari58922 жыл бұрын

    Terus ke jiwa..syahdu..menceritakan satu kisah..topi merah berhuruf A yg brother kid selalu pakai tu rsanya ada makna disebaliknye..Al fatihah utk arwah kak nin..🤲🏻🤲🏻🤲🏻

  • @fattahmuzakka2783
    @fattahmuzakka27839 ай бұрын

    Kid ni main dgn hati dia....tu yg sedap dgr

  • @gcolacoco4264
    @gcolacoco42642 жыл бұрын

    Allahhu... Ayaq Mata tiba2 kluaq.... Gila meruntun jiwa...

  • @ALQATRAZZ
    @ALQATRAZZ2 жыл бұрын

    apabila King of Tremolo berbicara melalui gitar, pastinya banyak hati yg akan terusik.. Teruskan berkarya abg Kid!! love itttt 🔥🔥🔥 ❤️❤️❤️

  • @EMARTTV
    @EMARTTV2 жыл бұрын

    "Lambaian" utk arwah isterinya 🥹 penuh syahdu, semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg soleh آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

  • @fadzalieemohd4391
    @fadzalieemohd439110 ай бұрын

    Kid tak perlu speeding laju2 mcm gitaris2 lain.. Tp stiap solo kid feel dia smpai.. Stiap yg dtg dari hti akan smpai ke hati..kita dh boleh agak instrumental ini dicipta utk siapa 😢😢

  • @imzekchannel553
    @imzekchannel553 Жыл бұрын

    Guitarist Malaysia yg full of soul..itulah Kid..tiada galang gantinya

  • @dwibriandwi2902
    @dwibriandwi29022 жыл бұрын

    usia bliau telah senja namun insting bliau masih sangat tajam... Bg kid adalah motivasi musisi masa depannya khususnya melody... Sehat selalu abg kid 🙏salam dari Indonesia

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    ''Lambaian'' cover by Kader Khaos : kzread.info/dash/bejne/lWST16WjdM_AZZs.html

  • @taliblateh4481
    @taliblateh44812 жыл бұрын

    Sebak dan sayu mata pun dah masuk habuk bila hayati lagu ni. Kid dedikasi lagu ni buat arwah isterinya.

  • @agttt
    @agttt2 жыл бұрын

    hanya satu tiada dua.. itulah pasangan adik beradik din dan kid.. sentuhan kid bukan biasa2.. kita hanya mampu dengar bunyi petikan gitarnya.. tapi belum tentu memahami perasaan sedih bila dia sendiri yang mainkan lagu ni.. semoga diberi ketabahan dan kesihatan yang berpanjagan buat bang kid.. legend dari segala legend

  • @acacegorgon5041
    @acacegorgon50412 жыл бұрын

    Speechless aku dgn instrumental yg ada soul sebegini.. melayang, sayu dan sadis. Bagi aku ini instumental yg ada cerita nya tsendiri.. syabas dan terbaik utk Kidd Search..

  • @rustamsyah9798
    @rustamsyah9798 Жыл бұрын

    Amponn Bang Kidd menjunjung keLangit cintaMu smg Allah ridhaiMu "Bongkar semua Khazanah Sangar Yg anda tlh bangun seUsiaMu di Panggung Dunia Melayu saat mn mutiara itu direnovasi sbgmn sehrsnya dgn kualitas Bintang diLangit, berikan yg terbaik bagi khalayak Search saat ini hgga Allah u Alam dlm ketetapanNya (Gass kencang) u Fans Search semata ❤️💯🇲🇨

  • @rustambinmulud5876
    @rustambinmulud58762 жыл бұрын

    Dal byk byk karya solo gitar kid..ramai dari kami amat meminati solo lagu sound terbaik..cintaku hilang bisanya..buatlah mcm lagu ni..nak sound sebijik kaset..lanyak cukup cukup solo gitar tanpa vokal utk lagu cintaku hilang bisanya...karya emas kid..idea yg tak terjangkakan..lu mmg lajen sebenar..bukan sebutan bibir..tp sebutan jiwa yg mengenal seni halus bunyi terbaik...genius dan idea lain dari lain dan amat sedap dan lu mmg juara sound...

  • @safwanjohan6642
    @safwanjohan66422 жыл бұрын

    Sebak sngt dngr lagu ni...Kita faham Dan memahami erti kehilangan... semoga bro kid sentiasa tabah...kami sentiasa di belakang anda...

  • @fadzalieemohd4391
    @fadzalieemohd439111 ай бұрын

    Feel dia mesti smpai kehati pendengar.. Itula kelebihan kid..teknik tak berapa byk tp feel smpai.. Saya kalo takda mood nk praktis gitar, saya akan tgk video2 kid atau joe branko dlu..msti mood nk praktis gitar tu dtg.. Tak tahu la nk sebut aura kid n joe branko ni mcm mna.. Lain dri yg lain..

  • @ejaninfection5005
    @ejaninfection50052 жыл бұрын

    Aku ni kan pengemar solo guitar yg penghayatan dia yg bikin kita jauh terbang melayang ke satu alam penghayatan lagu tu.. Jadi cerita dia mlm rehearsal tu aku ada tgk dia main lagu ni dua kali memang gila babik best syahdu sedih kejam pun ada time aku hayati mlm tu.. Aku tertanya2 lagu siapa ni? X pernah dgr.. terpikir jugak oh mungkin lagu solo guitar utk live show esok tp aku tggu mlm concert tu xda plak.. sebab best padu sedih giler feel dia.. Lepas pengmumuman keluarnya video ni oh baru aku faham.. So kitanya Aku bertuah gilak malam tu dapat tgk dia main secara live depan2 mata 2x dengan beliau main sambil feel2 tutup mata tangkap penghayatan lagu tu perghhh!! Thanks Abg Kid ❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥 Salam 🤘🏻dari Tawau.

  • @rahamitv5959

    @rahamitv5959

    2 жыл бұрын

    Itu akan menjadi kenangan di suatu masa . Terbaik bro .

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    ''Lambaian'' cover by Kader Khaos from singapore: kzread.info/dash/bejne/lWST16WjdM_AZZs.html

  • @pakcuusf7710
    @pakcuusf77102 жыл бұрын

    Sejujujur sy kata,lepas search dgn dendez,sy mula minat abg kidd,pendengar setia search kata petikan soud muzik abg power tangkap jiwa ia terbukti benar.muzik ni sentuh hati sy..sy byk kali dgr tau.

  • @DiAwanBiru86
    @DiAwanBiru862 жыл бұрын

    Sedap best.... Yg pertama adalah rasa.., bohong lah kalau yang dengar tak ada rasa sentuhan ini... Perasaan diluah kan segalanya melalui petikan Dr jari jemari kittos

  • @putraandikamohdakmalfauzi9348

    @putraandikamohdakmalfauzi9348

    2 жыл бұрын

    Betul tu... Sy baru lepas play video ni kat kedai kopi... Sahut sorg dlm usia 65th "mendayu, sedih, ada rasa.." padahal dia tak tau pon sapa yg main guitar dan dia tak minat sgt muzik...

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    @@putraandikamohdakmalfauzi9348 wahh.. ini membuktikan bahawa sentuhan KID SEARCH bisa menyentuh perasaan seluruh lapisan masyarakat, tak kira jantina.. tak kira usia..

  • @ritz2243
    @ritz22432 жыл бұрын

    Terima ksh kpd Din & Kid yg betul2 memperjuangkan bukan utk nama tapi legasi nama besar Search itu sendiri, dulu kini & selamanya 😊

  • @royyusof5534
    @royyusof55342 жыл бұрын

    petikan gitar Kidd seolah sdg menceritakan sesuatu..bunyi yg boleh dirasai.. brilliant piece of music..

  • @shamsulkamarsahkadri5292
    @shamsulkamarsahkadri52922 жыл бұрын

    This tribute is too touching... Terasa tangisan abg Kidd...

  • @yusryahmad9767

    @yusryahmad9767

    2 жыл бұрын

    yup..😭😭😭

  • @MAmil-nh7hy
    @MAmil-nh7hy2 жыл бұрын

    Sedih dgr lagu ni.....rindu kid pada kak nin.....diluah.melalui solonya.... alfatihah....utk kak nin.....Aaminnn....

  • @haidinhussin7280
    @haidinhussin72802 жыл бұрын

    Dalam tak sedar..solo Kid paling byk aku copy utk praktis..padahal mlut aku kata Joe Branko adalah inspirasi ptama.Ternyata solo2 Kid lebih banyak aku belajar dari Joe.. Arrangements lagu ni cantik.

  • @imritz26
    @imritz262 жыл бұрын

    Berair mata bila dgr🎧petikan intrumental dari bro kid nie...Seyes memang terasa sayu sgt.....Tajuk Lambaian tu menguatkan luahan perasaan sakitnye rindu terhadap sesorg yg tersayang..

  • @zahasaltiga9636
    @zahasaltiga96362 жыл бұрын

    untuk seketika,diriku seolah berada di dimensi lain..solo ini amat menyentuh perasaan.

  • @ardi.salasa
    @ardi.salasa2 жыл бұрын

    KALI KEDUA AKU KOMEN: Tiap kali aku dengar petikan gitar KID - LAMBAIAN sambil baca komen.. otomatik airmata memgalir. Tak pernah aku dengar apa jenis lagu sekali pun yang mampu buat aku jadi begini. Semoga Bro Kid selalu prektis dan mainkan lagu SEARCH sama macam dalam kaset untuk persembahan konsert nanti. Bro Kid adalah kunci utama selain Amy Search untuk kumpulan SEARCH.

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    ''Lambaian'' cover by Kader Khaos : kzread.info/dash/bejne/lWST16WjdM_AZZs.html

  • @chik7759
    @chik77592 жыл бұрын

    *_Menikam Di Hati..Menitis Airmata Apabila Solo Guitar Seakan Berbicara_* 🥺🥺🔥🔥🤍🤍

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    ''Lambaian'' cover by Kader Khaos : kzread.info/dash/bejne/lWST16WjdM_AZZs.html

  • @antmad9147
    @antmad9147 Жыл бұрын

    Lambaian ni lagu spesial untuk arwah isteri bigkid.. Semoga Allah ampunkan segala dosanya.. Aamiin

  • @mrumia

    @mrumia

    Жыл бұрын

    Amin Ya Rabbal Alamin

  • @nizamkechek1150
    @nizamkechek11502 жыл бұрын

    Lepas ni setiap konsert mesti selit instrumental ni..

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    Setuju!!

  • @jaisempoi1814
    @jaisempoi1814 Жыл бұрын

    Ikhlas seorang rokers malaysia dlm berkarya...aura kiddin lagi berbisa dari amy .....

  • @IDEASTRATEGICCHANNEL
    @IDEASTRATEGICCHANNEL2 жыл бұрын

    Utk Arwah Kak Nin (isteri Abg Kid)... Al-Fatihah

  • @gegakgempita7776
    @gegakgempita77762 жыл бұрын

    Yang ni naik lagi satu level, bukan lejen tapi EPIK..

  • @izarfaizal7041
    @izarfaizal70412 жыл бұрын

    MEREMANG Innalillah untuk Allahyarhamah kak nin,moga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

  • @moskov.690.

    @moskov.690.

    2 жыл бұрын

    Aamiennnn yra

  • @mrumia

    @mrumia

    2 жыл бұрын

    Aminnnn

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    Aminnn ya rabbal alaminnn

  • @nilamsufi2014
    @nilamsufi20142 жыл бұрын

    Bayangkan bermula dari gersang kamudian search hingga kini berapa banyak solo melodi telah dihasilkan oleh gitaris legand ini sebagai khazahah seni terpahat dalam industri muzik tanah air semoga terus diberi kesihatan dalam meniti senja

  • @SamngadimunDimun-cc2bd
    @SamngadimunDimun-cc2bd8 ай бұрын

    Dngrknlah lagu ni diwaktu mlm yg sunyi,lagi2 tgh brsendirian,pasti airmata akn melelh tnpa disedari..ini keunikn sentuhan seorg lejen brnama hamzah taib..xde pmain gitar Di Malaysia yg mmpu buat MCM kid buat .petikan gitarnya mnangis ...Kid is KING..

  • @amaladdin2248
    @amaladdin2248 Жыл бұрын

    Dengar kid solo hello kawan tak pernah puas,berulang kali dok ulang.

  • @Tons3
    @Tons32 жыл бұрын

    abang kid..terbaik..kita sebagai peminat kumpulan Search terus menyokong..maju terus kid..

  • @muhammadnadzri7528
    @muhammadnadzri75282 жыл бұрын

    Terbaeek..menjiwai..meruntun jiwa.. Rasa kehilangan.. Kerinduan.. Sedih dan Redha

  • @meorfarhah4284
    @meorfarhah4284 Жыл бұрын

    Betul2 teringat arwah Cik Nin..Semoga arwah Cik Nin bersama orang beriman..

  • @rustambinmulud5876
    @rustambinmulud58762 жыл бұрын

    Nak dengar sangat sangat kid solo live lagu cintaku hilang bisanya..nak bunyi sebijik kaset..atau tutorial utk dpt sound tersebut...smua yg cover solo lagu tu..tak jumpa real..permintaan dari peminat tegar...mudah mudahan....salute

  • @pickyjackal7283

    @pickyjackal7283

    2 жыл бұрын

    Ya setuju ..lagu sutera dan rayon pun sekali

  • @saudinhandu2760
    @saudinhandu27602 жыл бұрын

    Konsert rooftop dr segi sound, show jd benchmark utk mna artis/kumpulan buat konsert

  • @yusryahmad9767
    @yusryahmad97672 жыл бұрын

    version Lambaian Dato Hattan padu...version Abam Kid 3000x terpaduuuuuu....love u 3000 !

  • @asrimohamad9470
    @asrimohamad94706 ай бұрын

    ❤sentuhannya masuk ke dlm jiwa,aku lahir 1988 sentuhan abg kid sebati dgn lagu2 search..terbaik🤟👍

  • @kalakay89
    @kalakay892 жыл бұрын

    SPEED : ❌ SOUL : ✅ FEEL : ✅ Permainan guitar brother Kid memang lain dari guitarist lain, bukan speed yg dikedepankan, melainkan Soul & Feel yg menjadi khas dari beliau. Good luck!

  • @wanbazooka115

    @wanbazooka115

    2 жыл бұрын

    Betulll bro, semua solo kid feel dia lain mcm, smpai terusss...mmg suka tone n feel kid...

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    setuju bro.. ibarat Kid sedang memandu kereta di kawasan tanah perkuburan,.. atau memandu Ferrari di kawasan kampung/sawah padi, tak perlu speeding.. bawak relax2 menikmati pemandangan yg indah... itulah Kid.. laju dia pada tempatnya.. bukan laju suka2 sbb nak show off.. sbb tu mesej lagu ni sampai, ramai nanges, terkenang orang2 yg dah takde.. Kid dah bagi "rasa".. Al Fatihah utk arwah Noraznin Yusuf❤️🌹❤️🌹

  • @bilengnopew4448

    @bilengnopew4448

    2 жыл бұрын

    Kat Malaysia ni hanya kid yg paling minat

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    @@bilengnopew4448 sama la kita

  • @ujangwangsa

    @ujangwangsa

    2 жыл бұрын

    setuju bro.... bukan cakap saja2 tangkap nangis yg biasa kita dengar... this is real... berapa ramai matrock meleleh air mata rockers dgr solo ni... sama la ngan aku... x yah bayangkan... mmg melodi ni sampai mesej lambaian terakhir. 😭😭😭

  • @zuhailizull7607
    @zuhailizull76072 жыл бұрын

    Sayu bila dengar alunan muzik dan petik gitar bro kid.seolah mencerita kisah hidup seseorang

  • @tokempat2164
    @tokempat21642 жыл бұрын

    Tiada pengganti....petikan irama yg menusuk..hnya ade pd kid..

  • @latiffuzi5232
    @latiffuzi52322 жыл бұрын

    Sampai kejiwa...mungkin perjalanan hidup abg Kid dgn penuh suka duka dan juga kejayaan konsert rooftop baru ini..teruskan berkarya Abg kid!!..🤘🤘

  • @yonifzamri4480
    @yonifzamri44802 жыл бұрын

    Search reborn kumpulan orang2 baik 😭👍salam serumpun 🇮🇩🇲🇾❤️❤️

  • @Lepakseram
    @Lepakseram2 жыл бұрын

    Ada roh Abg kid sampai dalam jiwa 🔥🔥🔥 Al Fatihah buat arwah isteri Abg kid semoga rohnya ditempatkan dgn org2 soleha amin..🥲

  • @moskov.690.

    @moskov.690.

    2 жыл бұрын

    Aamiennn yra

  • @chevyamryproduction

    @chevyamryproduction

    2 жыл бұрын

    Amin Ya Rabbal Alamin

  • @mrumia

    @mrumia

    2 жыл бұрын

    Aminnn

  • @nuralif9299
    @nuralif92992 жыл бұрын

    Dalam Malaysia ni saya memang peminat berat Kid dan Shahrul EKAMATRA. Dua-dua saya akan demam kalau dengar solo mereka.

  • @wannazirul1666

    @wannazirul1666

    2 жыл бұрын

    Makan ubat siap siap sebelum layan solo

  • @juanewanovic9953

    @juanewanovic9953

    2 жыл бұрын

    Dah bt pcr test lom

  • @mrumia

    @mrumia

    2 жыл бұрын

    Kid dgn Shahrul ni sepupu kan

  • @tastjohn1889
    @tastjohn18892 жыл бұрын

    Melody yg keluar dari permainan gitar @BigKKidd memang dari hati, sampai sya sendiri pun sayu mendengar lagu ini..

  • @nasamustapha
    @nasamustapha2 жыл бұрын

    Instrumental meresap jiwa..Al-fatihah buat arwah Kak Nin(dibaca) 🤲 🤘🤘🤘

  • @vesfx791
    @vesfx7912 жыл бұрын

    Owhh bang kid...suara 🎸 Abang bagaikan isyaratkan kegundahan,kesedihan dan kehilangan *ketika kita harus merelakan sesuatu yg kita sayangi* itulah kasta tertinggi arti ikhlas😔

  • @starfors6946
    @starfors694611 ай бұрын

    Abang Kid and Din Aku selalu berdoa supaya Abang2 ni bisa bersatu lagi dengan Abang Amy .. Aamiin Ya Rabbalalamin

  • @izwan_z_roslan
    @izwan_z_roslan2 жыл бұрын

    Syahdu betul solo uncle Kid yg merindui Arwah Isterinya .. mmg menusuk ke hati smpai sy pun teringat anak dan bini sekali dgr petikan solo ni 😭😭😭😭

  • @penggalikubur4937
    @penggalikubur4937 Жыл бұрын

    Kid selalu dtg tempat aku… kid banyak kongsi kisah hidup dia dkt aku… seronok dgr

  • @mohdzainimurad7056
    @mohdzainimurad70562 жыл бұрын

    Apa yang terbuku diluahkan dgn solo "berhantu"..penuh roh & jiwa..only one king kid search in planet..Al Fatihah buat Almarhum kak nin..

  • @muhammadsafwan91

    @muhammadsafwan91

    2 жыл бұрын

    #nyatabukanillusi #namayangkaulupa #tehtarikkawmanis

  • @melodijiwachannel8970
    @melodijiwachannel89702 жыл бұрын

    sayu nya petikan brader kid dalam lambaian meresap mesej yg nk disampaikan terbaik brader kid

  • @zenkibnuahmadchannel5248
    @zenkibnuahmadchannel52482 жыл бұрын

    Semoga bang kid tetap sehat....pengen rasanya nak jumpa... tapi apalah daya uang tak de 😀

  • @asamadchannel5953
    @asamadchannel59532 жыл бұрын

    Wow.. baru dengar hr ini.. terus trsentak hati ini... . menitis airmata lelaki ini...sebuah karya dr hati yg paling dlm.. tahniah Kid

  • @glewo865
    @glewo8652 жыл бұрын

    *_Suara Hati Abang Kidd yg diluahkan dalam Petikan Gitarnya_* 🥺🥺

  • @OppoA-ik4ec
    @OppoA-ik4ec2 жыл бұрын

    Mang xdinafikan..sentuhan kid sgt menyentuh jiwaku ni..al fatihah istri tercinta kid search.

  • @engkaumemangcute4467
    @engkaumemangcute44672 жыл бұрын

    Semoga Allah panjangkan usia abang kid dan abang din

  • @mrumia

    @mrumia

    2 жыл бұрын

    Amin Ya Rabbal Alamin

  • @lekkoaja6851

    @lekkoaja6851

    2 жыл бұрын

    Allahumma aamiin ya rabbal alamin

  • @sapawimohdyusoff6997
    @sapawimohdyusoff69972 жыл бұрын

    Idola.. Tone sedap.. Solo sentiasa soul n sangat² deep.. Tak perlu speed.. Guitarist bekarisma..

  • @chevyamryproduction

    @chevyamryproduction

    2 жыл бұрын

    yup mcm solo Teguh.. takde speed tapi buat org nanges

  • @khairulmk
    @khairulmk2 жыл бұрын

    Mcm luahan perasaan yg terkait dgn kejayaan konsert rooftop. Tahniah Kiddin dan line up Search yg lain.

  • @zamanismanman250
    @zamanismanman2502 жыл бұрын

    FTG CROMOK DLL UNDERGOURND.. Muzik Yang Gua Suka.. Apapun Dalam' Diri GUA Juga Ada Apa ITU Perasaan..JUJUR AIR MATA GUA KELUAR.. PENJIWAAN Segala MEMORI LAMA MENGUASAI SEKETIKA INGATAN GUA. Terima Kasih Pada Yang Mempoyokan GUA..SAYA..AKU..SALAM SENETIZEN UNTUK Yang Menyukai@Menyangi Abang KID.. Sesekali Cuba Dengar Lagu DREAM.. UNWANTED SON.. FTG.

  • @adriachudai8904
    @adriachudai89042 жыл бұрын

    Teringat pesan arwah Kak Nin😭"dik,lps ni abg ada byk projek..nnt tlg akak ya😊" Tapi........Kak Nin PERGI😭😭😭 Kita hanya merancang,Tuhan yg menentukan🥺 AL-FATIHAH 🤲🤲🤲Tenanglah akak disana🤲

  • @mrumia

    @mrumia

    2 жыл бұрын

    Allahu.. so sad..😭😭😭.. moga kak Nin tenang disana.. Al Fatihah

  • @storyakmilabadinegara
    @storyakmilabadinegara2 жыл бұрын

    SEMOGA SEARCH KIDDIN 2022 TERUS BERJAYA DAN SEHAT SELALU BESERTA KELUARGA. SALAM METALLIZER INDONESIAN. THANK YOU BROTHER KID AND DIN. ROCK NEVER DIE

  • @adnanharis6394
    @adnanharis63942 жыл бұрын

    Suasana lagu ni memang syahdu.. bunyi Search tetap di situ.

  • @adnanharis6394

    @adnanharis6394

    2 жыл бұрын

    Dapat rasakan suasana sekitar 90an dulu... lenggok gorengan Kidd memang menusok qolbu

  • @hitamputeh955Official
    @hitamputeh955Official2 жыл бұрын

    KING of King......Sentuhan yang menusuk jiwa....Seolah² bercerita apa yang sedang bergelora dijiwanya.....🌹

  • @musang1
    @musang12 жыл бұрын

    ...petikan itu sungguh dalam menyentuh emosi sesiapa yg pernah alami...bkn skill yg mahu abang tampilkan tp melodi.. melodi yg sepi ... sedih ...dn terharu ..melodi sepi ini adalah terjemahan kepada kejayaan, kegembiraan dn penghargaan yg tak dapat diraikan bersama kerana cinta ini telah mati setelah yg paling memahani telah tiada lagi...

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    'jom layan 'Lambaian'' cover by Kader Khaos : kzread.info/dash/bejne/lWST16WjdM_AZZs.html

  • @samngadimun77jamal93
    @samngadimun77jamal932 жыл бұрын

    Tiap mlm diwaktu aku sblum tdo aku mesti layan klip ni.. Mnangis aku trharu.. Petikan gitar kid bagaikn nyanyian yg sungguh syahdu.. Aku rasa sayu mcm aku dngr lagu uji rashid atau sudirman.. Huhuhu.. Mmg mnyentuh hati.. 😢😢😭😭😭

  • @driverhl9757

    @driverhl9757

    2 жыл бұрын

    Mungkin la lagu ni bole membantu jawapan soalan dlm kubo nanti🤣

  • @ALQATRAZZ

    @ALQATRAZZ

    2 жыл бұрын

    @@driverhl9757 Kid Search & family selalu mendoakan, selalu melawat kubur arwah,baca yasin etc.. "Lambaian* ni sekadar luahan kerinduan pada arwah melalui seni melodi utk mengenang memori.. sepertimana selepas kematian Sudirman, Datuk Habsah Hassan menulis lirik lagu "Dir" nyanyian Rahim Maarof. ibarat puisi yg bermelodi.. Jgn suka prasangka buruk. takkan semua amalan nak tunjuk dekat fb/media sosial? jgn komen melulu.. Lirik Lambaian pun ditulis oleh kak habsah hassan.. arwah kak Nin pun kenal kak habsah hassan.. pernah bekerjasama.. lagu sekadar tanda ingatan.. luahan rasa m.kzread.info/dash/bejne/lXqattaPdMKqkbg.html

  • @mohdazrambakaradambakar5189
    @mohdazrambakaradambakar5189 Жыл бұрын

    Kiddin la Band Search sebenar selepas ada Amy keluar dari search. Ade suara saje tapi pemuzik bapok..dop sedak di dengar di ttelinga. Tp pemuzik kelas otai di akui sendiri oleh brader Joe Branko yg kid is no 1..utk konsert cari je penynyi yg boleh bawak lagu lagu yg di mainkan kiddin tu dah memadai. Dgn hadirnye Dandan dlm search..Mantap..terbaik!!!

  • @yatshredder1828
    @yatshredder18282 жыл бұрын

    Tanpa Lyric.. tp lebih mnyentuh.. yg ade kisah² pahit tu trus je dtg.. aduhh.. nk cover gak le..

  • @almamatokun
    @almamatokun2 жыл бұрын

    Petikan dia penuh soul

  • @ALQATRAZZ
    @ALQATRAZZ2 жыл бұрын

    tiba2 air mata mengalir 🥺🥺😭😭😭 lagu ni akan tingalkn kesan smpai bila2.. so touching!

  • @shahrilhadiabdulrahman6704
    @shahrilhadiabdulrahman67042 жыл бұрын

    Menusuk syahdu mlayang trima ksih brader kidd buah tangan akan d kenang slagi hayat Smoga brader kidd sentiasa sihat,alfatihah buat arwah

  • @salimbaiduri5879
    @salimbaiduri58792 жыл бұрын

    Terjemahan melalui melodi yg tak terucap dari kata2 dari seorang lelaki yg bernama suami ke pada arwah sang isteri... Terbaik kid dan semoga arwah tenang disana.....teruskan berkarya Hamzah taib

  • @sagitariusazas8780
    @sagitariusazas87802 жыл бұрын

    Alfatihah.... Untuk istri tercinta kid search.... Aamiin....

  • @chevyamryproduction

    @chevyamryproduction

    2 жыл бұрын

    Al Fatihah

  • @samzaidithana6821
    @samzaidithana68212 жыл бұрын

    Aku dah ulang.... Ntah brp kali.... Sebak bro

  • @danishz.
    @danishz.2 жыл бұрын

    tak payah gulung2 , mampu buat hati terusik

  • @chevyamryproduction

    @chevyamryproduction

    2 жыл бұрын

    yes.. less is more.. main pejam mata pun bole wat ramai org nanges

  • @lekkoaja6851

    @lekkoaja6851

    2 жыл бұрын

    Ye .

  • @runiekamsin1678
    @runiekamsin16782 жыл бұрын

    Brotherly love from Kota Singa brother. Keep fighting for the sake of your music and what you believe in. We are behind you 1000%

  • @aisahabdulhan5089
    @aisahabdulhan50892 жыл бұрын

    Setiap petikan solo guitar abg Kid dari dulu hingga ke hari ini ada rasa yg cukup indah menusuk ke jiwa dan sesuatu yg begitu ikhlas. ..trrus berkarya abg Kid.. Salute...

  • @bahagia650
    @bahagia650 Жыл бұрын

    Sy jujur.. nti Deden Gonzales gabung Search baru sy tahu nama2 personil search. Sy skrg kagum dgn semua personil band search terutama buat Abang Kid dan Din. Kami tunggu konser di Indonesia 🙏🙏❤️

  • @mohdamiril3833
    @mohdamiril38332 жыл бұрын

    Simple n legend..the best one in Malaysia today..No doubt

  • @akuaku8828
    @akuaku88282 жыл бұрын

    Menangis aku dengar instrumental kid ini...

  • @nasiryahaya7916
    @nasiryahaya79162 жыл бұрын

    Lagu untuk arwah isterinya...syahdu

  • @natanasir1326
    @natanasir13262 жыл бұрын

    Al-fatehah buat arwah Kak Nin (Allahyarhamah Noraznin Yusuf).

  • @fatsloppyfingers9695
    @fatsloppyfingers96952 жыл бұрын

    Karya yang penuh sarat berat dengan jiwa...Terima kasih bang Kid sebab hadiahkan kami lagu sehebat ini...Kami bertuah sebab abang muncul pada zaman kami dan hasilkan karya² hebat untuk kami jadikan inspirasi...🙏🏽

  • @papavolen3367
    @papavolen33672 жыл бұрын

    terbayang filem KAMI,.feel nya..lagu pelangi senja

  • @nostalgialagenda5102
    @nostalgialagenda51022 жыл бұрын

    JERITAN IRAMA BATINKU

  • @aisyanurlisa7184
    @aisyanurlisa71842 жыл бұрын

    Semoga Allah cucuri rahmatNya buat arwah kak aznin & ditempatkan bersama para solihin Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Allamin 🤲

  • @cacophony5332

    @cacophony5332

    2 жыл бұрын

    Aminnn Ya Rabbal Alaminnn

Келесі